Showing posts with label PAS... Show all posts
Showing posts with label PAS... Show all posts

Friday, 7 March 2014

Penceramah UMNO tuduh Mat Sabu pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS.. (Video Inside)


Biarpun Pilihanraya di Kajang hanyalah satu pilihanraya kecil bukannya satu Pilihanraya Umum dan yang bertanding di situ adalah calon dari PKR, DS Anwar Ibrahim namun serangan dari pihak Barisan Nasional tidak mengenal batas..

Mereka menyerang seolah-olah Anwar Ibrahim sedang bertanding untuk merampas kerusi Perdana Menteri..

Apa atau siapa sahaja yang difikirkan oleh mereka punya pertalian persahabatan dengan DS Anwar Ibrahim habis dihentam mereka..

Tak kiralah samada mereka itu dari PKR sendiri mahupun mana-mana parti yang berada dalam Pakatan Rakyat baik PAS mahupun DAP.

Dalam satu ceramah yang telah diadakan pada 2 Mac 2014 lalu di Taman Melati, Kajang seorang penceramah dari BN, Ustaz Datuk Shamsul Najmi Shamsuddin telah mendakwa Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu adalah pembekal pemuas nafsu dalam muktamar PAS..

Berikut adalah catatan dari sebuah Blog otai yang membekalkan info dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat yang dikenali dengan nama Minaq Jinggo ..

Nota ringkas :

1. Normah wanita yang ditangkap khalwat dengan Mat Sabu pada 31/1/1995 di Hotel Perdana, Kota Baru mengaku telah bertaubat nasuha. Ketika ditangkap beliau langsung tidak rasa bersalah kerana yakin beliau berjuang kerana Allah.

2. Normah mendakwa Mat Sabu dan Mahfuz Omar telah menyakinkan beliau bahawa .."perempuan solehah, mana-mana perempuan baik yang melepaskan keletihan mana-mana pemimpin Islam yang berjuang Fisabilillah maka dia mendapat pahala Fisabilillah dari Allah SWT"

3. Malah suami yang mengzinkan perbuatan isteri tersebut juga mendapat pahala Fisabilillah.

4. Fahaman bahaya ini telah menular di dalam PAS sebagaimana Normah mendakwa Mat Sabu telah menggunakan wanita-wanita pelayan nafsu untuk melayan nafsu serakah perwakilan yang menghadiri Muktamar PAS pada tahun 2011 sebagai habuan untuk mendapatkan undi menjadi Timbalan Presiden PAS, menewaskan Ust Nasharudin Mat Isa.

Dan ini adalah video ucapan penceramah itu...



... Berat punya tuduhan ni.. saman dia Bang Mat jangan bagi muka..

Inilah yang terjadi bila RM dijadikan kiblat, fitnah dilontar tanpa mempedulikan dosa..

Wednesday, 26 February 2014

Isu saman RM2 Juta: Blogger Pembela Guan Eng bidas Presiden PAS..


Semalam Blogger Pembela Guan Eng ni mempersoalkan tindakan PAS dalam membela Presiden PAS, TG Haji Hadi dalam isu saman RM2Juta.. 

Katanya "Yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?" 

Hari ini pula beliau membidas sambil menyarankan agar TG Haji Hadi agar bercuti dari jawatan rasminya sebagai Presiden agar imej PAS dan Islam terpelihara.

Ini kerana menurutnya Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Bacalah apa yang ditulisnya ini...

KALAU kita tidak lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Langkah itu demi mengelak konflik kepentingan semua pihak dalam proses siasatan dalaman tersebut.

Oleh kerana Selangor bukan ditadbir oleh PAS, sesetengah pihak menganggap amalan tadbir urus sebegitu bukanlah hisbah, dan masih sekular.

Sedar tidak sedar, di Kelantan yang diperintah oleh PAS pun tidak diamalkan hisbah.

Tiada SELCAT seperti Selangor, atau CAT seperti di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng (Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP).

Apabila isu beberapa projek di Kelantan dikaitkan dengan peribadi Ariff Fahmi dan Nik Abduh beberapa tahun dahulu, Tok Guru Nik Aziz pun pernah dinasihat supaya menguatkuasa hisbah sebagaimana dituntut dalam Islam.

Ada pihak bertanya saya, tak cukup lagikah dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, sebelum ini.

Penarik Beca pernah ulas bab ini dengan menyebut, "tak cukup seseorang itu bersih, melainkan perlu dilihat bersih."

Dalam perbicaraan isu baju besi Khalifah Ali Abu Talib pun, hakim memanggilnya namanya dan dilayan pemimpin itu macam orang kebiasaan yang lain.

Ini kerana, tak cukup peribadi Ali atau Hakim tersebut sahaja dilihat adil, melainkan proses keadilan itu mesti bersama-sama dilihat adil.

Semalam, banyak pihak persoal entri Peribadi Presiden PAS yang disaman, mengapa parti dipergunakan?

Mereka kata, Ustaz Hadi tak bersalah. Yang salah SetPolnya dalam bab menguruskan surat saman plaintif.

Saya anggap ijtihad politik Ustaz Hadi mendekati kesalahan dan tak salah memohon maaf kepada pihak pendakwaan sebab Islam tak ajar pertahan ijtihad yang salah.

Yang saya nak sebut di sebalik erti di atas itu bunyinya begini, "tak cukup seseorang itu adil, melainkan parti Islam pun perlu dilihat adil ikut pedoman Islam."

Apabila bercakap mengenai Islam agama adil dan mesti dilihat keadilannya, teringat satu pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah meminta `Amr ibn al-`As supaya memutuskan hukuman terhadap satu kes berhubung harta.

`Amr berasa serba salah untuk menyatakan pendapat dan memberikan keputusannya memandangkan Baginda ada bersama dalam majlis tersebut.

Melihat keadaan `Amr itu, Baginda pun bersabda, "Wahai `Amr, silakanlah hukumkan perkara ini." `Amr bertanya kepada Rasulullah, "Bolehkah saya berijtihad sedangkan tuan berada di sini?"

Jawab Rasulullah, "Ya, boleh. Jika kamu benar dan segera memberikan keputusan, kamu akan mendapat dua kebaikan tetapi jika kamu tersilap, kamu akan mendapat satu kebaikan."

Saya yakin, kalau amalan sekular boleh mengetepi konflik kepentingan, takkan Islam tak boleh buat lebih baik dari itu.

Salah tak saya cadangkan Ustaz Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicutikan sehingga kes Saman RM2 juta diselesaikan?

Patut Ustaz Hadi dan Samsuri cuti daripada jawatan rasmi PAS demi memulihara imej Islam dan PAS.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Saturday, 27 July 2013

Kebangkitan pengaruh menantu dalam PAS..


Sebelum Pilihan Raya 2013, nama Zaharudin Muhammad, menantu kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) tidak begitu dikenali oleh masyarakat umum kecuali bagi mereka yang aktif dalam PAS.

Beliau dilantik sebagai Ahli Majlis Syura Ulama PAS pada 2011 dan sebagai Ketua Jabatan Agama di syarikat milik kerajaan negeri Selangor, Kumpulan Perangsang Selangor Berhad pada 2012.

Zaharudin dikatakan akan memainkan peranan besar dalam pemilihan PAS akhir tahun ini dimana terdapat gerakan untuk menyingkirkan golongan profesional atau “Erdogan” – sempena nama Perdana Menteri Turki Recep Tayyib Erdogan daripada kepimpinan tertinggi parti Islam itu untuk digantikan dengan golongan ulama.

Golongan profesional yang diketuai oleh Timbalan Presiden Mohamad Sabu mempunyai satu kekurangan oleh kerana hampir semua kalah dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Selain Mohamad yang kalah di kerusi Parlimen Pendang, Salahuddin Ayub tewas dikedua-dua kerusi Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Nusajaya.

Datuk Husam Musa kalah di kerusi Parlimen Putrajaya tetapi menang di kerusi DUN Salor, Bagaimanapun, Husam tidak dilantik semula sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan di bawah kepimpinan Menteri Besar baru Datuk Ahmad Yakob.

Dr Dzulkefly Ahmad pula kalah di Parlimen Kuala Selangor.

"Ini memberikan peluang besar kepada Zaharudin dan golongan yang tidak gembira dengan penguasaan profesional dalam PAS untuk menang," kata satu sumber dari kepimpinan tertinggi PAS.

“Tambahan lagi sekutu Zaharudin seperti Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hasan dan timbalannya Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz kedua-duanya menang di kerusi Parlimen Temerloh dan Pasir Mas. Nasrudin dikatakan terhutang budi dengan Zaharudin oleh kerana usahanya melobi Abdul Hadi agar membuat pengumuman “mengejut” pencalonannya di kerusi Temerloh yang sebelum itu milik calon PKR Ahmad Nizam Hamid," katanya.

Isu Kota Damansara 

Zaharudin yang dikenali sebagai Din Ayam itu disalahkan kerana kerusi DUN Kota Damansara - sebelum ini disandang oleh Dr Nasir Hashim pada Pilihan Raya 2008 jatuh ke Barisan Nasional (BN) apabila PAS turut sama bertanding melawan calon PKR, Umno dan tiga lagi calon bebas.

Hasilnya calon BN, Halimaton Saadiah mendapat 16,387 undi dan menang dengan majoriti 1527 undi di Kota Damansara mengalahkan kesemua calon yang bertanding.

Jika dihitung undi yang diterima oleh Nasir 14,860 dan calon PAS Rizuan Ismail 7312, dengan mudah calon PR boleh menang besar dengan 22,172 undi.

Sumber dalaman PAS Selangor memberitahu The Malaysian Insider Zaharudin menggunakan latarbelakang sosialis Nasir sebagai alasan untuk mempengaruhi Abdul Hadi menandatangani watikah Rizuan walaupun Datuk Mustafa Ali yang mengepalai PAS dalam rundingan kerusi antara parti PR sudah bersetuju Presiden PSM itu sebagai calon Kota Damansara dengan menggunakan tiket PKR.

“Bila Nasir menang atas tiket PKR pada 2008, Zaharudin yang menetap di seksyen 8 Kota Damansara tak berpuas hati.

Katanya Nasir tidak cukup Islam, tidak selalu di masjid dan memuja Karl Marx, Vladimir Lenin dan Joseph Stalin yang merupakan tokoh-tokoh komunis,” kata sumber itu kepada The Malaysian Insider dengan syarat namanya dirahsiakan.

“Mustafa Ali terpaksa turun ke Kota Damansara berceramah bersama Dr Nasir untuk jelaskan kedudukan sebenar kepada orang ramai akan tetapi program itu diboikot oleh PAS kawasan,” tambah beliau merujuk kepada Setiausaha Agung PAS.

Semasa kempen Pilihan Raya 2013, Abdul Hadi menyelar calon PKR yang dikatakan bermahzab sosialis walaupun tidak menamakannya secara terbuka.

“Ada calon yang menjulang gambar Lenin, gambar Stalin. Macam mana orang PAS nak sokong? “Orang PAS kerjasama dengan Keadilan … dengan DAP je. Tak kerjasama dengan parti Lenin, parti Stalin,” kata beliau merujuk kepada pemimpin komunis Rusia, Vladimir Ilyich Lenin dan Joseph Stalin dalam sebuah klip video di Youtube.

Abdullah-Khairy

Isu Zaharudin ini mengingatkan kita tentang kisah bekas perdana menteri Tun Abdullah Badawi yang dikatakan dipengaruhi dengan kuat dalam pelbagai perkara oleh menantunya, Khairy Jamaluddin semasa memimpin Malaysia.

Khairy disalahkan oleh pembesar-pembesar Umno yang rapat dengan seorang lagi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kerana dikatakan menjadi punca BN gagal mengekalkan majoriti tradisi dua pertiga di Parlimen pada Pilihan Raya 2008 dan kehilangan penguasaan terhadap beberapa negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah selain gagal merampas Kelantan.

Akibatnya, Abdullah terpaksa bersara lebih awal pada 3 April 2009 untuk memberikan laluan kepada Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikannya.

Abdullah kini sudah bersara daripada politik Malaysia akan tetapi Khairy masih bertapak sebagai Ketua Pemuda Umno dan dilantik sebagai menteri belia dan sukan selepas Pilihan Raya 2013.

Pilihan Raya 2013 juga menyaksikan keputusan merosot PAS apabila hanya mendapat 21 kerusi Parlimen berbanding 23 yang mereka perolehi pada 2008.

Rakan-rakan PR lain DAP dan PKR masing-masing mendapat 38 dan 30 kerusi pada 5 Mei lalu.

Negeri Kedah yang dikuasai PAS pada 2008 juga tumbang pada 2013 dan kedegilan Abdul Hadi yang tidak mahu menggantikan Tan Sri Azizan Razak dengan nama lain sebagai calon menteri besar negeri jelapang padi itu dikatakan menjadi penyumbang utama kekalahan.

Apakah isu menantu Abdul Hadi ini akan turut menjadi punca kejatuhan Ahli Parlimen Marang itu?

Setakat ini masih belum nampak kerana kuatnya pengaruh Abdul Hadi yang dianggap sebagai ulama berpengaruh dalam parti Islam itu.

Saturday, 16 February 2013

Macai UMNO ceroboh dan pasang bendera Barisan Nasional di Markas PAS..

Semakin hampir dengan Pilihanraya semakin banyak provokasi yang hanya dilakukan oleh manusia tidak bertamaddun dilakukan oleh macai-macai UMNO terhadap Pakatan Rakyat.

Di Felda mereka menghalang maklumat disampaikan kepada para Peneroka oleh Pengerusi ANAK dan juga Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim. Mesyuarat mengenai perancangan tersebut sila lihat di ( SINI )

Semalam pula telah dilaporkan bendera-bendera PAS yang berjumlah hampir 200 helai telah dicabut dan dibuang ke dalam parit oleh macai-macai UMNO.

Bendera tersebut telah dipasang oleh para petugas disepanjang jalan menuju ke tapak Himpunan Kebangkitan Rakyat -PAS Ganti Umno Kali Ke-7 (PGU7.0) di Kuala Nerus … sila baca di ( SINI )

Ini pula satu lagi bentuk provokasi yang dilakukan oleh macai-macai UMNO…

Menurut seorang sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, macai-macai UMNO telah memasang bendera-bendera Barisan Nasional di markas PAS.

Kejadian tersebut dilaporkan telah berlaku di Markas PAS Cawangan Shahbandar, Pekan, Pahang negeri asal Perdana Menteri Malaysia.

Bayangkan jika ada petugas PAS yang menanggalkan bendera-bendera ini, sudah pasti kekecohan akan berlaku dan PAS pasti akan dipersalahkan oleh media tunggangan UMNO/BN.

  Mereka mendakwa diri mereka adalah pejuang kepada Bangsa Melayu dan juga Agama Islam di negara ini..

Melayu jenis apakah yang mereka perjuangkan?.. hingga tidak tahu menghormati malah mencabul hak orang lain sedangkan Bangsa Melayu terkenal dengan adab dan sopan santunnya..

Islam apakah yang mereka perjuangkan sedangkan tiada ajaran dalam Islam yang membenarkan kita menceroboh hak individu lain?


Apa bezanya tindakan macai-macai UMNO ini dengan tindakan pihak Zionist di negara haram Israel?

Di Israel, puak Zionist menjadikan tanah dan juga rumah milik rakyat Palestine sebagai hak milik mereka.. di Malaysia pula macai UMNO pula mahu menjadikan markas PAS sebagai milik mereka..
 

Terima kasih buat achek9546 yang sudi mengirimkan gambar-gambar ini..