Showing posts with label mengenai. Show all posts
Showing posts with label mengenai. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Kenyataan Dari TG Nik Aziz Mengenai Isu Di Mesir..


Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir.

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi.

Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat.

Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain.

Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa.

Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya.

Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam.

Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini.

Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya.

Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir.

Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak.

Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Monday, 4 March 2013

(Video) Musa Hassan ulas mengenai polis dan Lahad Datu


# sila like "pakatan rakyat supporters"








Wednesday, 27 February 2013

Tengok apa kata profesor ni mengenai PAS

Tiadanya rasa hormat dan musuh bersama menyebabkan kerjasama politik antara Pas dan Umno demi perpaduan ummah di negara ini sukar dibentuk, apatah lagi dalam keadaan sekarang.

Penganalisis Profesor Dr Ahmad Atory Hussain berkata, kedua-dua faktor itu menyebabkan Pas merasa tidak ada keperluan bagi mereka menjalin kerjasama politiknya dengan Umno.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



"Kali ini memang susah. Dalam politik memang susah.

"Kalau kita hendak bergabung dengan satu kumpulan, kita mesti hormat dia, dia juga hormat kita. Tetapi penghormatan mereka terhadap Umno itu tidak ada," katanya dalam satu wawancara khas bersama Sinar Harian Online.

PBO: sejak bila UMNO pandai hormat parti lawan? UMNO sebenarnya tak pandai menghormati hak orang lain.

Menurut Atory, sikap yang dipamerkan Pas menunjukkan parti itu merasa "selamat" dengan kerjasama dalam Pakatan Rakyat meskipun dahulu bermusuh dengan salah satu sekutunya dalam perikatan pembangkang itu.

"Kalau dulu musuh bersama ini, kita lihat 13 Mei dulu mengancam orang Melayu. Menganggap semua cauvinis Cina musuh Pas dan musuh Umno.

"Sekarang ini DAP tidak dianggap musuh. Sedangkan dulu DAP ini musuh Pas. Pas menganggap ia tidak boleh berkawan dengan DAP dan MCA pun dianggap musuh suatu masa dulu," kata Atory.

PBO: lebih baik bersahabat dengan DAP yang bebas rasuah dari berkawan dengan UMNO yang penuh najis penyelewangan.

Keadaan bagaimanapun sudah berubah selepas pilihan raya umum yang lalu walaupun setelah penggabungan itu Pas dilihat menjadi parti yang tersepit di tengah-tengah antara DAP dan PKR demi mencapai cita-cita politik berada di Putrajaya.

PBO: siapa cakap PAS tersepit? itu hujah UMNO yang berpaksikan utusex dan tvsuku

Bahkan demi menghalalkan kerjasamanya dengan gabungan pembangkang, Pas dilihat terus mengecam Umno-Barisan Nasional dengan dakwaan-dakwaan yang tidak berasas dan munasabah.

PBO: tidak berasas .. kah kah ka kah yang ini aku nak gelak besar. penjilat nombor satu nampak.

"Termasuk ulama-ulama yang sokong Umno juga mereka rendah-rendahkan.


PBO: ulama yang tak reti nak tegur pemimpin dalam partinya. Buat apa nak respek.

"Malah mereka menganggap perlembagaan ini perlembagaan Umno. Perlembagaan yang bukan Islam. Perlembagaan Malaysia ini mereka tidak hormat. Mereka lebih suka menggunakan al-Quran sebagai perlembagaan," ujar Atory lagi

PBO: yang ini jelas menunjukkan tahap pemikiran dungu profesor ni.
.
Malah Pas jugalah yang memomok-momokkan bahawa Umno ini parti tidak Islam, kurang Islam, sekular dan barat.

PBO: baca sejarah dulu wahai profesor. buat kajian dulu baru tembak.

"... walhal sebenarnya tidak begitu. Saya nampak dari sikap Pas ini mereka tidak mahu mengalah dengan Umno. Mereka merendah-rendahkan Umno ini," katanya.


Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam satu ucapan di Himpunan Perdana Ummah bersama Pas awal bulan ini berkata, parti itu sama sekali tidak akan kembali menjalin kerjasama politik dengan Umno.

Katanya, Pas tidak akan sesekali membenarkan dirinya 'dipatuk' sekali lagi oleh Umno.

"Kita sudah bekerjasama sebelum ini dan kita telah dikhianati. Kita tidak akan adakan sebarang kerjasama politik lagi dengan Umno.

"Kita tidak akan dipatuk melalui satu lubang yang sama sekali lagi," katanya yang dilihat tegas dengan kerjasamanya dalam Pakatan Rakyat.

~sinar harian