Showing posts with label KECUT. Show all posts
Showing posts with label KECUT. Show all posts

Saturday, 30 March 2013

Kecut Perut Najib Dan Rosmah Baca Berita Ni..

Ini ada peringatan keras dari Pakatan Rakyat kepada pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN) yang cuba melakukan perkara berikut:“Sebaik sahaja kita tawan Putrajaya, ‘Perdana Menteri’ baru, Anwar Ibrahim akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang seluruh negara supaya jet peribadi tidak dibenarkan membuat penerbangan ke mana-mana destinasi,” demikian tegas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng. Arahan itu menurut Guan Eng akan dikeluarkan malam ketika keputusan pilihanraya umum ke-13 diumumkan dan beliau yakin besar ia berpihak kepada Pakatan Rakyat.

Beliau berkata, ini berikutan Pakatan Rakyat tidak mahu pemimpin yang didakwa kuat ‘curi’ harta rakyat sebelum ini melarikan diri apabila mereka diumum kalah.

Katanya, ‘pemimpin’ dimaksudkan memang pandai kerana jika menang mereka akan tinggal di negara ini tetapi jika kalah akan menggunakan jet peribadi masing-masing dan terbang ke luar negara.

“Kita tidak mahu ‘mereka-mereka’ ini bawa lari dan bakar fail, PM baru akan keluar arahan pertama kepada semua lapangan terbang, jet peribadi tidak boleh terbang sebaik sahaja Pakatan Rakyat diumum dapat tawan Putrajaya.

“Arahan akan keluar juga di sebuah daerah di Sarawak kerana di sana banyak jet peribadi, tidak boleh terbang kecuali dapat kebenaran ‘kerajaan baru’ Malaysia,” katanya ketika berucap sebelum merasmikan Pusat Perkhidmatan Pilihanraya Pakatan Rakyat di Puchong, lewat malam tadi.

Hadir sama Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo dan Adun Kinrara, Teresa Kok Suh Sim.
Guan Eng sebelum ini mendakwa, negara tidak akan bankrap sekiranya Pakatan Rakyat memenangi Putrajaya dan perkara itu diakui bekas Timbalan Perdana Menteri, Musa Hitam.

Sambil merujuk Selangor dan Pulau Pinang, beliau berkata, setiap tahun kerajaan negeri itu untung meski memberi duit kepada rakyat melalui program dilaksanakan.

Jelasnya, BN dilihat menakutkan-nakutkan rakyat dengan cerita tipu sekiranya Pakatan Rakyat menang besar dalam pilihanraya umum akan datang.

“Itu semua tipu punya cerita... kenapa rakyat perlu ditakutkan...rakyat tidak buat salah, tidak curi saham.. tidak curi kereta.. tidak curi tanah malah lembu pun mereka tidak dicuri,”katanya.

Dalam ucapan sama, Guan Eng berkata, bapanya Lim Kit Siang akan bertanding di kubu kuat BN di Gelang Patah, Johor.

Jelasnya, jika boleh menang di Gelang Patah beliau percaya akan menang banyak kerusi lain di negeri selatan tanah air itu dan Pakatan Rakyat mempunyai peluang besar ke Putrajaya.

Dalam majlis sambutan ulang tahun penubuhan parti itu yang ke-47 di Johor Bharu, Lim Kit Siang mensasarkan 18 kerusi parlimen dari tiga negeri selatan semenanjung bakal ditawan Pakatan Rakyat. ~mpr

KLIK LIKE TANDA SOKONGAN

Wednesday, 30 January 2013

IBRAHIM KATAK KECUT PERUT

Haha...seperti biasa Ibrahim Ali atau lebih dikenali Ibrahim Katak mula buat pusingan u dalam kenyataannya. Sama macam Hasan Ali yang tengah gila meroyan tu. Kata Ibrahim, Kenyataannya yang suruh bakar kitab Bible telah diputar belitkan...hahaha....dasar katak pisang macam ni la. Dah nak tersepit, baru terhegeh-hegeh nak salahkan orang lain. Mulut tu selagi boleh lancang, langsung tak ingat dunia. Kata pepatah Kerana Pulut Santan Binasa, Kerana Mulut Katak Binasa.
Agaknya katak ni dah tak tenteram lagi maklumlah Pilihanraya 13 dah dekat sangat. Sekarang diibaratkan waktu kecederaan kalau dalam perlawanan bola.
Sama juga dengan Hasan ali Meroyan. Dalam satu ceramah baru-baru ini Hasan Ali cakap PAS zaman Buhanuddin Helmi bagus, zaman Yusuf Rawa, zaman Fadzil Noor semua bagus cuma  bermula zaman Hadi Awang, PAS tak boleh pakai lagi. Bangang juga ya si Hasan Meroyan ni. Dia lupa  zaman Hadi Awang la dia bertanding tiket PAS siap jadi exco lagi. Malah sampai sekarang dengan muka tak malu dia masih menikmati elaun wakil rakyat Gombak setia yang menang bawah tiket PAS. kesimpulannya dua anak Ali ni memang tak boleh pakai. 

Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit

KOTA BHARU 24 Jan. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.

Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.

Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.

"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.-utusan syaitan.

Isu Bible: Ibrahim dakwa kenyataan diputar belit

KOTA BHARU 24 Jan. - Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali mendakwa kenyataannya mengenai isu Bible telah diputar belit oleh sesetengah pihak demi meraih kepentingan politik dan cuba melemahkan perjuangannya dalam mempertahankan Islam.
Ibrahim menegaskan, beliau tidak pernah berniat mahu menyinggung perasaan penganut agama Kristian, sebaliknya kenyataannya adalah menjurus kepada tindakan individu yang sebelum ini dilaporkan mengedar Bible versi bahasa Melayu yang mempunyai kalimah Allah dan tulisan jawi kepada pelajar sekolah.
Tegasnya, kelantangan beliau adalah bagi menentang tindakan melampau individu-individu tertentu yang cuba merosakkan perpaduan kaum di Malaysia.
"Ada pihak cuba memutarbelit kenyataan yang saya buat. Saya kata kita bakar Bible versi bahasa Melayu yang diedarkan di sekolah yang ada kalimah Allah dan tulisan jawi, bukannya merujuk kepada Bible yang orang Kristian gunakan sekarang.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Politik/20130125/po_04/Isu-Bible-Ibrahim-dakwa-kenyataan-diputar-belit#ixzz2IwWfx1r3
© Utusan Melayu (M) Bhd 