Showing posts with label Sharifah. Show all posts
Showing posts with label Sharifah. Show all posts

Monday, 21 January 2013

#Listen : Sharifah Zohra Jabeen maafkan semua yang mengutuknya..


Yang dituntut meminta maaf dari KS Bawani ialah Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah kerana beliau menghina Mahasiswa tersebut tapi sekarang ianya sudah terbalik..

Yang menghina pula memaafkan yang dihina.. apa cerita perempuan nih?

Baca ni...

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menegaskan, beliau sudah pun memaafkan KS Bawani, yang menjadi tumpuan ekoran kemunculan satu klip video kontroversi melibatkan mereka, yang dikatakan telah mengaibkan penuntut jurusan undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM) itu, baru-baru ini.

Dalam kenyataan terbuka yang pertama sejak munculnya isu itu awal minggu lalu, Sharifah Zohra berkata, selain Bawani, beliau turut memaafkan kenyataan pemimpin-pemimpin politik negara yang mengutuknya dengan pelbagai dakwaan, yang dibuat secara sengaja atau tidak sengaja.

"Saya amat kesal kenyataan-kenyataan yang mengkritik saya secara peribadi dibuat tanpa menyiasat dengan lebih lanjut.

“Bagi saya kenyataan-kenyataan seperti ini adalah amat tidak profesional, namun saya maafkan mereka,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, ekoran penyebaran klip video tersebut, ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan memutarbelitkan fakta tanpa mengambil gambaran yang lebih besar.

Katanya lagi, ekoran dari persepsi negatif ini, ramai tidak melihat video tersebut sepenuhnya, yang mempunyai empat bahagian, tetapi malangnya hanya bahagian terakhir yang menjadi ‘fenomena’.

“Isu ini telah diputar belit bagi mendapatkan sokongan emosi, oleh itu saya tidak mahu lagi memanjangkan isu ini demi masa depan SW1M.

“Video sensasi yang bermotif politik ini telah menyebabkan saya dan keluarga tertekan, terutamanya anak kecil saya.

"Saya bimbang dengan keselamatan keluarga saya kerana saya telah menerima ancaman SMS tidak bertanggungjawab dari individu, kumpulan dan parti politik,” katanya.

Kata Sharifah Zohra lagi, beliau turut mempersoalkan kenapa sumpah pelajar UUM seperti di dalam klip video itu tidak menjadi sensasi seperti ‘listen, listen, listen’.

“Sumpah itu berbunyi: Kami anak anak bangsa peneraju negara, dengan ini berikrar, menentang budaya songsang perosak bangsa, menentang demonstrasi jalanan penghancur keamanan, menentang anasir luar yang menjadi barah perosak anak-anak bangsa, kami menyokong keamanan, keharmonian dan kesejahteraan sesama rakyat Malaysia berbilang bangsa tanpa campur tangan pihak ketiga,” katanya.

Katanya lagi, pihak yang mempunyai kepentingan tertentu telah berjaya menjadikan isu ini sebagai fenomena sehingga menyebabkan pelajar dan pihak-pihak lain membencinya tanpa sebarang alasan.

“Pada masa sama, fenomena video ini yang menyebabkan saya terkenal dalam satu hari sebenarnya bertujuan mengalihkan pandangan yang lebih penting terutamanya penyalahgunaan hak pelajar, kanak-kanak dan wanita dalam demonstrasi jalanan serta jenayah lain seperti dadah, masalah sosial, pembuangan bayi, HIV, Aids dan rogol.

“Jangan lupa juga, isu-isu politik semasa seperti isu keagamaan, hak lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) dan krisis air di Selangor yang turut melibatkan kaum wanita dan kanak-kanak,” katanya ~ Sinar Harian

Saturday, 19 January 2013

#Listen : Sharifah Zohra Jabeen ini video khas buat anda dari Namewee..


Berikut adalah video khas buat Presiden Suara Wanita 1Malaysia, Sharifah Zohra Jabeen yang tiba-tiba melonjak namanya dialam cyber ini kerana keangkuhannya dalam mempengerusikan satu majlis yang dihadiri Mahasiswa di UUM.

Sharifah Zohra Jabeen juga adalah Timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan, sebuah NGO pro UMNO/BN.

Dalam kejadian yang videonya telah dirakamkan dan dimuat naik ke laman YouTube beliau telah merampas microphone dari seorang Mahasiswa yang sedang berhujah mempertahankan himpunan BERSIH dan mempersoalkan kenapa Malaysia tidak boleh menyediakan pendidikan secara percuma berbanding beberapa negara luar.

Sebelum Mahasiswa tersebut menyelesaikan hujahnya muncul Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin dihadapannya sambil berkata "Listen, listen, listen, listen..." dan merampas microphone yang berada di hadapan Mahasiswa itu ~ sila lihat video tersebut di ( SINI )

Dan video ini khas buat Sharifah Zohra Jabeen.. 


Kenyataan dari MPP PMUKM tentang keangkuhan Sharifah..


#Listen ,Sharifah Zohra Jabeen kini trending di Twitter sebagai Tokoh Pembodohan Mahasiswa


 Semuanya gara-gara tindakan biadapnya merampas microphone dari seorang Mahasiswa bagi menghentikannya dari terus membentangkan hujahnya tentang BERSIH dan Pendidikan Percuma.

Mungkin kerana merasakan dirinya lebih berhak daripada KS Bawani untuk tinggal di Malaysia kerana beliau adalah Presiden Suaran Wanita 1 Malaysia (SW1M) dan Timbalan Ketua Wanita KIMMA maka beliau mempersoalkan pelajar tersebut mengapa tinggal di Malaysia.

Syarifah telah menunjukkan satu sikap dan budaya angkuh, sombong dan tidak hormat kepada orang lain, apatah lagi dalam konteks ini dia adalah tetamu yang dijemput masuk ke UUM untuk bertemu dengan pelajar dan sepatutnya berperanan sebagai seorang panelis sahaja.

Isu itu turut mendapat perhatian Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah di dalam twitternya.Menurut beliau mahasiswa termasuk Bawani berhak menyuarakan pandangan tanpa ada sekatan.


Dalam pada itu juga, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya terpaksa menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN.

Siapa agaknya Khairy nak perbodohkan?.. sedangkan jawatan yang disandang oleh Syarifah sebagai  Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia Najib.

Ekoran klip video itu juga, #Listen kini ibarat fenomena di laman sosial Facebook dan twitter.

Dan nama Sharifah Zohra Jabeen kini sudah trending di twitter sebagai tokoh pembodohan Mahasiswa menurut MiLo SuaM.

Sekaligus meletakkannya sebagai macai UMNO/BN paling popular di laman Twitter.

Dan berikut adalah sebuah video khusus untu Sharifah setelah video kusus untuknya oleh Namewee tersebar ( lihat di SINI ) sebelum ini..


Video Sharifah Zohra Jabeen memperbodohkan Mahasiswa tersebut sila lihat di ( SINI )

#Listen Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi Ahli KIMMA?


Seperti dengan Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin yang menafikan suara Syarifah mewakili Umno BN begitu juga dengan Presiden KIMMA.

Awal hari ini ketika Sharifah Zohra Jabeen menjadi sasaran kritikan dari pelbagai pihak angkara kebiadapannya terhadap seorang Mahasiswa UUM, Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin dalam twitternya telah menafikan suara Syarifah mewakili UMNO/ BN.


Siapa agaknya yang Khairy cuba nak perbodohkan?.. sedangkan jawatan yang disandang oleh Syarifah sebagai Presiden Suara Wanita 1 Malaysia (SW1M) sendiri jelas membuktikan bahawa dia adalah sebahagian daripada jentera besar 1 Malaysia Najib.

Presiden KIMMA Senator Datuk Syed Ibrahim Kader pula mendakwa Sharifah Zohra Jabeen bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) tetapi beliau tidak menyatakan samada Sharifah dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Nampak macam nak menjauhkan Sharifah dari KIMMA saja tu....

Lebih malang lagi buat Sharifah kerana dalam masa yang sama dirinya diperburukkan oleh presiden KIMMA sendiri yang menyatakan tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan itu tersebut sukar dikawal… orang utara kata ketegarx..

KUALA LUMPUR, 15 Jan — Pembicara kontroversi Sharifah Zohra Jabeen yang menyerang seorang mahasiswi secara terbuka dalam satu forum di Universiti Utara Malaysia (UUM) bukan lagi ahli Kongres India Muslim Malaysia (KIMMA) kata presidennya Senator Datuk Syed Ibrahim Kader dan mendakwa tingkahlaku bekas timbalan Ketua Wanita KIMMA Kebangsaan tersebut sukar dikawal.

Pembicara tersebut adalah presiden sebuah pertubuhan tidak pernah didengari dikenali sebagai Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) yang dilihat rapat dengan BN, dilihat didalam video mencaci seorang mahasiswi yang bangkit menyatakan pendiriannya mengenai perhimpunan aman anjuran Bersih 2.0 dan pehimpunan menuntut pendidikan percuma - dengan mengeluarkan kenyataan "bila dalam program kami, kami benarkan anda bercakap" dan "apabila saya bercakap, anda dengar."

"Banyak panggilan telefon saya dapat yang bertanyakan perkara sama.

"Jadi, saya ingin tegaskan beliau sudah tidak bersama KIMMA lagi. Segala yang beliau lakukan dan katakan sekarang tidak lagi melibatkan kami dan bukan pendirian kami," tegas Syed Ibrahim yang tidak menyatakan secara terperinci sama ada Sharifah Zohra dibuang daripada parti atau sudah meletak jawatan.

Ekoran kontroversi video tersebut, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah dan rakannya Khairy Jamaluddin juga mempertahankan mangsa sikap biadap tersebut, Bawani dalam laman Twitter mereka.

Syed Ibrahim mengakui kelantangan dan sikap agresif Sharifah Zohra semasa berada dalam KIMMA dan telah menerima pelbagai laporan negatif mengenai individu tersebut.

"Ya, kami memang tahu tentang sikap liar dan agresif beliau (Sharifah Zohra) ini dan susah nak kawal beliau ini," tambah beliau lagi.

"Namun, beliau kini tidak berada dalam parti lagi."

Forum "Seiringkah mahasiswa dan politik?" diadakan di Universiti Utara Malaysia (UUM), Kedah pada 8 Disember lepas, akan tetapi hanya heboh selepas video tersebut dimasukkan di Youtube minggu lalu.

Klip selama 24 minit itu memaparkan seorang ahli panelnya Sharifah Zohra Jabeen menegur Bawani, yang bangun bercakap di forum itu, membangkitkan kepada penganjur forum apa yang dia percaya pembentangan mereka yang tidak betul mengenai Bersih dan penerajunya, Datuk S Ambiga dan Datuk A Samad Said.

Bawani juga menegaskan sejumlah negara mampu menawarkan pendidikan percuma sehingga ke peringkat universiti dan bertanya mengapa Malaysia tidak boleh berbuat demikian, diikuti dengan tepukan penonton.

Ketika Bawani sedang bercakap, Sharifah turun dari pentas dan berdiri di depannya.

Bawani tidak mempedulikan tindakan Sharifah itu dan terus bercakap.

Sharifah kemudian berkata "dengar" kira-kira 11 kali sebelum bertindak mengambil mikrofon, sambil menghulurkan tangannya bersalam dengan Bawani dan mengucapkan terima kasih kepadanya.

"Nombor satu, ini adalah program kami dan kami dibenarkan untuk bercakap. Nombor dua, apabila saya bercakap, (anda) dengar," kata Sharifah kepada Bawani.

Tindakan Sharifah telah menerima banyak kritikan daripada rakyat Malaysia yang menonton klip video tersebut ~ The Malaysian Insider

Apakah nasib Sharifah Zohra ini akhirnya?.. Adakah Suara Wanita 1Malaysia juga akan mendakwa beliau bukan mewakili pertubuhan itu?

Sama-samalah kita nantikannya...

Video yang dimaksudkan dalam laporan di atas sila lihat di ( SINI )

#Listen : 'Saya akan jelaskan' - Sharifah Zohra


Semalam “Ratu Naga” yang menguruskan akaun Facebook Suara Wanita 1Malaysia (SW1M) kata presidennya Sharifah Zohra Jabeen diperas ugut berhubung video beliau mencaci seorang pelajar universiti yang kini tersebar luas.

“Mengapa saya tidak pernah meminta beliau untuk mendedahkan dirinya? Seseorang memeras ugutnya. Jadi saya fikir cara terbaik (adalah) untuk beliau berdiam diri dan saya melakukan semua muatnaik dan penjelasan,” kata anggota majlis tertinggi dan penasihat SW1M.

Emalee mengatakan beliau boleh membuat penjelasan oleh kerana turut hadir dalam forum pada 8 Disember di Universiti Utara Malaysia yang dirakamkan dan tersebar luas sebagai sebuah video melebihi 20 minit dan membangkitkan kemarahan di Internet.

“Saya menyuruh beliau ke tempat lain yang lebih selamat kerana beliau mempunyai anak. Seseorang cuba memeras ugutnya dan isu ini menjadi bertambah serius,” tambah beliau lagi.

Hari ini..

Pengerusi Suara Wanita 1Malaysia (SW1M), Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin menjelaskan beliau akan mengeluarkan satu kenyataan mengenai klip video 24 minit antaranya dengan pelajar undang-undang Universiti Utara Malaysia (UUM), KS Bawani yang menjadi viral di internet.

Menurutnya, kenyataan itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat, namun beliau tidak menjelaskan butiran mengenai bila dan di mana kenyataannya itu akan dibuat.

“Insya-ALLAH, saya akan maklumkan (dalam masa terdekat),” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Klip video ini menjadi perhatian apabila Sharifah Zohra dan Bawani 'bertikam lidah' dalam satu program di UUM bulan lalu, dan menjadi perhatian pelbagai pihak termasuklah pemimpin-pemimpin negara.lihat videonya di ( SINI )

Program ‘Seiringkah Mahasiswa dan Siswi Dengan Politik’ itu dihadiri oleh lebih 2,000 pelajar anjuran Dewan Penginapan Pelajar (DPP) Proton UUM, dan NGO SW1M pada 8 Disember lalu.

Moderator program tersebut adalah Yang Dipertua (YDP) MPP UUM, Ku Amirul Faiz Ku Seman, sementara ahli panel adalah Pengetua DPP Proton, Mazli Mutazam, Peter Yap, Gulam Muzaffar ~ Sinar 

Benarkah dakwaan  “Ratu Naga” bahawa Sharifah Zohra Jabeen telah diugut?