Showing posts with label ganti. Show all posts
Showing posts with label ganti. Show all posts

Monday, 10 March 2014

Wan Azizah ganti Anwar Ibrahim bertanding di Kajang!!!


Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sekali lagi menggantikan suaminya Datuk Seri Anwar Ibrahim, kali ini dengan menggantikan ketua pembangkang itu bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Wan Azizah diumumkan sebagai calon di Bilik Gerakan Pilihan Raya Kecil (PRK) Kajang di Batu 12 hari ini yang diumumkan sendiri oleh Anwar.

Anwar terlucut kelayakan untuk bertanding di kerusi yang dikosongkan penyandang daripada PKR iaitu Lee Chin Cheh selepas Mahkamah Rayuan menjatuhkan hukuman penjara lima tahun atas kesalahan meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan pada 2008.

Wan Azizah akan berdepan dengan calon Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun dan Datuk Zaid Ibrahim bagi kerusi berkenaan.

Lee memenangi kerusi DUN Kajang pada Pilihan Raya Umum 2013 (PRU13) dengan majoriti 6,824 undi, menewaskan calon BN Lee Ban Seng dan beberapa calon bebas dalam pertandingan enam penjuru.‎

"Badan kehakiman diperalatkan Umno untuk menghalang saya sebagai calon.

"Dengan ini saya umumkan Wan Azizah sebagai calon PRK DUN Kajang," kata Anwar.

Anwar turut berkata, beliau akan berkempen seperti biasa bagi membantu isterinya itu.

Keputusan berkenaan turut diterima sebulat suara rakan komponen PR daripada PAS dan DAP serta memberi komitmen untuk membantu kemenangan Wan Azizah di Kajang.

"Saya mewakili rakyat biasa melihat ketidakadilan ini. Kita tidak boleh ditindas, terus ditindas.

"Jangan undur, kita teruskan perjuangan. Sebagai Presiden PKR, saya ambil tanggungjawab ini," kata Wan Azizah pada sidang media itu.

Dengan pengumuman itu, Wan Azizah sekali lagi membantu karier politik Anwar selepas beliau bertanding di kerusi Parlimen Permatang Pauh pada 1999 ketika Anwar dipenjarakan atas kesalahan salah guna kuasa.

Wan Azizah bertanding atas tiket Parti Keadilan Nasional yang kemudiannya ditukar kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau memenangi kerusi berkenaan selama dua penggal iaitu pada pilihan raya 2004 dan 2008.

Pada September 2008, beliau meletakkan jawatan bagi membolehkan Anwar menyertai semula arena politik sebagai wakil Parlimen.

~ The Malaysian Insider

Wednesday, 20 March 2013

Panas: Tabung ganti rugi Empangan Bakun BN dah kebas?

SARAWAK 18 MAC: Datuk Seri Anwar Ibrahim mempersoal kedudukan wang tabung khas Bakun yang dijanjikan kerajaan kepada penduduk sebagai ganti rugi pembinaan Empangan Bakun






# sila like "pakatan rakyat supporters"



sumber sini

Berucap depan kira-kira 3,000 penduduk tempatan di Rumah Badeng, Hulu Rajang, malam tadi, Ketua Umum KEADILAN itu berkata, wang berkenaan perlu diberi kerana ia hak orang Asal.

“Semasa saya Menteri Kewangan, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mahu buat Empangan Bakun dan meminta saya mempengerusikannya.

“Saya setuju, dengan syarat ganti rugi perlu diberi kepada penduduk melalui pemberian tanah yang sesuai.

“Kemudian kena buat tabung khas dengan pemberian RM5 juta kepada penduduk, saya luluskan. Yang jadi persoalan sekarang, RM5 juta itu langsung tidak diberi.

“Ke mana perginya wang tabung itu? Mana boleh kita sokong kerajaan yang rampas tanah kita sendiri,” katanya disambut sorakan gamat.

Pada ceramah sama, Setiausaha KEADILAN Hulu Rajang, Abun Sui Anyit turut menyelar perilaku BN yang giat merampas tanah adat di Bakun.

“Rampasan BN terhadap tanah adat di Hulu Bakun menyebabkan hanya tiga ekar saja yang tinggal.

“Perbuatan memindah dan menyerahkan tanah milik kita kepada syarikat kroni adalah perbuatan kejam.

“Saya gesa, ditubuhkan segera Suruhanjaya Tanah Adat untuk siasat rampasan itu,” katanya.




Monday, 4 February 2013

Utusan sedia bayar ganti rugi pada Azan Ismail kerana memfitnah

KUALA LUMPUR 31 Jan: Keputusan kes saman fitnah Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail terhadap Utusan Malaysia ditangguh ke 5 Februari ini untuk menentukan sama ada diteruskan atau mencapai penyelesaian di luar mahkamah.





# sila like "pakatan rakyat supporters"




Kes yang bermula sejak 2010 itu sepatutnya diumumkan keputusan hari ini. Bagaimanapun Utusan sedia untuk membayar gantirugi.

Setelah berbincang, kedua-dua pihak juga bersetuju untuk menangguh kes sehingga tarikh tersebut.

“Pengamal media perlu kembalikan integriti berita mereka, terutama media arus perdana yang ketika dulu sangat tinggi integritinya, tetapi sekarang terlalu terpengaruh memainkan peranan sebagai penyokong kuat kerajaan,” jelas Azan mengulas keputusan itu.

Azan menuntut Utusan membuat permohonan maaf terbuka sebagai bukti mereka menyedari kesilapan dan perlu menyiarkan berita dengan telus.

“Saya tidak langsung memikirkan jumlah wang yang mereka mahu bayar, tapi mereka perlu menyedari apa yang mereka buat dan memberitahu kesilapan mereka kerana menyiarkan berita tidak benar,” katanya ditemani peguam, A Vasudevan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pagi ini.

Menurutnya, pada 5 Februari, skala permohonan maaf akan ditentukan pihak mahkamah, dan jika Pengerusi KEADILAN Terengganu itu tidak berpuas hati, kes akan dibicarakan secara terbuka.

Azan memfailkan saman fitnah berjumlah RM29 juta terhadap editor, Zulkiflee Bakar dan Utusan pada April 2010 ekoran penyiaran artikel bertarikh 6 Mac yang mendakwa beliau keluar KEADILAN dan turut meletakkkan gambar beliau bersama ahli politik yang keluar sebelum itu.

Pada 8 Mac 2010, Utusan sekali lagi menyiarkan berita kononnya Azan tidak keluar KEADILAN tetapi meletak semua jawatan termasuk sebagai Timbalan Pengerusi KEADILAN Terengganu dan Pengerusi Biro Keahlian Negeri ketika itu.


PBO: kantoi lagi surat khabar mengampu ni.

pelbagai lagi Utusan kantoi memfitnah