Showing posts with label Presiden. Show all posts
Showing posts with label Presiden. Show all posts

Wednesday, 26 February 2014

Isu saman RM2 Juta: Blogger Pembela Guan Eng bidas Presiden PAS..


Semalam Blogger Pembela Guan Eng ni mempersoalkan tindakan PAS dalam membela Presiden PAS, TG Haji Hadi dalam isu saman RM2Juta.. 

Katanya "Yang disaman adalah individu, mengapa jentera Parti yang dikerahkan bagi tujuan pembelaan ? Bukankah ini boleh ditaksirkan sebagai penyalah gunaan kuasa?" 

Hari ini pula beliau membidas sambil menyarankan agar TG Haji Hadi agar bercuti dari jawatan rasminya sebagai Presiden agar imej PAS dan Islam terpelihara.

Ini kerana menurutnya Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Bacalah apa yang ditulisnya ini...

KALAU kita tidak lupa, Tan Sri Khalid Ibrahim pernah mengarahkan Elizabeth Wong mengambil cuti sehingga siasatan SELCAT berhubung penyebaran berapa gambar sulit wakil rakyat tersebut selesai.

Langkah itu demi mengelak konflik kepentingan semua pihak dalam proses siasatan dalaman tersebut.

Oleh kerana Selangor bukan ditadbir oleh PAS, sesetengah pihak menganggap amalan tadbir urus sebegitu bukanlah hisbah, dan masih sekular.

Sedar tidak sedar, di Kelantan yang diperintah oleh PAS pun tidak diamalkan hisbah.

Tiada SELCAT seperti Selangor, atau CAT seperti di Pulau Pinang di bawah pentadbiran Lim Guan Eng (Ketua Menteri merangkap Setiausaha Agung DAP).

Apabila isu beberapa projek di Kelantan dikaitkan dengan peribadi Ariff Fahmi dan Nik Abduh beberapa tahun dahulu, Tok Guru Nik Aziz pun pernah dinasihat supaya menguatkuasa hisbah sebagaimana dituntut dalam Islam.

Ada pihak bertanya saya, tak cukup lagikah dengan kewibawaan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sebagai Menteri Besar, sebelum ini.

Penarik Beca pernah ulas bab ini dengan menyebut, "tak cukup seseorang itu bersih, melainkan perlu dilihat bersih."

Dalam perbicaraan isu baju besi Khalifah Ali Abu Talib pun, hakim memanggilnya namanya dan dilayan pemimpin itu macam orang kebiasaan yang lain.

Ini kerana, tak cukup peribadi Ali atau Hakim tersebut sahaja dilihat adil, melainkan proses keadilan itu mesti bersama-sama dilihat adil.

Semalam, banyak pihak persoal entri Peribadi Presiden PAS yang disaman, mengapa parti dipergunakan?

Mereka kata, Ustaz Hadi tak bersalah. Yang salah SetPolnya dalam bab menguruskan surat saman plaintif.

Saya anggap ijtihad politik Ustaz Hadi mendekati kesalahan dan tak salah memohon maaf kepada pihak pendakwaan sebab Islam tak ajar pertahan ijtihad yang salah.

Yang saya nak sebut di sebalik erti di atas itu bunyinya begini, "tak cukup seseorang itu adil, melainkan parti Islam pun perlu dilihat adil ikut pedoman Islam."

Apabila bercakap mengenai Islam agama adil dan mesti dilihat keadilannya, teringat satu pada zaman Rasulullah SAW.

Diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. pernah meminta `Amr ibn al-`As supaya memutuskan hukuman terhadap satu kes berhubung harta.

`Amr berasa serba salah untuk menyatakan pendapat dan memberikan keputusannya memandangkan Baginda ada bersama dalam majlis tersebut.

Melihat keadaan `Amr itu, Baginda pun bersabda, "Wahai `Amr, silakanlah hukumkan perkara ini." `Amr bertanya kepada Rasulullah, "Bolehkah saya berijtihad sedangkan tuan berada di sini?"

Jawab Rasulullah, "Ya, boleh. Jika kamu benar dan segera memberikan keputusan, kamu akan mendapat dua kebaikan tetapi jika kamu tersilap, kamu akan mendapat satu kebaikan."

Saya yakin, kalau amalan sekular boleh mengetepi konflik kepentingan, takkan Islam tak boleh buat lebih baik dari itu.

Salah tak saya cadangkan Ustaz Hadi dan Dr Ahmad Samsuri Mokhtar dicutikan sehingga kes Saman RM2 juta diselesaikan?

Patut Ustaz Hadi dan Samsuri cuti daripada jawatan rasmi PAS demi memulihara imej Islam dan PAS.

Seterusnya sila sambung bacaan anda di SINI

Monday, 24 February 2014

Fitnah Pil Kuda: Presiden PAS diperintah bayar RM2 juta dalam Penghakiman Ingkar


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) diarahkan membayar saman RM2,000,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu dalam penghakiman ingkar yang diperolehi oleh Mohd Shamsul bin Mat Amin, calon PKR DUN Bukit Besi, Terengganu.

Selain itu, Abdul Hadi juga diarahkan membayar 5% faedah dari writ difailkan sehingga penyelesaian penuh dan kos tindakan sebanyak RM1,500.

Ini berikutan kegagalan Abdul Hadi memfailkan pembelaan terhadap saman yang dikemukakan oleh Shamsul sebelum ini.

Bagaimanapun, Peguam PAS, Asmuni Awi ketika dihubungi The Malaysian Insider berkata, pihaknya akan memfailkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu esok.

"Kita menerima perintah itu hari ini dan kita akan failkan permohonan untuk mengenepikan perintah itu esok juga.

"Saya yakin perintah ini boleh diketepikan berdasarkan etika pengurusan kes ini," kata Asmuni kepada The Malaysian Insider.

Abdul Hadi disaman oleh Shamsul ekoran dakwaan Abdul Hadi bahawa ada calon PKR yang menjual pil kuda menjelang pilihan raya umum ke 13 lalu.

Ekoran dakwaan itu, PAS telah meletakkan calonnya di tiga kerudi DUN di Terengganu yang sepatutnya ditandingi oleh PKR.

Ia menghasilkan pertandingan tiga penjuru antara calon BN, PAS dan PKR ditiga DUN Di Terengganu termasuk Bukit Besi yang ditandingi Shamsul.

Sebelum ini, menjelang pilihan raya kecil Kuala Besut, Shamsul meminta Abdul Hadi menarik balik dan memohon maaf berikutan kenyataannya menjelang pilihan raya umum itu kerana orang ramai menganggap beliau yang didakwa Abdul Hadi itu.

“Saya minta (Datuk Seri) Abdul Hadi Awang, dedahkan siapa yang dia fitnah sebagai pengedar pil kuda dan sokong komunis ketika berceramah di Tebakang, Alor Limbat, ketika kempen Pilihan Raya Umum (PRU) lalu,” kata Shamsul dalam sidang media itu.

Ekoran kegagalan Abdul Hadi berbuat demikian, beliau telah memfailkan saman itu.

Permohonan saman Shamsul diuruskan oleh Tetuan Vasudevan & Co yang berpangkalan di Kajang, Selangor.

Kenyataan penuh JAKIM berhubung isu Kassim Ahmad yang disokong mantan Presiden UMNO...


Mula-mula kita baca dulu apa kata mantan Perdana Menteri merangkap mantan Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir Mohammed dalam mempertahankan kenyataan Kassim Ahmad..

Mahathir berkata, Kassim sering disalah ertikan dan dilabel oleh pihak yang gagal berhujah dengan pemikir kontroversi itu.

Beliau berkata Kassim bukan anti-hadis dan sebenarnya sama seperti orang Islam yang lain.

"Dia (Kassim) dilabel anti-hadis kerana orang tak dapat jawab apa dia cakap. Saya pun dilabel sebagai anti-Cina, rasis, macam-macam lagi.

"Inilah yang dihadapi Kassim Ahmad, kalau baca al-Quran orang panggil anti-hadis. Orang-orang (yang melabel) ini tak ada akal fikiran untuk jawab balik (hujah Kassim)," katanya lapor Malaysiakini di SINI

BERIKUT pula adalah kenyataan penuh Ketua Pengarah Jakim, Datuk Othman Mustapha mengenai Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian.

Jakim memandang serius dalam isu yang dibangkitkan dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Suatu Penilaian pada 15 dan 16 Februari 2014 anjuran Ahli Jawatankuasa Sahabat Pena Pak Kassim di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan-kenyataan daripada para pembentang kertas kerja seminar khususnya berkaitan isu-isu agama adalah seperti yang berikut:

- Mempertikaikan dua kalimah syahadah dengan menganggap syahadah yang kedua sebagai mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW.

- Mempertikaikan rambut sebagai aurat wanita dan memperlekeh wanita yang berhijab.

- Mempertikaikan kredibiliti ulama dan menyamakan ulama sebagai kasta paderi.

- Mempertikaikan hadith sebagai sumber hukum dan menuduh Imam Shafi’e yang memulakan doktrin baru dengan menyatakan hadith sebagai satu sumber hukum sama seperti al-Quran

- Mentafsirkan semula al-Quran berdasarkan logik semata-mata dan menolak tafsiran ulama terdahulu

- Mengiktiraf Kod 19 oleh Rashad Khalifa sebagai pentafsir al-Quran bagi menggantikan hadith

- Cadangan membuat surat untuk memohon pihak KDN menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad

Jakim juga ingin menjelaskan bahawa pemikiran dan pandangan yang dikemukakan adalah bercanggah dengan prinsip dan juga sumber hukum dalam ajaran Islam berdasarkan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang menjadi asas pegangan masyarakat Islam di Malaysia.

Ini adalah berdasarkan kepada sebab-sebab yang berikut:

i) Mengucap Dua kalimah Syahadah merupakan rukun Islam yang pertama bagi setiap Muslim yang mengaku dirinya sebagai orang Islam. Mempertikaikan syahadah boleh menyebabkan seseorang itu terkeluar daripada agama Islam. Justeru, orang yang berbuat demikian wajiblah segera bertaubat.

ii) Ulama telah bersepakat bahawa aurat wanita adalah keseluruhan badannya kecuali muka dan kedua tapak tangannya. Mempertikaikan hukum yang telah disepakati boleh membawa kepada kesesatan.

iii) Ulama adalah pewaris Nabi yang berperanan menyampaikan ajaran Islam dari satu generasi ke satu generasi. Mempertikaikan kredibiliti Ulama muktabar dalam mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah adalah suatu yang bercanggah dengan disiplin ilmu yang diwarisi daripada Sahabat dan Salafus Salih.

iv) Hadith adalah sumber kedua perundangan Islam dan sebagai pentafsir kepada al-Qur’an berdasarkan ijma’ ulama.

v) Penafsiran semula al-Qur’an berdasarkan logik akal tidak boleh diterima kerana pentafsiran al-Quran memerlukan disiplin ilmu agama yang telah ditetapkan dalam ajaran Islam.

vi) Teori “Kod 19” oleh Rashad Khalifa yang dipegang oleh Kassim Ahmad mengandungi pelbagai penyelewengan akidah dan tidak wajar digunakan untuk mentafsirkan al-Quran

vii) Tindakan untuk menarik semula pengharaman buku-buku tulisan Kassim Ahmad ini adalah tidak wajar kerana ia telah jelas menyeleweng daripada ajaran Islam yang sebenar seperti yang telah difatwakan oleh negeri-negeri.

Saya telah meminta pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) untuk mengambil tindakan dengan pendekatan yang bersesuaian dalam perkara ini.

Di samping itu, saya juga memohon kerjasama dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri-negeri dapat memantau dan memberi perhatian terhadap isu ini secara berkesan dan wajar dan mengambil tindakan berdasarkan undang-undang sedia ada sekiranya bersesuaian.

Suka saya maklumkan bahawa pihak berkuasa agama negeri telah mengambil tindakan penguatkuasaan dan pewartaan fatwa terhadap bahan-bahan penerbitan yang mengandungi dan menyebarkan fahaman anti hadith yang jelas menyeleweng dari ajaran Islam.

Apa-apa jua bentuk penerbitan dan atau publisiti yang bertujuan untuk mengembangkan pemikiran atau fahaman anti hadith adalah dilarang dan perlu disekat kerana ia menyalahi fatwa dan undang-undang lain yang berkaitan.

Pihak Jakim dan Jawi juga berhasrat untuk menjemput Dr Kassim Ahmad dan pihak penganjur sebagai satu usaha pihak kami memberikan penjelasan terbaik terhadap dakwaan-dakwaan beliau yang dianggap boleh menjejaskan aqidah umat Islam.

Jutseru itu, memandangkan pemikiran Dr Kassim Ahmad ini boleh dikatakan sebagai pemikiran yang salah dan bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah, maka adalah wajar umat Islam di Malaysia menjauhi aliran pemikiran dan doktrin-doktrin palsu yang seumpama ini.

Ini adalah kerana perkara ini boleh memberi implikasi besar kepada akidah umat Islam dan menggugat ketenteraman serta menimbulkan keresahan awam.

Islam menyeru kepada umatnya agar bersatu padu dan mencegah daripada berpecah belah kerana perpecahan dalam kalangan masyarakat Islam boleh merugikan masyarakat Islam itu sendiri.

Ini juga adalah demi untuk membangunkan modal insan yang bertamadun tinggi.

Manakala ini pula adalah individu-individu yang bertanggungjawab menganjurkan Seminar Pemikiran Kassim Ahmad di Yayasan Kepimpinan Perdana Precint 8, Putrajaya pada Sabtu dan Ahad lalu..

Profesor Doktor Abdul Rahman Shaari (dua dari kiri) bersama rakan-rakan
 Sumber gambar datangnya dari SINI

Thursday, 4 July 2013

Sheikh Al- Azhar digunakan untuk gulingkan Presiden Mursi.


Diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar digunakan untuk menggulingkan Dr Muhammad Mursi.
Kita baca pandangan Tok Guru Nik Abdul Aziz dibawah.
  
Mesir : Detik Hitam Sedang Berulang

Saya melahirkan rasa sedih dan simpati terhadap apa yang sedang berlaku di Mesir sekarang. Pada saya, inilah saat di mana detik hitam sedang berulang semula dalam sejarah Mesir. 

Saya menyaksikan sidang media tentera yang mengumumkan rampasan kuasa dan diberitakan bahawa Sheikh Al-Azhar juga turut bersama-sama dengan tentera menyokong rampasan kuasa menggulingkan Dr Muhammad Mursi. Ini tandanya tentera tidak yakin dengan kekuatan mereka sendiri lantas menjadikan ulama sebagai sandaran untuk meyakinkan rakyat. Di mana-mana sahaja, ada ulama dipergunakan untuk menentang gerakan Islam. Tebalnya kulit kitab yang dipelajari dan panjangnya ekor serban bukan jamiman seseorang ulama itu celik politik.

Sheikh al-Azhar ialah satu jawatan, jawatan tersebut buat masa sekarang dipegang oleh penjawatnya. Namun ilmu yang ada pada Sheikh al-Azhar turut dimiliki oleh orang lain. Belum tentu jawatan ini kekal dan Allah SWT berhak menggantikan orang lain ke jawatan itu pada bila-bila masa. Samalah juga dengan jawatan mufti. Sesiapa yang menjawat jawatan ini usah sesekali menyangka ia akan kekal selama-lamanya. Sudah berlalu banyak orang yang hanya menjadi alat kepada gerakan sekular untuk melawan Islam. Tiba masanya, mereka dilontarkan ke tepi tanpa sesiapa bepaling lagi ke arah mereka. 

Saya yakin rakyat Mesir tidak akan berdiam diri dengan perkembangan ini. Mursi menaiki takhta presiden dengan pilihanraya yang sah bukan dengan jalan penipuan melalui jalanraya. Jika Hugo Chavez, Presiden Venezuela yang pernah digulingkan tentera suatu masa dahulu namun akhirnya kembali semula ke tampuk kuasa kerana tekanan rakyat, saya tidak nampak ia mustahil berulang di Mesir. Kudeta dan diktator bukannya pilihan manusia lagi di era sekarang.

Insya-allah, sebagaimana Sungai Nil yang tidak berhenti mengalir, begitu juga nadi kebangkitan rakyat di Mesir pasti akan terus bergerak. Pada saya, fi zhilalil quran dan maalim fit toriq sedang melahirkan generasinya pada hari ini!

Doa dan solidariti untuk Mesir.

HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Al-Mursyidul Am,
Parti Islam Semalaysia (PAS)

Bertarikh : 25 Syaaban 1434H bersamaan 4 Julai 2013M

Sunday, 17 February 2013

BN Perak sudah kocak,Zambry arah Presiden MIC tutup mulut.


oleh Madzatoklah

Gelora BN Perak Kencang: Zambry arah Presiden MIC Tutup Mulut

Kecoh...Kecoh...kecoh....!!!!
Ane,,jangan cakap banyak!!!!

Zambry Abd Kadir meminta agar sebarang spekulasi berkaitan pengagihan kerusi kepada MIC pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti dihentikan segera memandangkan belum ada keputusan rasmi dibuat mengenai perkara itu.



Merujuk kepada kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel yang tidak bersetuju dengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang, beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri berkata:

“Kenyataan mengenai perkara tersebut (tawaran) tidak seharusnya berlaku kerana masih terlalu awal untuk membuat sebarang pengumuman memandangkan ia belum pernah dibincangkan bersama Barisan Nasional (BN) negeri,” katanya.
Malah, beliau sendiri katanya, tidak diberitahu mengenai perkara yang disuarakan oleh Palanivel itu seperti yang dilaporkan oleh akhbar tempatan.
“Saya sangat terkejut dengan perkara ini (tawaran dua jawatan Senator untuk  MIC melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang) kerana tidak tahu kenyataan yang dikeluarkan beliau (Palanivel) dan masih belum lagi berjumpa dengannya,” kata Zambry.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Presiden MIC, Datuk Seri G. Palanivel tidak bersetujudengan tawaran dua jawatan Senator sebagai tukaran melepaskan DUN Behrang dan Pasir Panjang.
Palanivel memberitahu selain Hutan Melintang dan Buntong, parti mewakili kaum India itu tetap mahu bertanding di dua DUN berkenaan bagi melengkapkan empat kouta kerusi DUN Perak seperti pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 pada 2008.
Berdasarkan budaya BN, perkara merujuk kepada pengagihan kerusi harus dibincangkan terlebih dahulu di peringkat negeri sebelum ia di bawa ke peringkat tertinggi parti.
“Apa sahaja keputusan mengenai kuota kerusi telah dibincangkan sebelum ini dan apa juga keputusan yang diambil, ia seharusnya melalui semangat calon serta parti BN,” katanya.
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, Zambry menggesa Presiden MIC itu berhenti menggunakan media atau akhbaruntuk meluahkan pendapat berkaitan perkara terbabit.
.........................................................
Orangni: Sana setuju,sini tak setuju,situ cakap setuju,esok cakap lain dan hari ini cakap lain...begitulah yang berlaku dalam UMNO BN Perak. Kemelut pembahgian kerusi UMNO BN Perak konon-nya dah selesai,tapi gelora masih meruncing 24jam. Isu kerusi DUN Terong pun masih jadi percakaran hebat antara MIC dan UMNO. 

Zambry dengan angkuh dan bodoh sombong memaksa seorang  Presiden MIC tutup mulut dari keluarkan sebarang kenyataan.

Wednesday, 23 January 2013

Kunjungan Najib ke Gaza dikecam Presiden Palestine..


Kesian kat Najib dan pencacai-pencacainya.. tak sampai 24 jam pencacai-pencacai UMNO berbangga dengan pencapaian Najib sebagai Perdana Menteri Malaysia yang pertama melawat Gaza..

Laporan mengenai kunjungan Najib ditolak oleh Presiden Palestine dan dikecam oleh beliau pula dikeluarkan oleh pegawai berita WAFA.

Laporan tersebut telah dipetik dan disiarkan oleh media milik Israel iaitu Israel Nation News dan juga VIVA.co Indonesia.

Israel Nation News

Ini apa yang dilaporkan oleh Free Malaysia Today..

GAZA: Di tengah kehebohan Datuk Seri Najib Tun Razak melawat Gaza semalam, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas mengkritik lawatan Perdana Menteri Malaysia itu.

“Presiden Palestin menolak dan mengecam kunjungan Perdana Menteri Malaysia ke Gaza,” kata kenyataan kerajaan Abbas yang dibacakan pegawai berita WAFA.

“Kunjungannya merendahkan pemerintahan Palestin yang sah dan menyebabkan perpecahan serta tidak menguntungkan Palestin,” tambah kenyataan itu lagi.

Pemerintah Palestin menyatakan akan meminta penjelasan dari Malaysia.

Najib adalah pemimpin kedua yang mengunjungi Gaza dalam beberapa bulan terakhir. Sebelum ini Emir Qatar, Sheik Hamad bin Khalifa al-Thani mengunjungi wilayah ini pada bulan Oktober dan menjanjikan bantuan untuk infrastruktur sebesar US$400 juta.

Lawatan Najib ke Gaza semalam sebagai bentuk solidariti Malaysia pada rakyat Gaza yang menderita akibat sekatan Israel.

`Kita satu umat’

Seperti dilapor Reuters, Najib masuk Gaza melalui Rafah di sempadan Mesir. Najib ditemani isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Luar Negeri, Datuk Anifah Aman dan Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom.

Sampai di Gaza, dia disambut oleh Perdana Menteri dari Hamas, Ismail Haniyeh. Kemudian Najib mengunjungi hospital Shifa di Gaza City dan bangunan parlimen Gaza. Dia juga terlibat dalam peletakan batu asas sebuah sekolah di Gaza yang dibiayai Malaysia.

Najib juga akan menerima gelaran doktor kehormatan dari Universiti Al-Aqsa. Sementara Rosmah, mengunjungi hospital anak Nasser dan turut serta dalam upacara pembangunan pusat trauma di rumah sakit tersebut.

Dalam pidato singkatnya, Najib mengatakan bahawa dia datang untuk menunjukkan solidariti dan sokongan bagi perjuangan rakyat Palestin.

“Kami memang datang dari jarak ribuan batu, tetapi kita satu umat (Muslim) dan kami menyokong perjuangan rakyat Palestin,” kata Najib dikutip dari al-Arabiya.

Najib juga menyatakan sokongannya atas usaha penyatuan antara Hamas dan Fatah.

“Kami meyakini pemerintah Palestin akan bersatu dan kami berdoa pada Allah perundingan akan sukses dan persatuan Palestin akan terwujud di masa depan,” kata Najib.