Showing posts with label gentar. Show all posts
Showing posts with label gentar. Show all posts

Thursday, 4 July 2013

Gentar dengan kemarahan Ibrahim Ali, UMNO akan pujuknya..


Pemimpin Umno hari ini dilihat gentar dengan kemarahan Perkasa semalam dan menyatakan kesediaan untuk bertemu pemimpin badan bukan kerajaan (NGO) itu, Datuk Ibrahim Ali bagi merungkai sebarang kekeliruan.

Menyifatkan kemarahan Ibrahim itu sebagai 'salah faham', beberapa pemimpin Umno memberitahu The Malaysian Insider, mereka tidak berniat meminggirkan Perkasa.

Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim mengatakan parti itu akan mengadakan perbincangan dengan Ibrahim.

“Ibrahim Ali memainkan peranan penting kepada Umno,” katanya merujuk kepada peranan dimainkan Ibrahim dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

“Umno perlu adil kepada semua. Akan adil kepada Perkasa dan Ibrahim. Kita akan duduk berbincang dan menjernihkan suasana,” katanya yang menyifatkan, Perkasa sebagai mesra Umno dan tidak timbul persoalan parti berkenaan menolak peranan mereka.

Selain Razali, Ahli Parlimen Kota Tinggi, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd Harun Narrashid turut menafikan Umno meminggirkan Perkasa.

“Saya tidak nafikan dakwaannya. Akan tetapi sebagai Ahli Parlimen biasa Umno, saya nak beliau tahu Umno tidak pernah meminggirkan Perkasa.

“Tidak betul untuk dia (Ibrahim) marah-marah. Tuntutan mereka boleh dipertimbangkan Umno selagi tidak menyebabkan rasa tidak puas hati di kalangan rakyat berbilang kaum,” katanya.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan bagaimanapun tidak mahu memberi sebarang reaksi ketika ini.

“Biar Ibrahim Ali tenang dulu. Kemudian kita boleh bincang mengenai kemarahannya,” katanya.

Semalam, Ibrahim menyelar Umno kerana tulang belakang Barisan Nasional (BN) itu meminggirkan Perkasa, sebaliknya memberi layanan baik kepada kumpulan 'biadap' termasuk Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum PRU13.

Berikutan itu, beliau kian hilang sabar dengan karenah kerajaan dan memberi amaran untuk mengambil langkah yang tidak dinyatakannya

Thursday, 21 March 2013

Ini bukti Najib semakin gentar menghadapi pilihanraya..


Tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) akan terbubar dengan sendirinya sebelum 28 April ini iaitu tarikh Parlimen bubar secara automatik jika Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menetapkan sebarang tarikh pembubaran Parlimen bagi membolehkan Pilihan Raya Umum Ke-13 diadakan.

6 DUN yang terbabit, DUN JOHOR terbubar dengan sendirinya pada 21 April ini, diikuti DUN Negeri Sembilan dan DUN Perak pada 25 April.

Pembubaran DUN di negeri-negeri lain pula kebanyakannya berlaku selepas tarikh Parlimen dibubarkan.

Penentuan tarikh pembubaran sesebuah DUN mahupun Parlimen adalah berdasarkan kepada tarikh persidangan pertama selepas pilihan raya umum.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof yang mengulas perkara itu berkata, sebaik sahaja terbubarnya Parlimen atau DUN secara sendiri, SPR diberi kuasa menjalankan pilihan raya dalam tempoh 60 hari bermula dari tarikh pembubaran tersebut.

Tambah beliau, sehubungan itu, pilihan raya umum perlu diadakan selewat-lewatnya antara akhir Jun sehingga awal Julai ini.

“Walau apa pun, berdasarkan peruntukan undang-undang PRU-13 mesti diadakan tahun ini juga," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Monday, 4 February 2013

Isu warga emas: saya tidak gentar disaman

SHAH ALAM – Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ‘menggalakkan’ tindakan undang-undang yang bakal diambil kira-kira 50,000 warga emas di Selangor berikutan dakwaan tidak menerima caruman takaful seperti dijanjikan pada Pilihan Raya Umum ke-12 (PRU12).






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Beliau menegaskan, pihaknya sedia berdepan dengan tindakan itu bagi membuktikan kebenaran berhubung isu berkenaan.

Katanya, Kerajaan Negeri sudah melaksanakan skim khairat kematian sebanyak RM2,500 menerusi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) untuk warga emas berdaftar dan ia akan diserahkan kepada keluarga setelah individu itu meninggal dunia.

“Untuk menambah baik usaha SMUE ini, kita masukkan juga program Jom Shopping yang tidak termasuk dalam rancangan kita dulu.

“Saya tidak tahu (mengenai tuntutan takaful).

Sebab itu saya minta pergi (perkara itu dibawa) ke mahkamah. Kalau tidak nanti mereka akan cakap di luar dan tiada bukti,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Program Perhimpunan Guru-Guru Sekolah Agama Negeri Selangor, di sini, semalam.

Hadir sama, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan, Dr Halimah Ali serta Pengarah Jabatan Islam Selangor (Jais), Datuk Marzuki Hussin.

Kelmarin, 200 warga emas dari Parlimen Shah Alam mengadakan bantahan aman menagih janji caruman khas untuk perlindungan kesihatan dan kematian golongan tersebut di Seksyen 18, di sini.

Pengerusi Penyelaras Tuntutan Warga Emas Selangor, Datuk Ismail Kijo dilaporkan berkata, tindakan saman secara berperingkat terhadap Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) akan diambil untuk menuntut caruman berjumlah RM1.25 bilion sejak 2008.

sumber sini