Showing posts with label belum. Show all posts
Showing posts with label belum. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Belum penamaan calon, BN sudah tabur janji


Apabila calon PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim turun berkempen di Kajang, beliau dihentam kerana sudah berkempen sedangkan hari penamaan calon belum lagi tiba (11 Mac).

Hari ini pemimpin BN sudah turun ke Kajang menabur janji walaupun hari penamaan calon tinggal 16 hari lagi. Oleh itu pemimpin BN dua kali lima dengan pemimpin PKR yang dihentam selama ini.

Kementerian Kesihatan akan mengemukakan cadangan kepada kerajaan untuk membina bangunan baharu bagi menggantikan bangunan Hospital Kajang yang kini berusia 125 tahun.

Menteri berkenaan Datuk Seri S. Subramaniam berkata pembinaan bangunan baharu hospital itu adalah wajar dan seiring dengan pertambahan penduduk di sekitar Kajang, selain lokasi bangunan sedia ada terletak berhampiran jalan utama.

“Saya akan bawa perkara ini kepada perhatian Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak), Kementerian Kewangan dan Unit Perancangan Ekonomi.

Keputusannya bergantung kepada penilaian mereka,” katanya dalam sidang media selepas mengadakan lawatan di Hospital Kajang di sini, hari ini.

Beliau turut mengadakan pertemuan dengan pihak pengurusan dan AnggotaLembaga Pelawat Hospital Kajang serta meninjau operasi hospital.

Dr Subramaniam berkata penduduk Kajang dan pihak pengurusan Hospital Kajang telah menyuarakan permintaan kepada kerajaan supaya membina sebuah bangunan baharu yang lengkap dengan kemudahan terkini di lokasi strategik di bandar itu.

“Saya terima pandangan itu dan menjelaskan kepada mereka bahawa ia bergantung kepada kos dan peruntukan kerana membina sebuah hospital baharu membabitkan kos sekuang-kurangnya dari RM800 juta hingga RM 1 bilion,” katanya.

Beliau berkata jika cadangan itu tidak diterima, Kementerian Kesihatan akanmembina sebuah bangunan tambahan enam tingkat dengan peralatan dan kelengkapan terkini di kawasan hospital sedia ada, seperti yang diputuskan sebelum ini.

Menurutnya Hospital Kajang yang dibina pada 1889 di kawasan seluas 6.47 hektar, kini mempunyai 1,003 tenaga kerja termasuk 35 doktor pakar, 70 pegawai perubatan, 120 pegawai perubatan siswazah dan 326 katil pesakit.

Dr Subramaniam berkata Kementerian Kesihatan juga meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta bagi menaik taraf kemudahan dan kelengkapan sedia ada di Hospital Kajang.

Beliau berkata peruntukan itu antara lain akan digunakan untuk menambah bilangan katil, kelengkapan peralatan, kemudahan perkhidmatan dan sistem pendawaian di hospital itu. - BERNAMA

Saturday, 30 March 2013

Pilihanraya belum bermula.. Tapi Najib dah perhabis RM40Juta untuk iklan pilihanraya..


Memang hebat Presiden UMNO ini menghabiskan duit rakyat, kempen pilihanraya belum bermula tapi dia dah habiskan RM40.7 Juta untuk iklan pilihanraya..

Sekarang ini bibit-bibit ke arah bahang Pilihanraya Umum ke 13 sudah sangat-sangat terasa.

Di mana sahaja iklan Pilihanraya Umum ke 13 baik di saluran TV Media Prima ataupun di Astro, yang memaparkan selang 15 minit di TV ada sahaja iklan seperti Janji diTepati, produk-produk 1Malaysia, pelbagai program 1Malaysia dan juga sedutan jasa dan bakti pemimpin parti Barisan Nasional sepanjang 5 tahun memerintah Malaysia sehinggalah sekarang ini.

Kalau sebelum ini, mungkin agak kecil bilangan iklan yang ke udara seperti yang disebutkan diatas tadi.

Kini Iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 semakin rancak diputarkan..

Segalanya terbongkar apabila Maybank Investment Bank Research melaporkan baru-baru ini Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah pembelanja terbesar untuk iklan pada bulan Februari 2013 ini :

Laporan Kedudukan Pengiklan Pada Bulan Februari 2013

1~ Jabatan Perdana Menteri (PMO) – RM36.1
2~ Unilever Malaysia – RM13 juta
3~ Parti Barisan nasional – RM4.9 juta


Maybank Investment Bank Research sendiri menjangkakan Jabatan Perdana Menteri (JPM) dan parti Barisan Nasi0nal akan meningkatkan lagi perbelanjaan iklan untuk 2 bulan terakhir ini lebih-lebih lagi menjelang Pilihanraya UMum ke 13 kelak supaya dapat mendekati sebarapa ramai kalangan pengundi.


Mungkin selepas ini akan ada lebih banyak lagi iklan kempen Pilihanraya Umum ke 13 daripada pihak kerajaan dan pemimpin parti politik Barisan Nasional semaksimum yang mungkin di kaca televisyen dan corong-corong radio serta tidak lupa juga portal-portal berita seperti Utusan Malaysia, Berita Harian, Harian Metro, The Star dan juga The New Straits Times bagi mendekati anda, anda di sini iaitu kalangan antara kalangan pengundi yang banyak berlegar di Internet sekarang ini…

~ Berita Semasa

Sunday, 3 February 2013

TS Abu Talib pun macam Gani Patail,jika belum bersara?

Tan Sri Abu Talib Othman menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat. — Gambar oleh Siow Feng Saw
Tarik Balik Saman AES,mungkinkah Abu Talib Osthman seperti Gani Patail,jika belum bersara?


KUALA LUMPUR, 1 Feb — Pejabat Peguam Negara seharusnya menarik kembali semua saman Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) dan memulangkan semula wang saman dibayar oleh pesalah trafik yang didenda kerana sistem diswastakan itu terbukti tidak befungsi dengan baik, kata Tan Sri Abu Talib Othman memberikan pandangannya berhubung topik panas itu menjelang Pilihan Raya 2013.
 
Pernah berkhidmat sebagai Peguam Negara selama 13 tahun, beliau yang sekarang seorang penjawat awam bersara menggambarkan sistem penguatkuasaan trafik diswastakan yang dilancarkan September lepas sebagai satu kes jelas kerajaan bersikap sambil lewa tanpa rasa hormat kepada kedaulatan undang-undang atau hak asas rakyat.

“Ia adalah benar-benar tidak adil dan tidak munasabah untuk membenarkan saman dikeluarkan tetapi tidak membenarkan pendakwaan kes itu jika seseorang atau orang-orang yang disaman ingin mencabar tindakan pihak berkuasa itu.

“Di manakah mereka pergi untuk mendapatkan keadilan? Mahkamah mesti bertindak secara bebas dan tidak menerima arahan daripada Pendakwa Raya,” kata beliau dalam temuramah eksklusif bersama The Malaysian Insider baru-baru ini.

Pejabat Peguam Negara dan kerajaan persekutuan dikritik hebat bulan lepas diatas pembekuan pendakwaan pesalah trafik di bawah AES akan tetapi membenarkan sistem itu untuk terus beroperasi.

Pembekuan saman itu diarahkan selepas bantahan terhadap sistem tersebut yang telah mengeluarkan 300,000 saman sejak ia bermula pada 23 September tahun lalu.

Keputusan itu mencetuskan kemarahan orang ramai yang meluas dan mendorong pentadbiran Najib memikirkan untuk menghentikan pelaksanaan sistem yang menyebabkan pengguna menerima dua saman termasuk dari perangkap kelajuan polis di sepanjang lebuh raya.

Tidak berapa lama selepas pembekuan, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha mengatakan sistem AES akan beroperasi seperti biasa dan saman akan terus dikeluarkan, membangkitkan lebih banyak kritikan dari mereka yang menentang sistem tersebut.

“Kerajaan tidak akan menghentikan saman AES ini, seperti yang sudah diputuskan dalam Mesyuarat Kabinet lalu,” kata Kong pada 26 Disember.

Namun, Kong turut mengakui saman AES tersebut bermasalah dari sudut perundangan dan kementeriannya sedang mencari jalan untuk menyelesaikan perkara yang dibangkitkan tersebut.

Bulan lalu, Pejabat Peguam Negara mengarahkan supaya semua prosiding kes saman melalui Sistem Penguatkuasan Automatik (AES) digantung.

Dalam satu kenyataan, mereka bagaimanapun menegaskan saman melalui AES yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) adalah sah.

Abu Talib, walau bagaimanapun, menyimpan kritikan terhadap Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar), yang dilaporkan telah mengakui kelemahan dalam AES.

Abdul Gani dilaporkan berkata saman masih lagi sah akan tetapi mengakui terdapat kelemahan dalam aspek undang-undang saman tersebut dan pejabatnya masih lagi dalam perbincangan tentang bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan tersebut.
Pada 13 Januari, akhbar berbahasa Melayu Mingguan Malaysia melaporkan peguam tertinggi negara itu keputusan berkenaan dengan ribuan saman yang telah dikeluarkan setakat ini masih tidak boleh didedahkan kerana ianya melibatkan beberapa jabatan.

“Hakikat beliau mengatakan pejabatnya memerlukan masa untuk menyelesaikan isu-isu yang berkaitan dengan AES serta memastikan semua peraturan dan tatacara berada di tempatnya  sebelum prosiding mahkamah dimulakan adalah satu pengakuan bahawa sistem tersebut tergesa-gesa dilaksanakan tanpa memikirkan dengan mendalam untuk undang-undang dan hak rakyat,” katanya.

Menurut Abu Talib, kenyataan Abdul Gani membuktikan sistem AES tidak diperincikan dengan teliti terlebih dahulu oleh kerajaan sebelum ianya dilaksanakan.

“Jika ia benar, bahawa semua peraturan dan tatacara masih belum tersedia, perkara yang betul untuk beliau lakukan adalah untuk menarik balik semua saman yang dikeluarkan dan memulangkan semula semua denda yang dibayar, jika ada,” kata beliau yang pernah mempengerusikan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam).

Projek swasta bernilai RM700 juta bermula pada bulan September dengan 14 kamera fasa percubaan tetapi JPJ berikrar untuk melancarkan sebanyak 831 kamera menjelang akhir 2013 untuk menangkap pemandu laju dan mencegah lebih banyak kematian di jalan raya.

Pihak polis, yang menguatkuasakan undang-undang had laju berkata, mereka akan meneruskan penguatkuasaan dan meletakkan perangkap kelajuan mudah alih berhampiran kamera AES, meningkatkan prospek saman berganda untuk pemandu ingkar.

Pembangkang Pakatan Rakyat (PR) telah menggunakan isu ini menjelang kempen pilihan raya yang perlu diadakan pada April selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat.sumber MI