Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

Saturday, 8 March 2014

Wanita yang difitnah murtad, akan saman Blogger UMNO..


Gambar yang disifatkan sebagai bukti kononnya orang Melayu dibawa ke gereja untuk dimurtadkan adalah gambar palsu, menurut salah seorang yang dilihat dalam gambar yang tersebar di media sosial, Zaiton Ismail.

Menurut aktivis pertubuhan Islam itu, gambar tersebut menunjukkan dewan besar Institut Pemikiran Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (Istac) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur.

Zaiton, yang giat dalam Pertubuhan Ikram Malaysia, berkata beliau telah difitnah oleh gambar tersebut.

Beliau melahirkan rasa terkejut dan amat sedih kerana dikaitkan dengan tuduhan murtad.

Zaiton dilihat dalam gambar tersebut bersama beberapa orang lain, termasuk yang bertudung, duduk di bangku kayu.

Menurut Zaiton, mereka menghadiri sebuah majlis anjuran Lembaga Pembangunan Penduduk dan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari, 2012.

Ekoran itu, Ikram mengecam sekeras-kerasnya perbuatan menyebarkan berita palsu mengenai gambar tersebut.

"Apapun niat blogger tersebut, ternyata perbuatannnya itu telah mewujudkan kesan negatif kepada individu terbabit dan masyarakat secara umumnya," kata Ketua Wanita Ikram Malaysia, Maznah Daud.

Beliau berkata kelakuan seperti itu menggugat persefahman dan keharmonian antara rakyat yang lama terjalin di negara ini.

Sehubungan itu, beliau meminta pihak berkuasa menjalankan siasatan dan mengambil tindakan kerana ia bukan saja menimbulkan fitnah peribadi, tetapi membabitkan hasutan yang boleh memberi kesan kepada hubungan antara agama di negara ini.

Sebelum ini, aktivis hak asasi Yu Ren Chung, yang turut hadir dalam majlis yang sama di Istac, tampil menafikan dakwaan blog tersebut.

Yu berkata gambarnya bersama yang lain di sebuah majlis kerajaan disalah tafsir pelbagai pihak menerusi blog dan media sosial.

"Kasihan penjawat awam yang berada di dalam gambar itu. Mereka hanya menjalankan tugas menghadiri program LPPKN tetapi dituduh murtad," katanya.

Blog yang menyiarkan gambar tersebut berkata ia adalah bukti kegiatan murtad di gereja, dan mempersoalkan PAS yang "masih menghalalkan usaha Melayu dimurtadkan".

"Dulu PAS pernah berjanji untuk mentarbiah DAP supaya mengikut Islam. Tetapi sekarang, apa yang kita nampak. PAS yang kena 'tarbiah' supaya mengikut DAP.

“Akhirnya, lama ke lamaan, ahli PAS yang dikristiankan. Ini bukan cakap saja, contohnya dah ada. Cuma kita perlu guna akal untuk berfikir."

Pendedahan mengenai blog tersebut berlaku serentak laporan sebuah akhbar kononnya tiga lelaki ditangkap di Pulau Pinang kerana mengedarkan Bible berbahasa Melayu kepada anak Melayu di sebuah sekolah.

Laporan itu kemudian didapati palsu, dan dipercayai sebahagian siri provokasi agama oleh beberapa pihak di Pulau Pinang.

Baru-baru ini, beberapa gereja di negeri itu dikejutkan dengan kain rentang dipasang di luar gereja, yang menggunakan kalimah Allah dalam konteks Kristian.

Beberapa gereja dan masjid juga menjadi sasaran serangan, termasuk insiden di masjid Cherok Tok Kun yang dibaling sekeping daging dipercayai khinzir.

~ The Malaysian Insider

Friday, 7 March 2014

Pengetua Pusat Tahfiz Amal sangkal dakwaan Blogger dan Facebooker.. (Video Inside)


Pusat Tahfiz Amal (PTA) mengeluarkan rakaman video dan dimuatnaik melalui laman You Tube bagi menyangkal segala dakwaan blogger yang tersebar di laman sosial, baru-baru ini.

Pengetuanya, Muslim Ab Karim dalam video itu sekali lagi berkata mereka mengambil kesempatan menjelaskan kedudukan sebenar pusat tahfiz, sekali gus menyangkal perkara yang dihebohkan dalam blog dan laman sosial.

Dalam rakaman bertajuk, 'Pengetua Pusat Tahfiz Amal sangkal Pembohongan', Muslim sekali lagi menjelaskan dia sebenarnya pengetua pusat tahfiz terbabit, manakala SM Amin yang didakwa pengetua PTA hanyalah tokoh korporat yang menyumbang kepada mereka.

“Apa yang dihebohkan dalam Facebook, blog merupakan usaha tidak bertanggungjawab segelintir blogger, pengguna laman sosial yang menggunakannya sebagai media mereka.


“Saya ingin sangkal SM Amin adalah pengetua, dia hanya tokoh korporat. Malah, kenyataan ini boleh dirujuk dalam surat khabar bertarikh 21 Februari lepas, “ katanya.

Malah, katanya dalam video terbabit lagi, pihaknya akan membuat rayuan mengenai arahan penutupan yang diterima mereka.

Muslim dalam kenyataan dalam video terbabit berkata, mereka juga ingin mempertahankan Sunnah Rasulullah SAW bahawa jualan amal ini membina jati diri yang terbaik.

“Ibarat kata orang tua, melentur buluh biarlah dari rebungnya,” katanya mengakhiri ucapan video terbabit.


Bagaimanapun, perkongsian video berdurasi 3.32 minit yang dimuatnaik pada 28 Februari lepas itu mendapat perhatian, sekali gus menerima reaksi pengguna laman sosial berkenaan.

Sebelum ini, Sinar Harian melaporkan PTA di Jalan Yan–Kuala Kedah, dekat sini menghentikan aktiviti jualan amal sementara waktu selepas menerima arahan penutupan operasi dari Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) pada 10 Februari lepas.

~ Sinar Harian

Monday, 3 March 2014

Kalaulah fitnah ini disebar Blogger PR.. dah tentu kena tangkap..


Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu. 

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!" ~ Malaysiakini

Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu..


Aku tertarik dengan komen-komen dalam blog tu...  majoriti tak berjaya diperbodohkannya nampaknya..

Wednesday, 26 February 2014

Isu saman RM2 Juta: Blogger Pembela Guan Eng bidas Presiden PAS..


Semalam Blogger Pembela Guan Eng ni mempersoalkan tindakan PAS dalam membela Presiden PAS, TG Haji Hadi dalam isu saman RM2Juta.. 

Katanya "Yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?" 

Hari ini pula beliau membidas sambil menyarankan agar TG Haji Hadi agar bercuti dari jawatan rasminya sebagai Presiden agar imej PAS dan Islam terpelihara.

Ini kerana menurutnya Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Bacalah apa yang ditulisnya ini...

KALAU kita tidak lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Langkah itu demi mengelak konflik kepentingan semua pihak dalam proses siasatan dalaman tersebut.

Oleh kerana Selangor bukan ditadbir oleh PAS, sesetengah pihak menganggap amalan tadbir urus sebegitu bukanlah hisbah, dan masih sekular.

Sedar tidak sedar, di Kelantan yang diperintah oleh PAS pun tidak diamalkan hisbah.

Tiada SELCAT seperti Selangor, atau CAT seperti di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng (Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP).

Apabila isu beberapa projek di Kelantan dikaitkan dengan peribadi Ariff Fahmi dan Nik Abduh beberapa tahun dahulu, Tok Guru Nik Aziz pun pernah dinasihat supaya menguatkuasa hisbah sebagaimana dituntut dalam Islam.

Ada pihak bertanya saya, tak cukup lagikah dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, sebelum ini.

Penarik Beca pernah ulas bab ini dengan menyebut, "tak cukup seseorang itu bersih, melainkan perlu dilihat bersih."

Dalam perbicaraan isu baju besi Khalifah Ali Abu Talib pun, hakim memanggilnya namanya dan dilayan pemimpin itu macam orang kebiasaan yang lain.

Ini kerana, tak cukup peribadi Ali atau Hakim tersebut sahaja dilihat adil, melainkan proses keadilan itu mesti bersama-sama dilihat adil.

Semalam, banyak pihak persoal entri Peribadi Presiden PAS yang disaman, mengapa parti dipergunakan?

Mereka kata, Ustaz Hadi tak bersalah. Yang salah SetPolnya dalam bab menguruskan surat saman plaintif.

Saya anggap ijtihad politik Ustaz Hadi mendekati kesalahan dan tak salah memohon maaf kepada pihak pendakwaan sebab Islam tak ajar pertahan ijtihad yang salah.

Yang saya nak sebut di sebalik erti di atas itu bunyinya begini, "tak cukup seseorang itu adil, melainkan parti Islam pun perlu dilihat adil ikut pedoman Islam."

Apabila bercakap mengenai Islam agama adil dan mesti dilihat keadilannya, teringat satu pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah meminta `Amr ibn al-`As supaya memutuskan hukuman terhadap satu kes berhubung harta.

`Amr berasa serba salah untuk menyatakan pendapat dan memberikan keputusannya memandangkan Baginda ada bersama dalam majlis tersebut.

Melihat keadaan `Amr itu, Baginda pun bersabda, "Wahai `Amr, silakanlah hukumkan perkara ini." `Amr bertanya kepada Rasulullah, "Bolehkah saya berijtihad sedangkan tuan berada di sini?"

Jawab Rasulullah, "Ya, boleh. Jika kamu benar dan segera memberikan keputusan, kamu akan mendapat dua kebaikan tetapi jika kamu tersilap, kamu akan mendapat satu kebaikan."

Saya yakin, kalau amalan sekular boleh mengetepi konflik kepentingan, takkan Islam tak boleh buat lebih baik dari itu.

Salah tak saya cadangkan Ustaz Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicutikan sehingga kes Saman RM2 juta diselesaikan?

Patut Ustaz Hadi dan Samsuri cuti daripada jawatan rasmi PAS demi memulihara imej Islam dan PAS.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Thursday, 25 July 2013

Blogger sharpshooter pro pakatan tetap kena penjara

Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Tan Sri Dr Rais Yatim.

Amizudin didapati bersalah menghina mahkamah pada 10 Ogos tahun lalu apabila menerbitkan 11 lagi artikel memfitnah Rais.

Pada prosiding hari ini, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zaharah Ibrahim sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi selepas menolak rayuan Amizudin.

baca lagi ..



Dalam penghakimannya, beliau berkata mahkamah tidak dapat mencari sebarang kekhilafan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi mensabitkan Amizudin, 43 dengan kesalahan menghina mahkamah.


"Perintah yang memaksa beliau dipenjara tiga bulan adalah tidak keterlaluan dan tidak mewajarkan campur tangan kami," katanya yang bersidang bersama Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin dan Datuk Anantham Kasinater.


Bagaimanapun, Zaharah membenarkan penangguhan pelaksanaan keputusan Mahkamah Rayuan sementara menunggu permohonan penulis blog itu untuk kebenaran merayu perintah hari ini di Mahkamah Persekutuan.


Beliau turut memerintahkan Amizudin memfailkan permohonan itu dalam tempoh dua minggu.


Katanya, jika Amizudin gagal berbuat demikian, beliau perlu hadir di Mahkamah Rayuan selepas tempoh itu berakhir untuk menjalani hukuman. Panel itu menolak rayuan itu tanpa kos.


Pada 21 Nov 2011, Rais, 71, diberi kebenaran memulakan prosiding komital terhadap Amizudin berhubung satu saman yang difailkan olehnya.


Rais menang dalam saman fitnah beliau terhadap penulis blog itu di Mahkamah Tinggi, yang pada 19 Julai 2011, memerintahkan Amizudin membayar ganti rugi RM300,000 dan kos RM100,000 kepadanya.


Rais memfailkan saman itu pada 31 Jan 2011 terhadap Amizudin, yang juga anggota Jawatankuasa Belia Parti Keadilan Rakyat (PKR) berhubung satu artikel yang disiar dalam laman blog penulis itu, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau kira-kira 28 Dis 2010.


Mahkamah Rayuan turut mengekalkan jumlah ganti rugi yang diputuskan mahkamah sambil menyifatkan ia tidak begitu tinggi berdasarkan kedudukan sosial Rais. Bagaimanapun, jumlah kos dikurangkan kepada RM50,000.


Rais diwakili peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah manakala Amizudin oleh R Sivarasa. ~bernama



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Saturday, 29 June 2013

Blogger Milosuam diikat jamin RM15,000.


KOTA KINABALU: Blogger yang berpangkalan di Melaka 'Milosuam' didakwa di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu kerana menyiarkan kenyataan bertujuan menyebabkan ketakutan orang ramai ketika pencerobohan askar Sulu.
Yusuf Al Siddique Suratman, 29, mengaku tidak bersalah terhadap penyiaran blog di bawah tajuk (Maklumat Sulit: Pendatang Asing Bakal Cetus Huru-Hara di Sabah) yang mana dia turut mendakwa 1,500 warga asing akan menyebabkan huru-hara di Sabah dengan menyiarkan dokumen yang didakwa oleh pihak polis.
Yusuf, didakwa pada Selasa di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan rasa takut dan menghadapi maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.
Majistret Edward Paul menetapkan tarikh perbicaraan pada 22-23 Julai dan membebaskan Yusuf dengan ikat jamin RM15,000 dan seorang penjamin tempatan.
Dia juga telah diarahkan untuk menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.
Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin memberitahu mahkamah bahawa tertuduh telah didakwa di Kota Kinabalu kerana blog itu telah dibaca secara meluas di Sabah.
Peguam Yusuf Erveana Ansari berkata mereka telah memohon kepada Jabatan Peguam Negara untuk memindahkan kes itu ke Kuala Lumpur.
Terdahulu, Jamil telah membantah ikat jamin untuk Yusof atas alasan Yusuf adalah dari Semenanjung Malaysia tetapi Erveana berhujah bahawa tidak ada sebab untuk tertuduh melarikan diri dengan kesalahan kecil.
Beliau berkata bahawa Yusuf telah berkahwin pada 29 Jun dan sebagai bukan rakyat Sabah, dia perlu menghabiskan lebih banyak wang untuk perjalanan di sini.(SUMBER)

Monday, 4 March 2013

Blogger pro UMNO adalah pencetus isu Anwar dalang di Lahad Datu + update video

Sebenarnya PBO sudah perhatikan agak lama tulisan-tulisan blogger pro UMNO yang mengaitkan Anwar dengan penceroboh di Lahad Datu.

Sehinggalah isu ini semakin besar dan diperbesarkan lagi oleh Utusan dan TV3. Cuba lihat di blog-blog pro UMNO bermula dari pendaratan penceroboh sehinggalah kemuncak pada hari serangan (Jumaat). Memang ada tulisan-tulisan mereka mengaiktan Anwar dengan perkara tersebut. Malah isu Utusan dan Tv3 memuatkan sebagai bahan cerita hanyalah bermula semalam.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Silalah merayau di blog pro UMNO (itupun jika mereka tidak delete artikel tersebut), jika PBO tertinggalatau tersalah fakta sila perbetul di ruangan komen.

Berkait dengan tuduhan itu, Anwar menafikan sekeras-kerasnya pembabitan beliau seperti berikut:


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan tegas menafikan dakwaan bahawa beliau terlibat dengan kes pencerobohan oleh sekumpulan lelaki bersenjata yang mengakibatkan 14 orang terbunuh, dua daripadanya anggota polis pada Jumaat lalu di Lahad Datu, Sabah.

Dengan nada kecewa, Anwar berkata, beliau telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap dua organisasi media milik Umno, Utusan Malaysia dan TV3 atas dakwaan itu.

Ketika ditanya wartawan adakah beliau pernah bertemu dengan mana-mana ahli Kesultanan Sulu sehingga membawa mereka untuk menuntut Sabah atau menceroboh sempadan negara, Anwar menjawab: "Tidak. Tidak."

"Walaupun saya bertemu (mereka), apakah isunya? Siapa di dalam kerajaan yang tidak pernah bertemu dengan pemimpin Barisan Pembebasan Islam Moro, Al Haj Murad Ebrahim atau Nor Misuari?" katanya selepas berceramah di Seberang Jaya, Pulau Pinang semalam yang dihadiri kira-kira 2,000 orang.

"Apa yang penting ialah, adakah terdapat mana-mana perbincangan atau kebenaran (dari saya) untuk pemberontakan atau pencerobohan di lakukan kepada sempadan kita?

"Malah, saya tidak ada kena mengena (dengan perkara itu). Kenyataan yang hanya saya katakan ialah: bertanya kepada mereka (kerajaan) untuk menjelaskan mengapa sempadan kita longgar, (dan) mengapa mereka mengambil masa yang lama (untuk ambil tindakan) yang mana saya fikir pihak keselamatan Malaysia tidak boleh bertolak ansur," katanya. ~mkini


PBO berpendapat, jika ada seorang pun rakyat Malaysia yang bersekongkol dengan penceroboh, baik dari pembangkang,kerajaan , penduduk tempatan atau siapa sahaja rakyat Malaysia. MakaPBO mengutuk sekeras-kerasnya hal tersebut. Celakalah ke atas kamu.

UPDATE


Kebetulan jumpa video ulasan Anwar





pen buruk online




Wednesday, 27 February 2013

Ini dia video panas mengaitkan blogger papagomo

dipetik dari pahang daily online




Hanya kerana terlampau mengikut perasaan dendam dan panas baran seorang bapa yang dipercayai blogger terkenal "Papa Gomo" sanggup melakukan kekejaman dan kekerasan terhadap anak-anak dan bekas isteri. lagi...





# sila like "pakatan rakyat supporters"






Anak-anak tersebut telah dipisahkan dari penjagaan ibunya dan dia sanggup mengunakan tipu helah untuk merampas anak-anak yang masih kecil dari bawah jagaan ibu mereka.Bukan setakat itu saja, dia juga telah menaburkan pelbagai fitnah terhadap bekas isterinya untuk mendapat hak jagaan anak. Ini adalah bukti kekejaman dan kekerasan seorang lelaki terhadap wanita hanya kerana dendam.

Sila stop pada durasi 0:04 (jersi malaysia) untuk melihat wajah beliau dalam video ini. Video ini sedang tersebar dengan meluasnya di laman sembang sosial Facebook sekarang ini.

Maklumat lanjut berkaitan insiden panas ini boleh diperolehi di sini

Rujukan juga boleh dibuat dalam blog bekas isterinya di

sini

Apapun, ambillah ikhtibar atas apa yang terjadi demi kebaikan bersama. Tidak perlu bergaduh atau merampas dikhalayak ramai kerana ia boleh menyebabkan satu dunia kini melihat adengan tersebut sebenarnya. Klik

sini

untuk melihat gambar.

PBO: ????????

catatan: blogger papagomo merupakan seorang blogger yang terkenal pro UMNO dan selalu mencetuskan isu-isu panas. Dan ada tulisannya sedang dibicarakan di mahkamah kerana saman fitnah.



Tuesday, 19 February 2013

MAZIDUL BURUKKAN LAGI BLOGGER PR


Sakit hati betul agaknya Mazidul Akmal Sidik, wartawan TV3 ni dengan blogger pakatan rakyat. Hari ini menerusi facebooknya dia menghentam lagi kononnya blogger pr dapat upah bulanan dari kerajaan selangor. Apalah yang dia sakit hati sangat ni. Mazidul cuma berpandukan sebuah kertas yang mana semua orang boleh tiru. Bodoh betul Mazidul botak ni. Apakata kita ke facebook dia dan hentam dia cukup-cukup? Moh ler...

Saturday, 16 February 2013

Peminat Psy pakai baju 'BERSIH'.. Blogger UMNO mengelupur..


Meskipun kehadirannya ke Pulau Pinang mendapat bantahan dari ribuan peminatnya, Superstar Korea Selatan, Psy akhirnya hadir juga untuk menjayakan program sambutan Tahun Baru Cina anjuran Barisan Nasional Pulau Pinang.

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak dilaporkan telah tiba ke Pulau Pinang sejak dari semalam lagi bagi menumpang populariti superstar tersebut.

Mengambil kesempatan dari jumlah hadirin yang melebihi 50,000 orang dalam program tersebut Najib telah memberikan ucapan sebelum Psy memulakan persembahan.

Malangnya sambutan yang diterimanya hambar sekali kerana kebanyakkan yang hadir itu bukannya mahu melihat dan mendengar apa yang Najib mahu sampaikan.. tetapi mereka mahu melihat persembahan Psy..

Najib dalam ucapannya menjanjikan akan mempertimbangkan akan menaik taraf Kolej Han Chiang kepada taraf Universiti jika Barisan Nasional diberikan mandat untuk memerintah Pulau Pinang selepas PRU13 nanti.

Mengakhiri ucapannya Najib sekali lagi menjanjikan masa depan yang lebih cerah buat Pulau Pinang jika Barisan Nasional kembali berkuasa... cerah?.. mungkin cerah macam Sabah kot?



Apabila Najib melaungkan.. "Are you ready for Psy??"

Jawab yang hadir.."YESS!!!"

Najib ulang sekali lagi... "Are you ready for Psy??"

Sekali lagi jawapannya dari yang hadir.."YESS!!!"

Dia ulang melaung sampai empat kali..

Tapi bila Najib laung " ARE YOU READY FOR BN??..

Malang sungguh buat Najib bila hadirin menyahutnya dengan "NOOOOOOOOOOOO!!!!!"

Juga diulang sebanyak empat kali.. jawapannya tetap sama..

Kah..kah..kah... what a shame... video berkenaan sila lihat di ( SINI )

Ketua Menteri Pulau Pinang yang sebelum ini dilaporkan akan turut hadir dalam majlis Barisan Nasional ini telah membatalkan kehadirannya itu.

Namun begitu ianya bukanlah sebagai tanda boikot atau protes tetapi beliau ke Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas bagi menyambut ketibaan DYMM Raja Permaisuri Agong.

Apa yang membuktikan bahawa bukan semua yang hadir dalam majlis anjuran Barisan Nasional itu menyokong Barisan Nasional ialah kehadiran ramai penyokong Pakatan Rakyat yang berbangsa Cina ke majlis tersebut.

Mereka dengan bangganya memakai baju 'T' Bersih dan juga baju 'T' Save Lynas.. yang menyebabkan blogger-blogger UMNO mengelupur bagai cacing kepanasan kerana propaganda yang mereka bakal mainkan kononnya rakyat Pulau Pinang telah kembali menyokong Barisan Nasional disukarkan mereka ini..



  
Sebab apa aku tulis tajuk Blogger UMNO mengelupur?.. sebabnya kalau korang baca apa yang mereka laporkan tentang konsert Psy ni.. semuanya memburukkan rakyat Pulau Pinang yang hadir ke konsert itu dengan memakai baju 'BERSIH' dan 'Save Lynas'...

Dengar cerita.. semalam ada pertemuan antara Najib dan seluruh jentera BN Pulau Pinang.. tapi Cybertrooper UMNO tak dibenarkan masuk... he..he..he..

Sebab apa??.. nanti bila ada masa aku tulis..

Dah dilayan sampai macam tu pun nak sokong UMNO/BN lagi ke??

Wednesday, 30 January 2013

Ali Rustam pun sudah terikut perangai Blogger UMNO..


PAS Melaka melahirkan rasa kesalnya apabila seorang yang bertaraf Ketua Menteri boleh lagi membuat fitnah.

Pesuruhjaya PAS Melaka, Adly Zahari dalam kenyataannya berkata, kenyataan Ketua Menteri Melaka, Datuk Ali Rustam bahawa Pakatan Rakyat akan membuang separuh kakitangan awam sekiranya berkuasa adalah fitnah.

Ali menyatakan demikian semasa menyampaikan ucapan di hadapan guru-guru yang dikerah menyambut kedatangan Tan Sri Muhyiddin Yasin ke Melaka pada 22 Januari lalu.

"Sebelum dia buang kita, kita akan buang dia," antara ayat yang digunakan oleh Ali Rustam untuk menimbulkan kebencian kakitangan awam kepada Pakatan Rakyat.

"PAS Melaka merasakan adalah tidak wajar seorang Ketua Menteri sanggup mengeluarkan fitnah sedemikian dihadapan kakitangan awam," kata Adly.

Kenyataan Ali itu diselangi dengan beberapa rasa tidak puas hati kakitangan awan dengan berkata "apa yang dia merepek tu", kata Adly.

~ Harakahdaily