Showing posts with label Rosmah. Show all posts
Showing posts with label Rosmah. Show all posts

Friday, 28 February 2014

Rosmah ni benar-benar sibuk atau hanya menyibuk?


Kesibukan berkhidmat untuk rakyat membuatkan isteri perdana menteri Rosmah Mansor tidak lagi mempunyai masa untuk melayan hobinya sendiri.

Perkara itu diluahkannya ketika berucap dalam sebuah majlis perasmian Hari Kraf Kebangsaan 2014 di Kompleks Kraf di Kuala Lumpur hari ini.

"Semua telah diambil (rakyat) dari saya termasuk masa saya, hobi saya.

"Saya sampai tiada masa untuk bermain badminton sekarang. Saya hanya luangkan masa untuk rakyat," katanya.

Sementara itu, Rosmah juga menyarankan pengusaha batik agar lebih peka dengan tema terkini supaya corak yang dihasilkan lebih menarik dan tidak seperti “tsunami” mahupun “gunung berapi”.

Katanya, yang mempunyai citarasa batik berwarna cerah keadaan itu akan menarik minat pembeli luar negara.

"Saya akan selalu bagi cadangan kepada pembekal batik, sesiapa nak bekal batik untuk saya bagilah warna cerah, tapi janganlah serabut macam 'tsunami' pun ada. "Tema 'tsunami', 'gunung berapi' itu bukan sesuatu yang baik untuk dipandang orang.

"Kenalah bercorak sangat menarik, sejuk mata orang nak pandang lagi dan lagi terutama kepada pelanggan luar negara,” katanya.

Rosmah juga menasihatkan pembekal supaya selalu meneliti laman web bagi mengikuti warna dan corak terkini ~ Malaysiakini

Persoalannya ialah siapakah yang telah melantik Rosmah untuk berkhidmat kepada rakyat?.. Benar-benar sibuk atau hanya menyibuk?

Saturday, 3 August 2013

Sajak Dari Rosmah Buat Semua..


Sebelum korang menghayati sajak yang telah dibacakan oleh DS Rosmah Mansor di Auditorium Mindef semalam, cuba korang perhati dan anggarkan berapakah nilai barang-barang kemas yang dipakai oleh Rosmah dalam gambar di atas ni..

Sebagai isteri seorang pemimpin negara, saya berasa terpanggil untuk menyatakan sesuatu kepada Anda semua:

Jangan sekali-kali kita memperjudikan keamanan dan kestabilan Malaysia yang tercinta.. 
Kalau kita leka dan berdegil juga Nanti buruk padahnya.. 
Anak cucu kita akan merana lalu bertanya, 
Kenapa generasi Datuk dan Nenekku melakukan perkara durjana 
Memfitnah, bergaduh dan dengki khianat berlaku... berleluasa 
Sehinggakan kami terpaksa mengalami kesan-kesannya 
Wahai rakan dan taulan, Fikirkanlah semasak-masaknya 
Jangan kita tersilap langkah Sehingga negara ditertawakan oleh dunia 

Wahai Pahlawanku sekalian, Teruskan perjuangan 
InsyaAllah Anda semua dipandang mulia disisi Tuhan 
Dan juga dimata kami yang cintakan keamanan 

Nukilan: YABHG. Datin Paduka Seri Hajah Rosmah Mansor 1 Ogos 2013 di Auditorium Mindef, Kuala Lumpur

Thursday, 4 July 2013

Patutlah Ibrahim Ali marah sangat.. dia pun cium tangan Rosmah jugak, tapi tak dapat apa rupanya..


Dalam kemunculan sulungnya selepas kalah dalam PRU13 yang lalu, Presiden PERKASA telah melahirkan rasa kecewa, marah dan geramnya terhadap Presiden UMNO yang telah dibodeknya habis-habisan sebelum PRU13 yang lalu..

Segalanya itu telah diluahkan dalam pada sidang media di Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur semalam setelah hampir dua bulan menyepikan diri, dipercayai kerana memujuk hatinya yang lara.

Malah kerana terlalu geram beliau telah mengugut Najib dengan berkata "Jangan salahkan kami dengan apa yang akan kami lakukan selepas ini... kami sudah cukup bersabar dan kesabaran itu sudah sampai ke kemuncaknya.

Sebelum itu beliau melahirkan rasa dengkinya terhadap HINDRAF dan juga Dong Zong dengan berkata "Kerajaan jumpa Dong Zong, Hindraf dan paderi sebelum pilihan raya, tapi ada tak dengar Perkasa dapat layanan sama? Ada tak pemimpin Umno yang hadir ke mesyuarat Perkasa atau rasmikan majlis anjuran Perkasa?"

Laporan penuh dan video sila lihat di SINI

Kemuncak dari kekecewaannya itu Ibrahim Ali hari ini secara serius berkata beliau akan menimbangkan untuk menjadi pemandu teksi sepenuh masa untuk menyara kehidupannya.

“Saya akan bersama Perkasa sepenuhnya sebagai presiden akan tetapi saya juga perlu menyara kehidupan saya. Saya mungkin akan memohan permit teksi. Saya tidak kisah kerana saya suka dengan kehidupan yang ‘simple’ – sederhana,”

Lantaran dari itu khuatir dengan keselamatan penumpang dan pejalan kaki di jalanraya Aspan Alias menyatakan hasratnya untuk berjumpa bagi menasihati beliau supaya membatalkan sahaja niat beliau untuk menjadi pemandu teksi. Baca di SINI

Kekecewaan Ibrahim Ali jelas tergambar bilamana beliau menyatakan Perkasa telah sebulat suara untuk tidak masuk campur didalam pilihanraya kecil Kuala Besut di Terengganu.

“Kami tidak akan berkempen untuk sesiapa. Kami akan menjadi pihak yang berkecuali untuk kali ini”

Kenapa agaknya beliau begitu kecewa dengan Najib kali ini? Ironinya kekecewaannya itu diluahkan setelah beberapa hari setelah Ahli Parlimen Baling, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim dilantik sebagai Pengerusi Tabung Haji..


Pemerhati politik, Shahbudin Husin di dalam blognya, http://shahbudindotcom.blogspot.com. telah mempersoalkan adakah kerana Azeez mencium tangan Rosmah maka dengan itu beliau telah dilantik memegang jawatan tersebut?

Jika benarlah dakwaan Shahbudin itu.. Ibrahim Ali memang patut marah kepada Najib sebabnya beliau juga telah mencium tangan Rosmah tapi apa pun tak dapat..

 
Kesian kat Pak Brahim.. dari cara dia cium tangan Rosmah dalam gambar di atas sekurang-kurangnya dia layak untuk dilantik sebagai Pengerusi Petronas.. tapi apa pun dia tak dapat... ha.. ha.. ha..

Saturday, 30 March 2013

Kecut Perut Najib Dan Rosmah Baca Berita Ni..


Ini ada peringatan keras dari Pakatan Rakyat kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba melakukan perkara berikut:“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi,” demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, ini berikutan Pakatan Rakyat tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan menggunakan jet peribadi masing-masing dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya Pakatan Rakyat di Puchong, lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, BN dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,”katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di negeri selatan tanah air itu dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar ke Putrajaya.

Dalam majlis sambutan ulang tahun penubuhan parti itu yang ke-47 di Johor Bharu, Lim Kit Siang mensasarkan 18 kerusi parlimen dari tiga negeri selatan semenanjung bakal ditawan Pakatan Rakyat. ~mpr

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Saturday, 2 March 2013

ANEH: Pendemo mahukan Rosmah jadi PM [Bergambar...]

Protes: Rosmah Mansor ‘diserang’ siswi UKM

BANGI: Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.

Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.



Rosmah lari dikejar Mahasiswi..


Sekumpulan mahasiswi daripada Ikatan Studi Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (ISIUKM) hari ini telah melakukan protes aman di hadapan Dewan Canselor Tun Abdul Razak (Dectar) terhadap isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Lebih kurang 50 orang mahasiswi telah berkumpul di hadapan dewan tersebut bagi menyatakan protes terhadap penyelewengan yang telah dilakukan oleh isteri pemimpin nombor satu negara itu.

Rosmah yang dikatakan hadir ke UKM bagi merasmikan program bersama mahasiswa UKM telah menerima tekanan hebat apabila sekumpulan mahasiswi telah berkumpul di luar dewan sambil memegang sepanduk dengan mesej menolak penyelewengan dan pembaziran duit rakyat yang didakwa telah dilakukan oleh beliau.


Mahasiswi itu dikatakan telah mula berkumpul di luar dewan pada jam 4 petang sebelum menyambut Rosmah yang dijadualkan akan habis program pada jam 4.30 petang.

Sekumpulan pengawal keselamatan bersama staf kakitangan UKM cuba untuk menghalang protes itu daripada terus berlaku namun ternyata mereka gagal mengekang kehendak mahasiswi tersebut untuk terus melakukan protes secara aman itu.

Walau bagaimanapun, apa yang menghampakan mahasiswi tersebut adalah ‘ketakutan’ Rosmah untuk bertemu dengan mereka apabila beliau telah dibawa keluar secara senyap-senyap melalui belakang kereta-kereta yang diletakkan di sekitar dewan tersebut.

Rosmah yang hadir ke UKM dengan menaiki kereta Mercedez Benz mewah terpaksa balik dengan kenderaan biasa selepas terpaksa keluar dari dewan secara sembunyi.

“Perkara yang kita mahu hari ini hanya untuk menyatakan hasrat rakyat terhadap Datin Seri Rosmah, namun ternyata beliau begitu takut untuk bersemuka dengan kami.

“Walaupun kami tidak berjaya untuk bersemuka dengan Rosmah pada hari ini, namun kami telah berjaya membuat Rosmah balik dengan cara yang itu. Ini baru permulaan dari kami,” tegas Hamiza Hani Omar, Pengerusi Hal Ehwal Siswi ISIUKM merangkap Timbalan Setiausaha Agung Gamis.

~ Harakahdaily

Wednesday, 27 February 2013

TERHOT: Buku adik ROSMAH laris gila... [Video...]

Buku Deepak bagai pisang goreng panas

PENDANG: Buku pendedahan ahli peniagaan permaidani, Deepak Jaikishan "The Black Rose" mendapat sambutan hangat rakyat negara ini.

Tinjauan Harakahdaily mendapati, kebanyakan buku ini dijual di setiap tempat termasuk di hentian treler Jelajah Negara Berkebajikan PAS yang berhenti untuk mengadakan program.

Boleh dikatakan seperti pisang goreng panas apabila orang ramai tidak melepaskan peluang untuk mendapatkan buku tersebut bagi mengetahui pendedahan yang dilakukan oleh Deepak.

Sewaktu treler singgah untuk program di Kubur Panjang di sini hari ini, bekas pelakon Abby Abadi turut berada di sini dengan dilihat sedang menandatangan buku tersebut yang diminta peminat.

Kehadiran beliau sekaligus menarik minat orang ramai untuk memiliki buku tersebut yang dilihat sangat ditunggu-tunggu oleh masyarakat.

Keadaan sama sebelum ini juga berlaku ketika singgah di Manjoi Perak semalam dan di Uptown Perda malam tadi.

Sementara itu, treler hari ini bergerak ke Jeniang bersama Ahli Parlimen Jerai, Mohd Firdaus Jaafar.



Buku Deepak bagai goreng pisang panas...
Mampuih la Umno kali neh...


Friday, 15 February 2013

Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat Billboard ini..

Cukuplah tipu kami… itu adalah apa yang tertera pada sebuah billboard yang ditemui di Terengganu..

Siapa punya kerja ni entahlah..

Tetapi dari apa yang terpapar ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat di Terengganu juga tidak dapat menerima penafian Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang cincin RM24 Juta itu.

Dengan memetik kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 dan juga Sinar Harian iaitu “ Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat dan merasakan ianya benar-benar cantik, itu saja!!”

Selain itu Rosmah Mansor juga telah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin yang telah mencetuskan kontroversi itu..

Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Rosmah Mansor dalam satu majlis yang dipenuhi oleh pengundi dari saluran satu, iaitu golongan yang mudah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN kerana mereka kurang terdedah kepada maklumat alternatif yang terdapat dalam internet.

Sila lihat video mengenai kenyataan dan sumpah Rosmah itu di ( SINI )

Korang agak berapa hari billboard ini mampu bertahan?


Sumber gambar dari Sharpshooter

Friday, 1 February 2013

Rosmah Mansor menceritakan pengalaman sedihnya di Gaza..


Ini adalah kisah sedih mengenai rakyat Palestine yang dikongsikan bersama oleh isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Masor ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini..

Ini cerita Datin Seri Rosmah Mansor... dipetik dari Bernama

Berkongsi pengalamannya ketika menjejakkan kaki ke Semenanjung Gaza bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini, beliau berkata golongan ibu di sana tidak pernah dapat memastikan anak-anak mereka yang pergi ke sekolah, akan pulang dengan selamat ke rumah.

"Saya dimaklumkan keadaan di sana, apabila anak hendak ke sekolah, ibu-ibu akan cium anak, memeluk anak dengan erat sehingga menangis, kenapa begitu? Kerana mereka tidak pasti anak mereka akan pulang ke pangkuan," katanya ketika berucap merasmikan mesyuarat agung ke-13, Kelab Kebajikan dan Pendidikan Al-Wardah Pahang di Kuantan hari ini.

Beliau berkata rakyat di negara ini seharusnya bersyukur dengan apa yang dikecapi dan melihat kesengsaraan rakyat Palestin sebagai tanggungjawab bersama membantu mereka.

"Di sana anak-anak membesar dengan makan tak cukup, hospital tidak selesa, jalan raya berlubang, bangunan sekolah tidak selesa.

"Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan," katanya.

Beliau berkata apa saja kerumitan dan kesulitan yang dihadapi rakyat di negara ini tidaklah seberat yang dihadapi rakyat Palestin.

"Di sini, kalau bas atau teksi lambat pun kita dah marah, di sana (Palestin), bas dan teksi tak ada pun," katanya.

Beliau berkata rakyat perlu rasional dan tidak beremosi dalam memilih kerajaan pada pilihan raya umum ke-13 nanti dan tidak mudah terpedaya dengan agenda pihak tertentu yang tidak pernah bersyukur dengan nikmat hidup di negara Malaysia yang aman ini.

"Di sana (Palestin), hanya keamanan di fikiran mereka, di negara kita, janganlah hanya fitnah di fikiran kita," katanya.

Mengenai pilihan raya umum, Rosmah berkata sekalipun beliau insan paling rapat dengan Perdana Menteri namun beliau tidak pernah dimaklumkan berkenaan tarikh pilihan raya itu.

Secara berseloroh, Rosmah berkata: "Masa tidur pun (Perdana Menteri) tak cakap tarikh pilihan raya, saya pun tak tahu bila pilihan raya, saya ingatkan PM akan cakap-cakap masa tidur, tapi tak juga," katanya ~ Bernama


Mungkin dia tak tahu bahawa antara Palestine dan Malaysia tidak ujud suasana yang serupa..

Israel telah menyekat kemasukan peralatan rumah tangga ke Gaza, yang ditahan di pelabuhan negara haram Yahudi itu sejak tahun 2007..

Gaza hingga kini masih lagi berada dalam keadaan terkepung oleh regim Zionis, ummat Islam disana hidup dalam serba kedaifan dengan bekalan makanan dan ubat-ubatan yang amat terhad.
Mereka juga seringkali bergelap kerana terputus bekalan elektrik akibat kekurangan bahan api yang disekat oleh Israel.

Dalam keadaan ekonomi yang lumpuh dan bekalan yang terputus mereka diserang bertalu-talu oleh tentera zionis secara biadap.

Sehingga kini penduduk di Gaza masih terdedah kepada serangan Israel yang boleh berlaku tanpa sebarang amaran.

Setiap kali serangan berlaku mereka tidak akan mendapat sebarang perlindungan dan pembelaan dari negara-negara umat Islam yang bertetangga dan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu.

Mereka seolah-oleh menjadi objek di lapang sasar bagi tentera zionis Israel.

Rakyat Palestin di Tebing Barat dan Baitul Maqdis pula terpaksa berhadapan dengan pelbagai sekatan pergerakan.

Ini termasuklah pos-pos kawalan tentera dan sekatan jalan yang diadakan secara sewenang-wenangnya.

Kini sebuah tembok pemisah yang panjangnya melangkaui 800 km memisahkan rakyat Palestin dari ladang mereka, telaga air dan meyukarkan anak-anak untuk ke sekolah dan menghadkan pergerakan rakyat Palestin.

Itu di Gaza...  dan di Malaysia yang sudah lebih dari 55 tahun ditadbir oleh UMNO/BN tanpa sebarang sekatan ekonomi atau serangan dari negara jiran.. juga wujud suasana hampir sama dengan apa yang Datin Seri Rosmah Mansor katakan ini "Mereka tidak pernah boleh memilih, tidak boleh memilih apa yang hendak dimakan, tidak boleh memilih sekolah. Di negara kita, anak-anak sampai kena paksa makan,"

Lihat di ( SINI )

Saturday, 19 January 2013

Menjelang PRU13.. Rosmah bersumpah tidak ada cincin RM24 Juta itu.. (Video Inside)


Semalam sesudah berminggu-minggu jawapan Najib tentang tuduhan Deepak dinantikan oleh ramai rakyat Malaysia, Najib akhirnya bersuara..

Meskipun masa yang diambil olehnya begitu lama tetapi jawapannya hanyalah .. "Tidak benar. Deepak bukan seorang yang ada kewibawaan... ini bukan satu isu, (sepenuhnya di SINI)

Semalam juga Rosmah Mansor dilaporkah telah bersumpah dihadapan kira-kira 300 tetamu yang terdiri daripada balu-balu tentera dan bekas-bekas tentera.

Perkara itu dilakukannya pada Majlis Makan Malam Bersama Balu-balu Tentera dan Perasmian Persatuan Peniaga-peniaga Bekas Tentera Kuala Lumpur dan Selangor semalam.

Portal Pro UMNO KL Pos melaporkan..

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor menafikan bahawa beliau memiliki cincin seperti yang digembar-gemburkan oleh pihak pembangkang.

Menurut Rosmah, beliau mengakui bahawa cincin tersebut masuk ke dalam negara ini, tetapi bukan untuk dirinya tetapi bertujuan untuk pameran.

"Saya berani bersumpah, cincin itu tidak ada di tangan saya langsung...memang (cincin) masuk tetapi untuk dipamerkan kepada orang yang berduit.

"Saya tahu,dia (pembangkang) punya program utama adalah untuk menghentam saya. Tapi saya hanya berserah pada Allah. Biarlah dia nak buat dosa,kita hanya boleh bersabar," katanya.

Berikut adalah video tersebut..


Ceh!! Sumpah apa kebendanya macam tu Rosmah?.. Lain kali kalau nak bersumpah tu tutup aurat tu dulu.. nyatakan dengan jelas cincin yang mana satu dimaksudkan itu?

Rosmah kata cincin itu Cuma dibawa masuk untuk dipamerkan tapi pengampu dia Anuar Shaari, bekas ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) kata cincin itu kepunyaan bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayez yang dipesan masuk dari New York, Amerika Syarikat.

Dan setahu aku.. setiap barangan bernilai yang dibawa masuk ke Malaysia perlu dilindungi oleh insuran.. oleh itu nama pemilik yang membeli barangan tersebut perlu dipamirkan dalam setiap dokumen yang diperlukan..

Tak tahulah pulak aku.. mungkin Rosmah berniat untuk membeli insuran bagi melindungi cincin tersebut sekiranya ia hilang dalam perjalanan ke Malaysia ni..

Tapi?? ada ke orang yang sanggup menginsurankan barang milik orang lain?.. mungkin Rosmah ni pemurah kot??