Showing posts with label Selangor. Show all posts
Showing posts with label Selangor. Show all posts

Monday, 4 March 2013

Panas: Setiap rakyat Selangor bakal dapat saham

Berita tawaran saham air percuma kepada seluruh rakyat Selangor ni pasti tidak digemari "sayangi selangor" hehehehhe.

Kerajaan Selangor sekarang menwarkan saham air kepada 5 juta rakyat di negeri itu. Itupun kalau korang masih mengundi pakatan rakyat pada masa akan datang (PRU 13) dan kerajaan pusat tak buat silap mata seperti pendedahan ekslusif ini

lagi ..





# sila like "pakatan rakyat supporters"




  • “Bukan susah untuk menggira. Ada lima juta rakyat Selangor. Kerajaan Negeri tawarkan RM 9.65 bilion. Jika saham RM 2,000 kali dengan lima juta jumlahnya RM 10 bilion.
  • “Setiap rakyat Selangor akan dapat saham. Jadi pulangan dari industri air boleh beri untung kepada kita dan anak cucuk kita,”

Tu dia, simple Matematik dan yang paling penting saham tu bukan untuk mengkayakan segelintir kroni tertentu seperti yang diamalkan oleh Barisan Nasional la ni. Ianya bakal memberi manfaat kepada lima juta rakyat Selangor. Aku ulang lima juta rakyat Selangor. Takkan tak reti nak beza lima juta dengan 10 orang?????

Ada orang akan pertikai benda ni, biasalah kita tunggu dan lihat. Tapi Khalid kata dia tak ada masalah sebab memang niat pakatan untuk mengkayakan rakyat.

Abdul Khalid berkata penawaran saham air merupakan penterjemahan cita-citanya sebagai Menteri Besar yang mahu rakyat Selangor memiliki kekayaan negeri.

“Semasa saya dalam PNB (Permodalan Nasional Berhad) saya tinggalkan ASB (Amanah Saham Bumiputra) dan ASN (Amanah Saham Nasional) untuk rakyat Malaysia.
“Bila saya jadi MB, cita-cita saya adalah untuk rakyat Selangor memiliki saham air.”


Tapi kalau korang nak bayar mahal, sila undi BN! korang rujuk BN nak naikkan harga air di selangor 71%

rujuk sini

“Pemimpin Umno-Barisan Nasional tidak boleh buat macam ini. Hanya Pakatan yang boleh. Bayangkan jika kita boleh beri milik sebahagian Selangor kepada rakyatnya, bagaimana pula jika kita tadbir Malaysia?

Pakatan Rakyat boleh beri perasaan bahawa Malaysia milik rakyatnya dan bukan milik orang lain”.



Secara peribadi PBO nampak idea ni memang cun habis. Dari bagi kat kroni yang mentekedarah anak beranak, lebih baik pulangkan pada rakyat. Korang pula macam mana?

copy / paste link:

http://penburukonline.blogspot.com/2013/03/panas-setiap-rakyat-selangor-bakal.html


pen buruk online

p/s: share ramai2 dengan member korang.




Wednesday, 27 February 2013

Video: UMNO/BN menzalimi rakyat Selangor

UMNO Pembela Rakyat?... Sayangi Selangor?... Owh... Sayang Ek Kalau Macam Nie Depa Lakukan Pada Rakyat Mereka Semasa Mereka Berkuasa Dahulu.

Lupa Pulak Nak Bagitahu Kat Anda, Kerajaan UMNO/BN Selangor Dahululah Yang Zalim Kepada Rakyatnya.





# sila like "pakatan rakyat supporters"


Mereka Merobohkan Rumah Setinggan Rakyat Selangor Bagi Kayakan Kroni. Diharap Agar Rakyat Selangor Lihat Video Ini Dan Tak Lupa Akan Kejadian Yang Menimpa Hampir 300 Penduduk Setinggan Ini.

Sepanjang PR Tadbir, Ada Rakyat Selangor Dihalau?... Fikirlah 2 Kali Kalau Nak Undi UMNO/­BN Lagi... Bila Dah Hilang Kuasa, Baru Nak Sayangi Selangor?... Kalau Mereka Menang Lagi, Berapa Ramai Pulak Yang Akan Dihalau?... Fikir-Fikirkanlah ~KBBUTV3





SEMENTARA itu PBO petik laporan berita dari MStar Online yang bertajuk "Selangor Akan Lebih Maju Di Bawah BN - PM". Najib berkata:

"Selangor terlalu penting bagi masa depan negara...kita tidak boleh membiarkan Selangor diperintah oleh parti lain dan kerajaan pusat oleh parti lain.

"Banyak masalah yang berlaku (sekarang) sebab tidak datang dari parti yang sama," katanya ketika berucap pada majlis sambutan Chap Goh Meh anjuran B NSelangor di Sekolah Kebangsaan Pandan Indah di sini, Ahad.

"Jika (rakyat Selangor) beri mandat kepada BN di selangor, kita boleh tubuhkan sebuah kerajaan baharu, dan pertahan BN di peringkat pusat dengan mandat yang lebih kuat.

"Saya percaya Selangor akan lebih maju dan negara akan lebih berjaya. Jika kerajaan mempunyai lebih banyak kuasa, maka banyak masalah boleh diselesaikan," katanya.


Cukup-cukuplah tu Najib memperbodohkan rakyat. Masa merayu undi, hujan panas pun tak kisah, tapi bila dah dapat apa dihajati, video di atas sebagai bukti kenapa kita harus tolak UMNO/BN secara total!!

(Video) Bukti Najib pembohong besar di Kelantan yang ini pun jelas kezaliman UMNO/BN

link copy / paste :)

http://penburukonline.blogspot.com/2013/02/video-umnobn-menzalimi-rakyat-selangor.html








Friday, 15 February 2013

Eksklusif: Punca sebenar mengapa Selangor gagal ambil alih SYABAS sudah dikenalpasti

PETALING JAYA 2 FEB : Syarikat Bekalan Air Selangor(Syabas) memaklumkan Kerajaan Pusat sebenarnya yang tidak membenarkan proses pengambilalihan konsesi air oleh Kerajaan Negeri.



#mohon like "pakatan rakyat supporters untuk sokongan




Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberitahu pihaknya sudah berbincang dengan Syabas mengenai pengambilalihan itu bagaimanapun, Syabas memaklumkan Kerajaan Pusat sebagai pemegang ‘golden share’ tidak membenarkan perkara itu dilakukan.

“Kita sudah terangkan salah satu daripada pemilik saham yang terpenting ialah kementerian kewangan, dia ada golden share, kalau kita bincang dan tidak berbincang dengan pihak kementerian iaitu Kerajaan Pusat, maknanya usaha kita terbantut itu sebab yang lepas apabila berjumpa dengan Syabas untuk mereka terima tawaran kita syabas cakap, Kerajaan Pusat tidak bagi kelulusan.

“Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Peter Chin Fah Kui seharusnya kena terima dan jelaskan kepada saya dalam surat bahawa Kerajaan Pusat bersetuju dengan penstrukturan ini.

“Kalau tidak ia tidak akan berlaku, tujuan kita nak susun semula air ini ialah bukan nak naikan harga air tapi nak air diuruskan dengan baik supaya rakyat tidak akan terbeban dengan kenaikan harga air,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan asrama anak pekerja ladang di Bangunan Peladang, di sini.

Hadir sama, Exco Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin, Dr Xavier Jayakumar ; Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago dan Adun Kota Damansara, Dr Nasir Hashim.

Semalam, Chin memaklumkan Kerajaan Persekutuan tidak akan menghalang Kerajaan Negeri daripada mengawal industri perkhidmatan air negeri itu, jika semua pihak bersetuju.

Chin mengulas mengenai kenyataan oleh Menteri Besar yang berkata Kerajaan Negeri sudah memaklumkan kepada kementerian bahawa ia akan mengambil alih industri perkhidmatan air negeri, jika kementerian tidak memberi maklum balas kepada surat yang dihantar semalam dalam tempoh 14 hari.

Sementara itu, Charles berkata kenyataan Peter Chin yang memaklumkan harga air yang murah punca kepada krisis bekalan air terputus berlaku di negeri Selangor baru-baru ini sebagai satu pandangan yang lemah.

Katanya, jika mengikut konsesi yang ditandatangani oleh Syabas dan Kerajaan Negeri sebelum ini, akan menjadikan harga air naik dan lebih tinggi daripada harga minyak seterusnya akan membebankan rakyat.

“Oleh itu, kita mahu Kerajaan Negeri ambil alih industri air. Begitu juga dengan kenyataan beliau (Peter) yang dikatakan tidak menghalang pengambilalihan air, Peter sebenarnya tidak ikhlas, beliau hanya bermain politik kerana takut dengan Umno.

Beliau menambah, pihaknya menghantar surat kepada Peter dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) minggu lalu untuk menyediakan satu rangka kerja dan pelan bagi mengatasi masalah air ketika Tahun Baru Cina ini.

“Sebab sebelum ini, Syabas ada beritahu masalah air akan dipanjangkan semasa Tahun Baru Cina ini, jadi kita tidak mahu susahkan rakyat, namun sehingga kini, tiada maklum balas,” katanya.


sumber sini




Tuesday, 12 February 2013

Alfatihah...Bekas pemain Selangor Ezmi kembali ke rahmatullah



BATANG KALI - Bekas pemain bola sepak  Selangor, Mohd Ezmi Mad Jan, 36, yang menderita akibat barah hidung meninggal dunia jam 1.43 pagi tadi.

Mohd Ezmi Mad Jan
Kanser dialami merubah wajah Mohd Ezmi.

Allahyarham meninggal dunia di rumahnya di Kampung Sentosa setelah dilaporkan muntah darah lewat petang semalam dan menghadapi masalah untuk membuang air besar.
Bapanya, Md Jan Nipang, 67, berkata, tahap kesihatan anak sulungnya itu menurun sejak sebulan lalu dan tidak menjamah makanan dalam tempoh tersebut menyebabkan berat badannya susut.
"Semalam lebih kurang jam 5.15 petang Mohd Ezmi mengalami muntah darah yang banyak dan tidak berhenti sehingga jam 8 malam.

"Selepas dilihat reda, dia sekali lagi muntah darah sampailah habis waktu Isyak kemudian dia direhatkan selepas itu," kata beliau ketika ditemui di Tanah Perkuburan Islam Batang Kali di sini.


Katanya, melihat keadaan Mohd Ezmi yang tidak stabil ahli keluarnya bersilih ganti menjaganya.

Menurutnya, kira-kira jam 12.30 tengah malam Mohd Ezmi mengadu mahu membuang air besar dan dipapah ke bilik air, namun terjatuh di bilik air.
"Saya memapahnya kembali ke katil tapi dia tidak dapat buang air besar ketika itu.
"Lebih kurang jam 1 pagi dia sekali lagi mahu buang air besar tapi disebabkan keadaannya yang tidak bermaya, kami hanya sediakan besen untuknya membuang air di tepi katil. Tapi selang setengah jam Mohd Ezmi disahkan meninggal dunia," katanya.
Katanya, jenazah anaknya selamat dikebumikan kira-kira jam 11 pagi tadi.

Turut hadir ke tanah perkuburan tersebut, bekas rakan sepasukan arwah, Aiman Firdaus Tan, 36, bersama kira-kira 30 rakan lain yang bersama-sama dalam pasukan bawah 20 tahun Selangor dahulu.
Allahyarham Mohd Ezmi menghidap barah hidung sejak lima tahun lalu dan telah menjalani pembedahan serta melalui beberapa rawatan susulan di hospital termasuk kaedah tradisional.

Beliau pernah bermain dengan pasukan Selangor sebagai ketua pasukan, Perlis dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan merupakan bekas kakitangan MPSJ.




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Monday, 4 February 2013

Selangor hasrat bubar DUN selepas Chap Goh Meh

SHAH ALAM, 30 Jan — Kerajaan negeri Selangor akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor selepas Chap Goh Meh, jika Putrajaya masih enggan memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen.





# sila like "pakatan rakyat supporters"



Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri bagaimanapun akan berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat (PR) berkenaan perkara ini.

“Sekiranya Federal tidak memberi sebarang petunjuk untuk membubarkan Parlimen, kerajaan negeri bercadang untuk berbincang dengan majlis pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat untuk kita bubarkan DUN dengan lebih awal, iaitu selepas Chap Goh Meh,” kata Khalid (gambar) dalam sidang media di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini hari ini.

Menurut Khalid, sebelum ini beliau enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan bajet tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tetapi, kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei, kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mandat baru untuk kepentingan rakyat,” kata Khalid lagi.
Parlimen akan dibubarkan secara automatik pada 28 April dan pilihan raya mesti diadakan 60 hari dari tarikh tersebut.
Pemerhati menjangkakan Najib akan mengadakan pilihan raya pada penghujung Mac selepas memberi kesemua Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), program pemimpin Barisan Nasional percaya akan meningkatkan peluang dalam pilihan raya akan datang.

Menteri besar Selangor sebelum itu berkata pembubaran tersebut bergantung kepada bila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengadakan pilihan raya, sama ada secara berasingan atau serentak dengan parlimen.

Abdul Khalid menerangkan keputusan tersebut dibuat kerana keengganan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

Kerajaan negeri baru-baru ini mengeluarkan satu kajian peningkatan pengundi dalam daftar pemilih meningkat, pada 563,471, 600,406 dan 625,510 setiap suku tahun lalu.

Khalid berkata kerajaan negeri tidak boleh mengesan 28 peratus dari 497,084 pengundi yang didaftarkan pada suku terakhir tahun lalu.

Sementara itu, pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, kuasa membubarkan DUN terletak di tangan Sultan Selangor.

"Beritahu dia, dia hanya boleh menasihati Sultan untuk bubarkan DUN, tapi tarikh penamaan calon dan pilihan raya terletak kepada SPR," kata Abdul Aziz dalam sidang media di ibu pejabat SPR di Putrajaya.

"Kebanyakan negeri dia punya last day .. About March, April atau Mei.."

Beliau juga berkata keputusan pembubaran DUN terletak di tangan Sultan Selangor.

"Terpulang kepada tuanku, kalau tuanku setuju," katanya lagi.


sumber sini



Wednesday, 30 January 2013

Selangor akan bubar DUN hujung Februari


Kerajaan Selangor pertimbang untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) jika Perdana Menteri enggan membubarkan Parlimen selepas perayaan Chap Goh Meh pada 24 Februari ini.

Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Majlis Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat berhubung perkara itu.

“Jika PM belum buat pengumuman berkenaan tarikh PRU 13 selepas Chap Goh Meh, kami akan pertimbangkan pembubaran DUN lebih awal dari Parlimen,” katanya dalam twitter.

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco hari ini, Khalid berkata, beliau sebelum ini enggan membubarkan DUN serentak dengan Putrajaya jika pembubaran berlangsung pada Jun tahun lalu, kerana mahu menguruskan belanjawan tahunan kerajaan negeri yang masih belum selesai.

“Tapi kita rasa kita perlu bubar lebih awal sekiranya Pusat masih belum bubar sebelum Chap Goh Mei. Kita memikirkan untuk pembubaran lebih awal untuk mendapat mandat baru demi kepentingan rakyat,” jelas Khalid.

Perkembangan ini pasti mencemaskan Najib dan pimpinan BN yang bermati-matian untuk merampas Selangor setelah dimenangi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum 2008.

Khalid sebelum ini menyatakan, sebab utama Selangor membuat keputusan sama ada bubar DUN serentak atau tidak kerana mahu memastikan pengundi dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) benar-benar bersih.

Oleh sebab itu, kerajaan negeri mewujudkan Program Pengukuhan Demokrasi.

Program Pengukuhan Demokrasi dilaksana Kerajaan Selangor bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai hak demokrasi rakyatnya termasuk membantah pengundi tidak sah atau diragui dalam daftar pemilih SPR.

Kerajaan BN sebelum ini didakwa membuat pelbagai taktik kotor untuk merampas negeri itu termasuk memberi kad pengenalan kepada warga asing yang diarah mengundi BN.


~Keadilandaily