Showing posts with label tunggangan. Show all posts
Showing posts with label tunggangan. Show all posts

Thursday, 21 March 2013

Lagi Media Tunggangan UMNO disahkan menabur fitnah oleh Mahkamah..


ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan “Titik Sentuhan” yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.

~ Harakahdaily

Saturday, 2 March 2013

Kematian ''Zaidi Buluh Perindu'': Ini apa yang tidak disiarkan oleh Media tunggangan UMNO..

Semalam BERNAMA telah melaporkan.. Penyanyi lagu-lagu dikir barat terkenal Kelantan, Zaidi Mohamad, 46, yang lebih dikenali sebagai ''Zaidi Buluh Perindu'', meninggal dunia di Hospital Tumpat akibat serangan jantung, di sini hari ini (28 Feb).

Zaidi jatuh dan pengsan ketika membuat persembahan dikir barat untuk menyambut ketibaan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Seri Noh Omar di Kompleks Perikanan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Geting, di sini, pada 10.35 pagi dan disahkan meninggal dunia di hospital itu pada 11 pagi.

Allahyarham yang menetap di Kampung Bunut Sarang Burung, di sini, meninggalkan seorang isteri, Zaharina Mohamad, 47, dan tujuh anak berusia antara 11 hingga 28 tahun.

Allahyarham turut merakamkan lebih 100 album sejak berkecimpung dalam dunia dikir barat sejak 20 tahun lepas, dan mula terkenal selepas lagu dikir barat bertajuk ''Juwita'' mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk negeri ini.

Zaharina ketika ditemui di rumahnya berkata beliau reda dengan pemergian suaminya namun terkilan kerana hajat Zaidi untuk menunaikan umrah pada April ini tidak tercapai.

"Pagi ini arwah sempat bersarapan sebelum turun membuat persembahan dikir barat di Kompleks LKIM itu. Saya tidak syak apa-apa sehinggalah menerima panggilan mengatakan arwah meninggal dunia," katanya.

Sementara itu, Noh turut meluangkan masa melawat keluarga Zaidi selepas selesai merasmikan Restoran Sri Nelayan Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Tumpat serta menyampaikan elaun sara hidup tunai Parlimen Tumpat dan Pengkalan Chepa di LKIM Geting di sini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Kubor Datuk Noor Zahidi Omar, Naib Ketua Umno Bahagian Tumpat Wan Hanapi Wan Yaakob dan Pengarah LKIM Kelantan Wan Mohd Adnan Wan Ibrahim.

Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Bunut Sarang Burung selepas solat Asar.

Apa yang Bernama tidak laporkan ialah  TG Nik Aziz telah mengimamkan solat jenazah arwah Zaidi Mohamad..

Dan apa yang Bernama tidak akan siarkan ialah gambar ini...


Bagaimanapun... Al-Fatiah buat Allahyarham....

Tuesday, 19 February 2013

Berita dari Kem Tentera yang cuba digelapkan oleh media tunggangan UMNO..


Lumut - Ketika harta Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) digunakan sewenang-wenangnya untuk mengkayakan kroni, seorang isteri anggota maut akibat kerosakan lif di dalam kem mereka.

Isteri seorang anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berumur 38 tahun itu dilaporkan meninggal dunia tengah malam tadi setelah koma dua hari.

Mangsa meninggalkan seorang anak yang berusia lima tahun dan mangsa juga dilaporkan sedang mengandung tujuh bulan.

Beliau koma selepas lif yang dinaikinya di rumah kelamin kem TLDM Lumut tiba-tiba tidak berfungsi dan jatuh dari tingkat lima.

Isteri malang itu koma sejak itu dan dimasukkan ke Hospital Manjung sebelum meninggal tengah malam tadi.

 - Mangsa (suri rumah separuh masa) dilaporkan kritikal disebabkan lif putus dari tingkat 5 sekitar pukul 3 petang (hari Khamis)

- Berlaku pendarahan dalaman yang teruk. Koma.

- Tulang rusuk dan tangan patah kerana mangsa jatuh terduduk.

- Otak mangsa pula tidak berfungsi.

- Hantar hospital Manjung. Akhirnya kena tahan ICU selama 12 jam di mana mangsa yang tidak stabil pada masa itu dan kritikal. 100% bergantung pada alat bantuan pernafasan dan ubat untuk menggerakkan jantungnya.

Selepas berita ini diposkan ke facebook, komen-komen yang dibuat pembaca menjurus kepada permohonan agar kebajikan angkatan tentera dijaga bukannya mengambil kesempatan dari harta benda mereka untuk kepentingan pihak tertentu.

“Perkara macam ini tidak seharusnya berlaku. Duit berbillion dia orang spent untuk beli kapal selam yang komisennya hanya untuk menyelenggara kemewahan Najib dan Rosmah tapi kenapa tak gunakan duit tu untuk menyelenggara kemudahan penghuni TLDM. Sangat terkilan dan sedih dengan kejadian yang menimpa mangsa. Kita pikir2 lah,” tulis seorang pelayar facebook.

Secara tidak langsung kejadian kabel lift putus di blok A25 dalam pengkalan Tentera Laut Di Raja Malaysia itu ianya membenarkan apa yang di dakwa oleh Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia

KUALA LUMPUR 6 Feb: Menteri Pertahanan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi perlu jawab isu penyelewengan dan kepincangan dasar keselamatan negara di bawah Kementerian Pertahanan (Kementah).

Bekas Timbalan Panglima Angkatan Tentera Darat Malaysia, Lt Jen (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid berkata, Zahid tidak perlu berang dengan pendedahannya berkenaan tahap keselamatan serta kemudahan di kem tentera.

“Orang awam yang melalui kem tentera di seluruh negara boleh menilai keuzuran kem berkenaan. Hakikatnya kem-kem tersebut dibiar tanpa pembaikan sejak era penjajahan British,” katanya kepada Keadilan Daily.”

Takziah untuk suami dan juga keluarganya dan Al-Fatihah untuk Allahyarhamah.. AL-FATIHAH!!

Sumber Info dari ( SINI )