Showing posts with label melihat. Show all posts
Showing posts with label melihat. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Guru meraung melihat anak yang tertinggal dalam kereta meninggal


Gambar kematian anak bongsu yang ditinggalkan ibunya di dalam kereta

 Lemas Ditinggal Dalam Myvi Ibu - SUBANG JAYA : Luluh hati seorang ibu apabila mendapati anak bongsu kesayangannya ditemui mati dalam keadaan muka kebiru-biruan dan bajunya dibasahi peluh selepas lemas akibat ditinggalkan secara tidak sengaja di dalam kereta jenis Perodua Myvi yang diletakkan di bawah panas terik.

Kejadian menyayat hati di sebuah sekolah menengah di USJ4 di sini itu menyebabkan anak bongsu daripada dua beradik, Nawal Iris Samsudin, 3, mati di tempat kejadian akibat lemas selepas ditinggalkan selama enam jam bermula pukul 11.30 pagi kelmarin.

Mayat kanak-kanak tersebut ditemui oleh ibunya, Nor Zatusy Hazwa Abdul Rahim, 32, selepas selesai mengajar sesi petang di sekolah tersebut pada pukul 5.30 petang. Wanita itu merupakan guru di sekolah berkenaan.

Menurut kakitangan sekolah yang enggan dikenali, guru wanita yang baru selesai mengajar pada sesi petang itu terus meraung apabila menemui anaknya yang sudah kebiru-biruan, tidak lagi bergerak dan pakaiannya dibasahi peluh sebaik membuka pintu kereta Myvi yang berwarna kuning.

“Sebelum itu tiada siapa tahu yang anaknya berada di tempat duduk belakang kereta. Guru wanita itu meraung kuat hingga mengejutkan kami dan apabila dilihat, kami dapati anaknya sudah kaku dalam keadaan basah kuyup dipercayai berpeluh akibat cuaca yang panas terik,” ceritanya. – Kosmo



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye...Sharing is caring ^_^ ~*✿

Friday, 15 February 2013

Rosmah Mansor pasti sakit hati bila melihat Billboard ini..

Cukuplah tipu kami… itu adalah apa yang tertera pada sebuah billboard yang ditemui di Terengganu..

Siapa punya kerja ni entahlah..

Tetapi dari apa yang terpapar ianya jelas menunjukkan bahawa rakyat di Terengganu juga tidak dapat menerima penafian Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor tentang cincin RM24 Juta itu.

Dengan memetik kenyataan beliau yang disiarkan oleh TV3 dan juga Sinar Harian iaitu “ Saya tidak mempunyai wang, jadi saya hanya melihat dan merasakan ianya benar-benar cantik, itu saja!!”

Selain itu Rosmah Mansor juga telah bersumpah bahawa beliau tidak memiliki cincin yang telah mencetuskan kontroversi itu..

Kenyataan tersebut telah dinyatakan oleh Rosmah Mansor dalam satu majlis yang dipenuhi oleh pengundi dari saluran satu, iaitu golongan yang mudah ditipu oleh pemimpin UMNO/BN kerana mereka kurang terdedah kepada maklumat alternatif yang terdapat dalam internet.

Sila lihat video mengenai kenyataan dan sumpah Rosmah itu di ( SINI )

Korang agak berapa hari billboard ini mampu bertahan?


Sumber gambar dari Sharpshooter