Showing posts with label Hantar. Show all posts
Showing posts with label Hantar. Show all posts

Monday, 10 March 2014

MH370 : Siapa kata Malaysia tak hantar Kapal Selam?.. Ini apa bendanya?


Dulu aku pernah menongkah arus menentang dan dalam masa yang sama cuba nak perbetulkan anggapan penyokong Pakatan Rakyat tentang isu kapal selam yang didakwa tidak boleh menyelam..

Perkara itu bercanggah dengan apa yang didedahkan oleh kebanyakkan Pemimpin Pakatan Rakyat, malangnya aku dicop sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pulak...

Kali ini tentang kenapa Malaysia tak hantar Scorpene untuk turut membantu operasi SAR MH370 yang hilang itu sebagaimana yang dilakukan oleh pihak Singapura..

Korang nak anggap aku sebagai 'Trojan Horse' dari UMNO pun tak apa.. pasal.. Albert Einstein kata "Perbezaan di antara kecerdikan dan kebodohan ialah kecerdikan ada had, tetapi kebodohan tiada sempadan."

Siapa kena nasiblaaaa... kah.. kah... kah..

Baca nih..

Baru-baru ini, Singapura telah menyuarakan pertolongnya untuk menghantar sebuah DEEP SEA SUBS RESCUE (tetapi ramai yang menyangka ia adalah sebuah kapal selam perang) yang dilancarkan dari kapal MV Swift Rescue milik RSN. Ia adalah bertujuan bagi mengesan bangkai pesawat yang berada di laut dalam dan mencari Black Box pada pesawat yang terhempas. Black Box ini sangat penting bagi siasatan NTSB dan DCA Malaysia dalam mencari punca nahas.

Submarine Support and Rescue Vessel (SSRV) ini bagaimanapun telah dimiliki oleh Malaysia sejak pengoperasian Scorpene Submarine. Ia adalah kapal sokongan yang menjadi satu keperluan sangat penting bagi mana-mana negara yang mengoperasikan kapal selam dan mampu menjadi Submarine SAR (SUBSAR) untuk menyelamat mana-mana kapal selam yang karam di lautan dalam.

Namun, dalam masa yang sama juga, ia boleh digunakan bagi operasi SAR terhadap kapal terbang atau kapal lautan yang karam ke dalam laut bagi mengesan bangkai kapal dan membantu siasatan punca nahas.

Pengoperasian robotic submarine bukanlah suatu yang baru bagi TLDM. Sebelum ini Mahamiru Class telahpun mengoperasikan Olister SUV (Submarine Unnamed Vehicle) bagi tugas mengesan periuk api.

Bagi MV Mega Bakti (gambar atas) pula, ia sudah cukup sekadar ROV (dalam gambar kecil) bagi sokongan bawah permukaan, namun kapal ini tidak memiliki Submarine Escape and Rescue (SMER) seperti mana yang dimiliki oleh MV Swift Rescue.

MV Mega Bakti antara kapal bantuan yang dihantar ke lokasi nahas MH370 bagi mengesan bangkai pesawat tersebut yang tenggelam di dasar lautan.


Seperti mana MV Mega Bakti, kapal dari Kelas Mahamiru ini juga mempunyai ROV sendiri tetapi lebih besar dari ROV Debris yang ada pada MV Mega Bakti.

Kelas Mahamiru adalah kapal pemusnahrajau dan periuk api yang terdiri daripada KD Mahamiru (11), KD Jerai (12), KD Ledang (13), dan KD Kinabalu (14).

Asalnya sistem remote-operated submersibles (ROV) adalah dari sistem PAP-104, tetapi apabila kapal dinaiktaraf dalam program SLEP, ia digantikan dengan sonar baru dari Thales dan ROV baru jenis Olister (gambar kecil) bagi tujuan pemusnah periuk api.

Walaubagaimanapun, ROV ini juga boleh diguna bagi mengesan bangkai pesawat atau kapal yang karam dalam lautan. KD Jerai antara aset yang akan digerakkan bagi operasi SAR MH-370 bagi pengesan bangkai pesawat, dan mendapatkan Black Box bagi memudahkan siasatan punca nahas oleh NTSB dan DCA.

Penjelasan oleh Malaysia Defense di SINI


Wednesday, 30 January 2013

Hantar Memo bantah Pusat Judi tapi Pemimpin UMNO tak peduli.. Akhirnya penduduk adakan demonstrasi..


Jika perkara ini berlaku di negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat baik Pulau Pinang, Kelantan, Kedah ataupun Selangor maka riuh rendahlah pencacai-pencacai UMNO memainkan di blog mereka..

Malangnya ia tidak berlaku di negeri yang ditadbir oleh Pakatan Rakyat tetapi ianya telah berlaku di negeri asal Perdana Menteri, Najib Tun Razak.

Meskipun memorandum telah dihantar kepada beberapa pemimpin tertinggi UMNO, bantahan ini dipandang sepi oleh mereka walaupun ianya akan mengundang gejala sosial... mungkin ada diantara mereka punya kepentingan..

Sehari dua yang lalu seorang pembaca mengirimkan e-mail yang disertakan dengan gambar-gambar memo tersebut..

Assalammualaikum w.b.t kpd ASD

Saya ingin memohon kpd semua utk mengwar2warkan isu kewujudan hiburan haram dan perjudian di daerah Maran, Pahang Darul Makmur. Saya mendapat maklumat ini di papan kenyataan Masjid As-Syakirin Maran ketika Solat Jumaat minggu lepas 18 Januari 2013.

Sewaktu sy membaca memo ini, saya terdengar perbualan dua orang jemaah tentang isu ini yg turut sama membaca memo itu dan mereka sangat tidak berpuas hati dengan apa yg berlaku. Komen mereka perkara seperti inilah yg sebenarnya merosakkan orang Islam dan orang2 Melayu terutama golongan muda.

Jika saya tidak salah, tempat pusat judi ini berkemungkinan di kawasan Tong Kiat yg berhampiran dengan kawasan Kuala Sentul. Pengesahan lanjut perlu didapatkan tentang lokasi sebenar pusat kegiatan haram ini.

Jika dapat dilhat kepada senarai memo tersebut dihantar, ianya dihantar kepada Menteri Keselataman Dalam Negeri, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Menteri Besar Pahang, Ketua Polis Pahang.

Dan ianya juga telah dihantar kepada pihak berautoriti yang berada di daerah Maran seperti Ahli Parlimen Maran, YB Dato' Hj. Ismail, ADUN Kawasan Luit, YB Dato' Hj. Ahmad Munawar, ADUN Kawasan Kuala Sentul, YB Dato' Shahaniza, ADUN Kawasan Jengka, YB Wan Salman, YH Dato' Pegawai Daerah Maran dan Ketua Polis Daerah Maran.

Pengumuman telah dibuat oleh pihak masjid sebelum Solat Jumaat bagi memohon jemaah sama2 mengerjakan Solat Hajat selepas Solat Jumaat.

Saya tidak mendapat maklumat bilakah memorandum bantahan tersebut dihantar dan ditandatangani. Diharap maklumat ini dapat disebarkan dan dikongsikan agar dapat membuka mata pihak2 berwajib untuk mengambil tindakan sepatutnyer.

Dengan gejala sosial dan keruntuhan akhlak yg membarah sekarang ni, adalah amat wajar perkara2 seperti ini diperangi habis-habisan.

Yang Benar,
Anak Maran

Ini adalah memorandum yang dimaksudkan beliau..


Oleh kerana memorandum tidak dipedulikan satu demonstrasi telah diadakan..


ROMPIN: Kecewa dan marah dengan aktiviti judi yang berleluasa di kawasan mereka, seramai 200 penduduk sekitar gugusan Keratong berhimpun membantah selepas Solat Jumaat di masjid Felda Keratong 2 di sini kelmarin.

Mereka kesal dan merasa tercabar, kerana empat pusat judi itu terus dibiarkan beroperasi sejak lebih setahun lalu walaupun laporan polis telah dibuat, memorandum kepada Jabatan Agama Islam Daerah telah dihantar serta pendedahan media telah tersiar.

Lebih mengecewakan, salah satu pusat judi berkenaan hanya terletak sekitar satu kilometer dari rumah keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Ibam Datuk Mohamad Sahfri Ab. Aziz yang juga merupakan Exco Agama kerajaan negeri.

Perhimpunan aman sekitar setengah jam itu diisi dengan pidato penduduk, bacaan doa oleh imam masjid dan pelbagai sepanduk ditunjukkan oleh penduduk.

Laporan penuh sila baca di ( SINI )