Showing posts with label anggota. Show all posts
Showing posts with label anggota. Show all posts

Monday, 4 March 2013

TERKINI: Lima anggota Polis terbunuh di Semporna

Lima anggota polis terbunuh di Semporna, kata IGP

Ketua polis negara Tan Sri Ismail Omar hari ini mengesahkan lima anggota polis terbunuh dalam serang hendap kumpulan bersenjata di Semporna, Sabah.

Katanya, polis pada petang semalam menerima maklumat mengenai kumpulan bersenjata di Kampung Seri Jaya Simunul, Semporna.



Berdasarkan maklumat tersebut, pasukan polis dari ibu pejabat polis darrah Semporna memasuki kawasan tersebut namun diserang hendap sebaik tiba, katanyanya dalam sidang media di Felda Sahabat, Lahad Datu.~ M'kini


UPDATE: Berita yang baru diterima , 1 anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang laut Semporna

Penduduk Semporna pukul penceroboh sampai mati


SEMPORNA: Puluhan penduduk bertindak memukul sehingga mati lelaki bersenjata M16, yang dipercayai terlibat dalam serangan hendap yang mengorbankan lima anggota polis, di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna malam tadi.
Bagaimanapun sehingga kini polis belum memberi pengesahan tentang identiti lelaki itu. 
Dalam insiden 7 pagi hari ini, seorang lelaki berbadan besar, berpakaian serba hitam, memegang senjata M-16 dan berumur dalam lingkungan 50-an turun daripada sebuah bukit dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah sebuah surau di Kampung Senallang Lama, Semporna di sini. 

Seorang penduduk, Abdul Hani Samaullah, 44, berkata selepas melepaskan tembakan lelaki itu turut menjerit di hening pagi bahawa "saya yang menembak polis malam tadi".

"Lelaki itu kemudian membuka setiap pintu rumah penduduk dan mengarahkan mereka berkumpul di satu kawasan lapang," katanya yang turut berkumpul bersama penduduk di dalam keadaan ketakutan.


Abdul Hani berkata penduduk menyerang lelaki terbabit apabila dia bertinggung dan memasang api rokok serta meletakkan senjatanya. 

Beliau berkata lelaki itu dipukul hingga mati dan mayatnya diletakkan dekat dengan sebuah pokok di kampung itu. 

Wartawan Bernama yang dalam perjalanan membuat liputan majlis perasmian jambatan baharu oleh Menteri Kemajuan Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal di Kampung Nihak Nihak, pada 8.30 pagi iaitu 30 kilometer daripada Kampung Senallang Lama, sempat melihat mayat lelaki itu dan mendapati kepala lelaki itu berlumuran darah. 

Kelihatan penduduk mengemas beg pakaian mereka dan mengosongkan rumah mereka dengan membawa anggota keluarga, termasuk kanak-kanak dan wanita, untuk melarikan diri ke kawasan kampung lain. 

Kebanyakan penduduk adalah petani dan pekebun ladang kelapa sawit. 

Cubaan Bernama untuk menghubungi Ketua Polis Daerah Semporna DSP Mohd Firdaus Francis Abdullah untuk mendapatkan maklumat lanjut gagal.
- See more at: http://www.hmetro.com.m

UPDATE....!!!
Berita yang baru diterima , 1 anggota penceroboh MATI ditembak oleh penduduk kampung Senallang laut semporna .. saya sangat teruja dengan para penduduk senallang yang berani merampas M16 si penceroboh dan menembakkan langsung .


link

Doakan rakyat Sabah selamat.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Seorang lagi anggota polis terkorban - Alfatihah



Buletin utama  malam tadi, KPN mengesahkan seorang lagi anggota polis terbunuh menjadikan jumlah anggota polis yang terbunuh dalam serangan hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul meningkat kepada 6 orang. 

Jumlah keseluruhan anggota polis yang terbunuh di tangan lanun Sulu setakat ini ialah 8 orang. Hal ini dimaklumkan kepada orang ramai dalam sidang media yang disiarkan oleh TV3. 


Kemas Kini:

6 Polis Maut, 6 Anggota Kumpulan Bersenjata Terbunuh

[Bernama] LAHAD DATU - Seorang lagi anggota polis terkorban dalam serangan hendap sekumpulan lelaki bersenjata di Kampung Sri Jaya, Siminul, Semporna, Sabah semalam, menjadikan jumlah terkini anggota polis yang terkorban dalam insiden tersebut kepada enam orang.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata, enam anggota kumpulan bersenjata itu juga terbunuh dalam kejadian pukul 8 malam di perkampungan atas
air itu.

Dalam operasi 'menyelamat' yang dilancarkan hari ini dan berakhir kira-kira 7 malam, Ismail berkata, polis turut berjaya mengeluarkan 19 anggota polis dengan selamat dari Kampung Sri Jaya Simunul itu.

Pada sidang media kira-kira 9 malam tadu di Felda Sahabat, Kampung Tanduo di sini, Ismail berkata enam mayat anggota polis yang terkorban itu dihantar ke Hospital Semporna.

"Identiti mangsa akan dimaklumkan kepada anggota keluarga terlebih dahulu sebelum dipaparkan di laman web rasmi PDRM," katanya.

Pada sidang media terdahulu hari ini, Ismail mengumumkan lima anggota polis terkorban dalam insiden itu manakala dua anggota kumpulan itu terbunuh.

Pada sidang media sebelum ini, beliau berkata kelima-lima anggota polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Semporna itu ditugas untuk menjalankan siasatan di kampung berkenaan berikutan polis mendapat maklumat mengenai sekumpulan lelaki bersenjata di kampung itu.

Ismail juga memberitahu sidang media terdahulu itu bahawa anggota polis itu ditembak semasa menuju ke sebuah premis di kampung berkenaan dan mereka membalas tembakan untuk mempertahankan diri.

Pada sidang media malam ini, Ismail menafikan terdapat insiden anggota polis yang didakwa menjadi tebusan kumpulan bersenjata itu dipenggal kepalanya.

"Itu hanya khabar angin dan saya minta orang ramai supaya tidak mempercayai sebarang khabar angin," katanya.

Beliau memaklumkan keadaan di kampung berkenaan kini kembali seperti biasa.  DCM



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿