Showing posts with label mengatakan. Show all posts
Showing posts with label mengatakan. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

KPN nafi mengatakan suspek tembak Sanjeevan merupakan rakannya


Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan laporan portal Free Malaysia Today (FMT) memetik dirinya berkata suspek yang terlibat dalam kes cubaan bunuh Pengerusi Mywatch, R. Sri Sanjeevan merupakan rakannnya sendiri.

Menurut Ketua Polis Negara (KPN) itu, ketika sidang media berlangsung semalam beliau langsung tidak menyebut tentang suspek tersebut.

"Dalam sidang media semalam saya tidak pernah mengatakan Sanjeevan dibunuh oleh rakannya sendiri, laporan dari FMT itu tidak benar, katanya melalui akaun Twitter milik beliau.

"Sebelum membuat pelbagai andaian biar kami siasat kes ini sehingga kami dapat mengumpulkan maklumat mengenai kejadian ini," kata beliau lagi.

Bagaimanapun beliau memahami kebimbangan orang ramai terhadap kes bunuh yang semakin meningkat kebelakangan ini.

"Benar ia merisaukan semua orang dan PDRM melakukan sebaik mungkin bagi memastikan keselamatan kita juga menyeru orang ramai untuk bersama dengan kita membanteras jenayah ini," Abdul Khalid berkata.

Semalam FMT melaporkan Khalid memberitahu suspek yang disyaki terbabit dalam kes cubaan membunuh Sanjeevan dipercayai rakanya sendiri.

Mengikut laporan itu tersebut KPN dilaporkan berkata siasatan awal membawa kepada petunjuk yang mengejutkan kerana suspek bukan merupakan penembak upahan tetapi adalah rakan kenalan itu sendiri.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut ekoran siasatan sedang dijalankan diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Hadi Ho Abdullah.

Sabtu lalu Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki berhenti di satu persimpangan di Bahau, Jempol.

Sebelum kejadian itu, Sanjeevan ada membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya.

Mangsa dikatakan merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.

Pada masa ini, Sanjeevan masih dirawat di hospital dan keadaannya dilapor stabil.


~ The Malaysian Insider

Sunday, 3 February 2013

Pengkhianat Negara : Pendatang India mengatakan perolehi kad pengenalan biru tanpa dokumen sah

KOTA KINABALU, 30 Jan — Seorang pendatang dari India memberitahu inkuiri Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) mengenai pendatang tanpa izin beliau menerima kad pengenalan biru tanpa dokumen yang sah, sebaliknya menggunakan borang yang diberikan oleh pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Nasir Yusof, yang dilahirkan di Tamil Nadu, India, memberi keterangan beliau menerima kad pengenalan biru dari pejabat JPN di Kota Marudu, Kudat pada 1988, selepas lima tahun tiba di Sabah.
"Siapa suruh kamu tulis dilahirkan di Tuaran?" presiden Persatuan Undang-Undang Sabah Datuk John Sikayun bertanya ketika di RCI hari ini.

"Dia sudah tulis awal-awal, pegawai JPN di Kota Marudu," kata Nasir.

Nasir berkata beliau membayar RM12 dan menerima kad pengenalan biru dua bulan kemudian.
"Saya tidak membayar orang lain," katanya lagi.

Mengikut Undang-Undang Warganegara 1964, penduduk yang mahu menjadi warganegara mesti menjadi penduduk tetap selama 12 tahun dan berada di Malaysia lebih dari 10 tahun.

Nasir berkata beliau mendaftar sebagai pengundi pada 1991 dan mengundi tiga kali, termasuk di parlimen Sepanggar.

"Saya undi tapi calon saya kalah. Saya undi PBS (Parti Bersatu Sabah), tapi kalah," katanya yang membuatkan seluruh dewan ketawa.

Nasir berkata beliau kini memiliki perniagaan menguruskan permit kerja untuk pekerja dari India seramai 20 orang. Beliau mengenakan caj servis RM100 untuk setiap pekerja.

Nasir menambah kira-kira 100 warga India juga bersamanya ketika di pejabat JPN Kota Marudu apabila beliau memohon kad pengenalan biru.

Beliau berkata bukan semua orang dicatatkan Tuaran sebagai tempat lahir dalam borang tersebut.

"Dia (pegawai JPN) yang menulisnya kerana kami tidak boleh menulis dalam bahasa Malaysia," kata Nasir.
Nasir menafikan tuduhan blogger bahawa beliau masih mempunyai kad pengenalan India.
"Blog itu 100 peratus fitnah," katanya lagi.

Nasir berkata beliau tidak lagi memiliki pasport India dan memiliki pasport Malaysia selepas memiliki kad pengenalan biru.

"Saya tidak mempunyai warganegara India, saya tidak pernah mengundi di India. Saya cuma mengundi di sini," kata Nasir lagi.

Beliau turut membaca Rukunegara, tetapi terdapat beberapa kesilapan.

Tun Dr Mahathir Mohamad, perdana menteri paling lama mentadbir, dari 1981 hingga 2003, dituduh menjadi dalang kepada "Projek IC", dimana kewarganegaraan diberikan kepada warga asing untuk mendapatkan undi.

Tetapi bekas ketua menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri itu dari 1976 hingga 1985 menafikan kewujudan "Projek IC".

Dr Mahathir baru-baru ini berkata pendatang asing di Sabah menerima warganegara, tetapi mengikut undang-undang.

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN