Showing posts with label dibunuh. Show all posts
Showing posts with label dibunuh. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Lahat Datu: GAMBAR penceroboh bersenjata M16 yang dibunuh penduduk kampung disebar

Perkembangan Di Lahad Datu dan Semporna

Penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna semalam. Kelihatan mayat lelaki itu diletakkan berdekatan sebuah pokok di kampung tersebut. - Foto Bernama

Penceroboh Sulu tumpas !


Terkini dari rakyat Sabah..!

Seorang anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang Laut Semporna. Dilaporkan penduduk kampung penuh berani merampas M16 si penceroboh dan terus membedil menyebabkan penceroboh tersebut terbunuh.

Penduduk kampung terpaksa berjuang sendiri ketika seorang militan yang cuba menjadikan mereka tebusan dengan memukul dan menetak militan berkenaan yang bersenjata M16 sehingga mati di Kampung Senallang Lama, Semporna.~ Foto FB

Kedua-dua gambar adalah kejadian yang sama yang melibatkan hanya seorang penceroboh bersenjata M16 terbunuh...


Lima lagi Anggota Polis dibunuh di Sabah.. dan lebih ramai penceroboh mendarat..


Samada tragedi ini satu sandiwara ataupun opera.. UMNO/BN sebagai Kerajaan perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kehilangan nyawa anggota keselamatan negara kita yang sebelum ini dua dan hari ini lima lagi dilaporkan dibunuh di Sabah..

Tak perlu menuding jari ke semua arah!! kerana pentadbiran negara sepenuhnya dibawah penguasaan UMNO..

Kalau tidak kerana khianatnya pemimpin UMNO dengan memberikan IC kepada ratusan ribu PATI dari Filipina di Sabah mana mungkin mereka bertapak dibumi Sabah..

Anwar cuba dipersalahkan oleh kebanyakkan pencacai UMNO dalam hal ini.. tetapi adakah Anwar punya kuasa untuk mengarahkan agar TLDM, APMM dan Polis Marin membutakan mata memekakkan telinga membiarkan penceroboh-penceroboh itu lolos begitu mudah?

Kata blogger Aspan Alias, Malaysia tidak pernah ada kerajaan selemah sekarang. Tidak pernah lagi kita mempunyai seorang Perdana Menteri yang paling ‘controversial’ dalam sejarah negara seperti yang kita ada sekarang. Tidak juga mengalami keadaan parti pemerintah yang paling lemah dan paling mahal untuk dikekalkan. Pak Lah yang dikatakan lembab pun tidak menghadapi situasi begini.

Sudah banyak anggota polis terbunuh, Najib Tun Razak hanya memberikan kata dua kepada kumpulan penceroboh bersenjata di Lahad Datu, sama ada menyerah diri atau berdepan sebarang tindakan yang akan diambil pihak berkuasa Malaysia.

Bangunlah daripada tidurlah!!!!!!

Keselamatan negara longgar, perairan negara mudah diblosi lanun, demi undi rakyat asing diberi IC sehingga mengancam keselamatan negara!

Adakah Menteri Dalam Negeri Hushamuddin Tun Hussein masih berpegang pada kenyataan di atas?

5 Anggota Polis Terbunuh 

LAHAD DATU - Seorang pegawai dan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terkorban dalam serangan hendap oleh sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, kejadian di perkampungan atas air pada pukul 8 malam itu turut menyebabkan dua anggota kumpulan bersenjata terbabit terbunuh.

Kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu, katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Turut hadir pada sidang akhbar itu ialah Panglima Tentera Darat Jen Tan Sri Zulkifli Zainal Abidin dan Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rashid.

Ismail berkata, anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri ~ Sinar Harian

Adakah Anwar juga akan dipersalahkan dengan laporan ini??

Lebih Banyak Penceroboh Mendarat di Sabah

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar berkata lebih ramai kumpulan penceroboh bersenjata mendarat di Sabah susulan pertempuran di antara pasukan keselamatan negara dan pengikut Kesultanan Sulu.

Ismail mengesahkan bahawa penceroboh berkenaan menyusup masuk ke Kunah, satu pekan di antara Semporna dan Lahad Datu.

Ismail berkata pihak berkuasa mendapat maklumat lewat malam tadi bahawa sekurang-kurangnya 10 kurang penceroboh berada di Kunak.

Katanya, tiga orang daripada kumpulan yang dilihat itu memakai celoreng tentera yang sama dengan kumpulan di Kampung Tanduo, Lahad Datu.

Bercakap dalam sidang media hari ini, beliau berkata pasukan keselamatan sudahpun bertindak untuk mengawal keadaan di kawasan tersebut ~ Malaysiakini