Showing posts with label Fitnah. Show all posts
Showing posts with label Fitnah. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Kalaulah fitnah ini disebar Blogger PR.. dah tentu kena tangkap..


Seorang aktivis hak wanita terkejut apabila mengetahui bahawa gambarnya dan beberapa orang lain yang menghadiri satu majlis kerajaan, telah tersebar di ruang siber sebagai 'bukti' orang Islam di negara ini menjadi Kristian.

Gambar tersebut yang tersebar di dalam blog sejak 2012 menunjukkan dia berada di kalangan satu kumpulan duduk di bangku kayu, kebanyakannya wanita yang memakai tudung.

Dalam satu kenyataan menafikan dakwaan di blog tersebut, pegawai Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Yu Ren Chung berkata gambar itu sebenarnya dirakamkan di dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku, Kuala Lumpur, dan bukan di sebuah gereja seperti yang didakwa oleh blog itu. 

Katanya, majlis itu dianjurkan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) pada 29 Februari 2012 untuk membincangkan Dasar Keluarga Negara, dan dihadiri terutamanya oleh kakitangan awam dan juga sebilangan kecil wakil-wakil NGO.

Bagaimanapun, blog di Malaysia dan Indonesia itu telah menggunakan gambar tersebut dengan mendakwa ia menunjukkan orang Islam baru sahaja dibaptiskan, dengan sesetengahnya menyalahkan DAP dan PAS berhubung isu itu.

"Saya terkejut apabila membaca dakwaan dalam blog itu - ISTAC jadi gereja!" ~ Malaysiakini

Ni gambar Dewan utama Institut Antarabangsa Pemikiran dan Tamadun Islam (ISTAC) di Bukit Tunku tu..


Aku tertarik dengan komen-komen dalam blog tu...  majoriti tak berjaya diperbodohkannya nampaknya..

Friday, 28 February 2014

Papa Gomo sah fitnah Anwar, Diarah bayar RM800,000 kepada Anwar oleh Mahkamah (Video Inside)


Pada 13 Sept. 2013, Blogger pujaan macai iaitu PapaGomo telah diperintah membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor yang difitnahnya dalam laman blog Papagomo.

Abdul Razak, 59, memfailkan saman RM10 juta pada 26 Januari 2012 setelah mendakwa Wan Muhammad Azri, 30, menyiar dan menyebarkan artikel didakwa berunsur fitnah dan berniat jahat bertajuk, Siapa Razak Mohd. Nor Ni? Bakal Calon Mana?

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera dalam keputusannya menyatakan, jumlah yang perlu dibayar kepada Abdul Razak meliputi ganti rugi am RM200,000 dan ganti rugi teladan RM300,000.
Ahli perniagaan itu juga berjaya mendapatkan perintah injunksi bagi menghalang Wan Muhammad Azri menyiarkan kata-kata fitnah selain menetapkan faedah pada kadar lima peratus setahun serta kos RM50,000.

Hari ini pula sekali lagi Blogger kesayangan macai itu disahkan menyebar fitnah oleh Mahkamah Tinggi dan beliau diarahkan membayar RM800,000 kepada mangsa ftnahnya iaitu Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim..

Ini laporannya...

Penulis blog Wan Muhammad Azri Wan Deris atau Papa Gomo diarahkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membayar RM800,000 kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai ganti rugi kerana memfitnah ketua pembangkang itu.

Hakim Rosilah Yop dalam penghakimannya turut mengatakan Wan Muhammad Azri adalah pemilik blog Papa Gomo.

Rosilah juga membenarkan permohonan injunksi tetap oleh Anwar untuk menghalang Wan Muhammad Azri mengulangi fitnahnya di blog tersebut.

Hakim juga mengarahkan Wan Muhammad Azri membayar RM50,000 kepada Anwar sebagai kos.

Dari The Star Online..

KUALA LUMPUR: Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim won his suit against Papagomo Wan Muhammad Azri Wan Deris over postings of defamatory words and images of Anwar with another man. 
High Court Judicial Commissioner Rosilah Yop awarded RM800,000 in damages to Anwar and RM50,000 in costs. 
In his suit filed on March 21 last year, Anwar said the defendant had wrongly posted four defamatory statements on the blog between March 16 and 20. 
In his defence,Wan Muhammad Azri said he had never published words, images videos or created any web link which was slanderous of Anwar. 
JC Rosilah found that the defendant was actually Papagomo.

Lepas ni dia nak kena bayar kepada siapa lagi agaknya?.. setahu aku ramai lagi yang menunggu untuk failkan saman sebab difitnahnya...

 

Monday, 24 February 2014

Penang pertimbang untuk Haramkan Khutbah Jumaat?.. Durjana punya fitnah nih!


Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul “Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat” di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan. 

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.


Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: “Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."~ Malaysiakini


Fitnah Pil Kuda: Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam Penghakiman Ingkar


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

Sunday, 23 February 2014

Adakah Ini Fitnah atau Rekayasa..??? Nilaikan Sendiri...


Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ Buat apa sini bro? “

“ Saya sedang tunggu teksi, mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang "muallaf", wanita di sisinya adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi. Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta, ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ Awak buat apa di situ tadi ? “

“Saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa" sambil menunjukkan surat dari Jais

“Sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ, itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“Tadi awak ke Jais mereka kata apa..???"

“Saya ke Jais itu tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan, saya isteri semua nak makan susah “

“Saya masuk Islam sukarela, tiada siapa paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur, sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat."

Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

“Then awak hari-hari makan apa? “

“Saya dengan isteri makan roti sapu itu planta kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang pada hari kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“Itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar"

"Itu ustaz tiada datang tolong ke..???"

“Itu ustaz saya jumpa selalu kata, “Ariffin.., you usaha lagi, cari rumah lain, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong.., ada jiran beri saya motor lama, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi RM250 nak repair semua, saya makan pun tiada, lagi nak bayar sewa rumah semua"

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka, apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin berkata;

“Saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, kalau dia nampak... susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam...!!!”

Arifin mengajak ke rumahnya, bila tiba dirumah, betul katanya ianya… KOSONG..!!! KOSONG..!!! KOSONG..!!! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayunya..!!!

Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama..!!! Duduk dalam aircond semata.., ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan, kamu buat apa..???

Pergilah cari orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, zakat fitrah, zakat emas dan lain lain.., kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel, sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi..??? Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan senegara.

Sebelum ini selalu dengar cerita tentang orang pusat zakat layan peminta zakat macam sial. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar mereka dengan gaji bulanan..???

Rasa-rasa kerja itu berkat ke?
Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah “ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada Ariffin dan isterinya..???
Ditendang keluar oleh tuan rumah..????
Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang?

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah aircond , silakan. Tunggulah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

Kisah sebenar di sini.


Masa nak kutip zakat... kaunter bergerak pelbagai, sampaikan kat tepi longkang pun sanggup buka meja, tapi bila masa agihan banyak pulak birokrasi dan kerenah mehnahnya.... seolah-olah duit pembayar zakat tu macam duit mak bapak diorang....

Apabila ada umat Islam merangkak ke Gereja, Tokong atau Kuil bangsa lain.... mulalah pejuang2 Islam sekonyong2nya dari peringkat bawahan hinggalah ke Ketuanya... melalak tak ingat dunia... hahahaha....

Persoalannya.... wajarkah Pusat Zakat di Audit...????

Saturday, 30 March 2013

Panas RTM kalah kes fitnah ADUN

ALOR SETAR, 21 Mac — Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.

Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.

“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.

“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati... serta RM30 ribu kos guaman.”

PBO: kena ambil tindakan tatatertib ke atas kakitangan awam tuh...



pen buruk online




Thursday, 21 March 2013

FITNAH MEMANG DARAH DAGING – RTM DIARAH BAYAR RM150K






ALOR SETAR,— Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kubang Rotan Mohd Nasir Mustafa berjaya memenangi kes tuntutan saman fitnah ke atas Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan sebanyak RM150 ribu selepas Mahkamah Tinggi Kedah membuat keputusan pagi ini.
Dalam penghakiman hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50 ribu, manakala penerbit rancangan RTM “Titik Sentuhan” Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula diarah membayar sejumlah RM70 ribu.
Selain itu, pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30 ribu.
“Hari ini hakim telah membuat keputusan mengarahkan empat defendan untuk membayar sejumlah RM150 ribu kepada YB Nasir,” kata peguam Aminuddin Zulkipli apabila ditemui oleh The Malaysian Insider.
“Dua defendan diarah untuk membayar RM50 ribu, kedua-dua mereka dibahagikan RM25 ribu setiap seorang. RM70 ribu pula perlu dibayar oleh Hartini dan Norhayati… serta RM30 ribu kos guaman.”-
Kita imbau kembali kisah yang membawa RTM diheret ke Mahkamah kerana buat kerja jijik memfitnah!!!!

ALOR SETAR, 20 Disember 2011 – Isu kononnnya kerajaan negeri Kedah tidak memperdulikan kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon, Kubang Rotan yang disiarkan oleh Radio Television Malaysia (RTM) terjawab apabila YB Nasir Mustafa tampil membuktikan bahawa kerajaan negeri yang telah menurap jalan tersebut dan bukannya Kerajaan Persekutuan.
ADUN Kubang Rotan, YB Nasir Mustafa berkata, beliau kesal dengan pihak RTM kerana mendakwa jalan tersebut telah diturap oleh Jabatan Pembangunan Persekutuan (ICU), sedangkan jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri pada tarikh 27 Julai 2011.
Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai fitnah RTM berhubung kerosakan jalan di Kampung Hilir Telok Talipon yang menimbulkan keresahan penduduk sebelum ini.
“Saya mempunyai bukti bahawa jalan tersebut diturap oleh kerajaan negeri kerana saya mempunyai surat rasmi daripada kontraktor yang melakasanakan tugas tersebut, dan juga surat rasmi kepada Unit Perancangan Negeri (UPEN).
“Ini adalah satu fitnah yang jelas, kerana rancangan television Titik Sentuhan yang disiarkan oleh RTM ini mengatakan saya tak buat kerja, ini juga merupakan tohmahan yang tidak berasas,” jelasnya.
Beliau turut menjelaskan bahawa jalan tersebut tidak berturap sepenuhnya sejak pemerintahan kerajaan negeri yang sebelum ini lagi. Jalan tersebut merupakan jalan MADA dan bukannya jalan kerajaan negeri.
Selepas kerajaan negeri sekarang memerintah saya telah mengambil tindakan dengan menghubungi pihak UPEN bagi menaik taraf dan menurap semula jalan tersebut.
“Selain itu, saya juga amat kesal dengan RTM kerana telah menggunakan rancangan television tersebut untuk kepentingan politik BN,” katanya.
Beliau akan membuat laporan polis mengenai fitnah tersebut serta laporan SPRM berkaitan dakwaan kononnya jalan tersebut dibuat oleh Pusat.
“Ia terdedah kepada kemungkinan ada pihak yang telah membuat tuntutan pembayaran dari Pusat terhadap kerja yang dilakukan sedangkan mereka tidak berbuat apa-apa pun kerana semuanya telah diselesaikan oleh pihak lain (Negeri),” ujarnya.

http://tenterasemut.net/fitnah-memang-darah-daging-rtm-diarah-bayar-rm150k/

✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Lagi Media Tunggangan UMNO disahkan menabur fitnah oleh Mahkamah..


ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi Kedah hari ini memutuskan Radio Televisyen Malaysia (RTM) milik kerajaan membayar tuntutan saman fitnah sebanyak RM150,000 kepada Adun Kubang Rotan (PAS) Mohd Nasir Mustafa.

Pesuruhjaya Kehakiman See Mee Chun ketika di dalam penghakiman hari ini mengarahkan dua defendan Mohd Hanafiah Hanafi dan Zakri Suid dari RTM untuk membayar ganti rugi sebanyak RM50,000.

Sementara itu, penerbit rancangan RTM 'Titik Sentuhan' Hartini Haris dan ketua pengarah Jabatan Penyiaran Malaysia Datuk Norhayati Ismail pula di arah membayar sejumlah RM70,000, selain pihak defendan juga diarahkan membayar kos guaman RM30,000.

Mohd Nasir diringi penguamnnya Aminuddin Zulkifli.

Mohd Nasir telah memfailkan saman pada Mei tahun lalu ekoran rancangan “Titik Sentuhan” yang disiarkan pihak RTM pada 18 November 2011 kerana menfitnah beliau gagal menjalankan tanggungjawab dan tugas sebagai Adun di Kubang Rotan.

Dalam writ saman yang dikemukakan juga, Mohd Nasir juga menolak tuduhan mengatakan beliau mengamalkan diskriminasi pembangunan dikawasan undangannya dan mendakwa ia telah mencemarkan imejnya serta kredibilitinya.

Mohd Nasir menewaskan calon Umno, Nordin Salleh pada Pilihan Raya 2008 dengan majoriti 1,387.

~ Harakahdaily

Wednesday, 6 February 2013

Tolong jangan percaya berita FITNAH neh...



Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Pahang Tiada Air..???



Najib Sebok Pasal Air Di Kelantan Tapi Sabah Tiada Air....???


Sunday, 3 February 2013

Banner Fitnah Pas Dan Tok Guru Nik Aziz Tersebar


Banner hijau putih dan disertakan gambar Tok Guru Nik Aziz yang seolah olah dikeluarkan oleh Pas tersebar.Banner tersebut ditulis kononnya undi PAS,DAP dan PKR masuk syurga sementara undi Umno dan BN masuk neraka.

Aku takdelah nak tuduh sape2 yang gantung banner ni.Tapi kepada ahli dan penyokong Pas yang terjumpa banner ini sila buang,kerana sah banner ini bukan dikeluarkan oleh Pas

Mengulas perkara ini di Facebooknya Tok Guru Nik Aziz berharap Semoga orang yang mengupah, membuat, menggantung dan menyebarkan banner fitnah ini diberi hidayah dan kesempatan untuk bertaubat oleh Allah SWT 

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Sunday, 27 January 2013

Rafizi Ramli mengaku fitnah Zahid Hamidi, Mohon maaf di Facebook?.. Bohong tu...

Antara blogger Pro UMNO yang mula-mula menyiarkan kononnya Rafizi membuat permohonan maaf kepada Dato' Seri Zahid Hamidi ialah blog di atas..

Pantas sekali tindakannya hanya setelah 2 minit kenyataan tersebut disiarkan dilaman Facebook Rafizi Ramli II, kenyataan tersebut telah di 'Print screen' dan di muatnaik kelaman blog pula..

Hingga menimbulkan persoalan adakah blogger Pro UMNO tersebut kerjanya memantau setiap aktiviti dilaman Facebook Rafizi hingga membolehkan beliau memperolehi maklumat sebegitu cepat?.. atau... jeng.. jeng...

Dua minit tu cukuplah untuk.. paste apa yang dah ditulis kedalam laman Facebook tu kemudian publish dan signout, kemudian printscreen dan lepastu sign in blogger.com dan upload kelaman Blog pula... 

Berikut adalah kenyataan media oleh Rafizi..

Saya dimaklumkan bahawa laman-laman Facebook yang berkaitan dengan saya ada menyiarkan satu kenyataan maaf terhadap Dato’ Seri Zahid Hamidi sekitar jam 7 petang ini. Sejurus selepas itu juga, laman-laman blog pro-Umno menyiarkan berita melaporkan kononnya kenyataan maaf tersebut.

Saya menafikan sekeras-kerasnya sebarang kenyataan maaf. Saya tetap dengan pendirian sebelum ini bahawa perkara ini akan diteruskan di mahkamah dan saya tidak akan berganjak dari terus membawa soal salahguna dana Angkatan Tentera Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah palsu, berniat jahat dan direncanakan oleh laman-laman blog pro-Umno bertujuan memfitnah saya dan mengelirukan rakyat. Apabila mereka tidak dapat berdepan dengan pendedahan-pendedahan yang memalukan pimpinan mereka, laman-laman ini secara tidak beretika menggunakan muslihat untuk menggodam akaun dan laman-laman berkaitan Pakatan Rakyat, termasuklah laman-laman pimpinan Pakatan Rakyat dan laman Facebook.

Laman Facebook saya adalah yang kedua dalam tempoh dua hari yang digodam, selepas laman Facebook YB Azmin Ali, Timbalan Presiden KEADILAN. Ini juga rentetan kepada siri godaman terhadap laman Malaysiakini setiap kali ada perkembangan politik penting negara yang merugikan Umno/Barisan Nasional.

Saya mengutuk sekeras-kerasnya muslihat dan tipu helah yang digunakan oleh cybertrooper Umno ini kerana ia tidak beretika dan memfitnah. Sikap pimpinan Umno yang berdiam diri menunjukkan mereka juga sama-sama mendokong muslihat dan tipu helah kotor ini.

Saya sekali lagi menegaskan bahawa saman Dato’ Seri Zahid Hamidi akan saya jawab di mahkamah. Isu salahguna dan penyelewengan dana LTAT dan kebajikan anggota angkatan tentera yang diabaikan tidak boleh dipadamkan dengan muslihat jahat dan tipu helah cyber seperti ini.


RAFIZI RAMLI 
Pengarah Strategi KEADILAN
27 Januari 2013

Sunday, 20 January 2013

Utusan Seks Melayu...., Fitnah Lagi.

Utusan Seks Melayu.... "Perosak Pemikiran Rakyat", buat fitnah lagi.....

Ada ka patut akhbar pencacai nih buat fitnah mengatakan ada peniaga raih keuntungan RM5000 dalam masa empat jam.... perghhhh... macam ni punya bisnes gua pun nak join beb...!!!!

Beritanya di sini.

Di khabarkan mamat tu berniaga jual baju T dalam Perhimpunan Shamsidar (definasi umno laaa...) hahaha..., tapi tak pulak ditepekkan gambar baju T yang mamat tu jual sebagai bukti... hehehe..., ntah2 mamat tu jual baju T bertemakan "#KL112" ataupun baju T "R".... hahahaha....

Tak pulak ditepekannya gambar muka peniaga tu... bagi mensahihkan lagi berita diorang...., setakat tulis macam tu nenek gua yang dalam kubur pun fikir 100 kali nak percaya dengan utusan seks malaysia tuuuu... wakakakkaaaaa.....!!!!

Berdasarkan logik akal, boleh di andaikan berita tu betul beb.... sebabnya dengan jutaan umat manusia yang melaut di Kota KL semalam.... ramai peniaga senyum gumbira beb... terutamanya peniaga makanan dan minuman yang berniaga keperluan asasi manusia beb...!!!!

Bagi peniaga spesies umno laknatullah yang tutup perniagaan diorang semalam pasti hantuk kepala kat dinding batu menyesal tak sudah melihatkan rakan2 perniagaan yang lain untung berkali ganda untuk beberapa jam sahaja.... kah... kah... kah...

Itulah akibatnya kalau taksub dengan umno laknatullah... bukannya  ada untung tapi rugi lagi adaaaa.... hahahaha... 

Walau apa pun... dalam isu berita yang dilaporkan oleh utusan seks malaysia nih..., gua suka ambik perkataan dari Menteri Bangang Lagi Bahalol ini iaitu berita tersebut sebagai "Win-Win Situations" punya berita jelah...

Di mana akhbar tersebut sebenarnya malu nak mengaku perhimpunan "HKR - #KL112" telah berjaya membuatkan ramai peniaga2 di KL meraih keuntungan berlipat kali ganda semalam, sekaligus menafikan dakyah serta pembohongan dari akhabr diorang selama ini bahawa setiap Perhimpunan yang di buat oleh Pihak Pembangkang Malaysia menciptakan kontroversi dan merugikan peniaga.

Nak bercerita pulak pasal Menteri Bangang Lagi Bahalol yang gua berikan link kat atas tu, malaun nih buta sejarah atau sememangnya BODOH sejak azali lagi...., apa yang Mahadeath buat dalam tahun 80an-90an kepada institusi Raja2 tu apa kebendanya...????

Sudah gaharu cendana pulak, sudah botak akal pun tarak... bodoh punya menteri Jelebu nih..., tu la pasal kecik2 tak nak mampus... dah tua bangka rumah kata pergi kubur kata mari... masih nak kongkek dan perbodohkan pemikiran rakyat malaysia.

Apa lu ingat rakyat malaysia nih patung cendana yang lu boleh kongkek belakang pintu sesuka hati luuuuu.... bodoh wal bangang punya menteri... tak habis2 nak membodek mengampu...!!!!

p/s: Sori naik lori laaaaa.... jijik bagi gua nak tepek muka menteri tua kaki ampu kaki bodek tegar dari umno laknatullah tuuuu.... buat kotoq blog gua jer.... hahahahaha.... harap2 Jelebu nanti dapat YB baru laaaaaa.... selepas PRU13 nanti, yang ada sekarang nih lu orang campakkan dalam neraka jahanam jer....!!!!

Tak pun lu orang flushkan dia dalam lubang seperti dalam gambar kat atas tuuuuu.... muakakakakaaaa....!!!!