Showing posts with label dituduh. Show all posts
Showing posts with label dituduh. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Dituduh sokong penjenayah bunuh Polis.. Ini jawapan ADUN Seberang Jaya..


Segalanya bermula bila Blogger Pro UMNO, MiM atau Dr. Novandri mengulas mengenai satu 'Tweet' dari ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Dalam artikel yang lebih kepada satu nasihat itu Dr. Novandri telah mengulas mengenai 'Tweet' tersebut yang mana ianya berbunyi " Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang - undang membunuh tahanan, itu masalah "

Dr. Novandri menyatakan kenyataan Dr. Afif itu mungkin akan disalah ertikan oleh rakyat dan beliau juga yang terpaksa 'bersilat' menjawab terutamanya part '..membunuh tahanan...' kerana ianya boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak polis..

Lalu Dr. Novandri menasiahti Dr. Afif, katanya "Seperti twitter MiM, adalah lebih elok untuk Dr Afif bertweet menyatakan simpati beliau kepada arwah dan keluarga polis yang terkorban untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

"Beliau mungkin sudah berbuat demikian tetapi tiada ruginya untuk beliau bersimpati sahaja and just stick with the sympathy dan tidak mencampuradukkannya dengan isu lain.

Tambah Dr. Novandri lagi "Dan walau pun berlainan ideologi politik, MiM respect Dr Afif ini. Mungkin beliau boleh beri ulasan beliau. MiM bersikap terbuka." tulis Dr. Novandri di ( SINI )

Memang benar dan betul apa yang dinyatakan oleh Dr. Novandri itu jadi kita terimalah dengan hati yang terbuka...

Malangnya walaupun Dr. Novandri atau MiM memperlihatkan sikap proffesional dalam hal ini, artikel yang disiarkannya itu telah digunakan oleh lain-lain macai untuk menyerang Dr. Afif..

Ada yang nak terajang tulang cenonenggengnya, biar dia cerdik sikit.. kononnya..


Ada yang kelihatan seperti tak faham Bahasa Malaysia walaupun menulis dalam Bahasa Malaysia dengan menganggap kenyataan Dr. Afif itu satu kenyataan yang kurang ajar..

Dan lebih bodoh lagi kenyataan yang jelas bersifat umum itu dituduhnya sebagai menyokong tindakan penjenayah yang membunuh anggota Polis di Kelang..


Dan ada juga menganggap kenyataan Dr. Afif itu sebagai satu kenyataan untuk membodek Guan Eng.

Padahal hakikatnya ialah Dr. Afif dipilih sebagai ADUN  Seberang Jaya oleh rakyat bukannya oleh Guan Eng dan namanya telah dipersetujui untuk diletakkan sebagai Calon pada PRU13 lalu oleh PKR Cabang Permatang Pauh.

Lantikannnya sebagai EXCO pula adalah berdasarkan kuota dan kredibiliti yang ada padanya sebagai bekas Dr. dan juga ADUN Seberang Jaya..

Tak ada kena mengena langsung dengan Guan Eng... dia bodek atau tidak Guan Eng itu, masa depannya sebagai ADUN terletak ditangan rakyat dan Allah S.W.T..


Mungkin kerana mereka dah ketandusan isu untuk dimainkan maka mereka menterjemahkan ayat tersebut sehingga menampakkan seolah-olah Dr.Afif menyokong penjenayah membunuh Polis..

Maka tak hairanlah jika yang berbangsa Melayu sendiri kurang memahami Bahasa Malaysia apatah lagi yang bukan berbangsa Melayu yang menyokong UMNO/BN..

Kerana kurang memahami maksud sebenar mereka akan membuat satu laporan Polis mengenai 'Tweet' Dr. Afif itu..


Dan berikut adalah kenyataan media Dr. Afif mengenai perkara ini..

MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.

Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

Sekian, terima kasih

Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya

Saturday, 22 June 2013

Dulu Molotov Koktail.. sekarang dituduh akan provok Polis supaya huru hara pulak..


Ingat lagi gambar di atas?.. tentu korang masih ingat bagi yang tak ingat dan tak tahu gambar apa benda kat atas tu.. itu ialah Molotov Koktail..

Ianya telah ditemui oleh pihak Polis Selangor dalam satu beg bersama dua plastik hitam mengandungi puluhan baju kuning BERSIH dan dua beg berisi parang serta bebola besi di Batu 12, Jalan Lama Gombak di tepi jalan kawasan hutan ketika himpunan BERSIH hendak diadakan dulu..

Laporan mengenainya sila baca di SINI

Bagi Himpunan Black 505 pula tiada sebarang Molotov Koktail ditemui tetapi Polis mendakwa mendapat maklumat penganjur perhimpunan Black 505 sengaja ingin melihat pertempuran berlaku diantara pihak berkuasa dan orang ramai dan menggesa rakyat agar tidak menghadiri perhimpunan itu.

Polis mengatakan penganjur telah mengarahkan peserta perhimpunan untuk memprovokasi untuk menimbulkan kemarahan pihak polis agar berlaku huru-hara esok.

Kenyataan itu bagaimanapun disanggah oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli yang juga merupakan jurucakap rasmi perhimpunan Black 505.

Betul ke tuduhan tu?.. baca apa kata Rafizi kat bawah ni..

“Saya menafikan tuduhan tersebut. Pihak polis boleh menilai kesemua kenyataan media saya dan laporan temuramah mengenai kesemua perhimpunan Black 505.

“Tidak ada satu pun yang mengarahkan sebarang provokasi atau kekasaran terhadap pasukan polis,” katanya.

“Saya merupakan orang yang terlibat dalam kesemua perancangan.

“ Tidak ada satu perbincangan pun yang menyentuh mengenai kekasaran terhadap pasukan polis, malah saya berhubung baik dengan Ketua Polis Dang Wangi, ACP Zainuddin Ahmad sepanjang penganjuran itu,” tambahnya lagi.

Menggulas lanjut mengenai perkara ini, Rafizi telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang dan saman terhadap Datuk Mohmad Salleh kerana kenyataannya itu berbaur fitnah dan tidak benar.

“Oleh kerana kenyataan Datuk Mohmad Salleh itu adalah tidak benar dan memberikan gambaran buruk terhadap saya selaku penganjur, saya akan mengambil tindakan susulan terhadap kenyataan tersebut,” katanya ~ Sinar Harian

Thursday, 21 February 2013

Kalau Pengerusi Masjid ini PAS,sudah tentu dituduh derhaka kepada Sultan Perak

Kalau perkara ini berlaku kepada ahli PAS dan Pengerusinya pula orang PAS,sudah tentu isu ini dimainkan tiap-tiap malam oleh media arus Perdana dan Suratkhabar.Tapi Pengerusinya didakwa Ketua UMNO cawangan . Semuanya diam saja.

 Surat tuduhan palsu dan tanpa peluang membela diri di atas ditujukan kepada IMAM Abdul Kadir Yaacob.Surat pemecatan Imam Abdul Kadir Yaacob  daripada menjadi  Imam Surau Diri Jumaat atau kini Masjid  Taman Yayasan,Kamunting,dalam Parlimen Bukit Gantang. Surat ditandatangani  Pengerusi Pembinaan  atau Pengerusi Surau Diri Jumaat  ,Abdul Hamid bin  Saad .Pengerusi Surau ini didakwa Ketua UMNO Cawangan  Taman Yayasan,Bahagian Bukit Gantang. Didakwa sumber rujukan pula daripada  YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang.
Surat daripada MAIPk  notis pemecatan yang tidak mengikut prosedur dan undang-undang. Surat daripada  Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap yang menjelaskan pemecatan Pegawai Masjid hanya atas perkenan DYTM Raja Muda,Raja Nazrin  Shah ,Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Perak. 
Notis meminta Imam Abdul Kadir Yaacob bertugas seperti biasa.