Showing posts with label mohon. Show all posts
Showing posts with label mohon. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Tiga peserta ratu cantik mohon maaf

PETALING JAYA: Tiga daripada empat peserta akhir pertandingan Miss Malaysia World 2013 yang disifatkan menghina Islam telah membuat permohonan maaf.

Salah seorang peserta, Sara Amelia Muhammad Bernard, 20, berkata dia telah membuat permohonan maaf secara formal kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

"Saya tidak berniat untuk menyinggung perasaan umat Islam dan agama saya sendiri," katanya pada Rabu.

baca lanjut:



Seorang lagi perserta, Wafa Johanna De Korte, 19, turut memohon maaf.

"Saya tidak sama sekali ingin menentang fatwa. Saya menghormati fatwa yang diwartakan itu untuk melindungi umat Islam di Malaysia.

"Jika ada mana-mana pihak tersinggung, saya minta maaf sangat-sangat tetapi saya tidak berniat untuk menghina sesiapa," katanya.

Terdahulu, Jawi dilaporkan membuka kertas siasatan terhadap empat peserta akhir yang bertanding merebut gelaran Miss Malaysia World 2013 kerana mereka disifatkan menghina Islam.

Pengarah Jawi Datuk Che Mat Che Ali berkata, bahagian penguatkuasa Jawi akan meneliti perkara itu selepas peserta-peserta terbabit menyatakan kekecewaan mereka dengan fatwa yang mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik.

Fatwa mengharamkan penyertaan wanita Islam dalam pertandingan ratu cantik diwartakan pada 8 Feb 1996 mengikut Akta Pentadbiran Undang-undang Islam Wilayah Persekutuan 1993 yang memutuskan bahawa menyertai atau menganjurkan atau menyumbang apa-apa bentuk sumbangan untuk penganjuran apa-apa pertandingan ratu cantik adalah haram dan berdosa bagi orang Islam.

Sementara itu, Miera Sheikh, 19, enggan memberikan sebarang komen mengenai tindakan Jawi.

Bagaimanapun, dia menghormati budaya masyarakat Melayu dan berkata dia berpegang teguh kepada agama Islam.

"Saya mungkin bukan orang Islam yang sempurna tetapi saya dibesarkan dengan budaya Melayu dan Islam walaupun saya bersikap terbuka mengenai beberapa perkara dalam hidup.

"Bagi saya, agama Islam tidak akan pudar dalam hidup saya sehingga nafas yang terakhir," katanya.

Peserta keempat, Kathrina Ridzuan, tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen.

Penganjur pertandingan itu, Datuk Anna Lim berkata keempat-empat peserta itu akan dibenarkan untuk menghadiri acara itu sebagai tetamu jemputan.



# sila like "kami undi pakatan rakyat"




Saturday, 29 June 2013

Mohon Maaf Pada Pengerusi SPR


hahahaha.... dah la bodoh lagi nak perbodohkan rakyat... bangang punya Pengerusi SPR. Spesies makhluk takda maruah dan Bapak Munafik.

Kepada sesiapa yang mencari ciri-ciri orang Munafik, lu orang tak perlu buka kitab kuning mahupun tanya pakcik google... sebabnya antara ciri-ciri orang MUNAFIK itu ada pada Pengerusi SPR... ikuti kronologi kenyataan akhbar dan dolak dalihnya dari sebelum PRU hinggalah ke hari ini.

Rupa sebenar Pengerusi SPR... hahahha...!!!!

Semua kenyataannya... boleh membuatkan babi di kandang gelak guling2.... lembu sharizat terbelahak rumput dalam kondo wa cakap luuuu.... dan bangsa Jin, Iblis Setan pun ketawa sampai senak perut beb...., oooopppssss... gua dah terbabas daripada tajuk beb....!!!!

Sebenarnya gua bukan nak story pasal MUNAFIK, kerana bagi sesiapa yang belajar Agama pasti tau membezakan samada Pengerusi SPR dan Timbalannya spesies MUNAFIK atau tidak.

Bab munafik ni pun buakan gua yang cakap tau... tapi Nabi yang bagitau... lainlah kalau 2 ekoq malaun tu tak percaya dengan Nabi Muhammad SAW.

*********************************

Walau macamana pun, berbalik kepada tajuk gua ingin memohon maaf kepada Malaun 2 ekoq tu kerana diorang sebenarnya adalah Penyelamat kepada 13 juta pengundi berdaftar dalam PRU-13 tempohari, sebabnya ialah.... seperti di bawah ini.

Selepas itu, SPR telah mengadakan satu pertunjukan umum pada 2 Mei untuk membuktikan bahawa dakwat tersebut kekal oleh setiausahanya Kamaruddin Mohamed Baria. - Baca di sini.
Lu orang nak tau kenapa... lu orang dah baca link kat atas tu kaaaannnnn.... sekarang lu orang baca kat sini pulak "Elak Bahaya Kanser & Penyakit Buah Pinggang", itu gua petik daripada akhbar yang paling dipercayai oleh orang2 gila dan lembu-lembu 1Malaysia.

Tapi bukan itu yang nak gua citerkan di sini, gua nak citer ikut tajuk beb... dimana rakyat Malaysia sudah berprasangka buruk kepada Pengerusi SPR dan Timbalannya dalam isu dakwat tak kekal. Sebenarnya kedua-dua ekoq malaun tu adalah wira negara kerana telah menyelamatkan 13 juta pengundi daripada terkena penyakit Kanser dan Buah Pinggang.

Walaupun terpaksa akur terhadap tuntutan BERSIH (Pembangkang) dengan penggunaan Dakwat Kekal... namun di saat-saat akhir sebelum tibanya hari mengundi, SPR telah buat "magic" dengan menukarkan kandungan Silver Nitrate kepada Pewarna Makanan.


Perghhhh... gua betul2 salute spring oin... oink... dengan Pengerusi SPR dan Timbalannya beb... demi menyelamatkan 13 juta pengundi rakyat Malaysia + Bangla + Myanmar + Indon dan pelbagai lagi... diorang terpaksa mengorbankan pekerja SPR iaitu Setiausahanya yang bernama Kamaruddin Mohamed Baria.

Kesian kat dia beb.... kerana telah diperdajalkan oleh Pengerusi SPR untuk menjadi tikus makmal dalam ujikaji ketahanan dakwat kekal... sudah pasti peratusan kandungan argentum nitrate yang di calitkan pada jarinya adalah tinggi bagi menjamin ketahanan dakwat tersebut untuk 5 ke 7 hari....

So... kepada Setiausaha SPR tu.... gua nasihatkan supaya standby jelah untuk beli kain kapan, papan keranda dan jangan lupa tempah batu nesan beb.... sebab hidup lu dah tak lama beb... anytime jer.... boleh kena Kanser atau Penyakit Buah Pinggang... hahahaha...!!!!

Itu bukan gua yang kata tapi kenyataan daripada Menteri Malaysia beb..., tapi lu tak perlu risau sebab nanti lu pasti dapat pingat wira negara kerana sanggup berkorban jari demi menyelamatkan rakyat Malaysia... hahahaha...!!!!

Kepada Dr. Rani, Nasrudin Hassan dan Haron Din yang kononnya orang pertama buat repot polis pasal dakwat tak kekal tu... eloklah tarik balik repot dan mohon maaf pada Pengerusi SPR dan Timbalannya.... buat sujud syukur kerana lu orang telah terselamat daripada terkena penyakit kanser dan buah pinggang...

Thursday, 21 March 2013

New Straits Times diberi 24 jam untuk mohon maaf atau berdepan tindakan undang-undang keran fitnah..


Semakin hampir pilihanraya meskipun hanya Rosmah dan Najib yang tahu bila tarikhnya.. semakin hebat serangan berupa fitnah disasarkan kepada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat oleh media-media yang dikawal UMNO..

Tak cukup dengan fitnah yang dilontarkan oleh Blogger-blogger peliharaan mereka.. media arus perdana pula cuba diperkudakan sepenuhnya..

Selain Utusan, Berita Harian dan tidak ketinggalan RTM dan TV3 kini satu lagi media yang dikongkong UMNO, New Straits Times hari ini juga telah turut serta dengan menyiarkan satu laporan yang menyeleweng dan berniat jahat.

Menurut Nurul Izzah beliau tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan.

Sambil menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu.

Ini antara apa yang New Straits Times siarkan..


Oleh itu New Straits Times diberikan 24 jam untuk memohon maaf melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan atau tindakan undang-undang akan diambil..

Ini Kenyataan Medianya..

Saya merujuk kepada rencana yang diterbitkan New Straits Times hari ini bertajuk "Nurul Izzah hits out at police", yang saya anggap berniat jahat dan telah menyeleweng ucapan yang telah saya berikan dalam satu ceramah di Jemapoh, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2013.

Ingin saya nyatakan di sini bahawa saya menyokong sepenuhnya pihak keselamatan, khususnya anggota-anggota Polis Di Raja Malaysia dan Angkatan Tentera Malaysia yang pada waktu ini sedang berjuang di perbatasan mempertahankan kedaulatan negara di bumi Sabah.

Saya tidak pernah sekali-kali memperlekeh usaha anggota-anggota keselamatan yang berkorban dan memenuhi ikrar taat setia yang telah dilafazkan. Saya menegaskan bahawa isu yang diketengahkan adalah tindakan ahli-ahli politik di Putrajaya dalam menangani masalah keselamatan di Lahad Datu. Saya bersependapat dengan kenyataan Lt Gen (B) Datuk Abd Ghafir dalam sidang media 13 Mac 2013 di mana beliau telah menyatakan kegagalan risikan - khususnya berkenaan insiden Lahad Datu - yang telah berlaku akibat aktiviti risikan yang difokuskan ke arah pengintipan perkembangan politik negara sejak tahun 2000.

Integriti kewartawanan yang bertanggungjawab adalah mercu tanda demokrasi di negara kita dan sedang kita melalui krisis yang mengancam keselamatan negara, saya berpendapat bahawa laporan yang tidak tepat dan menyeleweng itu harus ditarik balik dan saya menuntut New Straits Times memohon maaf dalam masa 24 jam melalui media digital dan cetak sebagaimana rencana berbaur fitnah itu telah disebarkan.

Saya telah mengarahkan peguam saya untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas akhbar New Straits Times - alat sebaran propaganda UMNO-Barisan Nasional terbitan New Straits Times Press (Malaysia) Berhad - dengan serta-merta.

Saya sekali lagi menegaskan pendirian konsisten Pakatan Rakyat menggesa Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengadakan sidang Parlimen tergempar di samping kertas putih untuk mendalami krisis di Lahad Datu, demi keselamatan tanah air tercinta.

Nurul Izzah Anwar
Ahli Parlimen Lembah Pantai
Naib Presiden KEADILAN

21 Mac 2013

Nampaknya tinggal fitnah sajalah yang ada pada pemimpin UMNO untuk mengekalkan berkuasa...

Thursday, 14 February 2013

Isteri YB mohon cerai - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan"

 Isteri YB mohon cerai, dakwa suami kahwin kakak artis


DUNGUN - “Saya tidak boleh terima apabila gambarnya dengan isteri baru terpampang dalam majalah hiburan. Ia satu publisiti murahan dan tidak sesuai dengan jawatannya sebagai YB (wakil rakyat).



"Saya rasa tindakan beliau mengaibkan keluarga dan menjatuhkan imejnya dalam politik dan itulah punca saya memohon cerai ini."
Demikian pengakuan Mastura Othman, 47, yang mengemukakan permohonan cerai ke atas Adun Paka, Zakaria @ Ariffin Abdullah, 60, di Mahkamah Rendah Syariah Dungun, pagi semalam.
Mastura, isteri kedua Zakaria, ketika ditemui wartawan sebaik keluar dari kamar mahkamah selepas kesnya disebut berkata, beliau sebelum ini sudah bercerai dua kali, dan kedua-duanya difahamkan tidak didaftarkan dan permohonan cerai tersebut adalah kali ketiga bagi pasangan terbabit, yang berkahwin lebih 20 tahun lalu.
Mastura, yang hadir ke mahkamah berbaju kurung oren berkata, kali pertama beliau bercerai dengan suaminya ialah pada 27 April 2012, dan kali kedua pada 18 Ogos 2012, iaitu beberapa hari selepas Aidilfitri.
Beliau menjelaskan, permohonan cerai kali ketiga itu dilakukan atas kerelaannya sendiri kerana beliau amat kecewa dengan perbuatan suaminya yang didakwa menyiarkan kisah hubungannya dengan isteri terbaru dalam sebuah majalah hiburan keluaran Disember lalu.
Menyentuh soal kedudukan suaminya dalam politik apatah lagi menjelang pilihan raya umum yang mungkin agak terjejas ekoran tindakannya itu, Mastura berkata, beliau tidak mahu memikirkan masalah itu kerana apa yang lebih penting baginya sekarang ialah hala tuju diri dan anak-anaknya.
“Itu terpulang kepada dia. Dia yang mencipta segala masalah. Ia (atas) kerelaan hati sendiri. Kita pun dah tua, anak dah besar, baik fikir diri sendiri.
“Dia minta saya buat selepas pilihan raya, tapi saya rasa tak perlu tunggu, lalu saya buat laporan pada 23 Januari. Hari ini apabila kesnya disebut, dia tidak hadir,” katanya.
Menyentuh mengenai perkahwinan ketiga suaminya, difahamkan dengan kakak salah seorang penyanyi tersohor, Mastura mendakwa, beliau mendapat tahu suaminya berkahwin seorang lagi pada Jun lalu setelah menemui gambar wanita berkenaan dalam telefon bimbit suaminya.
Mastura, yang mempunyai tiga anak berusia antara 10 dan 21, hasil perkongsian dengan suaminya yang juga bekas Timbalan Ketua Umno Bahagian Dungun berkata, Zakaria mengaku wanita itu isteri terbarunya.
Hakim Mahkamah Rendah Syariah Dungun, Shamsudin Ngah, menetapkan 12 Februari depan sebagai tarikh sebutan semula kesnya.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Sunday, 27 January 2013

Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?.. Bohong tu...

Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula..

Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...

Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... 

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Saturday, 19 January 2013

Patric Teoh mohon maaf.. katanya dia sekadar bergurau..


Melalui laman Twitter dan juga laman Facebook miliknya Patric Teoh telah memohon maaf kepada semua umat Islam berikutan kenyataannya yang telah menimbulkan kontroversi menerusi kenyataannya yang menyentuh sensitiviti penganut agama Islam negara ini.

Menurutnya ianya dilakukan atas nasihat individu yang dipercayainya dan beliau telah mengambil keputusan untuk memadam kenyataan tersebut yang ditulis di laman Facebook-nya.

Kenyataan tersebut boleh di baca di ( SINI )

Dia kemudiannya meminta maaf dan menjelaskan tidak mempunyai niat lain selain bergurau.

Sebagai rakyat Malaysia, Patrick Teoh sepatutnya memahami sensitiviti agama yang ada pada masyarakat kita, beliau tak sepatutnya mengeluarkan kenyataan yang boleh mengguris hati orang lain.

Ini kenyataan dari FaceBook beliau..



Hmm.. apalah lu.. nak berguraupun janganlah sentuh bab agama...