Showing posts with label Lahad. Show all posts
Showing posts with label Lahad. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Lahad Datu: Sebelum Dan Selepas..???

Zahid Komidi.

Pada 26 April lalu, bekas menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kiri) berkata, kementerian itu telah mengenal pasti tiga pemimpin pembangkang yang menjadi dalang kepada insiden di Lahad Datu.

Zahid berkata, segala maklumat dan butir-butir mengenai dalang tersebut akan diserahkan kepada pejabat peguam negara untuk tindakan selanjutnya. - sumber.

hahahha... jom gelak dulu... tapi jangan sampai guling2... sabar dulu..., baca apa kata si comedian tu lagi...
"Bila akan diserahkan... tunggu selepas pilihan raya dan tindakan juga akan diambil lepas pilihan raya, kita tidak mahu mereka kata kita bermain politik, jadi kita serah kepada Pejabat Peguam Negara untuk mengelakkan dicapkan sandiwara politik Umno," katanya. - sumber.
hahahaha..... lu orang boleh laaaa.... gelak2 separa guling-gulingan... hahahahaha... dan selepas PRU-13, ini hasilnya....
KUALA LUMPUR: Polis masih belum mempunyai bukti yang cukup untuk mendakwa tiga pemimpin pembangkang yang didakwa menjadi dalang pencerobohan pemberontak Sulu di Lahad Datu, Sabah, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, sehingga kini pihaknya masih mengumpul bukti bagi mengheret ketiga-tiga pemimpin pembangkang itu ke mahkamah.

"Siasatan masih lagi dijalankan dan apabila ia sudah lengkap baru kita akan kemukakannya kerana proses ini ini tidak ada had masa. Ia akan berterusan dan tidak akan berhenti sehingga selesai," katanya dalam sidang media selepas acara Sambutan Hari Pahlawan di Dataran Merdeka pagi tadi. - sumber.


muakakakakakaaaaa..... sekarang nih kalau lu orang nak gelak dengan aksi apa cara sekalipun, ikut suka lu orang laaahhhhh.... gua sendiri dah tak bleh blah dengan game diorang nih... lawak siotttt.....

Si Zahid Komidian... punyalah konfiden dengan statement dia.... alih2 si KPN pulak sudah bikin kantoi daaaaaa.....!!!!
 
Walau apapun.... walau kelakar mana sekalipun dengan lawak2 bangang kat atas tuuuu...., memandangkan kita dalam Ramadhan... jadinya... eloklah senyum2 kambing sudah laaaaa.... perbanyakkan makan kurma dan buahan kerana ianya akan mengstabilkan otak dan menyegarkan akal kita supaya tidak menjadi tepu seperti mereka2 itu.... ianya juga adalah agen pencegahan dalam menghindari penyakit berjangkit iaitu "BODOH".... hehehehe....!!!!

Wednesday, 20 March 2013

Ramainya yang hadir demo ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara nie..


Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.

Siri jelajah ‘Anwar Dalang Lahad Datu’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.


Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

“Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang,” laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.


Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara.

Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today..


Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu...

Berapa orang yang hadir??.. kiralah pada gambar di bawah ni..


Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI..

Friday, 8 March 2013

[Gambar] Terkini.. Laporan Serangan Tentera M'sia Ke Atas Penceroboh Di Lahad Datu


Anggota komando Angkatan Tentera Malaysia menaiki helikopter Nuri untuk dihantar menggempur penceroboh di Kampung Tanduo dekat Tungku, Lahad Datu.
Pasukan keselamatan Malaysia pada pagi Selasa melancarkan serangan keatas penceroboh bersenjata dari Selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA

Sebuah helikopter Nuri membawa anggota komando ke medan pertempuran menghadapi penceroboh dari Selatan Filipina di Kampung Tanduo. Foto BERNAMA

Seorang anggota keselamatan berkawal dekat ladang kelapa sawit Imbara Budi bagi menyekat sebarang penyusupan pihak penceroboh di kawasan itu dekat Lahad Datu. Foto BERNAMA

Sidang media OPS Sulu

Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sahabat kini kehabisan petrol

Gambar Fail - Kenderaan tentera yang dilihat memasuki kawasan Kampung Tanduo Lahad Datu lewat petang semalam



Penduduk Kampung meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori



1.42pm: ABS-CBN melaporkan bahawa Filipina meminta pihak berkuasa Malaysia untuk membantu menyediakan perjalanan keluar yang selamat dari Sabah untuk wanita Filipina dan mereka yang bukan penceroboh bersenjata.

Setiausaha Luar Filipina, Albert del Rosario telah meminta rakan sejawatannya dari Malaysia untuk berbuat demikian supaya mereka dibenarkan meninggalkan kawasan pertempuan di sana.

Del Rosario juga meminta Jabatan Hal Ehwal Luar di Manila untuk menyampaikan nota kepada duta Malaysia ke Filipina untuk berhubung rayuan tersebut.

Menteri Luar Malaysia, Datuk Anifah Aman berkata beliau akan menyampaikan permintaan itu kepada Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zamid Hamidi.

1.30pm: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Pertahanan Zahid Hamidi tiba di Felda Sahabat dengan helikopter dan diiringi ke bilik taklimat.

1.15pm: pegawai-pegawai Jabatan Penerangan mengedarkan jaket kuning terang bertulis 'media' kepada wartawan di pusat media. "Ini adalah permintaan pihak polis, jadi kita mematuhinya. Ia akan lebih mudah mengenal pasti petugas media," jelas seorang pegawai. 1.08pm: The Star dalam laporan di Twitter menyebut, Semporna diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga susulan Ops Sulu di Tanduo.1pm: Dalam satu lagi laporan pada 12.43pm, Philippine Daily Inquirer melaporkan dakwaan Azzimudie, yang mengetuai kumpulan bersenjata Sulu di Lahad Datu memberitahu jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani bahawa mereka sedang "beristirahat". 12.50pm: Setiausaha Majlis Keselamatan Negara Datuk Mohamed Thajudeen Abdul Wahab berkata makanan disediakan untuk penduduk yang tersesar. "Mereka ditempatkan dalam dewan... berdekatan dan kami membantu mereka. Tiada masalah makanan atau air," katanya. 12.44pm: Laman The Philippine Inquirer menyiarkan laporan mendakwa Askar Diraja Sulu tidak bercadang untuk menyerah walau digempur pasukan keselamatan Malaysia.

Laporan itu menyebut, jurucakap kesultanan Sulu Abraham Idjirani memberitahu satu stesen radio bahawa kumpulan itu akan terus berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Idjirani yang memetik Azzimudie Kiram mendakwa bom yang dilepaskan jet Malaysia jatuh ke kawasan berkenan tetapi tidak mengenai kumpulan bersenjata Sulu.

InterAksyon.com juga menerbitkan laporan sama pada jam 10.46 pagi ini.

"Tidak. Tidak menyerah," kata Idjirani, yang menambah Azzimudie dalam perbualan terakhir mereka melalui telefon memberitahunya bahawa mereka akan berjuang sehingga ke titisan darah terakhir.

Laporan itu tidak menyatakan masa panggilan telefon itu dibuat.

Idjirani juga dilaporkan berkata, mereka akan mencari jalan untuk keluar dari keadaan bahaya demi kelangsungan kumpulan itu.

"Ini hanya bermakna merka hanya takut kepada kita... Jika mereka berani, mereka tidak akan guna pasukan besar untuk mengelakkan tuduhan (bertindak) keterlaluan. Mereka menunjukkan kepada dunia bahawa apa yang mereka lakukan keterlaluan."

11.54am: Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata operasi bersama antara polis dan tentera masih menerima tentangan musuh yang melepaskan tembakan ke arah pasukan keselamatan negara.Pasukan Malaysia kini menjalankan operasi 'mopping up'.

Tiada korban di pihak kita direkodkan setakat ini namun di pihak musuh masih belum diketahui.Ismail meminta semua pihak agar tidak membuat spekulasi mengenai jumlah kemalangan kerana akan menjejaskan Ops Sulu ini.
Katanya, operasi ini hanya difokuskan di Kampung Tanduo.

11.50pm: Seorang wartawan ABN-CBS memuatkan gambar penunjuk perasaan membakar gambar menunjukkan Datuk Seri Najib Razak bersalaman dengan presiden negara itu, Benigno Aquino.Kumpulan berkenaan berbuat demikian dalam perhimpunan di luar kedutaan Malaysia di Filipina.

11.35am: 
The Star yang memetik sumber polis melaporkan, kumpulan penceroboh bersenja di Kampung Tanduo berjaya ditewaskan sepenuhnya.

Ia tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa pasukan kita, lapor laman itu.

11.26 pagi: Panglima Angkatan Tentera Malaysia berkata, bom digunakan ke atas musuh bagi memastikan keselamatan tentera Malaysia.

1125am: Satu-satunya stesen minyak di kawasan Felda Sabahabt kehabisan petrol. Kawasan itu terletak kira-kira 15km dari Kampung Tanduo yang menjadi medan pertempuran.

11.23 pagi: KPN: Zon pertempuran seluas 4 kilometer di Kampung Tanduo.

11.16 pagi: Operasi membanteras kumpulan bersenjata sulu diteruskan. Pasukan keselamatan melakukan pemeriksaan dari rumah ke rumah. Status kematian atau kecederaan musuh pada ketika ini masih belum diketahui.

11:15 pagi: Ketua Polis Negara berkata, tiada kematian atau kecederaan yang berlaku di kalangan tentera Malaysia dalam serangan terhadap "pengganas" Sulu.

11.10am: 
Bercakap dalam satu akhbar, Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata operasi masih berjalan dan pihak keselamatan yang terdiri daripada anggota PDRM dan tentera mendapat tentangan dalam bentuk beberapa das tembakan yang dilepaskan oleh pihak musuh.

Katanya, ketika ini pasukan keselamatan sedang menjalankan pengeledahan terhadap beberapa buah rumah di kampung tersebut.

Ketika sidang akhbar itu diadakan, beliau berkata, setakat ini tidak ada kehilangan nyawa di pihak keselamatan di pihak PDRM dan tentera. 11.02am: Pekerja ladang kelapa sawit dilihat berkumpul di bawah satu pondok sementara. Mereka diminta menangguhkan tugas sementara polis memperluaskan kawalan di sekeliling ladang tersebut yang terletak hampir dengan kawasan pertempuran

Turut bersama pekerja tersebut ialah seorang penduduk, Sabri Abdullah, 49, yang tidak dapat pulang disebabkan kawalan polis.

"Saya menunggu untuk pulang sejak pagi ini. Saya lapar dan tidak ada makanan," katanya kepada Malaysiakini.

Tambahnya, mereka orang miskin dan tidak mempunyai wang dan terpaksa menyediakan makanan sendiri.

11am: Datuk Seri Najib Razak berkata operasi besar-besaran hari ini bermula dengan serangan udara menggunakan pesawat TUDM, serangan mortar dan diikuti serangan oleh pasukan tentera darat dan polis."Kita bermula dengan serangan udara melalui pesawat TUDM diikuti dengan kekuatan mortar dan pada saat saya sedang berucap ini, pasukan tentera darat dan anggota polis, dalam kereta dengan anggota yang mengikuti dibelakang sedang melakukan tindakan untuk memberkas, menumpas pasukan yang telah melanggar kedaulatan negara,"katanya.

10.57am: Polis memperluaskan kawalan dari kawasan konflik ke kawasan luar dan menutup semua pintu masuk ke Kampung Tanduo.

Anggota polis dengan raifal dilihat mengambil kedudukan di kawasan ladang sawit sebagai persediaan untuk menghadapi penceroboh yang lolos.

10.50 pagi: Kudat daerah di utara Sabah masih selamat daripada penceroboh dan keadaan terkawal. Bagaimanapun, polis mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan pegawainya dan orang awam di sana.

10.45am: Media Filipina melaporkan jurucakap presiden negara itu Benigno Aquino berkata Manila melakukan apa yang termampu untuk mengelakkan situasi di Sabah berakhir dengan keganasan.

“Kami melakukan semua yang kami mampu untuk mengelakkannya, namun akhirnya orang (Jamalul) Kiram memilih jalan ini,” kata Setiausaha Ricky Carandang.

10.43am: Kedutaan Filipina di Kuala Lumpur mendedahkan satu pertemuan diadakan pada malam tadi di antara setiausaha luar negaranya Albert F del Rosario, menteri luar Malaysia Datuk Seri Anifah Aman dan menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Pertemuan di Kuala Lumpur itu bagi membincangkan langkah untuk penyelesaian aman berhubung situasi di Lahad Datu.

10.17am: Memetik laporan dari ANC News Channel, InterAksyon.com melaporkan bahawa bom telah digugurkan kira-kira satu kilometer jauhnya dari kubu Azzimudie Kiram dan orang-orangnya.

Azzimudie berkata pihaknya tidak pasti sama ada bom tersebut mensasarkan mereka atau pengikut mereka, tetapi mereka kekal selamat dan bersedia untuk bertempur.

Sementara itu di Manila, sekumpulan penunjuk perasaan tiba di kedutaan Malaysia untuk mengutuk serangan itu.

10.15am: Azzimudie Kiram, pemimpin penceroboh, meluahkan kemarahannya terhadap kerajaan Filipina, dalam temubual radio dengan InterAksyon.com - portal berita dalam talian saluran TV Filipina TV5.

"Kerajaan mengarahkan penangkapan sahabat kita walaupun kita tidak melakukan apa-apa yang buruk," katanya. "Ia seperti kita bukan rakyat Filipina."

Sementara itu, Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan, memberitahu stesen radio dzBB bahawa Azzimudie telah menelefon untuk memberitahu mereka tentang serangan tersebut.

"Tidak ada apa yang dapat dilakukan tentang itu sekarang," kata Idjirani dalam satu wawancara berasingan dengan AFP.

Beliau mengulangi pengumuman awal Azzimudie bahawa mereka akan berjuang hingga ke akhir ayat.

"Kami bukan penceroboh. Mereka (rakyat Malaysia) adalah orang yang menduduki tanah nenek moyang kami," katanya.

10.09am: Pihak polis telah menubuhkan pusat pemeriksaan di jalan utama di Tanjung Labian, iaitu kira-kira 5km dari medan pertempuran. Tiada siapa dibenarkan masuk ke kawasan itu.

Bunyi letupan telah berhenti sejak sejam yang lalu. Tidak jelas sama ada tentera darat telah dikerah masuk ke Kampung Tanduo.

10.05am: Di Manila, pasukan polis dan wartawan berkumpul di luar kedutaan Malaysia. Mereka menjangka satu kumpulan penunjuk perasaan akan tiba di sana.

10.00 pagi: Hospital di Tungku tutup dan seorang penduduk kampung berkata, satu halangan telah diletakkan bagi melarang orang ramai memasuki bandar itu.

.9.55am: Azzimudie Kiram mengesah dalam temubual dengan radio dzMM ABS-CBN bahawa pasukan Malaysia menggunakan jet pejuang dalam serangan terbaru itu ke atas kedudukan mereka di Lahad Datu.

Pemimpin tentera diraja itu juga melahirkan kekecewaan terhadap pendirian Presiden Filipina Benigno Aquino berhubung krisis tersebut.

Beliau berkata kerajaan Malaysia dan Filipina jelas telah berhenti mendengar gesaan mereka untuk menyelesaikan krisis tersebut secara aman.

9.50 pagi: Banyak ambulans dihantar dari Tawau. Pengamal media dilarang memasuki kawasan Felda 16 dekat bandar Cenderawasih

9.41am: Stesen radio Filipina dzBB melaporkan bahawa Abraham Idjarani, jurucakap kesultanan Sulu, berkata Azzimudie Kiram, adik sultan yang mengetuai pencerobohan itu, mengesahkan jet pejuang telah menggugurkan sekurang-kurangnya dua butir bom.

Bagaimanapun, Idjirani mendakwa bom mengenai kedudukan penduduk Malaysia dan bukan kumpulan Azzimudie.

Stesen radio itu juga berkata pertempuran itu berlaku 107 tahun selepas bermulanya Perang Bud Dajo di Sulu pada 1906 .

Dalam pertempuran itu 1,000 Tausug, termasuk wanita dan kanak-kanak, telah dibunuh oleh tentera Amerika juga dikendali sebagai Pembunuhan Bud Dajo.

9.37am: Menurut satu sumber tentera, operasi yang terlibat jet pejuang, meriam serta askar berjalan kaki.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.

8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka. Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.

8.45am: Penduduk Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini.
8.19am: Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km  



~malaysiakini

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Monday, 4 March 2013

Blogger pro UMNO adalah pencetus isu Anwar dalang di Lahad Datu + update video

Sebenarnya PBO sudah perhatikan agak lama tulisan-tulisan blogger pro UMNO yang mengaitkan Anwar dengan penceroboh di Lahad Datu.

Sehinggalah isu ini semakin besar dan diperbesarkan lagi oleh Utusan dan TV3. Cuba lihat di blog-blog pro UMNO bermula dari pendaratan penceroboh sehinggalah kemuncak pada hari serangan (Jumaat). Memang ada tulisan-tulisan mereka mengaiktan Anwar dengan perkara tersebut. Malah isu Utusan dan Tv3 memuatkan sebagai bahan cerita hanyalah bermula semalam.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Silalah merayau di blog pro UMNO (itupun jika mereka tidak delete artikel tersebut), jika PBO tertinggalatau tersalah fakta sila perbetul di ruangan komen.

Berkait dengan tuduhan itu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau seperti berikut:


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya. ~mkini


PBO berpendapat, jika ada seorang pun rakyat Malaysia yang bersekongkol dengan penceroboh, baik dari pembangkang,kerajaan , penduduk tempatan atau siapa sahaja rakyat Malaysia. MakaPBO mengutuk sekeras-kerasnya hal tersebut. Celakalah ke atas kamu.

UPDATE


Kebetulan jumpa video ulasan Anwar





pen buruk online




(Video) Musa Hassan ulas mengenai polis dan Lahad Datu


# sila like "pakatan rakyat supporters"








Thursday, 21 February 2013

Penaklukan Tentera Filipina di Lahad Datu?-Cikgu Bard


Kerajaan Malaysia lemah dan SAMM gesa Manila segera tarik pasukan tentera keluar dari kawasan kedaulatan Malaysia

Saya dan teman -teman SAMM baru pulang dari Sabah dalam siri lawatan kerja 4 hari (14 - 15 Febuari) di sana. Kesempatan berada di Sabah telah memberi peluang memerhatikan kejadian ' Penalukan Tentera Filipina' di Lahad Datu secara dekat.

Apayang berlaku dari saksi hidup yang ditemui menyatakan sekitar 400 - 500 tentera lengkap berseragam dan antaranya jelas berseragam tentera Filipina bersama perbagai senjata dari peralatan separa berat seperti M16, M14 (grenade launcher) sehinggalah bom tangan serta Colt 45 Pistol.

Persoalan penting bagaimana 400 - 500 orang lengkap bersenjata dan berpakaian tentera boleh mendarat di Pantai Malaysia melalui Tanjung Labian dan berjalan dan menakluki Kampung Tunduo. Menurut saksi semua berlaku secara aman dan tanpa berselindung.

Semua juga seperti terancang di mana secara teratur kemudian pasukan keselamatan negara datang dan membuat operasi mengeluar dan 'menasihatkan' penduduk kampung berpindah ke kawasan selamat.

Tidak ada apa berlaku kecuali sekatan jalan raya tentera dilakukan. Amat 'pelik sekali' apabila pasukan tentera bersenjata negara jiran masuk ke dalam negara tetapi kita boleh berunding sahaja. Tidak akan ada pihak akan menyalahkan negara ini jika kita menembak tentera jiran yang menceroboh jauh ke dalam tanah kedaulatan negara.

Satu lagi persoalan bukankah perairan negara di kawasan tersebut telah dilengkapi sistem pertahanan paling mahal yang terkait trajedi pembunuhan warga Monggolia. Mana perginya scorpene, kapal selam canggih negara tersebut ?

atau adakah ini antara perkara yang dibincangkan apabila Najib Ketua Regim Bn berkunjung ke Filipina baru - baru ini ?

Banyak yang misteri, untuk terus menjadikannya misteri wartawan Al jazeera dan beberapa aktivis muda dari Sabah dutahan konon kerana menghampiri kawasan konflik. Tentera asing dibiarkan dan mengatakan keadaan aman tetapi wartawan dan aktivis tempatan ditahan. Amat Pelik ! 

SAMM menyimpulkan perkara ini kepada dua kemungkinan:

Regim lemah, gagal selesai masalah persempadanan dan ini hasil malapetaka pemberian Kad Pengenalan.

sememangnya Filipina menuntut Sabah sebagai tanah kedaulatanya antara asasnya ialah sejarah Kesultanan Sulu yang menguasai sebahagian besar Sabah dan pusat Kesultanan berada di bawah tanah kedaulatan Filipina kini. Regim ini juga terlalu lemah dan terlalu mengambil mudah isu persempadanan negara, isu tuntutan Sabah masih banyak tidak diselesaikan dan diselindungkan. Tahukah kita Kuala Lumpur masih membayar USD 5,000 setahun kepada Manila dan bagi mereka yang terlibat mendesak tuntutan Sabah menganggap ia bayaran sewaan Kuala Lumpur terhadap Sabah. Keadaan menjadi lebih parah apabila terlalu banyak dan tanpa kawalan pemberian Kad Pengenalan kepada warga Filipina khususnya keturunan Sulu kerana untuk memenangkan Barisan Nasinal di sana.

Kejadian ini mengingatkan kita dengan Rusuhan Sabah 1986 yang terjadi kerana kekalahan mengejut Parti Berjaya kepada PBS yang baru ditubuhkan menjelang dalam PRU ke 1985. Berjaya yang menjadi sekutu Umno dalam Bn telah mencipta huru - hara menggunakan pendatang asing bagi merampas semula Sabah. Persoalanya kini mungkinkah operasi ketenteraan yang sengaja dibiarkan dan dilindungi di Sabah ke arah persedian untuk Bn mencipta semula keadaan ke arah rusuhan 1986 kerana maklumat jelas Bn akan kehilangan Sabah dalam PRU ke 13.

Apa pun dengan kejadian ini ternyata secara jelas BN gagal menjaga kedaulatan negara. SAMM juga menggesa Manila untuk mengambil tanggungjawab menarik semula pasukan tentera dari negaranya keluar dari tanah berdaulat Malaysia.

SAMM menggesa Regim Bn supaya berhenti bermain api sandiwara, mencipta ugutan demi ugutan demi menyelamatkan nyawa akhir mereka. Bn perlu sedar mereka bermain strategi politik risiko tinggi kepada masa depan negara yang akhirnya Bn sendiri gagal kawal.

Malah menurut Philippine Daily Inquirer juga memetik Danny Virtudazo (Pimpinan Kanan Negeri Palawan) berkata beberapa bot telah mendarat di Sabah dengan seramai kira-kira 1,500 lelaki, tetapi pihak berkuasa Malaysia tidak tahu di mana mereka berada.

Kepada pasukan keselamatan (tentera dan polis) kami yakin kamu punya maklumat lengkap dan bertindaklah dengan bijak bukan sekadar mengikut telunjuk regim hujung usia. 

SAMM akan ke kedutaan Filipina danjuga menghantar nota kepada seketeriat ASEAN berikutan perkembangan ini yang bukan sahaja mampu membawa negara tetapi zon ASEAN yang aman ini ke kancah konflik berpanjangan.


Sekian


che'GuBard
Solidariti Anak Muda Malaysia

Benarkah.., Lahad Datu Drama Ramayana umno/BN...???



Assalamualaikum Bro Isa,

Bro, kalau bro nak publish cerita ni..belasah je.hehehehehe
Aku tak tau nak buat apa bila terbaca post ni dalamFB isteri aku (berkaitan sms/repot mengatakan bakal berlakunya perang di Lahad Datu pada 18 Feb 2013 yang tersebar di FB). Panic... Bingung semacam tak percaya. Baca 2-3 kali... eh, takanperkara macam ni PDRM buat main-main? Arus perdana milik UMNO dan BN ada buatrelease ke benda ni officially? Bahaya ni..!!

Aku pun cuba la explore mana-mana blog PR yang adacerita ni.. ada... tapi tak banyak yang jadikan top story. Yang paling top, ceritapasal Najib kena hack. Hahahahaha... so.. pada pandangan aku ramai blogger PRyang tak dapat maklumat lagi pasal benda ni.. tapi, sebab aku tinggaldekat-dekat dengan kawasan yang bakal jadi medan peperangan ni (kalau betul la).. aku nak kongsi la.. betapa berita ni menjadikan penduduk di kawasan-kawasanberhampiran hidup dalam keadaan bingung dan takut..

Okay la, aku mulakan kekeliruan ni dengan begini….

Tuntutan ke atas Sabah?
Aku tak tau sejauh mana kisah ni benar. Okay la,katakan benar, katakan tuntutan mereka ni benar, kenapa PM, kenapa KM dankenapa Hishamudin KDN… tak pergi runding dengan kerajaan Filipina, duduk semejadengan Presiden Filipina.. bincang elok-elok, siarkan dalam arus perdana, bagitau rakyat? Lagi satu, benarkah masih ada lagi Kesultanan Sulu? Kalau pun ada,kenapa Sultan tu tak datang Sabah dengan cara terhormat? Kenapa suruhkuncu-kuncunya datang?

Dorang datang nak ambik Sabah? Ish..., biar betul? Ambilmacam tu je ke? Orang Sabah nak duduk diam ke? Aku tengok orang-orang yang dahlama sini pun tak ambik kisah je. Kenapa? Hahahahaha…ada orang main wayang ni.Aku tak tau. Aku blast je. Lagi satu, kenapa tuntutan ni dorang buatdekat-dekat PRU13? Macam ada yang tak betul je?

Tuntutan lain yang aku dengar lagi, dorang tak nakbalik, konon Sabah ni hak nenek moyang dorang, dorang nak taraf kerakyatan atauwarganegara Malaysia. Hahahahaha….nak tambah pengundi HANTU?? Aku taktau..sebab cerita ni aku dengar sendiri dari orang-orang tua di sekitar situ.

Mendarat di FELDA?
Ada cerita, dorang mendarat di Sungai Merah, adacerita lagi di Kampung Tandou. Mana tempat ni? Semuanya berdekatan dengan FeldaSahabat. Aik? Kenapa nak mendarat dekat-dekat Felda? Tak de tempat lain ke?Kenapa tak turun di Sandakan, Kudat, Tawau, Kunak dan Semporna atau terus keKota Kinabalu? Kenapa pilih Felda? Tak kan semua rokok smuggle yang ada diSabah ni masuk dari Felda? Wow!! Sejak bila Felda jadi pintu masuk ek?Hahahahahaha…..funny!

Atau kes Felda di Sabah ni belum settle?Kes ape tu? Aku tak nak cakap sebab aku tak dapat proof yang banyak, tapi bolerujuk sini 
 
Puak-puak ni datang bawa senjata?
Dorang datang bawa senjata? Ada “baby armalite”?fuiyoo!! Datang Felda ada senapang? Tapi Felda Sahabat ada resort kan? Dorangnak holiday kot? Stay resort…santai..and have fun. Atau pun, mungkin ka jugaksenjata-senjata ni dah lama ada di Sabah ni? Ini bukan lagi datang nak holiday,ni dah kira nak berperang. Habis la……. Seperkara lagi, puak ni, suku kaum ni,dah lama ada di Sabah. So, kalau betul la diorang nak perang, tak kan sukudorang yang lain yang dah lama duduk di Sabah ni bediam diri??
 
Mana barisan keselamatan negara?
Yang ni aku tak faham langsung. Dorang datang Sabahni senang-senang je. Masuk macam tu je. Siap bawa senjata lagi. Ish…mana pegipasukan keselamatan negara yang menjaga perairan? TLDM, Maritime, PGA, Polisdan macam-macam lagi la… Mana kapal selam kita yang MAHAL tu?

Hahahahahaha..pasukan kita ni bersantai ke di Pulau? Eh.., aku salute dengan dorang ni. Sebabdorang la negara selamat. Tu pun kalau dorang buat kerja la.. kalau tak memangdah lama hancur. Tapi dalam kes ni, langsung tak masuk akal. Okay, kata ladorang dah lama ada di Sabah, mana ejen perisikan kita?  Dorang tak tau ke, atau buat-buat tak tau….

Lagi aku tak faham, kenapa dengan puak-puak yang bolehdi anggap militant ni, kita masih boleh nego lagi? Kenapa tak serang terus? Dahtau diorang ada senjata and bila-bila boleh perang, nak nego lagi? Kita DudukBantah pun kena sembur dengan air, kena gas pemedih mata, kena balun, tumbuk,sepak, terajang... fuh!! Fully package!! baru duduk belum perang lagi. Banduanterang-terang lari… kejar.. tembak mati..!! yang ni..?? Takan nak bagi makanlagi..?? Simple aku cakap, orang datang rumah ko, dan jelas ko tak kenal, thenbawa senjata, takan nak jemput naik lagi, hidang kuih. Tak faham aku.

Sekolah ditutup?
Dan yang ni pun aku tak faham, statement orang-orangbesar kata, semuanya okay... tak akan berlaku pertumpahan darah.. tapi kenapasekolah kena tutup..?? Beberapa sekolah berdekatan dengan kawasan Felda ditutupatas sebab-sebab keselamatan..maaf aku tak dapat circular dari kawan-kawankat sana. Tapi yang pasti, member aku kat Tawau dah balik Felda Sahabat, ambikanak bini dia. Kenapa mesti tutup sekolah? Darurat sangat ke? Dah mula bertembakke? Nego dah tak boleh ke? Aku rasa macam dah nak perang. Tempat aku yang jauhdari kawasan puak-puak ni datang pun dah macam darurat.

Kesimpulannya senang. Tak payah fikir banyak. Samaada benda ni siyes berlaku atau cuma Drama Swasta. Walau apa pun kejadiannya,bagi aku la.. KALAU benda ni betul berlaku, baik keraaajaan UMNO-BN settlekancepat.

PRU13 dah dekat.... Jangan nak lengah-lengahkan masa dan jadikan kes yangberlaku ni sebagai alasan untuk menangguhkan PRU13.


......TETAPI……TETAPI……TETAPI……TETAPI……

Sekiranya ini Drama Swasta yang UMNO-BN buat, akuberharap sangat, UMNO-BN ni akan MAMPUS selama-lamanya.

Mr XXXXXXX.

(Nota: Gua sembang dengan member Lahad Datu yang kini berada di Semenanjung, dia kata pagi tadi dia call isterinya di Lahad Datu sebab dia pun risau gak..., feedback dari isterinya mengatakan suasana di Lahad Datu aman dan tenteram, anak2 pergi sekolah seperti biasa. Cuma ada roadblock sana sini... itu jer...)

Walau apa pun terima kasih kepada sahabat kita yang hantar email atas tu untuk perkongsian kita bersama dalam membuat penilaian/perbezaan samada apa yang dilaporkan selama ini oleh media perdana/alternatif benar atau tidak... sendiri mau ingat laaa.... wallahuaklam...