Showing posts with label hospital. Show all posts
Showing posts with label hospital. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Kassim Ahmad masuk Hospital


Pemikir dan penulis kontroversi, Dr Kassim Ahmad yang mencetuskan kegemparan dengan kemunculan semula mengkritik hadis di Seminar Pemikiran Kassim Ahmad dimasukkan ke Hospital Kulim sejak Rabu lalu kerana kesukaran bernafas.

Rombongan media MySuara yang sepatutnya menemubual beliau secara eksklusif semalam di rumahnya dimaklumkan oleh isterinya, Sharifah Fawziah bahawa beliau dikejarkan ke hospital dengan ambulan dan ditahan wad.

"Dia agak penat kerana selepas seminar tempoh hari, ramai orang datang ke rumah dan menerima banyak panggilan telefon. Anak kami mungkin akan membawanya ke Hospital Selayang untuk rawatan lanjut," jelasnya sambil membawa kami meninjau bilik pejabat Dr Kassim di dalam rumah mereka..

Di bilik bacaan dan penulisan itulah Dr Kassim menghabiskan masa emasnya dalam usia 80 tahun untuk menghasilkan tiga karyanya iaitu Mencari Jalan Pulang, Islamic Renaissance dan Jalan Yang Lurus.

Masing-masing diterbitkan ZI Publications, Brainbowpress dan Pekan Ilmu.

Dr Kassim sebelum ini menyewa di Tanjung Bunga, Pulau Pinang sebelum berpindah ke rumah baru yang dibelikan anaknya Shauqi Kassim di Kulim pada 2006.

MySuara kemudian menziarahi beliau di Hospital Kulim ketika waktu melawat sebelah petang. Dr Kassim kelihatan sedang berehat dengan dibekalkan tiub oksigen untuk membantu penafasannya.

"Pagi tadi saya sudah pesan roti canai tetapi sampai lewat dan saya sudah minum pagi. Selera makan saya baik walaupun sudah tua. Nasinya sedap cuma lauk ikannya tidak berapa sangat," jelasnya yang sedang menikmati makan tengahari.

"Saya boleh berdialog lagi 3 jam," seloroh Dr Kassim dalam suara perlahan, serak dan batuk ringan.

Dalam pertemuan ringkas selama 30 minit itu, Dr Kassim sempat menerangkan pandangannya dan menjawab soalan-soalan tambahan dengan bersemangat.

Penampilan Dr Kassim seperti pesakit lain menyebabkan kelibatnya di Hospital Kulim tidak disedari.

Malah sepanjang temubual berlangsung beberapa orang doktor yang lalu lalang teruja apabila melihat buku Jalan Yang Lurus dan mengetahui pesakit mereka adalah penulis buku tersebut.

~ MySuara

Friday, 8 March 2013

Pengarah Hospital Taiping ditetak

Akibat tidak berpuas hati kerana diarah berpindah ke unit lain, seorang lelaki bertindak menetak Pengarah Hospital Taiping sehingga parah menggunakan sebilah parang sepanjang dua kaki hari ini.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Dalam kejadian pada 11.20 pagi di hospital berkenaan, Dr Mohd Yassim Abdul Rahman cedera di badan, kepala dan tangan selepas cuba menahan asakan serta tetakan oleh seorang petugas di Jabatan Pengimejan dan Diagnostik hospital itu yang berusia 53 tahun.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah Taiping DSP Leong Wen Yew berkata kejadian berlaku ketika pengarah itu pergi ke pejabat suspek untuk menemuinya dan mereka dipercayai bergaduh kerana suspek diarah berpindah ke unit lain dan diminta mengosongkan pejabat unit sedia ada.

Akibat tidak berpuas hati, suspek beredar dari situ dan kemudian datang semula membawa sebilah parang sebelum menetak mangsa di ruang legar berhampiran Unit CT Scan hospital berkenaan, katanya kepada Bernama ketika dihubungi.

Beliau berkata pengarah itu yang dipindahkan ke Hospital Selayang, Selangor untuk rawatan lanjut pada pukul 1 tengah hari turut mengalami patah tulang lengan. Keadaannya dilaporkan stabil.

Leong berkata polis percaya parang itu telahpun disediakan lebih awal kerana difahamkan ketegangan antara mereka terjadi sebelum berlaku insiden hari ini.

Suspek melarikan diri sebaik sahaja kejadian itu berlaku dan sehingga kini belum dapat dikesan walaupun polis menjejaki suspek di rumahnya, katanya.

"Kami meminta suspek menyerahkan diri kepada polis. Kami percaya suspek tidak pergi jauh," katanya.

Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan iaitu sengaja menyebabkan cedera parah dengan menggunakan senjata atau benda berbahaya lain yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh didenda atau sebatan.


sumber sini



pen buruk online




Wednesday, 6 February 2013

Gambar terkini Ustaz Taib Azamudden dikatil hospital

Presiden PAS ziarah Ustaz Taib Azamudden

BAYAN BARU: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melawat Ahli Parlimen Baling, Datuk Taib Azamuden Md Taib di sebuah hospital swasta di sini hari ini.

Dalam kunjungan itu, Ustaz Taib kelihatan beransur pulih dan berbual-bual dengan Ustaz Abdul Hadi dan Setiausaha Politiknya, Dr Ahmad Samsuri.

Ustaz Taib Azamuden sudah stabil selepas rebah diserang angin ahmar ketika hendak menunaikan solat Dhuha pada 23 Januari lalu di rumahnya.~ Harakahdaily