Showing posts with label kerusi. Show all posts
Showing posts with label kerusi. Show all posts

Thursday, 25 July 2013

Tahniah! Secara Rasminya BN Kekal Kerusi Kuala Besut, Menang Seluruh Saluran Termasuk Undi Pos..


Secara rasminya SPR telah mengumumkan sebentar tadi bahawa calon dari Barisan Nasional, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman telah memenangi Pilihanraya Kecil N01 Kuala Besut.

Beliau telah memperolehi 8,288 undi mengalahkan calon PAS, Azlan Yusof atau lebih dikenali dengan nama Che Long yang mendapat 5,696 undi, jumlah undi rosak dan ditolak ialah 125.

Majoriti yang diperolehi oleh Tengku Zaihan ialah 2,592 undi meningkat 158 undi berbanding Pilihanraya Umum 13 lalu iaitu 2,434 undi, walaupun lebih dari RM477 Juta telah dilaburkan disini bagi memikat hati pengundi.

Bagaimanapun jumlah undi yang diterima oleh calon PAS menyaksikan kemerosotan berbanding dengan jumlah yang diterima pada Pilihanraya Umum lalu sebanyak 679 undi.

Pada Pilihanraya Umum lalu calon PAS, Napsiah Ismail mendapat 6375undi..

Sebelum ini The Malaysian Insider melaporkan.. Di Pulau Perhentian yang tamat tempoh pengundiannya jam 3 petang tadi, calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti yang lebih besar berbanding Pilihan Raya Umum 13 (PRU13), Mei lalu.

Keputusan tidak rasmi di daerah mengundi ini menunjukkan calon BN menang dengan majoriti 275 berbanding 269 undi dalam PRU13.

Berdasarkan Borang 14 (borang yang menyatakan keputusan kiraan undi yang disahkan oleh wakil kiraan undi setiap parti), calon PAS juga tertinggal di Daerah Mengundi Bukit Puteri padahal dalam PRU13, calon PAS menang dengan majoriti 90 undi.

Keputusan dua saluran mengundi di Bukit Puteri menunjukkan calon BN mendahului calon PAS dengan majoriti 54 undi.

SPR memaklumkan, keputusan rasmi dijangka akan diumumkan kira-kira jam 10.30 malam nanti.

Bilik gerakan PAS dan BN menerima keputusan pilihan raya ini satu persatu berdasarkan saluran mengundi yang sudah selesai dikira.

Sementara itu, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menulis ucapan tahniah kepada BN atas kemenangan di DUN Kuala Besut.

"Tahniah BN, kita menang dengan majoriti lebih baik walaupun jumlah keluar mengundi 79 peratus, kita menang semua pusat daerah mengundi.

"Terima kasih rakyat Kuala Besut (kerana) undi BN," katanya.

Ni keputusan awal..


Ulasan menarik mengenai keputusan ini sila baca di ( SINI )

Saturday, 20 April 2013

Aku tak setuju pakatan rakyat umum awal senarai agihan kerusi dan manifesto PRU13

KUANTAN – Teka-teki pembahagian kerusi oleh Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan terjawab apabila selesai konvensyen PR di Selangor, 25 Februari ini.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Naib Presiden PKR, Tian Chua berkata, manifesto PR akan turut dilancarkan.

“PR akan buat pengumuman pembahagian kerusi di seluruh kawasan membabitkan semua parti.

“Melalui pengumuman itu, persoalan berapa banyak kerusi yang akan diwakili parti termasuk DAP, PKR dan Pas akan terjawab," katanya pada sidang media selepas merasmikan Pusat Komuniti Dun Semambu, di sini, semalam.

Hadir sama, Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi A Rahman, Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh dan Pemangku PKR Cabang Indera Mahkota, Lee Chean Chun.

Sementara itu, Tian Chua turut mendakwa pengundi hantu masih wujud.

“Terbaru, kita dapat kesan satu kes seorang individu yang sudah lama belajar dan bekerja di Singapura serta tidak pernah mendaftar sebagai pemilih.

“Peliknya, bila diperiksa untuk pendaftaran baru, nama individu ini sudah wujud dan banyak lagi kes sebegini berlaku," katanya.


PBO: pendapat sekupang aku, aku tak berapa setuju kalau senarai kerusi dan manifesto pakatan rakyat diumum lebih awal dari Barisan Nasional. Kenapa?

Sebab ini bagi ruang awal untuk Barisan Nasional menjaja isu dan membuat putar alam. Kalau diumum lewat pun tetap akan berlaku serangan tapi sekurang-kurangnya bagi aku, biar BN umum dulu.

Pendapat korang macam mana?


sumber sini






Wednesday, 20 March 2013

PAS tanding 76 kerusi parlimen

KUALA TERENGGANU – Pas dijangka bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Jumlah kerusi yang dinyatakan itu juga menunjukkan pertambahan sebanyak 10 kerusi kepada Pas berbanding pilihan raya umum sebelumnya yang menyaksikan parti itu bertanding di 66 kerusi parlimen sahaja di seluruh negara.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Perkara itu disahkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dengan merujuk bahawa pihaknya akan bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi Parlimen bagi memastikan Pas menjadi teras politik negara untuk menggantikan Umno.

Berdasarkan pertambahan kerusi yang disebutkan itu juga, Abdul Hadi tidak menolak kemungkinan berlaku pertambahan kerusi lain melebihi 76 buah sekiranya terdapat perubahan yang menyebelahi parti itu pada saat-saat akhir.

“Kita kena ingat kerusi parlimen seluruh Malaysia ada 222. Daripada jumlah itu, saya hendak beritahu, insya-ALLAH Pas akan bertanding sekurang-kurangnya 76 kerusi.

“Kita bertanding lebih satu pertiga daripada jumlah kerusi parlimen yang dipertandingkan seluruh negara. Insya-ALLAH mungkin akan ada lagi (pertambahan kerusi) jika rakan-rakan kita dalam PR memberi lagi kerusi kepada kita untuk bertanding,” katanya ketika menyampaikan ceramah di Chabang Tiga, di sini.

Dalam perkembangan lain, Ahli Parlimen Marang itu mengulangi kenyataannya supaya mana-mana pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa DAP bakal menerajui negara sekiranya PR menang pada PRU13.

Abdul Hadi berkata, dengan jumlah kerusi yang dipertandingkan parti itu, DAP masih belum layak untuk menerajui pentadbiran kerajaan.

“DAP bertanding dalam 50 hingga 60 kerusi dan jika dia boleh menang 50 kerusi pun, masih tidak boleh hendak memerintah Malaysia ini.

“Oleh itu, usahlah terpengaruh dengan dakyah Umno-Barisan Nasional (BN). Mereka letak calon bukan Melayu di 21 kerusi majoriti orang Melayu. Umno telah beri kerusi kepada MCA, MIC dan Gerakan,” katanya.


sinar hairan



pen buruk online






Monday, 4 February 2013

Nizar bertanding di kerusi Changkat Jering?

DS Nizar sekali lagi memberitahu wartawan suratkhabar berbahasa Mandarin, Ustaz Idris Ahmad menggantikan beliau di Parlimen Bukit Gantang.DS Nizar memberitahu beliau  hanya bertanding satu kerusi saja.Itupun kerusi DUN. Namun begitu beliau akur dengan  arahan parti untuk bertanding di mana saja kerusi yang diarahkan. Dalam pada itu PAS Bukit Gantang telah menamakan DS Nizar bertanding di kerusi DUN Changkat Jering.DS Nizar berjiwa  besar,sanggup menyerahkan kerusi parlimen Bukit Gantang kepada tokoh nasional,Ustaz Idris Ahmad.
 

Saturday, 26 January 2013

Anwar tidak akan pertahan kerusi Permatang Pauh?

Sebelum itu.. sumber dari pihak UMNO menyatakan calon mereka bagi merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dari DS Anwar Ibrahim dan PKR di Permatang Pauh telah ditetapkan.

Calon tersebut merupakan seorang proffesional yang menjawat jawatan sebagai GM di Telekom Malaysia, berasal dari Mengkuang, Permatang Pauh.

Lebih menarik lagi ialah beliau merupakan bekas ahli PAS yang punya jawatan tinggi dalam Parti PAS sebelum meninggalkan parti tersebut.

Najib secara peribadi telah menemui beliau beberapa bulan yang lalu bagi memujuknya supaya bertanding atas tiket Barisan Nasional di Parlimen Permatang Pauh.

Dr. Mazlan Ismail merupakan calon boleh menang bagi Najib kerana beliau merupakan bekas ahli PAS.

Dan Najib yakin Dr. Mazlan Ismail mampu menyebabkan undi dari PAS kepada DS Anwar Ibrahim akan berkurangan kerana ramai penyokong PAS mengenali siapa Dr. Mazlan Ismail..

Berbalik kepada tajuk di atas Sinar Harian Online melaporkan Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu..

PETALING JAYA – Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membayangkan kemungkinan dirinya tidak akan kekal bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Dalam pertemuannya bersama Sinar Harian Online dan Sinar Harian semalam, Anwar berkata kemungkinan besar beliau tidak bertanding di kerusi tersebut yang sinonim dengannya sejak menceburi politik 30 tahun lalu.

“Insya-ALLAH, saya akan bertanding tetapi kemungkinan besar saya masih diminta untuk pertimbangkan satu dua kawasan lain,” katanya yang juga Ketua Umum PKR.

Membayangkan hasrat itu, Anwar ketika ditanya sama ada beliau bakal bertanding di kerusi Lembah Pantai yang kini milik anaknya Nurul Izzah, Anwar dengan nada seloroh berkata, nanti Nurul Izzah marah.

“Kenapa pula Lembah Pantai? Tiada pula saya dimaklumkan,” katanya ketika ditanya hasrat Nurul Izzah yang memberikan laluan kepada Anwar untuk bertanding di kerusi tersebut sebelum ini.

Bagaimanapun, Anwar enggan menyatakan kerusi yang bakal dipertimbangkan itu ~ Sinar

Ini semua keputusan Pilihanraya bila calon dari UMNO dipertandingkan untuk menentang PKR di Permatang Pauh..

Pada 1999, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang menggantikan suaminya mendapat undi sebanyak 23,820 undi berbanding lawannya dari Umno, Datuk Dr Ibrahim Saad yang hanya mendapat 14,743, majoriti 9,077.

Lima tahun berikutnya Wan Azizah mempertahankan kerusi tersebut namun dengan majoriti yang kurang iaitu hanya 590. Beliau mendapat undi sebanyak 21,373 berbanding lawannya 21,147.

Pada 2008, beliau mengalahkan bekas Imam Besar Masjid Negara yang juga Exco Pemuda Umno, Datuk Pirdaus Ismail dengan majoriti yang tinggi iaitu sebanyak 13,388. Wan Azizah mendapat 30,338 undi berbanding Pirdaus hanya mendapat 16,950.

Pada 2008, Wan Azizah bertindak melepaskan kerusi Permatang Pauh pada 2008 bagit memberi laluan kepada, Anwar untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dan berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Arif Shah Omar Shah dan Hanafi Mamat (Akim).

Dan Anwar memperolehi 31,195 undi, Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi dan Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi, Majoriti: 15,671 undi.

Majoritinya meningkat dari 13,398 yang diperolehi DS Wan Azizah kepada 15,671 undi diperolehi DS Anwar Ibrahim.

Dengan majoriti sebanyak itu Wan Azizah mendapat 30,338 undi manakala Anwar Ibrahim pula 31,195 undi meningkat hanya 857 undi..

Ada peningkatan dalam jumlah undi yang diterima hanya kerana nama Anwar diletakkan..

Bayangkan jika Anwar tidak mempertahankan Permatang Pauh, UMNO pula meletakkan bekas ahli PAS yang proffesional dan punya jawatan semasa dalam PAS bertanding di Permatang Pauh.. apa akan jadi agaknya?

Percayalah.. sebagaimana Anwar diberikan undi oleh ahli-ahli UMNO yang mengenalinya semasa beliau bersama UMNO dulu dalam beberapa siri pilihanraya yang lalu meskipun beliau kini menentang UMNO/BN..

Itulah juga yang akan berlaku bila bekas ahli PAS yang punya jawatan dalam PAS diletakkan di Permatang Pauh..

Sedikit sebanyak undi dari penyokong PAS sudah tentu akan diberi kepada Dr. Mazlan Ismai yang bakal diletakkan bagi menentang PKR/Pakatan Rakyat..

Dan ada juga sumber mengatakan dana untuk membeli Jentera-jentera Pilihanraya PKR di beberapa kawasan Parlimen sedang dikumpulkan oleh Najib... pihak yang berkenaan sila ambil perhatian..

Jangan sampai sudah terhantuk baru tergadah...