Showing posts with label banjiri. Show all posts
Showing posts with label banjiri. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Gambar : Puluhan Ribu Banjiri Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz Dan Ust Azhar Idrus Di Kota Bharu



















Gambar : Berbagai sumber di FB

Puluhan ribu membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, Kelantan untuk mengikuti Kuliah Perdana Tok Guru Nik Aziz dan Bual Bicara bersama Ustaz Azhar Idrus.

Turut serta penampilan istimewa dari Ustaz Syed Norhisham dan Ustaz Haslin Bollywood.Foto diatas menceritakan betapa hebatnya sambutan rakyat Kelantan.Semuga Pas terus memerintah Kelantan selepas PRU 13 nanti 

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Wednesday, 20 March 2013

Ribuan banjiri Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah.. Najib nak rampas Kedah macam mana ni?


Himpunan Kebangkitan Rakyat Kedah - Bongkar 403 Juta mendesak BN Kedah membayar balik duit rakyat sebanyak RM403 juta sebelum Parlimen dibubarkan.

Tuntutan itu dinyatakan dalam suara kebangkitan 30 ribu rakyat Kedah yang berhimpun di sekitar Star Walk, Bandaraya Alor Setar bermula jam 2.00 petang tadi.


Timbalan Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu hadir mengepalai kesemua kepimpinan negeri Kedah hadir menyampaikan pidato masing-masing.


Semuanya berucap penuh semangat, mengajak rakyat jangan lagi memberi peluang untuk BN berkuasa sama ada di Negeri atau Pusat kerana langkah tersebut akan menjahanamkan masa depan rakyat lantaran menyerahkan negeri atau negara kepada para perasuah dan 'perompak' wang rakyat.


Menurut Pengerusi Bongkar 403 Juta, himpunan serupa itu akan diadakan di Selatan Kedah pula dan tarikh serta tempat akan diberitahu kemudian.

Kehadiran begitu ramai rakyat Kedah 'menawan' Bandaraya Alor Setar untuk menzahirkan bantahan terhadap BN yang telah menjahanamkan wang rakyat semasa berkuasa dahulu membayangkan bahawa majoriti rakyat negeri ini tidak bersedia sama sekali untuk menyerahkan negeri ini kepada BN dalam PRU13 nanti.





Sumber info dan lagi gambar-gambar sila lihat di ( SINI )