Showing posts with label disebar.... Show all posts
Showing posts with label disebar.... Show all posts

Friday, 8 March 2013

Gambar mayat penceroboh bergelimpangan dalam sebuah kubur besar disebar...

Pasukan Keselamatan Temui Kubur Tempatkan Mayat Penceroboh

LAHAD DATU: Pasukan keselamatan Malaysia membongkar sebuah kubur besar yang menempatkan sembilan mayat penceroboh di Kampung Tanduo di sini.

Gambar-gambar mayat dan operasi berterusan yang dikendalikan di tempat kejadian dipaparkan oleh Menteri Pertahanan pada Rabu.

Menterinya, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, pasukan bersenjata negara berjaya merampas senjata-senjata semasa operasi tersebut.

Ahmad Zahid (kiri) menunjukkan gambar mayat penceroboh Sulu yang ditemui oleh pasukan keselamatan Malaysia dalam satu operasi, pada sidang media di Lahad Datu, Rabu. Turut serta Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (tengah).

“Ini membuktikan, mayat yang kami peroleh dikumpulkan dan kami dalam proses untuk mengumpulkan lebih banyak mayat,” katanya pada sidang media secara langsung di TV3 di Felda Sahabat di sini.

Ahmad Zahid turut mengesahkan bahawa 13 mayat dijumpai semasa operasi itu.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, tiada anggota keselamatan Malaysia yang cedera dalam operasi berkenaan.

“Kami menjalankan bedah siasat sepenuhnya terhadap mayat bagi mengenal pasti bagaimana mereka mati,” katanya.

Kedua-dua menteri itu turut menunjukkan gambar-gambar senjata yang dirampas di tempat kejadian dan mayat seorang lelaki bersenjata yang ditembak dan mati pada pukul 6.45 pagi.~ mStar


Wednesday, 6 February 2013

HOT: GAMBAR Hassan Ali dan Nasha bergabung KUASA disebar...

Program khas sekarang ini di Masjid Negara:
"Sekretariat Mendaulat Islam sebagai Agama Persekutuan" Tengah mesyuarat sekarang di Masjid Negara;

Antara yang hadir Hasan Ali, Nasha, Nakhaie, Hafiz Nordin, Ismail Mina, Yusri Mohd, Noh Gadut, Aidid Ghazali JATI... FB


BEKAS Timbalan Presiden Pas, Nasharuddin Mat Isa (kiri) dan Presiden Jalur Tiga (JATI), Datuk Dr Hasan Ali (kanan) berbual semasa hadir pada majlis taklimat dan pemakluman draf asas memorandum kepada Majlis Raja-Raja berhubung isu "Pertahankan Kesucian Nama ALLAH" oleh Sekretariat mendaulatkan Islam sebagai agama persekutuan di Kuala Lumpur, hari ini.

- Foto BERNAMA