Showing posts with label Nizar. Show all posts
Showing posts with label Nizar. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Nizar berada di Australia,kenduri tunggu Nizar balik dulu.

DS Nizar menang kes saman syarikat utusan atas isu nombor pendaftaran plet WWW1.Ramai yang mengucap tahniah.Ramai yang bertanya bila hendak adakan kenduri kesyukuran.DS Nizar minta RM50 juta,tapi mahkamah hanya beri  RM250 juta.

Peguam DS Nizar,  Mohd Fitri Haji Asmuni  telah mengesahkan  bahawa mahkamah memerintahkan bayaran ganti rugi am dan teladan selepas Hakim Rosnaini Saub mendapati Utusan memfitnah  DS Nizar .Tetapi DS Nizar tidak mendapat gantirugi teruk

Sebelum ini DS Nizar dalam program beliau di Bukit Gantang semasa menjadi Ahli Parlimen  menyatakan beliau akan mengadakan kenduri kesyukuran jika menang saman FITNAH ke atas Utusan Malaysia. 

DS Nizar kini berada di Australia bersama dengan pimpinan PAS Pusat dalam program PAS bersama masyarakat antarabangsa.

Thursday, 21 February 2013

Treler ini akan bawa kita ke Putrajaya-DS Nizar

‎"Treler ini akan bawa kita menuju ke Putrajaya,"DS Nizar.

Monday, 4 February 2013

Nizar bertanding di kerusi Changkat Jering?

DS Nizar sekali lagi memberitahu wartawan suratkhabar berbahasa Mandarin, Ustaz Idris Ahmad menggantikan beliau di Parlimen Bukit Gantang.DS Nizar memberitahu beliau  hanya bertanding satu kerusi saja.Itupun kerusi DUN. Namun begitu beliau akur dengan  arahan parti untuk bertanding di mana saja kerusi yang diarahkan. Dalam pada itu PAS Bukit Gantang telah menamakan DS Nizar bertanding di kerusi DUN Changkat Jering.DS Nizar berjiwa  besar,sanggup menyerahkan kerusi parlimen Bukit Gantang kepada tokoh nasional,Ustaz Idris Ahmad.
 

Aku jawab DS Anwar setuju Nizar tanding Changkat Jering.

Pi munaqashah, di Lumut ,pagi tadi banyak yang tanya DS Nizar,bertanding mana. Aku jawab DUN Changkat Jering.Aku jawab DS Anwar dah bersetuju DS Nizar bertanding.Aku jawab lagi tiada pertukaran kerusi.Aku jawab lagi insyaAllah!

Sunday, 3 February 2013

Nizar sudi dengar pandangan KS Bawani.

DS Nizar mendengar pandangan Bawani dalam satu program di DUN Pasir Panjang kelmarin(29 Januari).Bawani  berjuang untuk pendidikan percuma untuk rakyat.

Foto Nizar dengan Aiskrim Hok Paling Sempoi

DS   ,mengucapkan tahniah kepada  Abe Aiskrim kerana boleh berdikari untuk berniaga.

Nizar sampai takzirah,esok timbul boneka Cina.

DS Nizar dijadualkan pada malam ini 31 Januari, menyampaikan Tazkirah Maghrib di Surau PAS,Kepala Bukit,Bt 9 , Jalan Changkat Jering- Jalan Trong.Pada 10.00 malam beliau akan berceramah di Bukit Jana ,Kamunting bersama YB Ngeh Koo Ham dan pimpinan PR yang lain.

Untuk mengetahui isu terkini apa tawaran PR Perak jika memerintah Perak  dan pendedahan bagi tanah kerajaan kepada kroni,boleh datang ke Bukit Jana Kamunting.

Pencacai UMNO ,isu kepada orang kampung, Nizar boneka Cina. Itulah modal dia. Isu rasuah tak sebut,isu kos hidup tinggi tak sentuh.Isu rakyat tak sentuh.

"Jika rakyat cerdik,mereka takkan sokong UMNO"- DS Nizar

DS Nizar dalam tazkirah Maghrib di Surau Kg Kepala Bukit,Bt 9,Bukit Gantang  pada 31 Januari lalu berasa kesal kerana Radio Perak FM dan Menteri Penerangan tidak membenarkan beliau untuk berucap di radio untuk menyuruh penduduk Islam negeri Perak  bersolat. "Masa jadi Menteri Besar,saya minta Datuk Ayob(Pengarah Penyiaran Negeri) untuk bercakap di radio selama sepuluh minit,tidak dibenarkan"kata DS Nizar."Saya jumpa Menteri Penerangan ,Datuk Saberi Chik,pun sama,tak layan" kata DS Nizar dalam nada kesal."Mereka boleh bagi jika suruh buat maksiat"sindir DS Nizar.DS Nizar menjelaskan ,UMNO yang memerintah tidak suka rakyat solat,kerana solat itu tiang agama. "Jika rakyat berilmu dan cerdik,mereka takkan sokong UMNO"ujar DS Nizar

Wednesday, 23 January 2013

Cabaran Debat PR-BN: Ini jawapan Zambry buat Nizar (Video Inside)


Sebelum ini Sinar Harian telah melaporkan Setiausaha DAPSY Perak, Howard Lee berkata, sehingga kini pihaknya masih menaruh harapan tinggi agar barisan kepimpinan Barisan Nasional (BN) diketuai Zambry akan hadir bagi menjayakan debat terbuka bersama Pakatan Rakyat (PR) Perak.

Menurutnya, berdasarkan surat rasmi jemputan yang dihantar ke Pejabat Umno Negeri, 16 Januari lalu, tiada sebarang maklum balas secara rasmi diterima berhubung penolakan atau penerimaan penyertaan Zambry dalam debat berkenaan.

“Kita masih menaruh harapan tinggi agar debat ini berlangsung seperti yang dirancang, kita akui belum dapat apa-apa sebarang maklum balas lagi dan kerana itu kita mengambil pendirian positif, kemungkinan menteri besar akan menyertai sesi debat ini.

“Atas pendirian itu, kita barisan jawatankuasa teknikal tetap akan mengosongkan beberapa kerusi khusus untuk kepimpinan BN pada malam debat berlangsung,” katanya pada satu sidang media, di sini.

Debat yang bakal berlangsung di Hotel Excelsior jam 8 malam itu menampilkan Timbalan Pesuruhjaya Pas Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pengerusi DAP, Datuk Ngeh Koo Ham, manakala Zambry dipelawa sebagai mewakili BN.

Debat terbuka berkenaan dianjurkan bagi mengupas lebih mendalam berdasarkan hujah dan bukti mengenai isu yang pernah dibangkitkan kedua-dua parti sama ada di dalam atau luar Sidang Dun.

Antara isu yang bakal mendapat perhatian ramai adalah pendedahan bukti mengenai isu pemilikan tanah seluas 4,200 hektar di Kelantan yang turut mengaitkan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Dan ini adalah jawapan Zambry mengenai cabaran ini..