Showing posts with label Menteri. Show all posts
Showing posts with label Menteri. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 : 'Kurang Cerdik' nya kenyataan Menteri Dalam Negeri ni...


Sekali baca nampak macam cerdik kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi ini tapi bila difahami hanya 'kurang cerdik' beliau yang menyerlah.

Dalam cubaannya untuk mengelak dari dipertanggungjawabkan dalam hal passport curi yang begitu mudah digunakan untuk menaiki penerbangan MH370 yang masih hilang hingga kini, Zahid menuding jari kepada pihak Imigresen.

Beliau telah mengarahkan satu siasatan dalaman.. "Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370.

"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam.

Yang kelihatan kurang cerdik dalam hal ini ialah bilamana Zahid mengatakan..Tak kan pegawai Imigresen tak boleh fikir orang Eropah wajahnya seperti orang asia berdasarkan passport yang dipegang mereka..

Sebabnya ialah jika ibu bapa kepada pemegang passport itu adalah orang asia.. tinggal dikutub utara sekalipun anak yang dilahirkan oleh mereka tetap akan berwajah Asia.. takkan berwajah macam orang Eskimo punya..

Orang Asia yang berhijrah ke Britain ataupun Kanada dan diberikan kerakyatan oleh negara tersebut dan memegang passport negara tersebut, wajahnya tak akan berubah.. dari gelap mungkin akan cerah sikit.. itu saja..

Begitulah juga sebaliknya jika orang Eropah pula berhijrah ke Asia, muka dia tetap akan macam orang Eropah.. tak adanya nak bertukar jadi macam muka orang Asia..

Senang saja dia nak lepaskan diri... main sembur membuta tuli saja..

Lagipun apa nak di hairankan dinegara kita ini, manusia berwajah Bangla pun berlambak yang memegang passport dan mykad Malaysia..

Altantuya dulu pernah masuk Malaysiakan?.. Kenapa rekod kemasukkannya hilang?.. tak hairan ke Zahid?

Laporan berkaitan...

Satu siasatan dalaman dijalankan terhadap Jabatan Imigresen berikutan laporan dua pelancong menggunakan pasport curi bagi menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang dilaporkan hilang awal pagi kelmarin. 
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan siasatan secara terperinci itu akan memberi tumpuan khusus kepada Jabatan Imigresen cawangan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). 
"Kita akan lakukan siasatan dalaman terutama ke atas pegawai yang bertugas di kaunter Imigresen KLIA semasa penerbangan MH370. 
"Saya masih hairan tak kan (pegawai imigresen) tak boleh fikir, orang Itali dan Austria tapi muka macam orang Asia," katanya kepada pemberita pada majlis pertemuan peserta konvoi Kembara Bumi Suci 2014 dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Seri Perdana di Putrajaya, semalam. 
Ahmad Zahid berkata siasatan itu dijalankan oleh satu pasukan khas yang diketuai Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Datuk Aloyah Mamat. 
Katanya buat masa ini tiada sebarang kesimpulan boleh dibuat berhubung isu itu memandangkan siasatan baru sahaja bermula iaitu sebaik sahaja pemilik sebenar pasport berkenaan mendakwa dokumen masing-masing telah dicuri. 
Ahmad Zahid menarik perhatian apabila berkata adalah sukar untuk menentukan kesahihan sesuatu pasport antarabangsa yang dibawa seseorang pemegang memandangkan bukan semua negara menggunakan sistem biometrik dan kod bar seperti Malaysia. 
Ketua Pengarah Jabatan Penerbangan Awam Datuk Azharuddin Abdul Rahman dalam sidang media di Sepang hari ini mengesahkan hanya dua penumpang yang mempunyai pasport palsu bagi menaiki pesawat MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing. 
Kedua-dua penumpang terbabit masing-masing menggunakan pasport warganegara Itali dan Austria. 
Penerbangan MH370 dari Kuala Lumpur ke Beijing bersama 227 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal itu dilaporkan hilang daripada radar pada pukul 1.30 pagi semalam, kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA. 
Pesawat itu membawa penumpang dari 14 negara dengan lebih separuh merupakan warga China dan 38 rakyat Malaysia. - Bernama

Friday, 7 March 2014

Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang..


Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai anak saudara kepada timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia diselamatkan oleh nelayan sejauh kira-kira 500 meter dari KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, tempat di mana dia dipercayai terjun.

Polis marin tiba tidak lama kemudian dan membawanya ke pangkalan di Batu Uban.

Beliau kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.

Pada 6 Jun 2013, tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.

Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ~ mStar

 
Anak sedara siapalah ni???

Monday, 24 February 2014

Dua lagi Menteri dijangka undur dari kabinet Najib..


Dua menteri Umno sudah menunjukkan mereka mahu keluar daripada Kabinet menjelang rombakan pada Jun, membayangkan peningkatan kejengkelan terhadap tanggapan tiada arah tuju dalam kerajaan, kata sumber dalaman parti.

Ia sekurang-kurangnya membabitkan seorang menteri dalam pasukan ekonomi Putrajaya, yang berdepan dengan isu potongan subsidi, konsesi kenderaan import dan rundingan pakatan perdagangan Pacific Rim.

“Mood di Putrajaya muram. Sekurang-kurangnya dua menteri mahu cepat keluar daripada kerajaan Najib,” kata seorang ahli politik Umno kepada The Malaysian Insider, merujuk kepada presiden parti dan perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Pencarian untuk menggantikan tempat itu kini bermula tetapi kekurangan bakat. Kita mempunyai sedikit sangat menteri atau ahli politik yang berkelayakan,” katanya.

Pasukan ekonomi Najib merangkumi dirinya sendiri sebagai menteri kewangan 1; Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah sebagai menteri kewangan II; Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamad; penasihat ekonomi, Datuk Seri Abdul Wahid Omar dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan.

Ahmad Husni dan Abdul Wahid mendiamkan diri sejak kebelakangan ini selepas Putrajaya membuat keputusan menarik balik kenaikan kadar tol yang diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin apabila beliau berkata kerajaan akan membayar RM400 juta kepada pemegang konsesi tol sebagai ganti rugi.

Mustapa dan kementeriannya menjadi perhatian kerana masih belum lagi memuktamadkan sistem Permit Import (AP) untuk kenderaan, yang semakin meningkatkan harga, dan kerana masih berbincang dengan rakan kongsi dalam Pacific Rim untuk membentuk Perjanjian Perkongsian Trans Pasifik (TPPA).

Perdana menteri masih boleh menambah seorang lagi timbalan menteri dalam Kementerian Kewangan, ruang yang disimpan untuk MCA kerana parti komponen senior Barisan Nasional (BN) itu mengambil keputusan untuk tidak menyertai kerajaan berikutan kekalahan teruk dalam pilihan raya tahun lalu.

Seorang pakar strategi Umno berkata, kemasukan MCA tidak akan memberi kesan besar terhadap kerajaan Najib, yang berdepan dengan perang prasangka lebih besar selepas pemimpin Hindraf, P Waytha Moorthy meletakkan jawatan secara mengejut sebagai timbalan menteri, minggu lalu.

“Kabinet seperti sudah tidak ada calon dan MCA tidak terlalu menonjol, maka kemasukan mereka nanti tidak akan mengubah apa-apa.

“Kerajaan perlu cepat keluar daripada kesuraman ini dan bekerja kuat. Mereka tidak akan kehilangan apa-apa sehingga pilihan raya akan datang,” katanya.

Pengkritik berkata, pentadbiran Najib gagal meredakan peningkatan ketegangan perkauman dan agama dalam negara, terutama di Pulau Pinang dan Selangor yang ditadbir oleh pembangkang.

Katanya, polis berjanji untuk bertindak tetapi setakat ini, hanya pemimpin pembangkang yang berdepan dengan cabaran besar.

Najib juga berdepan dengan kritikan daripada parti Umno sendiri, terutama golongan veterannya, yang percaya bahawa perdana menteri perlu melakukan lebih lagi untuk memotong perbelanjaan, bukan semata-mata potong subsidi.

“Kerajaan memerlukan kepimpinan lebih tegas dan lebih memahami apa yang berlaku dalam Malaysia. Mereka kelihatan seperti tidak tahu dan kadang-kadang, nampak tidak peduli.

“Mungkin itu sebabnya mereka mereka berperasaan muram. Mereka tiada arah, tiada petunjuk dan tidak tahu apa yang perlu dilakukan untuk memastikan Putrajaya terus berkuasa,” kata seorang ahli Umno.

~ The Malaysian Insider

Sunday, 21 July 2013

Lagi Sekoq Menteri Bebal.

Semalam posting pasal kebebalan Shahidan Kassim... tup.. tup... sekoq lagi menteri menunjukkan kebebalannya... muakakakakakakaaa...

Apa sudah jadi nih Najib Razak woooiiiiii.... apasal lu punya menteri manyiak bodoh2 belaka... muakakakakaaaaa....

Sebelum ini apabila harga gula naik... menteri kesihatan kata, jangan ambil gula berlebihan takut kena kencing manis... perghhhh... prihatinya kerajaaaan kepada rakyat.

Sekarang ini apabila harga ayam naik... menteri kata jangan makan ayam sebab mahal...


Selepas ini ada ura2 tariff elektrik bakal naik... nanti ada pulak menteri benggong akan kata "Jangan guna elektrik dan bertukarlah kepada pelita minyak tanah"...

Walau apa sekalipun alasan bodoh menteri2 kabinet Najib Razak nih... "Semua barangan yang naik harganya itu adalah yang paling murah jika nak dibandingkan dengan negara2 lain"...

Padan muka bangsa umno laknatullah... di sebabkan kebodohan lu orang menyokong BN laknatullah inilah akibatnya dan rakyat yang tak berdosa pun terkena tempias kesengsaraan kos sara hidup yang meningkat...!!!!

Ini yang dikatakan Menteri2 Bebal beb... tugas diorang bukannya nak menyelesaikan permasalahan rakyat, tapi ambil jalan mudah dengan perbodohkan rakyat...!!!!

Saturday, 22 June 2013

Gambar Menteri Amno join blackout..?

Gambar panas menteri Amno, sorang Tengku yang dah hilang daulat mencuba nasib untuk menjuarai himpunan Blackout505 di Padang Merbuk sebentar tadi..


PANAS!! Menteri Wilayah Persekutuan turut hadir ke Padang Merbuk ..


Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur telah dilaporkan turut hadir di Perhimpunan Black 505 di Padang Merbuk hari ini.

Beliau telah dilihat bersama-sama dengan OCPD Dang Wangi, ACP Zainuddin..

Bagaimanapun kehadirannya bukanlah sebagai tanda beliau menyokong himpunan tersebut, kerana kita sedia maklum jika beliau menyokong himpunan ini tak lama dah la jawatan Menteri tu dia pegang..

Kehadirannya ialah untuk memujuk dan meminta penganjur Blackout 505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka..

Kuala Lumpur: Kerajaan meminta penganjur Blackout505 supaya berpindah lokasi perhimpunan dari Padang Merbok ke Stadium Merdeka.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansur berkata, ketika ini perbincangan masih berlangsung antara polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dengan penganjur perhimpunan itu.

"Saya minta mereka pentingkan keselamatan orang awam dan untuk itu penganjur seharusnya berpindah ke Stadium Merdeka, malah pintu stadium juga sudah dibuka.

"Penganjur sepatutnya mengikut peraturan dan tidak bertindak atau provokasi yang boleh mencetuskan keadaan tidak menyenangkan," katanya ketika ditemui di kawasan Padang Merbok sebentar tadi.

Tengku Adnan berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak membuat laporan polis jika penganjur masih enggan mengubah lokasi perhimpunan.

"Jika bersetuju, penganjur bokeh dapatkan permit daripada polis," katanya ~ Berita Harian

Perkara ini telah disahkan oleh Rafizi dan tiada sebarang perubahan katanya..

"Perhimpunan #Black505 hari ini ttp diadakan di #pdgmerbok622. Jgn dengar khabar2 angin bhw ada pertukaran tempat. Terus berkumpul"


Lagi gambar-gambar sila lihat di SINI

Thursday, 21 February 2013

Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa..


Betul-betul aku tak faham dengan kenyataan MB Terengganu ni.. rangka bumbung dah ranap macam dalam gambar itu pun beliau masih mengatakan tidak runtuh..

Mungkin dia tak sedar lagi bahawa maklumat sekarang bukannya tersebar satu atau dua hari selepas kejadian.. tapi satu atau dua minit saja lepas kejadian..

Mungkin juga dia nak memperbodohkan rakyat Terengganu.. tapi dalam masa yang sama terserlah kebodohannya sendiri..

Tapi macam Chegu Bard kata.. Kalau yang dilantik itu orang bodoh.. yang melantik dan menyokongnya pula sudah tentu lebih bodoh..

MB nafi Stadium Sultan Mizan runtuh

ARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan ~ Sinar Harian

Lagi gambar runtuhan bumbung Stadium tersebut yang dikatakan tidak runtuh oleh Mat Said itu sila lihat di ( SINI )

Monday, 4 February 2013

Menteri kantoi SPRM,tapi tiada tindakan.

Harakahdaily, 25 Jan 2013
KUALA LUMPUR: Sekurang-kurangnya empat pemimpin politik termasuk menteri besar dan ketua menteri tidak melepasi tapisan SPRM untuk menjadi calon tetapi persoalan timbul kenapa mereka tidak diambil tindakan.

Inilah yang dipersoalkan apabila media mula menyiarkan perkara ini ekoran tapisan yang dibuat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) itu.

Menurut akhbar Sinar pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan SPRM kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti, lapor muka depan akhbar itu hari ini.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13  masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

Thursday, 31 January 2013

ANWAR PERDANA MENTERI -S.H ALATTAS

Penulis paling berani, Syed Hussien Alattas atau S.H Alattas atau lebih mesra dipanggil Pak Habib dalam tulisan terbaru beliau menerusi blog, mengakui beliau kini telah berhenti menyerang Anwar Ibrahim. Kita semua tahu beberapa buku beliau sebelum ini memburuk-burukkan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat dan sebagainya.
Bagaimanapun dalam tulisan paling terbaru Pak Habib, beliau mengakui, semakin banyak beliau memburuk-burukkan Anwar, semakin kuat Anwar rupanya.

"Mana lebih baik kita ‘mendoakan’ supaya Tuhan memberikan ‘hidayah’ kepada musuh-musuh politik atau minta Tuhan melaknat mereka yang kita musuhi? Jangan mengaku beriman kalau kulit saja Islam.Kata ‘sengal’ muka kerepot, kenapa nak emosi sangat bila bencikan orang sampai lebih-lebih?Rileklah bro. Cuba kita cerminkan muka kita.Satu jari menunjuk pada orang, 3 lagi tunjuk diri sendiri. Kalau Tuhan nak hapuskan Anwar, ‘kun faya kun’, hancur macam Firaun. Sebab itu saya sudah berhenti serang Anwar.Macam-macam buku saya sudah tulis, dia makin kuat.Suka hati Tuhan lah kalau dia nak jadikan Anwar Ibrahim Perdana Menteri selepas Najib; saya siapa?", tanya Pak Habib.



"Tidak ada manusia yang sempurna melainkan Nabi Muhammad SAW.Bumi mana yang tidak ditimpa hujan, lautan mana yang tidak bergelombang, masakan tak ada yang baik tentang manusia yang kita sudah label sebagai musuh.Sebagai contoh Anwar Ibrahim; kenapa takut dia jadi Perdana Menteri, bukankah dia TPM semasa Tun Mahathir jadi PM?Lagi pun dia di buang, bukan dia bakar jambatan seperti Rais Yatim," ujarnya lagi.

Pak Habib juga menyalahkan media BN yang setiap hari membesarkan nama Anwar menerusi laporan buruk menyebabkan orang ramai makin simpati dan suka pada Anwar Ibrahim.


"Siapa Anwar Ibrahim; semua orang kenal, lebih popular dari Agung atau Perdana Menteri. Mana lebih baik: berzikir dan sebut nama Allah, berselawat ke atas Nabi SAW; pagi, petang, siang dan malam; atau mengingati nama Anwar Ibrahim yang setiap hari di TV arus perdana? Salah siapa rakyat teringat dan cinta kan Anwar Ibrahim kalau bukan media arus perdana 
B.N?"



"Kenapa Anwar Ibrahim saja kita heret ke mahkamah, kenapa orang yang terlibat dengan kes Altantuya bebas macam itu saja?Di mana keadilan?Sebab itu ramai yang sokong parti Keadilan dan baca akhbar Keadilan.Hishamuddin Rais telah letak ‘benchmark’ bagaimana nak jadi penulis yang berani," terang Pak Habib lagi yang kini sedang memuncak namanya menerusi buku terbaru Setan Syaitan Sultan yang menjadi kontroversi . Pak Habib juga pernah menggemparkan dengan buku  Challenger: Siapa Lawan siapa yang menjadikan Musa Hitam kepanasan.


Pak Habib merupakan salah seorang penulis yang konsisten. Sentiasa muncul dengan buku-buku politik panas membara. antara buku-buku beliau sebelum ini  Revoulusi Istana dan Rakyat, Lima Raja Terakhir, Talqin Untuk UMNO, Wanita takhta dan Kuasa dan banyak lagi.



Tulisan terbaru di blognya berjudul: Antara Janda Baik dan Janda Jahat: ANWAR PERDANA MENTERI

Wednesday, 30 January 2013

BUKTI MENTERI UMNO BENAR KALIMAH ALLAH PADA BUKAN ISLAM


Di kampung-kampung dan di kawasan tanah rancangan Felda khabarnya UMNO giat menjalankan ceramah tentang kalimah Allah. Mereka mendakwa DAP, PAS dan PKR kini persendakan Islam. Kata mereka PAS sanggup mengiyakan permintaan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible walaupun semua sedia maklum bahawa Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan menolak penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam. 
Tapi puak-puak UMNO ini tetap ingin menipu penduduk kampung dan penduduk Felda. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan pandang remeh hal ini. Mesti cepat bertindak.
Keratan ini merupakan bukti paling kuat bahawa Menteri UMNO Datuk Seri Nazri aziz pernah mengeluarkan kenyataan tahun 2010 lepas  bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 
Yang ini UMNO sorokkan. Dajal betul. Harap kita semua dapat war-warkan dan sebarkan  kenyataan Nazri Aziz ini agar semua rakyat dapat maklumat sebenar perangai UMNO yang suka berpura-pura.

Saturday, 26 January 2013

Empat Menteri UMNO gagal ujian SPRM.. tapi SPRM tak dakwa..


Beberapa parti politik dijangka terpaksa menggugurkan nama-nama besar daripada menjadi calon mereka dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13).

Pengguguran itu tidak boleh dielakkan kerana beberapa tokoh itu gagal dalam ujian tapisan yang dilakukan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana mempunyai masalah dengan undang-undang.

Antara nama-nama besar yang disebut sebagai mereka yang dijangka tidak akan dicalonkan semula akibat masalah berkenaan ialah seorang menteri besar, seorang ketua menteri dan dua pemimpin tinggi sebuah parti.

Difahamkan, perkembangan terbaru ini disedari setelah urusan awal tapisan senarai calon yang diserahkan beberapa parti kepada SPRM untuk tapisan menjelang PRU13 selesai, baru-baru ini.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, ratusan nama calon sudah diserahkan kepada SPRM dan berikutan tapisan yang dilakukan, beberapa nama-nama besar telah gagal saringan.

Berdasarkan hasil ujian tersebut, parti-parti yang terlibat telah dinasihatkan tidak meletakkan nama-nama besar yang bermasalah itu sebagai calon mereka.

Maklumat yang diterima Sinar Harian menunjukkan nama-nama besar yang gagal ujian tapisan tidak boleh diletakkan sebagai calon dan jika dicalonkan juga, ia akan memberi implikasi kepada parti terbabit.

Ketika dihubungi Sinar Harian, Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM (Operasi), Datuk Mohd Shukri Abdul enggan memberi sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Beliau sekadar menegaskan bahawa Cawangan Tapisan Keutuhan, Bahagian Pengurusan Rekod dan Teknologi Maklumat SPRM masih membuat tapisan ke atas senarai calon yang dihantar parti-parti politik.

Katanya, parti-parti yang akan meletakkan calon dalam PRU13 masih terus menghantar nama-nama calon masing-masing untuk tapisan dan ada yang akan terus menghantar senarai tersebut walaupun selepas Parlimen dibubarkan nanti.

~ Sinar harian