Showing posts with label beliau. Show all posts
Showing posts with label beliau. Show all posts

Saturday, 27 July 2013

Penjelasan Tengku Zaihan, Sebab Beliau Tunjuk Kertas Undi..


Insiden menunjukkan kertas undi oleh calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman adalah satu tindak balas spontannya selepas diminta bertalu-talu oleh jurufoto.

Tengku Zaihan, 37, atau dikenali 'Abe Ku' (Abang Ku) oleh penduduk setempat berkata, beliau tidak berniat untuk menunjukkan kertas undi itu, tetap bertindak spontan disebabkan keadaannya yang agak letih berkempen selama 12 hari sejak 12 Julai lalu.

Bekas jurutera Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Putrajaya itu antara pengundi yang awal mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kuala Besut pada hari pengundian semalam.

"Maklumlah saya tidak cukup tidur berbelas hari, badan pun letih. Keadaan itu menyebabkan tindakan saya jadi spontan.

"Masa hendak lipat kertas undi itu masuk ke dalam kotak undi, jurugambar tidak henti-henti panggil saya dan saya pun tidak sengaja menunjukkan kertas undi sebab mahu memberi respon," katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas isu yang dibangkitkan pembangkang kononnya beliau melanggar peraturan pilihan raya apabila menunjukkan kertas undinya kepada jurufoto pada hari mengundi semalam.

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut semalam, Tengku Zaihan mengalahkan calon PAS Endot@Azlan Yusof, 48, dengan majoriti 2,592 undi selepas Tengku Zaihan memperoleh 8,288 undi manakala Azlan mendapat 5,696 undi ~ The Malaysian Insider

Oooo dia tak sengaja rupanya.. kira tunjuk kertas undi tanpa niatlah ni...

Sunday, 21 July 2013

Rumah bekas exco Melaka dipecah masuk ketika beliau sibuk di Kuala Besut


Tatkala bekas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya dan Kemudahan Awam Negeri Melaka Datuk Ab Karim Sulaiman sibuk membantu kempen Barisan Nasional (BN) di Kuala Besut, rumahnya di Sungai Udang di Alor Gajah dipecah masuk awal pagi ini.

Menantu bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Tanjung Bidara itu, Amir Ariffin, 37, berkata kejadian itu disedarinya apabila pulang ke rumah itu pada 11.30 pagi ini dan mendapati televisyen 43 inci, set teater rumah dan beberapa beg pakaian hilang.

"Ketika kejadian semua keluarga saya berada di sebuah lagi rumah kami di Kampung Seri Jeram. Ketika pulang ke rumah ini saya dapati pintu belakang rumah telah diumpil dan ada kesan tapak kaki di pagar juga rumput di belakang rumah.

"Jiran saya ada terlihat sebuah kereta menurunkan seseorang di tepi rumah ini pada pukul 5.30 pagi tadi dan kembali semula mengambil orang itu kira-kira sejam selepas itu. Beliau (Ab Karim) telah dimaklumkan perkara ini dan akan pulang malam ini," katanya kepada pemberita hari ini.

Amir yang merupakan pegawai di Jabatan Ketua Menteri Melaka berkata kira-kira dua bulan lepas rumah itu juga cuba dimasuki pencuri tetapi gagal.

Sementara itu, jurucakap Ibu Pejabat Polis Daerah Alor Gajah mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes sedang disiasat. - Bernama

Tahun lepas rumah exco Melaka dipecah masuk kerugian RM200,000 baca di ( SINI )

Saturday, 19 January 2013

Fathul Bari menjelaskan mengapa beliau berkahwin di Thailand.. ( Video Inside)


Sebelum itu.. Tahniah diucapkan kepada Ulama Muda UMNO Ustaz Fathul Bari yang telah dianugerahkan gelaran ‘Mumtaz’ yang membawa gelaran Dr.

Beliau adalah orang yang ketiga menerima gelaran tersebut dari Fakulti Al-Quran & Sunnah di Bahagian Hadith, Universiti Islam Antarabangsa.

Individu yang pertama dianugerahkan gelaran ini ialah warga dari Palestin manakala yang kedua pula ialah warga Algeria..

Ustaz Fathul Bari di UIA
Semalam kisah Ustaz Fathul Bari berkahwin di Selatan Thailand meletup di kebanyakkan Blog-blog Pro Pakatan Rakyat.

Ini berikutan tersebarnya surat nikah Fathul Bari dengan Maria Joy Erlado di pejabat The Islamic Committe of Songkhla Thailand pada 29 Mei 2012.

Ramai j yang mempersoalkan mengapakah Ulama Muda UMNO ini berkahwin di Selatan Thailand tidak di Malaysia?

Selain itu ada juga yang mempersoalkan kenapa beliau menyorokkan perkahwinannya itu, adakah beliau kahwin lari, adakah beliau takut bini?, adakah beliau takut kepada Pak Mertuanya di Perlis? kenapa daftar di Terengganu? Kenapa tak buat majlis besar-besaran di PWTC? Dan berbagai-bagai persoalan lagi..

Aku tak nampak apa yang salah dengan tindakannya itu iaitu bernikah di Selatan Thailand, asalkan ianya dihalalkan… Alhamdulillah..

Lagipun tak perlulah kita menyerang isu yang melibatkan peribadi beliau lainlah kalau dia mentekedarah rasuah atau salah guna kuasa atau apa saja yang membabitkan penyelewengan wang rakyat.. lantak pi lah kat dia..

Lainlah kalau dia pergi menikah di Selatan Thailand itu menggunakan harta Kerajaan Malaysia yang dibiayai menggunakan wang rakyat..

Jadi.. untuk berlaku adil kepada Ustaz Fathul Bari aku siarkan video jawapannya tentang isu ini.. selain itu seluruh dokumen pernikahannya juga disertakan..


Dan ini ialah seluruh dokumen yang berkaitan dengan isu ini.


Seluruh info dan dokumen dibekalkan oleh : Abu Aqif