Showing posts with label Sharon. Show all posts
Showing posts with label Sharon. Show all posts

Monday, 3 March 2014

BUMI PUN ENGGAN MENERIMA ARIEL SHARON

Bumi pun enggan menerimanya...

Satu gempa bumi telah berlaku sehingga menggegarkan utara Israel ketika Sharon dikebumikan. 
TEL AVIV- Isnin lalu, ketika pembunuh masyarakat Islam Palestin, Ariel Sharon hendak dikebumikan, utara Israel telah mengalami gempa bumi berukuran 3.5 skala Richter
Di saat para pemimpin dan orang-orang kenamaan antarabangsa sedang memberi penghormatan terakhir kepada salah seorang pengasas negara Yahudi itu, penduduk utara Galilee melaporkan kepada Ynetnews.com bahawa gegaran itu mulai dapat dirasai sekitar waktu tengah hari.
Berita mengenai gempa bumi itu telah disahkan oleh Institut Geofizik Israel.
Masya’Allah… apakah itu petanda bumi tidak menerima Ariel Sharon dan bayangkan azab yang menanti pemimpin Yahudi lakhnatullah berkenaan.
” SAYA bersumpah, saya akan bakar setiap bayi dilahirkan di Palestin. Wanita dan kanak-kanak Palestin lebih bahaya berbanding lelaki dewasa. Selagi mereka masih kelihatan, ia menunjukkan generasi itu akan berterusan…” Itulah antara baris ayat Ariel Sharon.
Namun di hari pengebumiannya, bumi bergegar … tahulah nasib kau sekarang kan.
Pemimpin Yahudi yang digelar sebagai ‘Penyembelih Beirut’ itu koma selepas diserang strok dan pendarahan otak pada 4 Januari 2006 semasa berkempen untuk partinya menjelang pilihan raya umum di Israel.
Sharon yang merupakan seorang bekas jeneral menjadi Perdana Menteri Israel dari tahun 2001 hingga 2006 terkenal kerana kekejamannya yang dikutuk oleh masyarakat antarabangsa berhubung pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Beirut, Lebanon.
Pada tahun 1982, Sharon yang menjadi Menteri Pertahanan Israel ketika itu mengarahkan beberapa kumpulan militia Kristian Lebanon untuk membunuh pelarian Palestin di kem pelarian Sabra dan Shatila di Beirut.
Ketika itu, tentera Israel menceroboh sebahagian Lebanon untuk mengusir pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin.
Menurut beberapa sumber Palestin, antara 3,000 hingga 3,500 orang termasuk wanita mengandung, bayi dan kanak-kanak dibunuh kejam dalam pembunuhan beramai-ramai tersebut.
Beribu-ribu pelarian turut diseksa dan dirogol dalam kekejaman tersebut yang berlaku selama tiga hari pada 16 September 1986.
Gambar: Naib Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden berucap di hadapan keranda Ariel Sharon

SUMBER : http://www.ibtimes.com/earthquake-shakes-northern-israel-former-prime-minister-ariel-sharon-laid-rest-1536696

✿*~ Ingin Daftar Ahli Shaklee? SMS @ Whatsapp 012 3117349 ~*✿ 

Friday, 1 February 2013

Otak Sharon bakal pulih???

Baitulmaqdis: Bekas Perdana Menteri Israel yang tidak sedarkan diri selama tujuh tahun selepas diserang angin ahmar, mampu memproses maklumat dan otaknya menunjukkan banyak aktiviti.


Pendedahan mengejutkan itu dibuat doktor yang melakukan ujian baru-baru ini ke atas pemimpin itu yang berusia 84 tahun.

Pasukan perubatan yang membuat ujian ke atas Ariel Sharon minggu lalu berkata, imbasan menunjukkan bekas pemimpin itu memberi tindak balas kepada gambar keluarganya dan rakaman suara anak lelakinya.


Mereka, bagaimanapun menekankan, tidak jelas sejauh mana Sharon memahami apa yang ditunjukkan kepadanya sambil menekankan dia tiada peluang pulih seperti biasa.

“Kami terkejut melihat aktiviti otaknya. Dia dapat maklumat dan memprosesnya. Dia dengar apa yang dikatakan.

“Sejauh mana tahap dia memahami, kami tidak dapat kata dengan pasti tetapi petunjuk menggalakkan,” kata ketua Pusat Sains Saraf Zlotowski di Universiti Ben-Gurion,i Beersheba, Dr Alon Friedman.

Sharon berada di kemuncak kuasa politiknya pada awal 2006 apabila serangan angin ahmar melumpuhkannya. Sharon koma sejak itu dan disambungkan kepada mesin pernafasan.
Keluarganya berkata, kadang-kadang dia membuka mata dan menggerakkan jari, tetapi tiada banyak maklumat didedahkan mengenai keadaan Sharon. Tiada siapa juga berkata kognitifnya kembali berfungsi.

Minggu lalu, sepasukan saintis Israel dan Amerika Syarikat mengadakan beberapa pemeriksaan ke atasnya di Hospital Soroka di Beersheba, menggunakan mesin imbasan MRI yang baru dibangunkan untuk menilai fungsi otaknya.

Friedman berkata, prosedur dua jam itu antara yang pertama dilakukan ke atas pesakit yang mengalami pendarahan otak. Ia juga jarang dilakukan ke atas pesakit pada usia Sharon. - Berita Harian 




✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... sesiapa yg nak bertukar-tukar LINK blog sgt dialu-alukan ... dan terima kasih kerana membaca ~*✿