Showing posts with label ceramah. Show all posts
Showing posts with label ceramah. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Teresa Kok ditampar selepas ceramah lapor Utusan


Utusan Malaysia menyiarkan berita Teresa Kok ditampar selepas ceramah pada jam 11:42 malam semalam. Di muka hadapan Utusan Online ditulis seperti berikut..

PERMATANG PAUH 5 Mac – Ceramah anjuran pembangkang di Taman Cermai di sini yang dihadiri Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok bertukar kecoh apabila dia ditampar seorang lelaki tidak dikenali selepas menyampaikan…


Namun begitu apabila link dibuka, berita tersebut telah dipadam seperti keratan di bawah..


Kenapa berita tersebut dipadam, bimbang disaman… atau mungkin Utusan membuat rujukan daripada blog macai Umno dan mengetahui ia tak betul dan ia terpaksa dipadam!

Perkara ini telah disedari oleh EkEleh dan disiarkan di ( SINI )

Google membuktikan apa yang disiarkan oleh EkEleh itu adalah benar...


Kesian.. dah tak ada berita yang nak disensasikan ke?

Sebenarnya tak ada sesiapapun yang menampar Teressa Kok di Permatang Pauh malam tadi, cuma ada seorang lelaki berbangsa melayu yang keluar dari kalangan pendengar ceramah dan terus ke Teresa Kok dan menghulurkan tangan bersama sebiji telur tembelang..


Ianya berlaku selepas Teresa kok menyampaikan ceramah dan penerangan video yang sedang di fitnah kepadanya..

Bagaimanapun pengawal keselamatan berjaya menangkap lelaki terbabit dan serahkan kepada pihak Polis..

Lelaki tersebut dipercayai terpengaruh dengan satu cabaran dari laman Facebook yang boleh dilihat di ( SINI )

Saturday, 16 February 2013

Tengok nih! Ada Live Band pun ceramah UMNO/BN masih tak dapat sambutan.. kesiann..

Semalam (Sabtu,9 February 2013) UMNO & BN telah menganjurkan siri ceramah "Kembara Anak Muda Sayangi Selangor" bertempat di seksyen 24 Shah Alam..

Aku sengaja datang ke ceramah tersebut lewat sikit.. kerana jika aku datang awal dan ambil gambar kerusi seperti yang blogger UMNO selalu buat tu,itu bagi aku tidak jujur dalam menyampaikan maklumat keadaan semasa..

Jadi aku sengaja datang sekitar pukul 10 malam.. dan seperti yang diduga,ceramah sedang berlangsung...

Aku juga dapati,bukan sahaja ceramah diadakan malam semalam,tetapi terdapat juga hiburan "live band" dari kumpulan ntah apa ntah,aku pun tak berapa pasti namanya... tapi yang pasti ianya dipimpin oleh "bekas" vokalis Jinbara,iaitu Yabang...

Dengan banner yang dipasang di serata Shah Alam (tidak satu pun banner mereka diconteng atau diturunkan sepertimana lazimnya UMNO lakukan ke atas banner Pakatan Rakyat), dengan memasukkan elemen hiburan maksiat lagi melalaikan..

Maka inilah jumlah kehadiran yang sempat dirakam oleh lensa kamera aku... sangat menakutkan aku... kerana jumlah kehadiran telah melepasi 25 orang...







Gambar-gambar seterusnya sila lihat di ( Liang Lahad )

Friday, 15 February 2013

Ceramah PAS hambar di Parit Buntar?.. Macai UMNO nak perdodohkan siapa ni?


Jika pemimpin mereka masih mahu memperbodohkan orang-orang  Melayu kononnya hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu...

Blogger-blogger upahan mereka juga membawa agenda yang sama iaitu juga memperbodohkan Melayu namun skop mereka lebih kecil iaitu memperbodohkan Melayu yang membaca Blog mereka sahaja..

Biarpun mereka menyedari bahawa bukan Blog mereka sahaja yang ujud di alam cyber ini, Blogger Pro UMNO masih cuba memperbodohkan pembaca mereka..

Seperti biasa yang mereka lakukan dari dulu hingga sekarang, berbekalkan beberapa keping gambar di awal program ceramah Pakatan Rakyat (gambar di atas), mereka menyebarkan cerita kononnya 'Ceramah PAS hambar di Parit Buntar'..

Berikut adalah sedikit laporan dan gambar suasana sebenar di ceramah PAS yang diadakan di Parit Buntar itu..


Tanpa t-shirt dan makanan percuma, ceramah anjuran Pakatan Rakyat Parit Buntar tetap mendapat sambutan hebat dari penduduk di Parit Buntar.

Terkini, ceramah mantan Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Manis, Dato' Ariff Sabri Abdul Aziz yang menarik kehadiran lebih 2000 orang di Batu 7 , Kuala Kurau.


Ketua Penerangan Pas Parit Buntar Fakhrurrazi Haji Khalid berkata, lebih menarik ceramah ini diadakan di kawasan yang dianggap kubu kuat Umno Parit Buntar.

“ Kehadiran Dato’ Zambry Kadir ke Parit Buntar baru-baru ini tidak sedikit pun mengurangkan sokongan rakyat kepada Pakatan Rakyat.

“ Buktinya, kehadiran orang ramai mendengar ceramah Dato’ Ariff pada malam ini walaupun tiada t-shirt dan makanan percuma diberi” katanya.

Sementara itu, Dato’ Ariff yang merupakan bekas orang kuat Umno Pekan telah membongkar banyak isu berkaitan ketuanya sendiri iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak.

“ Kita sudah memberi Umno 55 tahun memerintah dan perkara terpenting yang mereka lakukan ialah menakutkan orang Melayu supaya berfikiran kalau Umno tidak ada Melayu akan hancur, kalau Umno tidak ada, raja-raja Melayu akan musnah dan jika Umno tidak ada, maka Islam akan tergugat.

“ Maka pencapaian terbesar Umno ialah menakutkan dan membodohkan orang Melayu. Kedua perkara ini menghamba abdikan minda orang Melayu. Di mana maruah suatu bangsa jika minda nya dipenjara? “ katanya.

Beliau meminta rakyat menolak dakyah Umno yang menjual nama bangsa untuk kepentingan peribadi.

“Tidak benarlah apa yang didakyahkan oleh Umno jika UMNO tewas, Melayu akan rugi.



“ Kita mesti nyahkan dari kepala kita, tanggapan bahawa hanya Melayu dalam Umno itu sahaja yang Melayu. Sedangkan Umno di depan orang Melayu, laung hidup Melayu tapi belakang orang Melayu mereka rompak dan samun harta benda orang Melayu” katanya.. ~ Dilaporkan oleh PASPB


Sunday, 3 February 2013

Bawani punya pasal tempat ceramah ditukar?


Pada malam ini sepatutnya ceramah Memperingati Allahyarham Mat Indera mati dihukum gantung oleh penjajah Inggeris pada pukul 11malam ,29 Januari 1953,60 tahun lalu berlangsung di Tapak Pasar Minggu Kamunting.Tetapi atas  nasihat OCPD ditukarkan ke Pusat Tarbiah ,Bukit Jana.

Mungkinkah pertukaran itu kerana tiada mendapat kelulusan pihak berkenaan atau kerana takut pengaruh wanita bernama Bawani.?

Aktivis pelajar Adam Adli,  adik Mat Indera, Dr Muhaimin penulis buku ,Dr Zuhdi  dan Peguam Aminuddin serta wakil KERABAT Sdr Zulkifli  dijangka turut berceramah.Justeru itu jom kita bersama menjayakan program diBukit Jana ,Kamunting malam ini 29 Januari 2013.

Thursday, 31 January 2013

BETINA UMNO TERJERIT GANGGU CERAMAH ANWAR

Macam perempuan tak ada maruah!!  Itu yang dapat penulis  simpulkan terhadap beberapa orang perempuan (atau betina) yang terpekik terlolong menggunakan pembesar suara mengganggu majlis ceramah Anwar Ibrahim dan Pakatan Rakyat malam tadi di Batu 8 1/2  Gombak , sebelah Masjid Zakaria.
Seolah-olah hilang pedoman, perempuan ini menjerit-jerit mnemburukkan Anwar dan Pakatan Rakyat dengan menyebut apa saja yang terlintas difikirannya ketika itu. Ternyata transformasi Najib dabn pemimpin UMNO yang terjerit-jerit di Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini berjaya diterjemahkan mnalam tadi bilka puak-puak ini menjerit melampau-lampau melewati batas seorang perempuan.
Siapa saja yang mendengar jeritan itu akan menggelengkan kepala. "Macam orang gila," ramai berkata sedemikian,.
Nampak sangat UMNO sudah terdesak. Dah tak ada cara lain lagi nak mengganggu Pakatan Rakyat. Penulis  sempat menyaksikan sendiri puak-puak UMNO ini membaling bantu ke arah orang ramai yang datang mendengar ceramah. Malah lebih mengejutkan lagi, mereka melemparkan pisau tajam juga!! Masya Allah... apa nak jadi ini.
Penulis yang tiba awal sempat singgah di simpang UIA  berhampiran Pusat Khidmat Rakyat Dr Hassan Ali. Di situ la bermula segala rancangan puak-puak ini berkumpul dan menerima  arahan bagi mengganggu Majlis  Ceramah tersebut.
Menurut dari cerita puak-puak ini , arahan datang dari anak pesilat Omar Din iaitu Megat, Ketua Pemuda UMNO Gombak.
Malu sungguh siapa sahaja yang menjadi warga Gombak mendapat pemimpin tak adea akhlak seperti ini,. Dia ingat bapak dia orang kuat silat lincah, maka semua orang akan takut? Haha...silap banyak beb!
Nasib baik malam tadi pihak polis  sempat menghantar pasukan FRU untuk tenangkan keadaan. Penulis pun bimbang segalanya mungkin terjadi sebab Penyokong Pakatan Rakyat beribu orang sedangkan penokong UMNO sekitar 200 orang sahaja, itu pun ramai budak sekolah!!






Wednesday, 30 January 2013

UMNO buat joget lambak untuk ganggu ceramah Anwar di Kuala Kangsar... tapi tak laku..


Program Jelajah Merdeka Rakyat di Kuala Kangsar diganggu provokasi yang tak bermoral oleh Umno Kuala Kangsar di DUN Bukit Chandan..

Bertempat dipadang permainan Futsal Taman Chandan Puteri semalam bertembung dua program yang berbeza tujuan dan matlamat. Program jelajah merdeka rakyat terpaksa bersaing dengan satu program ala maksiat oleh Umno Kuala Kangsar.

Pesta kugiran ala joget lambak oleh Umno Kuala Kangsar hanya dipisah dengan sebatang jalan dan betul betul bertentangan dengan tapak ceramah saudara Anwar Ibrahim berucap dengan jarak pentas kedua dua program lebih kurang 200 meter sahaja .


Pekikan dan suara alunan muzik dari kugiran rancak yang membinggitkan halwa telinga seolah olah yang sengaja di hala kearah pentas saudara Anwar berucap.Satu provokasi yang tak bertempat dan cukup amat dikesali.

Menurut sumber dan makluman dari penduduk setempat program seawal petang telah ada provokasi dimana ada beberapa bendera bendera parti telah dibakar, serta merebut kawasan tapak untuk pentas , akhirnya urusetia program jelajah merdeka rakyat Kuala Kangsar terpaksa mengalah dan mengubah lokasi tapak pentas di sebelah surau berhampiran.

Tujuan berpindah tapak pentas ke lokasi bersebelahan dan tidak melayan kerenah provokasi adalah bertujuan tidak mahu ia menjadi kecoh.Kemuncak pada malam itu program menampakan kejayaan dianggar lebih kurang 2000 orang menbanjiri program tersebut walaupun ada ganguan bunyi bising dari pesta kugiran rancak .

Melayu,Cina serta India sama sama duduk diatas padang yang berembun untuk mendengar ucapan penuh semangat oleh Dato Sri Anwar ibrahim.Tepat jam 10 malam saudara Anwar Ibrahim bergegas ke satu lagi program jelajah merdeka rakyat di Tapah.


Program diteruskan dengan penceramah jempuntan yang lain dan berkhir dengan aman dan berjaya.

Dan yang paling syok ialah program maksiat ala joget lambak tak mendapat sambutan walupun ia di hidang secara percuma oleh Umno Parlimen Kuala Kangsar.


Sumber Berita Dari: Mediaperak

Monday, 21 January 2013

Video ceramah 'Anwar Pengkhianat Negara' oleh UMNO/BN kepada budak Sekolah tersebar..


Jika minggu lepas satu klip video yang menyerlahkan bagaimana sekumpulan Mahasiswa dari UUM telah diperbodohkan oleh sebuah NGO mesra UMNO/BN, ini pula adalah video yang memaparkan bagaimana UMNO mencuci otak pelajar-pelajar Sekolah Menengah pula.

Video tersebut sila lihat di ( SINI )

Oleh kerana kini UMNO/BN amat terdesak untuk mengekalkan kuasa, pelajar-pelajar Sekolah Menengah telah paksa mendengar ucapan politik dan dalam masa yang sama para pelajar itu diminta untuk membantu UMNO/BN agar terus kekal berkuasa.

Selain dari diminta untuk terus kekal bersama Kerajaan UMNO/BN, pelajar-pelajar yang masih belum boleh mengundi itu juga diminta untuk menyakinkan ibu-bapa mereka supaya bersama Barisan Nasional menentang Pakatan Rakyat..

Dengan bertemakan ‘Anwar Pengkhianat Negara’ seorang penceramah dipercayai dari BTN telah menyampaikan ucapan dihadapan sekumpulan pelajar Sekolah Menengah.

Saksikan!! Pidato kurang cerdik dari individu yang dipercayai wakil BTN Selangor ini..

Saturday, 19 January 2013

Apahal sampai 25 syarat yang dikenakan untuk adakan ceramah ni?


Polis Daerah Serdang menetapkan 25 syarat kepada Pengerusi DAP Selangor, Teresa Kok untuk mengadakan ceramah politik di Bandar Puchong Jaya, dekat sini yang dijadualkan hari ini.

Adun Kinrara itu berkata, syarat itu ditetapkan oleh Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Abd. Razak Elias tiga hari lalu dan beberapa daripadanya amat tidak munasabah

Tokoh DAP itu juga mendakwa, pihak polis mencetak 1,500 naskah notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah bagi menggalakkan orang ramai membantah ceramah berkenaan.

Antara syarat yang dikenakan oleh polis Serdang ialah unit amal PAS tidak dibenarkan mengawal kenderaan lalu-lintas kerana boleh membangkitkan perasaan provaksi masyarakat awam yang tidak terlibat dengan program tersebut.

Ketua polis daerah mempunyai kuasa untuk menyuraikan perhimpunan jika peserta melebihi anggaran.

Penganjur hendaklah memastikan peserta atau hadirin tidak meminum minuman keras atau mengambil dadah semasa menghadiri ceramah bagi mengelak tingkah laku yang agresif di bawah pengaruh alkohol dan dadah.

“Syarat-syarat yang dikenakan oleh balai polis Serdang itu telah mendatangkan banyak masalah pada pihak penganjur,” katanya dalam kenyataan media semalam.

Menurut Teresa lagi, oleh kerana ceramah diadakan di tepi jalan dan depan restoran, jika anggota unit amal PAS tidak dibenarkan untuk mengawal trafik ia mungkin menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Katanya, jika polis mahu menyuraikan ceramah jika kehadiran melebihi jangkaan adalah tidak munasabah kerana pihaknya tidak dapat memastikan peserta kurang daripada 500 orang.

“Kami memang tidak boleh menghalang pelanggan minum di tapak di luar restoran. Jadi syarat yang dikenakan adalah sukar dipatuhi,” katanya.

Menurut Teresa, pada asalnya ceramah tersebut diadakan pada 8 Januari lalu tetapi polis menolak permohonan dengan alasan tempoh pemberitahuan hanya lapan hari. Dalam Akta Perhimpunan Aman pihak penganjur sepatutnya memberitahu kepada polis 10 hari sebelum program.

`Syarat ketat’

“Saya dan pembantu saya mendapati polis kelihatan mengenakan syarat yang lebih ketat terhadap pihak penganjur ceramah berbanding dengan sebelum adanya Akta Perhimpunan Aman.

“Sebelum adanya akta itu, polis selalu meluluskan permohonan program kami malah dengan notis beberapa hari sahaja, tetapi sekarang pihak polis menolak dengan alasan kami beritahu polis kurang daripada notis 10 hari.

“Selain itu, sebelum adanya akta ini, polis tidak begitu serius untuk mengajak penduduk persekitaran tapak ceramah membantah, tetapi dalam ceramah ini, polis mengedarkan 1,500 notis kepada penduduk persekitaran tapak ceramah, ini seolah-olahnya mengajak orang ramai membantah,” tambah beliau.

Teresa berkata, objektif Akta Perhimpunan Aman adalah untuk memudahkan penganjur mengadakan program atau perhimpunan dan bukan digunakan oleh pihak polis untuk menghalang perhimpunan dan program.

“Saya ingin tanya samada polis akan mengenakan syarat yang sama terhadap ceramah politik ataupun apa-apa bentuk aktiviti kami dalam kempen pilihanraya yang akan datang.

“Sekiranya ini berlaku dalam kempen pilihan raya, maka Akta Perhimpunan Aman akan dijadikan sebagai undang-undang yang boleh disalahgunakan oleh pihak polis untuk menghalang apa-apa bentuk program dan bukannya memudahkan program dan ceramah politik kami.

“Saya akan tulis surat kepada Ketua Polis Selangor untuk menyampaikan ketidakpuasan saya terhadap perkara ini,” kata Teresa lagi.


~ Free Malaysia Today