Showing posts with label BUKTI. Show all posts
Showing posts with label BUKTI. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Bukti, BR1M cukup untuk belanja selama setahun tersebar!!

DIPERCAYAI untuk mempertahankan kenyataan Perdana Menteri, Najib sebelum ini yang mendakwa bahawa duit BR1M cukup untuk belanja selama setahun, satu info grafik disebar di laman sosial facebook dan twitter.

Info grafik tersebut mendedahkan fakta bahawa duit BR1M yang diterima sebanyak RM650 cukup untuk perbelanjaan berhemah selama setahun. Malah masih ada baki RM22.10.

Berikut info grafik yang dimaksudkan.



Namun hasil pengiraan aku, sebenarnya duit BR1M RM650 itu sebenarnya cukup untuk perbelanjaan selama 17 tahun, malah masih ada baki RM29.20 jika dibelanjakan sehari "seposen"~ MiLoSuaM

.. Apa yang macai dah tolong kira tu nampak macam untuk seorang makan saja tu..

Bagaimanapula kalau dalam keluarga tersebut  terdapat lima atau enam orang?.. cukup ke?

Kalau nak tahan lebih lama duit BR1M tu makan kangkung sajalah... mahu lima atau enam belas tahun boleh tahan duit tu.. ha..ha..ha...

Ini bukti pencacai UMNO anggap rakyat macam binatang tersebar..

Pada kulit majalah di bawah, pihak penerbit menggambarkan DS Anwar Ibrahim, TG Hadi Awang, dan Lim Kit Siang sedang menabur janji yang diumpamakan oleh mereka sebagai makanan ayam.

Selain tiga orang tokoh itu, kulit majalah Jelajah Janji Ditaburi ini turut memaparkan imej ibu ayam dan anak-anak ayam.

Apa motif penggunaan imej haiwan ini?

Berdasarkan gambar, penerbit berkemungkinan menggambarkan ayam itu sebagai rakyat kerana makan makanan ayam yang ditaburkan di tanah.

Jika begitu, bukankah jelas penerbitan majalah ini menghina rakyat dengan menggambarkan mereka sebagai ayam.

Menurut Admin laman Kami Boikot Buletin Utama TV3, majalah ini diedarkan kepada orang ramai semasa Jelajah Janji Ditepati di UTP Tronoh.

Berdasarkan logik, majalah yang menyindir Pakatan Rakyat ini sudah tentu diterbitkan oleh pihak yang menyokong dan rapat dengan BN.

Mengukuhkan lagi dakwaan, majalah ini diedarkan semasa program BN.

Siapa yang menghina rakyat dan menggambarkan rakyat itu sebagai binatang? PR atau BN?


Sumber: DCM

Thursday, 21 March 2013

Ini bukti Najib semakin gentar menghadapi pilihanraya..


Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit, DUN JOHOR terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tuesday, 19 February 2013

Bukti UMNO dah gila talak kini terdedah...


Meskipun Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah melahirkan keyakinannya bahawa UMNO dan Barisan Nasional masih kuat dan mampu mengekalkan majoriti mereka dalam PRU13 ini...

Perlakuan jenteranya disebalik kata-katanya itu mendedahkan bahawasanya UMNO dan Barisan Nasional kini sudah tidak lagi yakin bahawa mereka akan kekal berkuasa selepas PRU13 nanti.

Ini terbukti bilamana dilaporkan berbagai-bagai jenis kain rentang seprti gambar di atas dan juga gambar di bawah telah dipasang dimerata-rata tempat di Kuala Lumpur.

Tujuannya ialah untuk melembutkan hati pimpinan PAS agar bersatu dengan UMNO sekali lagi bagi mengekalkan Putrajaya di tangan mereka.


Bagi meneruskan agenda memujuk tersebut, UMNO dilaporkan sanggup menghabiskan ribuan RM dengan menempah kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej yang berbunyi ‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’ sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Perkara ini telah didedahkan oleh Roketkini


KUALA LUMPUR, 16 FEB – Menyangkakan taktik zaman purba masih boleh digunapakai, United Malays National Organisation atau UMNO nampaknya sedang giat berusaha untuk terus memecahbelahkan Pakatan Rakyat.

Terbaru, cubaan untuk memujuk PAS supaya berpadu dengan UMNO, walaupun menyedari bahawa pimpinan UMNO yang bergelumang dengan salahguna kuasa dan rasuah, dihasilkan dalam bentuk kain rentang.

Sumber-sumber melaporkan bahawa kain-kain rentang dengan pelbagai rekabentuk namun membawa mesej berbunyi ‘Bersatulah, Perpecahan melemahkan ummah’ dan ‘Bersatu itu indah’ sedang giat dicetak dalam kuantiti lebih 10 ribu setiap satu.

Juga terdapat mesej seperti ‘Satu kalimah, satu syahadah’ dengan logo UMNO dan PAS di kanan dan kiri, membuktikan betapa terdesaknya UMNO sehingga sanggup mempermainkan agama sebagai modal utama kempen politik menjelang PRU ke-13 yang bakal menjelang tiba.

Menurut sumber yang tidak mahu didedahkan, kain-kain rentang tersebut sedang dicetak secara besar-besaran di beberapa kilang di sekitar Selangor.

Pemerhatian umum mendapati kain-kain rentang bertujuan memujuk perpaduan PAS dan UMNO itu telah dinaikkan di beberapa kawasan sekitar Lembah Klang seperti Petaling Jaya dan Bangsar ~ Roketkini

Namun begitu.. seperti biasa perkara ini akan dinafikan oleh macai UMNO/BN sepertimana mereka menafikan yang bendera 1Malaysia yang telah dipasang hingga menyemak Pulau Pinang adalah milik mereka.. sila baca di ( SINI )

Sunday, 17 February 2013

Bukti bergambar BAKTI BN pada rakyat...

Bakti BN pada rakyat...??

Kadar inflasi negara kita teruk dengan kos barang-barang harian melambung dan bebannya ditanggung rakyat sebagai pengguna. Malah, ekonomi Malaysia di ambang krisis kesan hutang Kerajaan Persekutuan yang terus meningkat ketika Kerajaan Umno-BN masih berkuasa.

Najib Razak cuba memperbodoh rakyat termasuk penjawat awam seolah-olah mereka masih buta akan jurang luas pendapatan serta banyak ketirisan wang negara sepanjang pentadbiran hampir 56 tahun Kerajaan Umno-BN.

Terdapat 5.2 juta isi rumah berpendapatan bawah RM3,000 sebulan yang kini terpaksa diberi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

Maknanya, kerajaan Umno-BN sudah gagal mengurus ekonomi dan memastikan agihan adil kekayaan negara kepada rakyat.

Memang patut sangat bendera BN dilayan seperti yang digambarkan...

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Thursday, 31 January 2013

BUKTI UTUSAN IKTIRAF PAKATAN RAKYAT

Utusan dan Berita Harian mula melaga-lagakan pemimpin Pakatan Rakyat. Tapi masih ramai pimpinan Pakatan yang sanggup diperbodohkan oleh Utusan dan Berita Harian. Macam budak kecil berebutkan sesuatu. Kenapa mesti dedahkan diri pada musuh yang nyata? Inilah antara kelemahan Pimpinan Pakatan Rakyat yang banyak mulut. Masing-masing nak bercakap. Hasrat UMNO BN nak lagakan pemimpin Pakatan mula berhasil. 
Pun begitu, bila Utusan dan Berita Harian sibuk mencari calon PM, secara tidak langsung mereka mengakui peluang Pakatan untuk memerintah memang ada. Jadi mereka tolong carikan siapa PM yang sesuai nanti...

Wednesday, 30 January 2013

BUKTI MENTERI UMNO BENAR KALIMAH ALLAH PADA BUKAN ISLAM


Di kampung-kampung dan di kawasan tanah rancangan Felda khabarnya UMNO giat menjalankan ceramah tentang kalimah Allah. Mereka mendakwa DAP, PAS dan PKR kini persendakan Islam. Kata mereka PAS sanggup mengiyakan permintaan DAP untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Bible walaupun semua sedia maklum bahawa Majlis Syura Ulama PAS sudah buat keputusan menolak penggunaan nama Allah di kalangan bukan Islam. 
Tapi puak-puak UMNO ini tetap ingin menipu penduduk kampung dan penduduk Felda. Pimpinan Pakatan Rakyat jangan pandang remeh hal ini. Mesti cepat bertindak.
Keratan ini merupakan bukti paling kuat bahawa Menteri UMNO Datuk Seri Nazri aziz pernah mengeluarkan kenyataan tahun 2010 lepas  bahawa Kalimah Allah boleh digunakan oleh bukan Islam di Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. 
Yang ini UMNO sorokkan. Dajal betul. Harap kita semua dapat war-warkan dan sebarkan  kenyataan Nazri Aziz ini agar semua rakyat dapat maklumat sebenar perangai UMNO yang suka berpura-pura.