Showing posts with label jambatan. Show all posts
Showing posts with label jambatan. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Anak Saudara Timbalan Menteri Orang Pertama Terjun Dari Jambatan Kedua Pulau Pinang..


Baharu sahaja dibuka untuk orang ramai iaitu pada Ahad lalu, Jambatan Kedua Pulau Pinang mencatatkan tragedi apabila seorang lelaki bertindak terjun dari jambatan itu pada Rabu.

Lelaki berkenaan yang berusia 26 tahun, dipercayai anak saudara kepada timbalan menteri.

Dia dikatakan telah melompat dari jambatan Batu Kawan kira-kira pukul 2.40 petang.

Bagaimanapun dia diselamatkan oleh nelayan sejauh kira-kira 500 meter dari KM13.9 jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, tempat di mana dia dipercayai terjun.

Polis marin tiba tidak lama kemudian dan membawanya ke pangkalan di Batu Uban.

Beliau kini menjalani rawatan di unit rawatan rapi Hospital Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Barat Daya Supt Lai Fah Hin berkata, suspek itu kini dalam keadaan stabil dan kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh diri.

Mereka yang menghadapi tekanan emosi di Pulau Pinang boleh menghubungi Befrienders di 04-281 5161/1108; Ipoh 05-547 7933/7955; dan Lembah Klang 03-7956 8144/8145.

Pada 6 Jun 2013, tiga orang disahkan cedera akibat runtuhan tanjakan konkrit dan besi penyambung susur keluar jambatan berkenaan di kawasan Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu.

Jambatan berkenaan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada Sabtu lalu dan dibuka untuk orang ramai sehari kemudian tanpa dikenakan tol selama sebulan.

Kerajaan juga bersetuju menamakan jambatan itu sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah ~ mStar

 
Anak sedara siapalah ni???

Monday, 3 March 2014

Kemalangan pertama di jambatan kedua Pulau Pinang


Tidak sampai 24 jam dirasmikan, satu kemalangan kecil dilaporkan berlaku di Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah petang semalam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafein Mamat berkata, kemalangan kecil melibatkan sebuah kereta itu berlaku dari arah Batu Kawan menuju ke pulau. 

“Kemalangan berkenaan berlaku selepas plaza tol jambatan berkenaan pada jam 5.30 petang semalam menyebabkan lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.

“Bagaimanapun tiada kemalangan jiwa, kemalangan terbabit melibatkan beberapa kereta,” katanya.


Jambatan Kedua Pulau Pinang, dirasmikan oleh Datuk Seri Najib Razak pada 1 Mac lalu, dengan disaksikan lebih 10,000 orang.

Kerajaan bersetuju untuk menamakan Jambatan Kedua Pulau Pinang sebagai Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah, kata Najib.

Beliau berkata keputusan itu dibuat selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah.

Jambatan sepanjang 24 kilometer dengan 17 kilometer daripadanya merentasi laut dan tujuh kilometer di daratan, bakal merancakkan pertumbuhan ekonomi negeri terutama di zon perindustrian tanah besar di Batu Kawan.

Jambatan itu turut mencatat sejarah sebagai jambatan terpanjang di Asia. Projek mega itu yang menelan kos RM4.5 bilion dikendalikan oleh kontraktor China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) dan Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) sebagai pemegang konsesi untuk 45 tahun.

Selain dibina dengan reka bentuk bersifat lestari alam sekitar, jambatan tersebut mempunyai kelebihan kerana menggunakan sistem galas getah redaman tinggi (HDRB) yang mampu menahan kesan gegaran gempa bumi sehingga 8.2 pada skala Richter pada jarak 300 kilometer daripada punca gempa bumi. 

HDRB adalah produk daripada getah asli yang direka bentuk oleh Pusat Penyelidikan Tun Abdul Razak di United Kingdom, iaitu makmal milik Lembaga Getah Negara dan dihasilkan sepenuhnya di dalam negara ~ AntaraPos


... Mungkin sebab ada yang berhenti atau memperlahankan kenderaan kot... semalam ramai yang berhenti tengah-tengah jambatan tu untuk bergambar..

Papantanda ni buat aku tertanya-tanya.. apa ejaan yang betul?. Glugor atau Gelugor?


Friday, 28 February 2014

Najib kata Jambatan Kedua ni hadiah.. tapi kenapa pulak kena bayar tol?



Menjelang PRU13 yang lalu, dalam kunjungannya ke Pulau Pinang bagi menabur janji-janji kepada rakyat Pulau Pinang, Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan beberapa hadiah kononnya buat rakyat Pulau Pinang..

Kunjungan tersebut telah disifatkan oleh media tunggangan UMNO/BN sebagai satu kunjungan yang membawa berita gembira buat rakyat Pulau Pinang.

Kononnya menurut media tunggangan UMNO/BN, selepas lima tahun berada di bawah pentadbiran kerajaan DAP, penduduk Pulau Mutiara kini dapat membezakan antara batu dan permata.

Selama tempoh itu, mereka saban hari ‘didodoikan’ dengan kehebatan dan kejayaan kerajaan pimpinan Lim Guan Eng yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa. Kini, rakyat sedar kesilapan mereka lima tahun lalu sudah memakan diri sendiri.

Maka dengan itu kononnya lagi..  angin perubahan sudah dirasakan di Pulau Pinang kerana rakyat tidak mahu lagi bergantung harap kepada pakatan pembangkang yang hanya pandai bermuka-muka dan mencari salah orang lain untuk menunjukkan kononnya mereka lebih baik.Tetapi pada masa sama, nasib dan kebajikan rakyat terabai.

Antara hadiah yang diumumkan oleh Najib ialah untuk membina 9,999 unit rumah kos sederhana rendah dan mampu milik di Air Putih, Air Itam dan Paya Terubong serta pembangunan semula perumahan di Padang Tembak yang membabitkan sebanyak 4,800 unit rumah kos sederhana rendah.

Jambatan Kedua Pulau Pinang berharga RM4.5 bilion yang boleh digunakan pada September depan, Projek Landasan Elektrik Berkembar yang melalui Pulau Pinang (RM2.7 bilion), pembesaran Empangan Mengkuang (RM1.2 bilion) dan projek pembesaran Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (RM300 juta), diteruskan.

Cuma yang aku hairan dalam hal ini.. Jambatan Kedua Pulau Pinang ini Najib kata dia hadiahkan kepada rakyat Pulau Pinang... tapi kenapa pula kena bayar tol?

Sedangkan menurut Wikipedia, Hadiah atau hibah atau kado adalah pemberian wang, barang, jasa dll yang dilakukan tanpa ada kompensasi balik seperti yang terjadi dalam perdagangan, walaupun dimungkinkan pemberi hadiah mengharapkan adanya imbal balik, ataupun dalam bentuk nama baik (prestise) atau kekuasaan. Dalam hubungan manusia, tindakan pertukaran hadiah berperan dalam meningkatkan kedekatan sosial.
 

Sunday, 23 February 2014

Pemuda Jatuh Jambatan yang dirasmikan Tok Pa... (Video Inside)


“Saya reda tetapi berharap anak ditemui,” kata Fatimah Hussin, 45, yang setia menanti anak sulungnya, Mohd Arif Mohd Nordin, 20, ditemui selepas dikhuatiri lemas akibat terjatuh ke dalam Sungai Kelantan, kelmarin.

Fatimah berkata, dia yang dalam perjalanan ke Kuala Besut, Terengganu, sebelum kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu, terpaksa berpatah balik ke Kota Bharu apabila dikejutkan dengan berita itu yang dimaklumkan anak kedua, Mohd Afiq, 16.

Katanya, dia sempat melihat anaknya itu berehat di rumah di Taman Uda Murni dan Mohd Arif tidak memberitahu mahu keluar dengan rakannya.

“Setiba di tempat kejadian, saya melihat anggota bomba dan penyelamat sedang mencarinya,” katanya. Mohd Arif yang juga bekas pelajar Kolej Poly-Tech MARA (KPTM) Kota Bharu dikatakan terjatuh ke dalam sungai itu ketika melalui pelantar besi pembinaan Jambatan Kedua Sultan Yahya Petra dengan menaiki motosikal.

Dia melalui kawasan itu bersama dua lagi rakan yang berjalan kaki melintasi pelantar besi itu menuju ke arah Pasir Pekan, Tumpat ~ Berita penuh di ( SINI )

Tahukah anda?.. Siapa yang telah melakukan Majlis pecah tanah Jambatan  Kedua Sultan Yahya Petra?.. kalau tak tahu sila lihat video di bawah..

Saturday, 2 March 2013

9 Gambar jambatan runtuh di Putrajaya 28 Februari 2013 -




 Berita yang menggemparkan hari ini ialah runtuhnya Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana, kira-kira jam 2.30 petang tadi. Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian. Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu. Jom tengok lagi lapan gambar terkini keadaan Jambatan di Putrajaya yang disahkan runtuh.












Antara punca yang menyebabkan keruntuhan...... lalalala~~~





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿