Showing posts with label Abadi. Show all posts
Showing posts with label Abadi. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Di Kuala Besut .. Abby Abadi umum dah kahwin 12 hari .. pasti ada yang kecewa..


Ketika PAS dan Umno panas berkempen di Kuala Besut, berita perkahwinan Abby Abady nampaknya lagi panas.

Hari ini Abby mengumumkan melalui facebooknya, dia telah berkahwin 12 hari yang lalu dengan jejaka yang baru dikenalinya dua minggu lalu.

"Sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian...Allah kami dulukan," tulis Abby menggunakan akaun Instagram.

Pengumuman itu dibuat Abby ketika berada di Kuala Besut dalam suasana kempen pilihan raya kecil (PRK) di situ rancak berjalan.

Malam tadi, dalam satu majlis anjuran PAS, Abby melelong sepasang baju kurung miliknya dan dibeli dengan harga RM1,100 oleh seorang doktor dari Kelantan.

Menurut Abby, hasil lelongan itu mahu diberikan kepada tabung kempen untuk calon PAS di Kuala Besut.

"Insya Allah, majlisnya (kenduri perkahwinan) dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasi. Doakan," tulis Abby lagi mengulas mengenai perkahwinannya.

Bagi beliau perkahwinan dengan jejaka yang tidak disebutkan namanya oleh beliau itu adalah jodoh.

"Ini jodoh...kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal," tulis Abby lagi.

Abby sebelum ini berkahwin dengan pelakon Norman Hakim, namun jodoh mereka tidak panjang.

Abby dan Norman berkahwin pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3.

Mereka bercerai pada 18 Disember 2008. Norman kini berkahwin semula dengan pelakon Memey Suhaiza, wanita yang menjadi punca mereka bertelingkah.

Abby yang terkenal dengan watak Inspektor polis dalam siri televisyen popular Datuk Yusof Haslam, Gerak Khas.

Beliau menyertai PAS dan aktif berkempen untuk PAS sepanjang pilihan raya umum ke 13 lalu. ~ The Malaysian Insider

Kah.. kah.. kah.. pasti ada yang mengigit jari... bagaimanapun tahniah diucapkan kepada Abby Abadi.. semoga segala fitnah terhadap dirinya oleh macai-macai UMNO akan terhenti...

Baca juga siapa suami Abby itu di ( SINI )

Tahniah Abby Abadi - Sudah 12 Hari Bernikah


 Hari ini, bekas isteri kepada Norman itu mengesahkan yang dia sudah bergelar isteri kepada jejaka yang dikenali sebagai Farhan sejak 12 hari lalu. "Dipendekkan cerita, sebenarnya sudah 12 hari dia sah menjadi suami saya. Maaf sebab maklumkan lambat pada kalian. Allah kami dahulukan. InsyaAllah, majlisnya dalam bulan raya nanti. Lokasi belum pasti. Doakan, ini jodoh kerana kami saling tidak mengenali antara satu sama lain. Baru dua minggu kenal, Allah tunjukkan jalan ke sini. Syukur," kongsi Abby di akaun Instagramnya.


✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Suami Baru Abby Abadi Orang Kelantan .. Namanya Farhan..

Selepas berita perkahwinan Abby Abadi secara tiba-tiba meletup dan menjadi hangat hari ini, sudah tentu persoalan yang bermain di fikiran ramai ialah siapakah lelaki itu?

Sebelum ini pernah timbul cerita seperti Abby mungkin kembali kepada Norman tetapi tidak pula mengenai seorang lelaki baru.

Sebenarnya, lewat seminggu lalu, Abby Abadi telah memuat naik status yang membayangkan hatinya berbunga-bunga menerima kehadiran seseorang dalam hidup.


Bersama gambar sebentuk cincin yang cantik tersarung di jari manis, Abby menulis:

Sehebat mana kita merancang,
Selama mana kita menunggu,
Sekeras mana kita bersabar,
Sejujur mana kita menerima dirinya,
Jika takdir ALLAH menentukan kita bukan dengan dirinya,
Kita tidak akan bersamanya.
Jika ALLAH telah menuliskan jodoh kita dengan dirinya,
Kita tetap akan bersama dirinya,
Kerana tulang rusuk & pemiliknya, tidak akan pernah tertukar
& akan bertemu pada saat yang tepat.
Menurut ilmuNYA,
tiada yang kebetulan melainkan semuanya telah dirancang & sebaik-baik yang dirancang dari ALLAH jua.

Ps: ‘berita bahagia’ ini akan Sy umumkan nanti… Doakan

Turut dimuat naik, gambar seorang jejaka kacak menghulurkan jambangan ros.


Rentetan daripada pos ini, ada pengikut Instagram Abby meneka lelaki istimewa yang berjaya merebut hati Abby adalah seseorang yang pernah diperkenalkan Abby di laman Instagramnya sebelum itu.

Berikut kapsyen gambar Abby ketika memperkenalkan jejaka dalam usia 20-an tersebut

Ini pembantu tadbir di #SyuhadaKasihAbadi kita. Farhan namanya, org Kelantan. Janji dah semua kerja dia buleh tolong… bgtau jer…. orite!! Sy minta jaga Sy nnti, ngeee!! hehe.. Status: Nk kahwin sgt dah dgrnyaaa.. huhu… Semoga impian terlaksana. 

Hari ini, terkuaklah kisah sebenar apabila Abby mengakui sendiri, dia sebenarnya sudah 12 hari bergelar isteri.

Dan lelaki baru dalam hidupnya tak lain tak bukan, pembantu tadbir butiknya sendiri yang diperkenalkan sebelum ini.

Maknanya ketika gambar dan status atas dimuat naik, ‘nak kahwin sangat dah’ yang dimaksudkan oleh Abby pada Farhan adalah mengahwini dirinya sendiri!

Apa pun, selamat berbahagia kami ucapkan pada Abby. Semoga perkahwinan kali ini dirahmati dan memberikan kebahagiaan sampai jannah buatnya ~ MyNewsHub

Pengumuman yang tela Abby lakukan sila baca di ( SINI )