Showing posts with label takut. Show all posts
Showing posts with label takut. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Takut benar Mahathir dan kuncunya kalau UMNO tumbang

Sejak akhir-akhir ini bertambah risau benar Tun Mahathir akan kemungkinan Barisan Nasional tumbang pada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum ke 13

Malah dalam entry yang dulu, aku ada tulis mengenai kerisauan Mahathir hingga menganggap pakatan akan cuba menghidupkan kembali Akta ISA untuk menghumban pemimpin BN yang tidak diskai oleh pakatan.





# sila like "pakatan rakyat supporters"





"Itu perkara pertama yang mereka (Pakatan) akan lakukan (apabila berkuasa) ialah menutup semua lapangan terbang supaya tidak ada pesawat persendirian boleh berlepas."

Aku tak tau sama ada cerita ini relevan atau tidak, tapi bila aku tengok drama atau filem aku teringat pada kisah politik seperti yang aku cerita kat atas.

Kalau ada seorang manusia yang buat salah seperti membunuh ke, mencuri ke, dia pasti akan dihambaat rasa bersalah dan rasa takut yang amat sangat. Malah dia akan rasa seperti "diburu" siang dan malam. Tidur malam pun termimpi-mimpi.

Itu seperti yang diterjemah dalam siri drama atau filem. Dalam realiti politik, orang kata kenapa beriya-iya benar nak mempertahankan sesuatu dan cepat benar untuk menuding pakatan akan menyumbat mereka ke dalam penjara?

Macam ada sesuatu yang terselindung hehehehhee hanya mereka sahaja yang tahu.

Agak-agak kenapa UMNO beriya-iya sangat ingin mempertahankan putrajaya?





PRU13 : Kenapa Najib takut bubar parlimen waktu ini?


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) mempersoal pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini.

Beliau berkata, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini.


"Saya mencabar Najib untuk membuat pengumuman segera tarikh pembubaran parlimen jika beliau merasakan sokongan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional telah meningkat.


"Namun apa yang saya lihat, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang," jelasnya yang juga Adun Meru.


Dr Abdul Rani yang turut melahirkan kerisauan apabila tindakan Najib yang berdiam diri akan menimbulkan satu situasi yang di luar jangkaan dan menyalahi undang-undang.


Malah beliau juga beranggapan, ketidakyakinan Najib terhadap sokongan yang beliau perolehi nanti dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dapat dilaksanakan.


"Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah.


"Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati," sambung beliau lagi.


Abdul Rani berharap, Najib akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Wednesday, 27 February 2013

Menjelang Pembubaran Parlimen.. UMNO Perkenal 'Kopi Takut Bini' pula..

Jika semalam, Kicap dari jenama Tamin telah dikenalpasti sebagai salah satu barangan yang akan diagihkan oleh UMNO/BN kepada rakyat di pendalaman, hari ini satu lagi produk telah ditemui.

Kicap tersebut dipercayai telah ditaja oleh seorang Ketua Wanita UMNO yang punya kepentingan dalam syarikat yang mengeluarkan produk tersebut.

Produk yang baru di temui ini masih belum dikenalpasti, sumbangan dari siapa, kepada siapa dan kerana apa...

Ini adalah Kopi Pra Campuran 5 dalam 1, yang juga dikenali sebagai 'Kopi Takut Bini..' sinonim dengan kebanyakkan kepimpin UMNO yang takut bini.. err.. kat Permatang Pauh ni ada dua orang.

Ianya tidak akan dipasarkan kemana-mana kedai runcit kerana diyakini tak laku..

Dipercayai akan diedarkan keseluruh bilik gerakan UMNO/BN bagi menghilangkan rasa mengantuk pencacai-pencacai yang bertugas..

Selain itu ianya juga akan dibekalkan kepada semua Blogger Pro UMNO tak kira samada dari Unit Media Baru atau tidak agar mereka mampu berjaga hingga kepagi untuk mencipta fitnah buat menyerang Pakatan Rakyat.. 


'Kopi Takut Bini'... kah.. kah.. kah..

Siapa punya kerja aku pun tak tahu.. tiba-tiba saja ada dalam e-mail aku dengan tajuk 'Kopi Takut Bini'..

Laporan pasal Kicap Tamin tu sila baca di ( SINI )

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Sunday, 3 February 2013

Kakitangan Kerajaan jangan takut kerajaan baru 60 hari lagi.


UMNO semakin meroyan.Fitnah semakin  menjadi-jadi.Semuanya kerana sudah sampai bulan,cuma tak nampak tarikh lagi. Najib sudah ikut cara Barrack Obama dalam berkempen.Lagaknya"Wira Dunia",semuanya untuk menutup diri yang gundah gulana. Bukan lama paling kurang 60 hari lagi kita semua mendapat kerajaan baru.InsyaAllah segala isu basi yang dimainkan UMNOBN tidak meninggalkan bekas. Bagi kakitangan kerajaan jangan takut kita mempunyai Perdana Menteri baru tidak sampai 60 hari lagi.