Showing posts with label peserta. Show all posts
Showing posts with label peserta. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Tiga peserta ratu cantik mohon maaf

PETALING JAYA: Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.

Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri," katanya pada Rabu.

baca lanjut:



Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.

"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia.

"Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.

Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.

Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam.

"Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.

"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.

Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim berkata keempat-empat peserta itu akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu sebagai tetamu jemputan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Thursday, 31 January 2013

Masjid negara melimpah peserta HKR


Saturday, 19 January 2013

#KL112 : Ini Jumlah kutipan derma yang disumbangkan peserta HKR


Sebelum melancarkan kutipan pada Himpunan Kebangkitan Rakyat pada hari Sabtu yang lalu, Mohammad Sabu telah membidas pencacai-pencacai UMNO yang menyebarkan satu SMS palsu.

SMS tersebut mengatakan semua peserta himpunan yang hadir hari itu boleh menuntut RM150 setiap orang dari ibi pejabat PKR.

Mohamad menyifatkan, SMS yang dikesan tersebar hari ini sebagai satu ‘pembohongan’.

“Mereka kata, setiap peserta himpunan ini dibayar RM150 seorang. Betul atau tidak,” tanya Mohamad Sabu disambut “tidak” oleh peserta perhimpunan.

“Saya bukan nak bayar tuan-tuan, tetapi saya nak minta duit dari tuan-tuan. Boleh atau tidak,” disambut “boleh” oleh puluhan ribu yang memenuhi Stadium Merdeka.

Beliau kemudiannya melancarkan kutipan derma, kata beliau, derma ini diperlukan untuk membayar bil penggunaan Stadium Merdeka dan sebagainya.

Sebelum itu Pengacara majlis, Datuk Johari Abdul telah menyatakan, pihak penganjur terpaksa membayar RM100,000 untuk menggunakan stadium ini.

Mohamad Sabu juga merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak pengelola stadium yang membenarkan himpunan ini diadakan.

“Tepuk amai-amai belalang kupu-kupu Datang ramai-ramai, selamatkan negaraku,” kata Mohamad Sabu.

Inilah hasilnya setelah kutipan dilancarkan..

Sebahagian dari kutipan derma sedang dikira

Dan jumlahnya menurut Ustaz Saiful Bahri ialah..


Terima kasih buat semua.. walaupun RM1 yang disumbangkan ianya amat bermakna buat meneruskan perjuangan ini..

Ini SMS dari Hishamuddin Rais.."Kpd tim Pemuda Pakatan, mahasiswa, kartonis, seniman, wartawan laman dan radio, ngo dan aktivis - Penganjur ucapkan tahniah berjaya dlm HKR112"

Tak perlu diagihkan beras macam Najib buat kat ( SINI ).. puluhan ribu tetap hadir dan sanggup menderma pula..