Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts
Showing posts with label Muhyiddin. Show all posts

Saturday, 20 April 2013

Gambar Muhyiddin disambut meriah oleh penduduk Sabah yang tak disiarkan BERNAMA..

Mula-mula korang baca dulu apa yang dilaporkan oleh BERNAMA ini tentang lawatan Muhyiddin ke Sabah pada 23hb Februari 2013 yang lalu

KOTA KINABALU: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin tiba di sini, Jumaat, untuk lawatan kerja dua hari ke Sabah.

Ketibaan beliau, yang diiringi isterinya Puan Sri Noorainee Abdul Rahman dengan pesawat khas, di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu disambut Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, timbalan-timbalan Ketua Menteri, anggota Kabinet dan ketua-ketua jabatan kerajaan Persekutuan dan Negeri serta pemimpin masyarakat.

Sejurus tiba, Muhyiddin yang diiringi isteri Puan Sri Norainee Abdul Rahman menaiki helikopter ke Ranau yang terletak di kaki Gunung Kinabalu bagi menghadiri program bersama rakyat dan perasmian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Ranau.

Pada sebelah petang, Timbalan Perdana Menteri dijadual menghadiri majlis bersama pesara guru dan bakal pesara di Grand Ballroom 1Borneo, Likas, dekat sini sebelum menghadiri makan malam bersama pemimpin dewan-dewan perniagaan negeri Sabah di Magellan Sutera.

Pagi esok, Muhyiddin akan melakukan tinjauan mesra di pekan Kota Belud dan seterusnya menghadiri majlis bersama rakyat di SMK Narinang, Kota Belud.

Beliau kemudian akan menyempurnakan majlis penutupan Minggu Saham Amanah Malaysia di Kompleks Sukan Likas, Kota Kinabalu pada sebelah petang sebelum berlepas pulang ke ibu negara ~ Bernama

Bernama tidak melaporkan kemeriahan sambutan terhadap Muhyiddin oleh rakyat Sabah di DUN Nabawan Parlimen Pensiangan, Sabah seperti dalam gambar di bawah..

Dimana sekumpulan penduduk telah menyambut kedatangan Muhyiddin dengan membawa sepanduk menuntut janji-janji yang pernah ditaburkan oleh Kerajaan UMNO/BN kepada rakyat Sabah masih belum tertunai lagi.

Sunday, 17 February 2013

PANAS: Ni semua KERANA Muhyiddin [Kesian...]

Kiriman dan luahan dari seorang guru kepada PRs

16 Feb. 2013 (Sabtu) akan diadakan "Program Himpunan Guru Muda 1 Malaysia (GM1M) Zon Utara" bertempat di SMK Hutan Kampung, Alor Setar, Kedah untuk berjumpa TS Muhyiddin Yassin....

Progam akan bermula dari pukul 7.30 pagi hingga 1.30 petang dan dikatakan akan mengumpulkan seramai 10,000 orang guru muda.. Cnfirm psnie masuk berita TV3suku kata guru memberi sokongan penuh kepada kerajaan..kuikui.. Dh tau dh tktik depa..

Apa yang menariknya ialah guru-guru (yang terpilih) dipaksa untuk pergi ke program tersebut dan diugut untuk membuat surat tunjuk sebab jika tidak menghadirkan diri (sebab yang tidak munasabah bg mereka tidak akan dilayan).. Semasa taklimat diberikan, guru juga diugut supaya menyokong kerajaan kerana menurut beliau guru adalah kakitangan kerajaan dan jika enggan mereka boleh ditukarkan ke kawasan pedalaman..

Nampak sangat memang terdesaklh umno nie.. Ramai guru-guru yg kena pgi ke program tersebut komplain dan rasa tak puas hati (tapi kot blakang jela).. Lagi satu, acara yang dijalankan memang punah.. Setiap daerah yang pegi kena buat pertunjukan tarian campur laki pompuan, tak kira lh menari gangnam ka atau apa-apa saja, juga diadakan prtandingan karaoke selain acara sampingan seperti paintball, sepak raga, bola jaring dll..

Islamik sangat ka umno nie.. Ini ka yg dikatakan umno memperjuangkan Islam dan mempertahankan umno adalah satu jihad.. Dh la tak habis-habis anjurkan program berunsurkan hiburan, K-POP lh, PSY lh.. Ini boleh merosakkan akhlak muda mudi.. Orang sepatutnya buat program yg blh mendekatkan lg orang muda kepada Islam..

Aku memng tak setuju kalau umno kata depa memperjuangkan Islam kalau macam nie lh perangai depa, lebih kepada hiburan semata-mata.. Bagi aku program ini lebih kepada brainwash utk survival umno, lagho, tidak berfaedah dan membuang masa.. Kalau ikut tak kebuloq nk pi..

P/S : Ada dikongsikan sekali surat kerahan tersebut tapi kita sedia maklum tentang itu dan admin rasa tak payahlah kita tunjukkan surat tersebut sebab Banner yang dicetak menceritakan apa yang berlaku..kuikuikui ~ PRs