Showing posts with label durjana. Show all posts
Showing posts with label durjana. Show all posts

Monday, 24 February 2014

Penang pertimbang untuk Haramkan Khutbah Jumaat?.. Durjana punya fitnah nih!


Laporan polis dibuat terhadap seorang pengguna akaun Twitter yang menyebarkan maklumat palsu bahawa khutbah Jumaat mungkin akan diharamkan di masjid-masjid di Pulau Pinang.

Tweet tersebut dihubungkan dengan artikel di sebuah berjudul “Penang pertimbang haramkan Khutbah Jumaat” di blog yang dikaitkan dengan Pakatan Rakyat.

Ketua Pemuda DAP Bukit Bendera Mohd Haris Zuan Jaharuddin menafikan blog itu diuruskan Pakatan. 

Beliau membuat laporan polis di balai polis Timur Laut di Jalan Pattani hari ini.


Akaun Twitter itu dikatakan milik Abdul Aziz Johari, yang didakwa bergiat dalam Pemuda Umno Kuala Nerus, Terengganu.

Tweet yang dirujuk itu berbunyi: “Bukan kuasa Penang pun, kalu buat juga, 'kompem' (sah) perang."~ Malaysiakini


Wednesday, 27 February 2013

Isteri durjana, menipu untuk berzina

ALOR SETAR: Seorang isteri sanggup menipu suaminya dengan menyatakan dia pulang ke kampung, namun sebaliknya mengikut seorang lelaki warga
Bangladesh untuk berasmara di sebuah hotel di Shahab Perdana sebelum dicekup berkhalwat.

Wanita berusia 49 tahun berasal dari Pulau Pinang dipercayai sudah mengenali pasangannya berusia 44 tahun itu yang bekerja di sebuah kilang di pulau berkenaan.






# sila like "pakatan rakyat supporters"



Bagaimanapun, perbuatan mereka dikesan ketika operasi khas sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) yang membuat pemeriksaan di
hotel murah berkenaan jam 12.20 tengah malam.

Ketua Operasi Jaik, Mat Nasir Md Dali berkata, selepas pintu diketuk dan diberi salam, seorang wanita yang hanya berkemban kain batik membuka pintu terkejut
sebelum merayu sambil meminta maaf berulang-kali ketika anggota mahu melakukan pemeriksaan.

Menurutnya, disebabkan curiga dengan perbuatan wanita itu, anggotanya kemudian memeriksa bilik berkenaan dan menemui seorang lelaki warga Bangladesh sedang
tidur di tepi katil dengan memakai seluar pendek paras paha dan bersinglet.

“Hasil soal siasat mendapati pasangan berkenaan bukan suami isteri kerana wanita terbabit mengaku lelaki itu hanya rakannya yang datang dari Pulau Pinang
dan menyewa di bilik hotel untuk bertemu.

“Wanita yang mempunyai anak lelaki tunggal berusia 23 tahun itu mengaku masih bersuami dan menipu suaminya yang dia pulang ke kampung, tetapi tidak menyangka
dicekup berkhalwat, “ katanya.

Pasangan itu mendakwa datang ke bandar raya ini dengan menaiki bas sebelum menyewa di bilik hotel murah.

sumber sini