Showing posts with label Pesawat. Show all posts
Showing posts with label Pesawat. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Pesawat MAS ke Beijing dilapor hilang


Pesawat Malaysia Airlines yang sedang dalam perjalanan ke Beijing dengan membawa 227 penumpang termasuk dua bayi bersama 12 kru dilaporkan hilang semasa dalam penerbangan ke Beijing.

Malaysia Airlines dalam satu kenyataan mengesahkan pesawat itu terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara Subang pada 2.40 pagi ini.

MAS berkata penerbangan MH370, yang dikendalikan pesawat B777-200 berlepas dari Kuala Lumpur pada 12.41 pagi 8 Mac.

Penerbangan MH370 itu dijangka mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.

Malaysia Airlines sedang bekerjasama dengan pihak berkuasa yang telah mengaktifkan pasukan mencari dan menyelamat untuk mengesan pesawat itu.

Syarikat penerbangan itu akan menyediakan perkembangan terkini berhubung keadaan itu.

Orang ramai boleh menghubungi talian 03 7884 1234 untuk maklumat lanjut. - Bernama

Monday, 24 February 2014

Pesawat Air Asia terhempas di KLIA?.. Lawak jenis apa ADUN PAS buat ni?


AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas, Batu Buruk, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi mengejutkan pengikut laman Twitternya apabila membuat posting kononnya sebuah pesawat tambang murah Air Asia terhempas berhampiran Putrajaya malam tadi.

Dr. Syed Azman yang juga Penolong Setiausaha Agung Pas memaparkan status itu dalam laman sosial Twitter miliknya @syedazman dengan mendakwa pesawat Air Asia AK5110 yang dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur terhempas sebentar tadi.

Beliau yang memasukkan posting itu dalam bahasa Inggeris pada jam 111.55 malam itu mengatakan, ‘Air asia AK5110 fr (from) Kota Kinabalu to Kuala Lumpur crashed a minutes ago in KLIA International Airport near Putrajaya locality. Ya Rabb’.

Postingnya itu kemudian mendapat maklum balas daripada pengikutnya, antara lain @AzizLaikar membidas tindakan Dr Syed Azman dengan mengatakan, apa yang dipaparkan oleh wakil rakyat Pas itu tidak betul.

Menurut @AzizLaikar, berita itu sebenarnya tidak betul. Kami berada di airport (lapangan terbang) dan tidak ada pun kejadian sebegini berlaku.

Seorang lagi pengikut, @Akarbina berkata, Dr Syed Azman seharusnya memastikan laporan yang ditulisnya itu adalah benar kerana setelah beliau memeriksa dengan pihak berkenaan, pesawat itu mendarat mengikut masanya.

@ADM1RZ4 turut mempersoalkan darimana Dr Syed Azman mendengar berita itu dan menyiarkan kenyataan yang belum ada pengesahan dan kesahihan adalah bahaya.

@syazwancdm pula menempelak ADUN Pas itu kerana menyebarkan berita yang belum pasti kebenarannya.


Selepas ditegur, Syed Azman memuat naik dua status menegaskan berita yang disebarkan sebelum itu tidak benar tetapi tiada perkataan maaf disertakan.


~ MalaysiaGazette