Showing posts with label runtuh. Show all posts
Showing posts with label runtuh. Show all posts

Saturday, 2 March 2013

Punca Jambatan Runtuh Di Kenal Pasti... (Berita TV3 Suku)


Semua orang dah tau punca Stadium di Terengganu runtuh kerana Otoman Taro.... hahahaha....!!!! Kenapa Stadium Terengganu yang jadi pilihannya... sebabnya lu orang buka peta dunia dan lihat kedudukan Jepun ke Malaysia mesti tempuhi negeri mana terlebih dahulu... itulah puncanya...

Tapi ramai yang tak tau apakah puncanya jambatan di Putrajaya runtuh.... apakah puncanya...????

Adakah kerja Otoman Taro jugak.... issshhhhh.... bukannnnn.... puncanya kerana salah seorang penduduk Putrajaya dah tersalah pilih tempat untuk senamrobik.... hahahaha...

Salahkan diaaa.......

Salahkan diaaaa......

Salahkan diaaaa......



Terkedu japppp....!!!!

9 Gambar jambatan runtuh di Putrajaya 28 Februari 2013 -




 Berita yang menggemparkan hari ini ialah runtuhnya Jambatan Cyberjaya menghala ke Aman Putra yang bersempadan dengan Cyberjaya dan Putra Perdana, kira-kira jam 2.30 petang tadi. Balai Polis Dengkil mengesahkan terdapat laporan dibuat mengenai runtuhan itu sebentar tadi seperti yang dilaporkan dalam Berita Harian. Katanya, jambatan berkenaan sudah lama ditutup untuk lalu lintas kenderaan lebih sebulan lalu. Jom tengok lagi lapan gambar terkini keadaan Jambatan di Putrajaya yang disahkan runtuh.












Antara punca yang menyebabkan keruntuhan...... lalalala~~~





✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Thursday, 21 February 2013

Menteri Besar Terengganu kata bumbung Stadium Sultan Mizan tak runtuh laaa..


Betul-betul aku tak faham dengan kenyataan MB Terengganu ni.. rangka bumbung dah ranap macam dalam gambar itu pun beliau masih mengatakan tidak runtuh..

Mungkin dia tak sedar lagi bahawa maklumat sekarang bukannya tersebar satu atau dua hari selepas kejadian.. tapi satu atau dua minit saja lepas kejadian..

Mungkin juga dia nak memperbodohkan rakyat Terengganu.. tapi dalam masa yang sama terserlah kebodohannya sendiri..

Tapi macam Chegu Bard kata.. Kalau yang dilantik itu orang bodoh.. yang melantik dan menyokongnya pula sudah tentu lebih bodoh..

MB nafi Stadium Sultan Mizan runtuh

ARANG - Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said menafikan bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh buat kali kedua semalam, selepas kejadian runtuhan berlaku pada Jun 2009, yang menyebabkan sebahagian bumbung di granstand utama stadium itu runtuh.

Menurut beliau, kejadian yang menyebabkan pekerja di stadium berkenaan cedera selepas struktur keluli pada bumbung stadium yang sedang diperbaiki dikatakan runtuh itu adalah berpunca daripada kecuaian pihak kontraktor menjalankan kerja.

“Bukan runtuh, ini tak betul (jika stadium itu dikatakan) runtuh. Dia (pekerja kontraktor) sedang angkat (peralatan pembinaan) menggunakan kren tetapi terlepas (dan menyebabkan kecederaan itu). Dan itu adalah tanggungjawab dia (kontraktor).

“Bukan runtuhan, itu tanggungjawab kontraktor (kerana) tidak menjaga keselamatan. Ini yang tidak betul (mengenai runtuhan itu) kerana kerja-kerja sedang berjalan, jadi benda yang dipegang (kren) terlepas menyebabkan ia berlaku,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas mengenai bumbung Stadium Sultan Mizan di Gong Badak, Kuala Terengganu yang sedang diperbaiki, dikatakan runtuh semalam, selepas melawat dua mangsa kebakaran di Kampung Titian Baru, di sini, semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 11.30 pagi itu, tiga pekerja terperangkap di bawah runtuhan namun berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu untuk mendapatkan rawatan ~ Sinar Harian

Lagi gambar runtuhan bumbung Stadium tersebut yang dikatakan tidak runtuh oleh Mat Said itu sila lihat di ( SINI )