Showing posts with label gelaran. Show all posts
Showing posts with label gelaran. Show all posts

Monday, 3 March 2014

Malaysiakini dapat anugerah, Zahid Hamidi dapat gelaran 'Menteri Bodoh'..


Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi digelar sebagai menteri bodoh berikutan berikutan menyampaikan penghargaan kepada portal berita pro pembangkang Malaysiakini.

Presiden Persatuan Veteran Tentera Malaysia Mohd Ali Baharom berkata, Zahid tidak menjaga maruah isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dengan menyampaikan penghargaan kepada Malaysiakini.

"Saya terkejut juga dengan pemberian anugerah menteri KDN Zahid Hamidi kepada Malaysiakini. “Itu kami sedih dan rasa marah kepada menteri KDN yang tidak peka, tidak celik dan tidak bijak yang boleh dipanggil bodoh," kata beliau dalam sidang media di Hotel Midah hari ini.

Ali menegaskan, tidak sepatutnya Zahid memberi penghargaan kepada portal berkenaan selepas mengeluarkan berita berhubung kesibukan Rosmah yang tiada masa untuk hobi, antaranya bermain badminton.

Sebelum ini, Malaysiakini mendapat hadiah Kecemerlangan Media Sosial untuk kategori media atas talian dalam Anugerah Media Sosial dan Penulis Blog Sedunia 2014 27 Februari lalu.

Ali mendakwa Zahid telah menunjukkan prestasi buruk sepanjang menerajui KDN sejak tahun lalu. Menurutnya, Zahid hanya melakukan kerja setengah jalan termasuk dalam isu membabitkan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu dan isu kalimah Allah, kerana tiada pendakwaan dibuat ke atas Mohamad dan paderi Lawrence Andrews.

"Saya ulang sekali lagi mohon jasa baik PM Datuk Seri Najib Razak supaya pecat Zahid Hamidi.

"Beliau buat pelbagai masalah, buat kerja setengah jalan dan tak habiskan kerja beliau. Contohnya isu Mat Sabu, Dia 'gempak' dalam dewan (perhimpunan agung) Umno tetapi tiada tindakan (susulan)

Ali turut mempertikaikan kenyataan Zahid dalam isu video kontroversi anggota Parlimen DAP Teresa Kok yang disifatkan Ali sebagai 'membahayakan' negara.

"(Dalam) isu Teresa Kok, dia katakan tampar orang tak salah. Ini yang bahaya ini. Harap PM bijak untuk buat penukaran," tegasnya.

~ RakyatNews

Saturday, 22 June 2013

Sultan Melaka? dakwa gelaran 'Datuk' dijual dengan harga RM100,000


Seorang lelaki yang mendakwa sebagai waris kesulatanan Melayu Melaka, Tuanku Raja Noor Jan Shah Raja Tuah mahu istiadat pengurniaan darjah kebesaran dianjurkan oleh Undang Luak Naning, Datuk Abdul Latif Hisham untuk diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Raja Noor Jan Shah mendakwa gelaran yang diberikan kepada ketua Naning oleh Belanda pada 1800 sebagai tanda penghargaan kerana membekalkan tenaga kerja untuk memperbaiki pelabuhan Melaka ketika itu dan pemegang gelaran tersebut tidak mempunyai darah diraja.

"Oleh itu keturunannya hanyalah seorang rakyat biasa dan tidak berhak mengurniakan gelaran diraja," kata Raja Noor Jan Shah.

Menurutnya jika terdapat sebarang gelaran diraja dikurniakan oleh keturunan Sultan Melaka, beliau sepatutnya yang melakukannya.

Raja Noor Jan Shah yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Melaka Ke-44 berkata, beliau merupakan Raja Kesultanan Perak yang sah dan telah mengurniakan pelbagai gelaran kepada individu yang layak sejak 2005.

"Istiadat pengurniaan saya diadakan untuk menghargai mereka yang memberi sumbangan kepada Melaka dan Perak," katanya.

Raja Noor Jan yang mendakwa turut memiliki persalinan Kesulatanan Melaka termasuk dua keris berkata, beliau akan mengadakan satu lagi majlis perjumpaan pada 19 November di Melaka.

Dakwanya, semua persalinan diraja disahkan sebagai harta pusaka oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti

Dalam perkembangan berasingan, dakwaan mengenai pengurniaan gelaran oleh Undang Luak Naning dijual dengan bayaran yang tinggi mula tersebar.

Setiausaha sulit kepada Abdul Latif berkata, terdapat segelintir individu yang mendakwa sebagai penerima gelaran itu tetapi nama-nama mereka tidak tersenarai dalam senarai penerima gelaran Datuk oleh Undang Luak Naning ke-19 tersebut.

Sementara itu, Datuk Paduka Seri Syahbandar Omar Ali yang mendakwa dirinya sebagai Setiausaha Lembaga Adat Naning berkata, Abdul Latif dipecat pada 2011.

Syahbandar mendakwa Abdul Latif merupakan warga Singapura dan menyebabkan beliau dipecat oleh lembaga tersebut selepas mendapati beliau tidak mempunyai keturunan darah Raja Naning.

"Dia dianggap sebagai Undang Luak Naning yang tidak sah kerana lembaga yang melantiknya pada 2004 mengetepikannya tujuh tahun lalu. Dia tiada hak untuk mengurniakan gelaran Datuk," katanya.

Laporan dari mStar ini tidak mendedahkan berapa harga untuk mendapatkan gelaran 'Datuk' itu tetapi ianya didedahkan oleh The Star..

Sunday, 17 February 2013

HOT: Artis Zed Zaidi pulak terima gelaran Ayahanda

Zed minta masyarakat ubah persepsi mengenai istilah 'ayahanda' yang sering dikaitkan dengan gengsterisme.

Gelaran ‘Ayahanda’ Zed Zaidi Tiada Kaitan Gengsterisme

Pelakon Zed Zaidi meminta masyarakat agar tidak mempertikaikan gelaran ‘ayahanda’ yang diterimanya daripada Pertubuhan Kebajikan Epanco Malaysia (Epanco) pada Ahad lalu.

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil, 33, berkata, gelaran itu adalah istilah yang digunakan sebagai simbolik pelantikannya mengetuai Bahagian Ekonomi pertubuhan berkenaan.
“Saya harap masyarakat jangan pertikai gelaran yang saya terima. Ia adalah penghormatan Epanco atas sumbangan dan kerja saya terhadap masyarakat selama ini.
“Masyarakat perlu ubah persepsi kononnya istilah ‘ayahanda’ berkaitan dengan pertubuhan gengster walhal ia hanya gelaran yang tidak membawa sebarang maksud tersirat,” jelasnya ketika dihubungi mStar Online di sini, petang Jumaat.
Zed yang juga Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) dianugerahkan pangkat ‘ayahanda’ oleh Epanco pada Ahad lalu.

Pertubuhan berdaftar itu bertujuan memelihara agama Islam selain mengeratkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Melayu di negara ini.

Zed berkata, dia tidak perlu berasa bimbang dengan gelaran tersebut kerana ia tiada kaitan dengan unsur gengsterisme seperti yang sering disalah ertikan oleh masyarakat.
“Tiada apa yang perlu saya takut dengan gelaran ini. Saya sendiri panggil bapa saya dengan gelaran ayahanda, adakah bapa saya ketua gengster?
“Sebelum ini pun saya terima pangkat Leftenan Kolonel (Kehormat) daripada Rela (Pasukan Sukarelawan Malaysia) dan ia lebih kurang sama juga dengan pangkat ini (Epanco).
“Cuma istilah sahaja berbeza kerana kebanyakan pertubuhan Melayu memilih istilah ‘ayahanda’ sebagai simbolik seorang ketua,” katanya.
Zed berkata, susulan penganugerahan itu dia bertanggungjawab untuk menarik golongan muda Melayu dan memberikan bimbingan kepada mereka menceburi bidang perniagaan atau politik mengikut kecenderungan masing-masing.~ mStar