Showing posts with label Parlimen. Show all posts
Showing posts with label Parlimen. Show all posts

Saturday, 29 June 2013

Kawasan parlimen Titiwangsa meliputi Kuala Lumpur hingga Selangor.

SPR jika membuat persempadanan kawasan pilihanraya selalunya menguntungkan BN.Kawasan  Kerajaan PAS yang kuat seperti di Kelantan tidak ditambah kerusi,begitu juga di Terengganu.Kedah PAS kuat juga tidak ditambah kerusi.

Persempadanan pula dilukis tidak mengikut negeri atau wilayah.Persempadanannya pelik-pelik. Contohnya Kawasan Parlimen Titiwangsa yang meliputi Kampung Baru di Kuala Lumpur hingga ke Taman Chempaka yang sebenarnya sudah masuk negeri Selangor.

Begitu juga kawasan pilihanraya  parlimen Batu,dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur bermula di Jalan Ipoh,KL dan dilanjutkan ke Taman Selayang Jaya di negeri Selangor.

Saturday, 20 April 2013

PRU13 : Kenapa Najib takut bubar parlimen waktu ini?


KUALA LUMPUR: Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abdul Rani Osman (gambar) mempersoal pendirian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang tidak berani untuk membubarkan parlimen pada waktu ini.

Beliau berkata, sedangkan Najib merasakan rakyat sudah mula menerima apa juga tindakan yang telah dilakukan oleh kerajaan Umno Barisan Nasional selama ini.


"Saya mencabar Najib untuk membuat pengumuman segera tarikh pembubaran parlimen jika beliau merasakan sokongan rakyat terhadap Umno Barisan Nasional telah meningkat.


"Namun apa yang saya lihat, sikap berdiam diri dan teragak-agak yang ditunjukkan oleh Najib itu menggambarkan keadaan sebenar bahawa beliau sendiri tidak yakin dengan sokongan yang ada sekarang," jelasnya yang juga Adun Meru.


Dr Abdul Rani yang turut melahirkan kerisauan apabila tindakan Najib yang berdiam diri akan menimbulkan satu situasi yang di luar jangkaan dan menyalahi undang-undang.


Malah beliau juga beranggapan, ketidakyakinan Najib terhadap sokongan yang beliau perolehi nanti dikhuatiri boleh mencetuskan huru-hara yang akan menyebabkan wujudnya darurat sebelum pilihan raya dapat dilaksanakan.


"Kita melihat ada beberapa pihak yang telah mengeluarkan kenyataan bahawa akan ada tindakan di luar jangkaan jika sesebuah parti itu kalah.


"Saya pasti jika Najib masih lagi tidak berani untuk menyatakan bilakah tarikh pembubaran parlimen, situasi ini pasti berlaku dan perkara ini telah pun berlaku pada program-program ceramah yang anjurkan oleh Pakatan apabila ada pihak lain yang tidakberpuashati," sambung beliau lagi.


Abdul Rani berharap, Najib akan turut mengambil pendekatan segera seperti mana yang dilakukan oleh Menteri Besar Selangor yang mengumumkan bahawa pembubaran Dewan Undangan Negeri Selangor akan dilakukan selepas perayaan Cap Go Meh.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Wednesday, 20 March 2013

PAS tanding 76 kerusi parlimen

KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

“Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi.

“Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

“DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.

“Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan,” katanya.


sinar hairan



pen buruk online






Wednesday, 6 February 2013

TERHOT: Rafizi turun ke Parlimen Zahid, KENAPA..?

Rafizi gempur Parlimen Zahid Hamidi, dedah penyelewengan LTAT

28 Jan: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli bakal gempur Bagan Datoh, Parlimen Datuk Zahid Hamidi Februari ini bagi menerangkan isu salahguna dan penyelewengan dana Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) di bawah pentadbiran Menteri Pertahanan itu.
“Saya bersetuju beberapa tarikh untuk turun ke Bagan Datoh dalam bulan Februari.
“Saya juga masih menunggu saman Zahid Hamidi yang belum dihantar kepada saya. Tapi saya dah setuju turun habis-habisan gempur Bagan Datoh,” tulis Rafizi pada twitternya hari ini.
Zahid 25 Januari lalu memfailkan saman fitnah terhadap Rafizi berhubung satu artikel di dalam laman blognya.

Tegas Rafizi, saman Zahid akan dijawab di mahkamah kerana isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota tentera yang diabai tidak boleh dipadam dengan tipu helah teknologi.

Rafizi semalam turut menolak keras laporan mendakwa beliau memohon maaf kepada Zahid dalam laman facebooknya.
“Kenyataan palsu dan berniat jahat itu dirancang laman pro-Umno dengan tujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat.
“Saya menafikan sepenuhnya kenyataan maaf dan tetap dengan pendirian membawa perkara ini ke mahkamah.
“Saya tidak akan berganjak membawa isu salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia,” katanya pada kenyataan.
Rafizi berkata, tindakan menggodam akaun dan laman pro-Pakatan Rakyat, termasuk laman web dan facebook pimpinan Pakatan berpunca kegagalan Umno BN berdepan pendedahan memalukan.
“Ini kejadian kedua dalam tempoh dua hari selepas laman facebook Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.
“Saya mengutuk muslihat dan tipu helah yang digunakan cybertrooper Umno kerana tidak beretika,” tegasnya.~ KD