Showing posts with label didedahkan. Show all posts
Showing posts with label didedahkan. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Sebab sebenar komik 'Ultraman The Ultra Power' diharamkan didedahkan KDN..


Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Jumaat menjelaskan pengharaman buku komik 'Ultraman The Ultra Power' dibuat kerana kandungannya merujuk watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

Menurut Bahagian Kawalan Penerbitan Dan Teks Al-Quran KDN, kandungan seperti itu dikhuatiri boleh merosakkan akidah anak-anak umat Islam dengan menyamakan “Allah” dengan Ultraman.

Dan jelas Bahagian itu lagi, oleh kerana watak ultraman menjadi kesukaan kanak-kanak, kandungan yang merujuk watak Ultraman King sebagai “Allah” akan dikhuatiri akan memudaratkan ketenteraman awam dan menggemparkan fikiran orang ramai.

Bagaimanapun jelas KDN, pengharaman berkenaan hanya dikenakan terhadap terbitan ‘Ultraman The Ultra Power’ sahaja tanpa melibatkan komik atau watak ultraman lain.

"Alasan kenapa buku ini dikenakan perintah larangan adalah kerana kandungan buku itu menggunakan watak Ultraman King yang digelarkan sebagai “Allah”.

"KDN mengenakan perintah larangan terhadap bahan penerbitan ini disebabkan watak Ultraman menjadi idola kepada kanak-kanak yang boleh mengelirukan pemikiran kanak-kanak terhadap sifat “Allah” yang disamakan dengan Ultraman King.

"Kalimah Allah merupakan kalimah suci bagi umat Islam di Malaysia. Kalimah Allah juga merupakan kalimah sensitif dan boleh mencetuskan provokasi bagi umat Islam sekiranya disalahgunakan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab jika tidak dibendung. Ia boleh memudaratkan ketenteraman awam dan boleh menggemparkan fikiran orang ramai," demikian menurut kenyataan itu.

Buku berbahasa Melayu itu adalah terbitan Resign Publications, manakala pencetaknya dibuat oleh Network Printers. Mengikut kenyataan tersebut, warta perintah larangan berkenaan berkuatkuasa pada 18 Februari lalu mengikut Seksyen 7(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Adalah menjadi satu kesalahan mengikut Seksyen 8(2) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 sekiranya mana-mana orang mencetak, mengimport, menghasilkan, menghasilkan semula, menerbit, menjual, mengeluar, mengeliling, menawarkan untuk menjual, mengedar atau ada dalam miliknya bagi apa-apa jua maksud seperti itu apa-apa hasil penerbitan larangan," kata kenyataan itu.

Pihak yang disabitkan melakukan kesalahan boleh dikenakan penjara tidak melebihi tiga tahun atau denda tidak melebihi RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

~ mStar

Saturday, 16 February 2013

Sebab Psy tak gaul 'Yee Sang' dengan Najib didedahkan oleh Pengerusi BN Pulau Pinang..


Jika semalam Pengerusi Barisan Nasional, Teng Chang Yeow telah memberikan penjelasan tentang insiden 'Yes for Psy.. No for BN' (sila baca di SINI ), hari ini beliau telah menjelaskan tentang mengapa Psy tidak turut serta untuk menggaul 'Yee Sang' bersama Najib pula..

Psy telah dilaporkan membiarkan Najib dan Rosmah serta gerombolannya ternganga-nganga selama lebih dari lima minit di atas pentas, namun begitu hingga ke akhirnya Psy tetap tidak hingain menggaul 'Yee Sang' bersama Najib.. video kejadian sila lihat di ( SINI )

Ini apa yang dinyatakannya kepada The Malaysian Insider..

Pengerusi BN Pulau Pinang Teng Chang Yeow mengatakan hari ini mereka telah diberitahu untuk memastikan polis bersiap sedia kerana penyanyi rap itu menerima ancaman maut sebelum tiba di Malaysia.

Beliau menafikan spekulasi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meninggalkan pentas selepas Psy tidak keluar apabila dijemput untuk menyertai “Yee Sang” dengan pemimpin BN.

Teng mengatakan kelewatan Psy muncul disebabkan faktor keselamatan untuk mencegah ancaman terhadap dirinya.

“Terdapat ancaman terhadap nyawa Psy, jadi polis terpaksa bertindak untuk memastikan kawasan tersebut selamat kerana khemahnya jauh sedikit daripada pentas, itu sebabnya kita suruh Perdana Menteri untuk turun dari pentas,” katanya.

Beliau mengatakan Psy telah menerima ancaman bunuh jika beliau datang ke Pulau Pinang untuk membuat persembahan.

Beliau menafikan penyanyi pop Korea Selatan itu enggan untuk “low sang” (melambung Yee Sang) dengan pemimpin BN, mengatakan acara tersebut tidak termasuk dalam program Psy.

Beliau mengatakan Psy tidak tahu apa itu “low sang” oleh kerana ia tiada dalam aturcara programnya, mka pasukannya terpaksa menerangkan kepada penyanyi tersebut.

“Selepas selesai menerangkan kepadanya, semua sudah habis,” katanya.

Beliau mengatakan pengacara majlis tidak mengikut aturcara sehingga menyebabkan ‘salah faham’.

Teng menambah membawa Psy ke Pulau Pinang adalah cara menunjukkan kepada rakyat Pulau Pinang beliau menunaikan janjinya.

“Apa yang saya mahu beritahu rakyat Pulau Pinang, apa yang saya janjikan, akan saya tunaikan,” katanya.

Beliau menambah, jika rakyat yakin kepadanya, beliau akan membawa penyanyi terkenal lain ke Pulau Pinang dan tidak semestinya hanya semasa sambutan Tahun Baru Cina.

Teng mengatakan beliau mempunyai kawan dalam industri yang menawarkan untuk membawa penyanyi terkenal Korea Selantan itu dan semuanya ditanggung oleh penderma swasta..

“Ia ditaja oleh penderma swasta yang tidak mahu dikenali kerana takut dijadikan “mangsa” jika identiti mereka didedahkan,” katanya ~ The Malaysian Insider

Menariknya dalam cubaannya untuk memperbodohkan rakyat itu, pembohongannya terdedah bilamana Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi mengatakan Polis hanya menerima laporan tentang cubaan sabotaj.. tapi tak ada laporanpun kononnya nyawa Psy diancam..

Baca nih!!

The Malaysian Insider


Apa?.. dia ingat semua rakyat Malaysia ni boleh diperbodohkan macam macai-macai UMNO ke?