Showing posts with label Bendanya?. Show all posts
Showing posts with label Bendanya?. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 : Siapa kata Malaysia tak hantar Kapal Selam?.. Ini apa bendanya?


Dulu aku pernah menongkah arus menentang dan dalam masa yang sama cuba nak perbetulkan anggapan penyokong Pakatan Rakyat tentang isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam..

Perkara itu bercanggah dengan apa yang didedahkan oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat, malangnya aku dicop sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pulak...

Kali ini tentang kenapa Malaysia tak hantar Scorpene untuk turut membantu operasi SAR MH370 yang hilang itu sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Singapura..

Korang nak anggap aku sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pun tak apa.. pasal.. Albert Einstein kata "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Siapa kena nasiblaaaa... kah.. kah... kah..

Baca nih..

Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.

Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam.

Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.

Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api.

Bagi MV Mega Bakti (gambar atas) pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue.

MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi nahas MH370 bagi mengesan bangkai pesawat tersebut yang tenggelam di dasar lautan.


Seperti mana MV Mega Bakti, kapal dari Kelas Mahamiru ini juga mempunyai ROV sendiri tetapi lebih besar dari ROV Debris yang ada pada MV Mega Bakti.

Kelas Mahamiru adalah kapal pemusnahrajau dan periuk api yang terdiri daripada KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13), dan KD Kinabalu (14).

Asalnya sistem remote-operated submersibles (ROV) adalah dari sistem PAP-104, tetapi apabila kapal dinaiktaraf dalam program SLEP, ia digantikan dengan sonar baru dari Thales dan ROV baru jenis Olister (gambar kecil) bagi tujuan pemusnah periuk api.

Walaubagaimanapun, ROV ini juga boleh diguna bagi mengesan bangkai pesawat atau kapal yang karam dalam lautan. KD Jerai antara aset yang akan digerakkan bagi operasi SAR MH-370 bagi pengesan bangkai pesawat, dan mendapatkan Black Box bagi memudahkan siasatan punca nahas oleh NTSB dan DCA.

Penjelasan oleh Malaysia Defense di SINI


Saturday, 27 July 2013

Katanya Lambang Parti Politik Tak Boleh Diletakkan Dalam Masjid Semasa Kempen.. Tapi Ni Apa Bendanya?

Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Mohd Rozali Salleh berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen.

Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat.

Beliau turut mengingatkan parti-parti yang bertanding, khususnya umat Islam agar menghormati bulan Ramadan ketika berkempen pada pilihan raya kecil itu.

Elakkan kempen yang berunsur fitnah dan mengumpat, nasihat beliau - Lapor Bernama pada 10 Julai lalu..

Katanya.. "Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu."

Tapi.. ni apa bendanya?

Sticker atau pelekat "Keluargaku Pengundi BN" dilekatkan dalam sebuah surau di Kuala Besut..


Beranikah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu mengambil tindakan terhadap UMNO/BN?

Atau UMNO/BN buat tak apa... cuma PAS/PR saja tak boleh?


Jika amaran atau nasihat oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu pun UMNO/BN langgar maka tak hairanlah jika fatwa Mufti pun peserta Miss Malaysia berani pertikaikan.. sila baca di ( SINI )