Showing posts with label tempat. Show all posts
Showing posts with label tempat. Show all posts

Saturday, 3 August 2013

Gambar-gambar dari tempat kejadian kemalangan yang akibatkan Pemain Hoki Negara maut..


Pemain hoki kebangsaan, Chua Boon Huat, 33, maut selepas terbabit dalam kemalangan apabila kereta yang dinaikinya melanggar sebuah lori di Lebuh Raya Damansara-Puchong (LDP) dekat Stesen LRT Kelana Jaya di sini pukul 2.25 pagi Khamis.

Menurut jurucakap polis, Kereta Proton Perdana dipandu Chua, dipercayai terlanggar sebuah lori tangki air, di LDP dalam kejadian jam 2.25 pagi itu.

Pasukan Bomba dan Penyelamat Damansara diketuai seorang pegawai dan lima anggota dikejarkan ke tempat kejadian untuk mengeluarkan Chua yang tersepit dalam keretanya.


Beliau berkata, Chua mengalami kecederaan parah di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian. 

“Mayat telah dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat,” katanya.

Chua yang berasal dari Bukit Cina, Melaka merupakan antara pemain hoki paling lama bermain untuk skuad kebangsaan.

Mendiang mula beraksi untuk pasukan negara sejak berusia 17 tahun dan pernah beraksi untuk skuad hoki negara di Sukan Komanwel 1998.

Antara pencapaian mendiang Chua Boon Huat bersama Pasukan Hoki Negara:- Gangsa di Asian Games 2002 Busan, Perak di Sukan Komanwel 1998 KL.

Gangsa di Sukan Komanwel 2006 Melbourne dan Gangsa di Hockey Asia Cup Chennai 2007.


Sumber gambar datangnya dari : Facebook Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor

Thursday, 25 July 2013

Ini Penjelasan Dari Pengetua Dan Pengerusi PIBG Berkenaan Bilik Persalinan Diguna Sebagai Tempat Makan


Ketika memasuki perkarangan sekolah kira-kira pukul 6 petang Selasa, guru besar dan Pengerusi Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) kelihatan tertekan kerana beberapa pegawai dari pelbagai jabatan kerajaan menyoal mereka berulang kali mengenai tindakan tersebut.

Mereka menunjukkan kepada kami bilik persalinan yang berada dalam keadaan bersih pada ketika itu.

Dua meja dengan alas berwarna ungu diletakkan dalam ruang kecil dekat dengan bilik mandi dan singki serta kerusi.

Kantin sekolah itu yang bertentangan dengan bilik persalinan baju dibuka semula untuk murid-murid pada Selasa atas arahan Menteri Pendidikan.

Terdapat tiga bilik mandi dan tiga singki di dalam bilik tersebut yang betul-betul bersebelahan dengan tandas perempuan dan tandas orang kurang upaya.

Menurut pegawai sekolah tersebut, terdapat kira-kira 28 pelajar bukan Islam di sekolah terbabit.

Guru besarnya, Mohd Nasir Mohd Noor berkata, semua murid telah menggunakan bilik persalinan itu sejak Mac kerana ruang di kantin sekolah tidak mencukupi.

"Kemasukan pelajar meningkat melebihi 500 murid pada tahun ini. Malah kami tidak mempunyai bilik kelas yang cukup. Kami mempunyai purata kira-kira 49 murid dalam setiap kelas sekarang.

"Saya hanya memutuskan untuk memindahkan mereka ke bilik tersebut kerana kebanyakan murid-murid duduk di atas rumput atau berhampiran longkang kerana ruang yang terhad," katanya.



Beliau berkata, kantin sekolah itu ditutup lebih seminggu yang lalu kerana kerja pengubahsuaian.

Mohd Nasir membawa kami ke kantin itu untuk menunjukkan pintu kaca yang baru dipasang di sudut penjuru kantin tersebut.

Kerja pengubahsuaian sudah berakhir minggu lalu, katanya.

"Kantin itu sepatutnya dibuka semula pada Isnin. Saya tidak tahu mengapa ia ditutup. Saya berada dalam mesyuarat pada hari tersebut," kata Mohd Nasir.

Pengerusi PIBG, Hussein Mohd Ariff berkata, ahli persatuan itu menyedari situasi itu apabila ia dibawa ke dalam Mesyuarat Agung Tahunan (AGM).

"Sebagai ibu bapa, saya rasa ia bukan idea baik tetapi keputusan bukan terletak di tangan saya," katanya. 

Sementara itu, Mohd Nasir menegaskan beliau tidak pernah mengamalkan diskriminasi terhadap para pelajar.

"Seperti yang anda boleh lihat, bilik mandi amat bersih. Hanya satu sebab saya memilih tempat itu kerana ia bilik paling dekat dengan kantin.

"Saya tidak bermaksud untuk mengapa-apakan murid-murid," katanya ~ mStar


Itu penjelasan mereka..

Sebenarnya aku kurang bersetuju dengan tindakan beberap sahabat yang mendedahkan laman FaceBook milik peribadi Pengetua Sekolah ini..

Sepatutnya apapun yang berlaku kita sewajarnya menunggu penjelasan dari beliau sendiri.. kerana beliau hanya menjalankan tugasnya..

Dan aku yakin Pengetua Sekolah ini sedaya upaya memberikan yang terbaik buat para pelajarnya..

Sunday, 3 February 2013

Bawani punya pasal tempat ceramah ditukar?


Pada malam ini sepatutnya ceramah Memperingati Allahyarham Mat Indera mati dihukum gantung oleh penjajah Inggeris pada pukul 11malam ,29 Januari 1953,60 tahun lalu berlangsung di Tapak Pasar Minggu Kamunting.Tetapi atas  nasihat OCPD ditukarkan ke Pusat Tarbiah ,Bukit Jana.

Mungkinkah pertukaran itu kerana tiada mendapat kelulusan pihak berkenaan atau kerana takut pengaruh wanita bernama Bawani.?

Aktivis pelajar Adam Adli,  adik Mat Indera, Dr Muhaimin penulis buku ,Dr Zuhdi  dan Peguam Aminuddin serta wakil KERABAT Sdr Zulkifli  dijangka turut berceramah.Justeru itu jom kita bersama menjayakan program diBukit Jana ,Kamunting malam ini 29 Januari 2013.

Saturday, 19 January 2013

#Listen : Ini surat dari Mahasiswa yang berada di tempat kejadian..

Oleh : Mahasiswa UUM


Saya akan cuba jelaskan apa yang berlaku kerana saya adalah salah seorang yang berada di dalam dewan terbabit dan mengikuti perkembangan forum ini seawal seminggu sebelum forum ini berlangsung, kerana minat sebagai seorang mahasiswa terhadap tajuk forum berkenaan pada awalnya.

Saya akan cuba jelaskan dalam bentuk kronologi;

[SEBELUM PROGRAM]

Seminggu sebelum forum ini berlangsung, saya sudah mendaftarkan diri sebagai peserta sewaktu borang pendaftaran diagihkan di dalam kelas. Kenapa saya begitu cepat untuk mendaftarkan diri? Adakah saya ini peminat Puan Sharifah? Harus untuk kamu semua tahu, bahawasanya sewaktu publisiti program itu digembar-gemburkan beberapa perkara menarik minat diri ini untuk turut serta;

[1] TAJUK

Tajuk forum pada hari kejadian yang digembar-gemburkan ialah "Seiringkah Mahasiswa Berpolitik?" cukup jelas dan umum. Ini perkara pertama yang membuatkan saya mendaftar sebagai peserta tanpa berfikir panjang.

[2] MODERATOR


Moderator pada hari kejadian dikatakan saudara yang saya hormati YDP MPPUUM (gambar) sendiri iaitu Saudara Ku Amirul, dia adalah pimpinan tertinggi di dalam kampus ini, wajar bagi saya menaruh harapan besar untuk mendengar penjelasan beliau tentang "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK?".

[3] MISTERI PANELIS

Panelis jemputan pada hari kejadian di"rahsia"kan, saya ini jiwa ingin tahu, jiwa mencari ilmu, jiwa mencari solusi, apabila panelis di"rahsia"kan, hati saya membuak-buak mencari siapakah mereka? Sememang hati saya berteka-teki mungkinkah tokoh-tokoh ilmuan negara? Ataupun ahli akademik yang berautoriti tinggi akan mengupas tajuk ini.

Tiga point di atas menjadikan saya mungkin antara peserta terawal mendaftar, nampak seperti gelojoh, tapi gelojoh saya gelojoh gilakan "ilmu".

Adakah persoalan saya "SEIRINGKAH MAHASISWA BERPOLITIK" selama ini akan dijawab pada hari kejadian dengan berlandaskan prinsip-prinsip ilmu dan keterbukaan agama?

[SEWAKTU PROGRAM]

 ~SEJAM AWAL PROGRAM~

Saya berada di sana 9.15 pagi lebih kurang. Sewaktu penulis sampai, makan pagi disediakan, makanan disediakan untuk 2000 peserta, "tingginya peruntukan program ni". Saya masuk dewan, dan saya lihat background pentas tertulis satu tajuk yang berlainan dengan apa yang saya ketahui sebelum ini, adakah tajuk diubah? Menunggu dan menunggu lebih kurang pukul 10 pagi barulah persoalan penulis terjawab dengan ketibaan VIP jemputan dan panelis diumumkan.

Antara 4 panelis :
1. Presiden Pertubuhan Suara Wanita 1Malaysia
2. Peter Yap (salesman)
3. Gulam Muzafar (banker)
4. Mazli Mutazam (Pengetua Kolej Proton, UUM)

~ 2 JAM AWAL PROGRAM~
Saya sedikit kecewa dengan senarai panelis yang ada namun kerana jiwa ini dahagakan penjelasan mengenai isu ini, terus berada di dalam dewan terbabit moga-moga, mereka dapat mengulas tajuk ini dengan baik. Malang kerana apa yang saya hajati tak tercapai dan lebih malang lagi forum telah berubah kepada isu kepimpinan wanita, dan ini senarai isu yang dimainkan

[1] Ambiga pencetus demokrasi.
[2] Kes Nurul Izzah dengan kebebasan beragama.
[3] Bersih.
[4]Mahasiswa berdemonstrasi PTPTN.

Dari 10.00 pagi sehingga 12.30 tengah hari, isu ini lah yang diulas, langsung tiada hujah ilmiah dan hanya membawa pandangan sebelah pihak, berulangkali panelis-panelis di atas sana menyatakan bahawa mereka tidak berpolitik kepartian tetapi ingin menunjukkan pimpinan wanita yang bermasalah di negara dan ingin dijadikan iktibar, saya akur! Tapi kenapa pimpinan pembangkang sahaja yang diserang?

Maksumkah pimpinan wanita kerajaan? Mana kes menteri Shahrizat Jalil dengan NFC? Kes "First Lady" Rosmah Mansur dengan cincinnya? Satu sahaja ingin saya utarakan, adakah adil kamu menyerang sebelah pihak hanya kerana "mereka" berhaluan kiri?

~SEJAM SEBELUM TAMAT PROGRAM~

Saya melihat di sebelah, seorang peserta sedang menulis di satu helaian borang. Bila saya perhatikan, ada yang tidak kena dengan helaian borang ini, yang menganjurkan adalah NGO tetapi kenapa di bawah helaian kertas ini berisikan biodata diri dan tempat mengundi dun dan parlimen.

Bila saya tanya kepada peserta terbabit dari mana datangnya, rupanya borang itu diedarkan awal program lagi, patutlah saya tak dapat kerana agak lewat. Saya ambil gambar borang untuk mencari jawapan kenapa borang ini agak ganjil pada pandangan saya.

Kemudian sesi soal jawab dibuka, saya sudah bersedia ingin bertanya, malang terus berpanjangan apabila dua soalan sahaja dibuka. Tidak sempat saya sampai di mikrofon untuk bertanya soalan di tengah-tengah dewan itu sesi soalan telah ditutup. Saya mula rasa "semacam".

Saya tahu bukan saya sahaja yang ingin bertanya tetapi tidak berkesampaian, selepas jawapan diberikan oleh Puan Sharifah, tiba-tiba beliau meminta kami berdiri, dan kemudian YDP MPP menjadi ketua membaca ikrar. Saya tidak mengikutnya kerana saya langsung tidak jelas apa yang ingin diikrarkan sebenarnya (mungkin tidak teratur seperti yang sebenar tetapi secara asas beginilah).

~MISS BAWANI MENGHANGATKAN SUASANA~

Selesai sahaja ikrar, sejurus sahaja semua dipersilakan duduk, sedang asyik Puan Sharifah bercakap di hadapan, satu suara minta untuk diberi perhatian kerana ingin melontar pendapat. Ya itu adalah Bawani.

Perisitwa inilah yang menjadi bualan sekarang, dan mengegar satu Malaysia, saya mempunyai beberapa pandangan yang berbeza dalam kejadian ini. (Video sila lihat di SINI )

[1] Menyokong TINDAKAN Bawani.

Saya bersetuju dengan apa yang DIPERSOALKAN oleh Bawani, sahabat-sahabat yang tidak berada di majlis berkenaan perlu tahu kami menghabiskan masa selama 3 jam untuk mendapat ilmu pengetahuan, tetapi hanya provokasi murahan dengan melabel dan mengecam "mereka" yang berhaluan kiri. Tajuk forum telah lama terbabas.

Dan pihak penganjur mempersoalkan kenapa tidak bertanya sewaktu sesi soal jawab dibuka, saya rasa penganjur perlu sedar bahawasa penganjur hanya membuka 2 soalan untuk kami bertanya sedangkan TAJUK forum belum lagi terungkai! Hujah Miss Bawani cukup padu dengan fakta numberic dan perbandingan dengan negara-negara luar, syabas untuk Miss Bawani.

[2] Tidak Menyokong NADA SUARA Bawani

Saya yang berada di majlis berkenaan kurang bersetuju dengan nada suara yang digunakan oleh Miss Bawani. Nada suara yang digunakan agak terbabas dari kawalan emosi, mungkin sahabat pembaca tidak bersetuju dengan pandangan ini, tapi inilah pandangan saya yang berada disana, dengan nada suara yang agak tinggi, membuatkan peserta kurang jelas apa yang diperkatakan oleh Bawani sendiri, dan jika kamu berada di tempat kejadian, kamu akan berdebar, dan kelihatan seolah satu pergaduhan "tarik rambut" akan berlaku.

[3] Sepenuhnya Tidak Bersetuju Dengan Puan Sharifah

Puan Sharifah dikatakan mempunyai pendidikan yang tinggi dan dikhabarkan cukup profesional, tetapi respon terhadap kejadian ini cukup mendukacitakan. Puan Sharifah lebih berpengalaman, Puan Sharifah lebih intelektual, Puan Sharifah lebih matang sepatutnya dalam mengawal suasana seperti ini.

Dengan hujah Bawani yang matang, malangnya Puan Sharifah telah mengambil satu keputusan cukup memalukan, dengan beranalogi suatu yang tidak patut, menghina, merendahkan suara mahasiswi. Sememang wajar jika Puan Sharifah MEMOHON MAAF kepada Miss Bawani pada pandangan saya.

Selesai selesai sesi "PANAS" ini, forum berlangsung dengan penuh meriahnya bersama "GALAXY NOTE CLONE".

[SELEPAS PROGRAM]

Selesai forum, 2000 peserta sekali lagi diberi makanan tengah hari percuma. Ramai yang berbicara kejadian panas ini, tetapi hanya berlegar di kalangan pelajar UUM. Ada yang menyokong dan ada yang mengkeji tindakan Bawani. Tetapi sebulan selepas program ini berlangsung barulah isu ini tersebar dan menjadi bualan seluruh Malaysia.

PANDANGAN PERIBADI PENULIS

SAYA MENYOKONG BAWANI SEPENUHNYA CUMA MUNGKIN PERLU DIBAIKI BEBERAPA PERKARA, DAN KEPADA PEMBACA NILAILAH SENDIRI. CUMA YANG MASIH MENJADI PERSOALAN SAYA, PERUNTUKAN YANG CUKUP TINGGI DIPERLUKAN UNTUK PROGRAM SEPERTI INI (2 KALI MAKAN UNTUK 2000 PESERTA, 10 GALAXY NOTE CLONE TIDAK TERMASUK SAGUHATI) DARI MANA DATANGNYA UNTUK PROGRAM YANG SEBEGINI RENDAH KUALITINYA???

Ini pendapat Mahasiswa Indonesia tentang Politik Mahasiswa Malaysia..