Showing posts with label Jasin. Show all posts
Showing posts with label Jasin. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Anwar masuk Gereja: A Kadir Jasin belasah Ridhuan Tee...

CERITA masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya. Jadi apabila penceramah Ridhuan Tee Abdullah dilaporkan mengecam perbuatan seorang bakal calon Melayu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang berucap di gereja, saya ingin tumpang sekali.

Saya katakan “bakal calon” kerana penamaan calon belum diadakan.

Antara sekarang dan saat itu, apa pun boleh berlaku. Menulis dalam akhbar Sinar Harian, Ridhuan mengkritik langkah bakal calon tersebut memasuki gereja Holy Family, Kajang dan berucap.

Tee menyifatkan tindakan itu sebagai “liberal dan keterlaluan”. Bakal calon yang dimaksudkan itu ialah Anwar Ibrahim.

Katanya: "Luar biasa! Dahulu orang Melayu usahkan nak masuk gereja atau kuil, lalu sahaja di luar pun kalau boleh, cuba elakkan.

Sama seperti jika mereka ke pasar, kalau boleh elak melalui atau memandang daging atau penjual khinzir. Lebih dahsyat lagi, ketika di pasar, ada yang takut ‘lalat khinzir’ terbang kawasan ‘halal’ Islam.

Begitulah berhati-hatinya orang Melayu terhadap cara hidup mereka.”

Saya katakan cerita masuk gereja dan babi dekat dengan hati saya kerana kedua-duanya adalah sebahagian daripada pendewasaan saya. 1. Ketika saya kanak-kanak, di kampung saya babi peliharaan adalah perkara biasa. Jiran Cina yang berupa penduduk minoriti pelihara babi dan kadang kala babi mereka terlepas keluar kandang dan masuk kampung kami.

2. Babi masuk kampung perkara biasa waktu itu. Kita hambat keluar atau kita biarkan asal tidak merosakkan tanaman atau datang terlalu hampir dengan rumah. Malah nenek saya melakukan kegiatan tukar barang kerana babi. Penternak babi tuai keladi liar yang tumbuh dalam kampungnya untuk makanan haiwan itu. Sebagai ganti mereka memberikannya gula, kopi dan susu.

3. Kalau menunggang basikal dari Tanah Merah (Pendang) ke Kubur Panjang melalui Tobiar, kita akan melintasi sebuah perkampungan orang Siam. Mereka pun pelihara babi dan babi mereka jinak. Bila kita lalu, babi akan ikut kita, apatah lagi kalau kita membawa buah-buahan atau sayur-sayuran.

4. Tapi orang Melayu jijik dengan daging babi dan sangat ambil berat makanan halal. Tapi ramai tidak peduli sangat kalau makanan halal diperoleh secara haram atau dibeli dengan pendapatan haram macam rasuah. Dua cerita daging babi dan makanan halal adalah:

(a) Seorang buta (tentunya tidak tahu rupa bentuk babi) terambil bungkusan mengandungi daging babi kepunyaan kawan Cinanya. Si isteri celik, tapi tidak pernah tengok dagang babi. Mereka masak dan makan. Tidak jadi apa-apa. Si kawan Cina berasa sangat bersalah dan pergi beritahu yang itu daging babi. Laki bini muntah sampai lembik. Begitulah jijiknya orang Melayu dengan babi.

(b) Seorang Melayu (tentunya Islam) “bergumbira” tiga hari dua malam di Haadyai dengan “temannya” berkurung dalam bilik hotel. Hari ketiga lapar dan turun cari makan. Pertanyaan pertamanya: “Halal ke ayam ni?” Maksudnya disembelih ikut cara Islam.

5. Mengenai masuk gereja pula, kalau itulah interpretasi Tee, saya lagi teruk daripada bakal calon yang Tee kritik itu kerana:

(a) Saya masuk gereja ketika bersekolah selama lapan tahun di Sekolah Rendah dan Menengah Saint Michael di Alor Setar. Bukan masuk gereja untuk sembahyang Kristian, tetapi berlindung daripada bahang panas musim kemarau. Saya juga masuk gereja untuk ziarah kenalan Kristian yang mati.

(b) Ketika belajar kewartawanan di New Zealand, saya tinggal seminggu di rumah seorang paderi Gereja Anglican. Di rumah beliaulah saya belajar mengenai “grace” atau doa sebelum makan berbunyi: Bless, O Father, Thy gifts to our use and us to Thy service; for Christ’s sake. Amen.

Jadi apalah salahnya bakal calon masuk berucap dalam gereja atau melawat kuil.

Perdana Menteri kita, Mohd Najib Abdul Razak pun buat masa perayaan agama-agama bukan Islam siap dengan pakaian sekali.


Inilah 1Malaysia. Wallahuaklam.

~ A Kadir Jasin

Saturday, 20 April 2013

UMNO ulangi tragedi hitam di Jasin

Umno terus menerus memalukan rakyat negeri Melaka dengan mengganggu ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kg Rim, Jasin malam tadi. Sejak dari awal lagi Umno membuat persediaan untuk mengganggu ceramah tersebut dengan memasang khemah tidak jauh dari tapak ceramah Anwar.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




"Mereka ganggu ceramah kita, mereka kata macam-macam kepada saya, tetapi itu tidak melemahkan semangat saya".

"Kita hairan mengapa Polis Jasin membiarkan mereka ganggu ceramah kita, sedangkan kita sudah bertemu dengan Ketua Polis Negara minta dia kawal keselamatan, ini siapa nama OCPD Jasin, kita menang nanti kita tukar dia, tak tak kita gurau sahaja" sindir Anwar.

Beliau berkata politik murahan dan tidak bertamadun sebegini sepatutnya sudah lama berkubur di bumi Malaysia kerana rakyat sudah cerdik dan celik maklumat.

Sementara seorang penyokong PR yang ditemui berasa kesal dengan sikap biadap Umno yang terus mengganggu ceramah Anwar.

"Ini bukan kali pertama mereka ganggu ceramah Pakatan Rakyat malah setiap kali Anwar datang ke Jasin ada sahaja gangguan yang mereka lakukan, sungguh memalukan orang Melaka yang terkenal dengan sifat menghormati tetamu dan majlis orang lain".

"Dahulu mereka baling bas Jelajah Rakyat yang membawa Anwar, mereka simbah cat dan sebagainya, kini mereka terus melakukan perkara yang sedemikian bagi melemahkan semangat perjuangan penyokong PR" ujar Amat Alang dari Taman Angkasa Nuri, Durian Tunggal.

Ceramah malam tadi mendapat sambutan yang cukup hebat walaupun cuaca mendung dan hujan renyai-renyai. Sebelum ke Rim, Anwar telah berceramah di Tg Kling, memberikan tazkirah di Ayer Molek dan program minum petang di Gangsa. Kesemua program tersebut mendapat sambutan yang hebat. ~mutaligat

sumber sini