Showing posts with label nafikan. Show all posts
Showing posts with label nafikan. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Tembak menembak di Semporna: Ketua Polis Sabah nafikan laporan Bernama?


Bernama melaporkan seorang lagi anggota Polis terbunuh manakala seorang lagi cedera akibat pertempuran dengan Kumpulan Penceroboh yang merancang untuk menyerang Balai Polis Lahad Datu dan laporannya disahkan oleh Ketua Polis Negara..

Manakala The Malaysian Insider pula melaporkan menurut Ketua Polis Sabah dua orang anggota Polis cedera diserang beberapa individu membawa senjata dan tiada balai polis yang diserang ..

Ini laporan oleh BERNAMA..

KUALA LUMPUR - Seorang lagi anggota keselamatan negara terkorban, kali ini dalam pertempuran dengan kumpulan penceroboh di kampung Selamat, Semporna, Sabah iaitu kira-kira 150 kilometer dari Kampung Tanduo, Felda Sahabat 17, Lahad Datu malam tadi.

Menurut sumber polis, pertempuran yang berlaku pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan seorang anggota cedera.

Difahamkan anggota polis Jabatan Siasatan Jenayah Berat (D9) Lahad Datu dan Tawau telah digegaskan ke sana bagi memberi bantuan.

Difahamkan penceroboh merancang menyerang Balai Polis Lahad Datu.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar ketika dihubungi Bernama mengesahkan kejadian itu namun enggan mengulas lanjut kerana identiti kedua-dua anggota keselamatan itu belum dikenal pasti.

Kelmarin, dua anggota komando polis VAT 69 terkorban dan tiga lagi anggota pasukan keselamatan negara cedera selepas berlaku insiden tembak-menembak apabila kumpulan penceroboh itu bertembung dengan pasukan keselamatan negara.

Dilaporkan 12 orang daripada kumpulan penceroboh turut terbunuh. Dua yang terkorban ialah ASP Zulkifli Mamat, 29 dan Sarjan Sabarudin Daud, 46. - Bernama

Ini pula dari The Malaysian Insider..

KUALA LUMPUR, 2 Mac — Dua anggota polis ditembak di Pulau Simunul sekitar jam 7 malam tadi, kata Ketua Polis Sabah Datuk Hamzah Taib.

Hamzah berkata sepasukan anggota polis telah pergi ke pulau tersebut apabila mendapat laporan ada beberapa individu membawa senjata.

"Pihak polis memasuki kawasan perkampungan tersebut dan mereka ditembak ... Dua anggota kami cedera," kata Hamzah.

Situasi tegang dilaporkan tercetus dan penduduk berhampiran Semporna dan Tawau apabila dikatakan terdapat lelaki bersenjata menyerang pasukan keselamatan.

 Hamzah turut berkata operasi berterusan di lokasi berkenaan sedang diteruskan.

"Buat masa ini, kami percaya ianya tiada kaitan dengan insiden di Lahad Datu," katanya lagi.

Malah beliau turut menafikan ada balai polis yang diserang.

Ketegangan di Sabah tercetus apabila berlaku pertempuran antara penceroboh dari Filipina dan pasukan polis Malaysia pada Jumaat yang mana menyaksikan 10 penceroboh, dan dua anggota polis terkorban - The Malaysian Insider

Laporan yang mana satu betul nih??

Woiiii!!! cerita betul-betul laa...