Showing posts with label Masjid. Show all posts
Showing posts with label Masjid. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Anwar anggap baling daging babi ke dalam Masjid 'Provokasi Purba'..


Datuk Seri Anwar Ibrahim petang tadi ketawa apabila diminta mengulas mengenai insiden balingan daging babi ke dalam Masjid Qaryah Tok Kun Atas, di sini.

"Penyokong Umno dan Perkasa perlu tanya diri sendiri, mengapa mereka sahaja yang begitu sensitif mengenai insiden ini.

"Mengapa penduduk setempat langsung tidak terpengaruh dengan 'provokasi purba' ini," seloroh Ketua Umum Pakatan Rakyat tersebut kepada wartawan, selepas melawat lokasi kejadian.

Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh merakamkan tahniah kepada komuniti setempat kerana menolak provokasi yang menguntungkan pembangkang Umno Barisan Nasional sahaja.

Sebelum itu, Anwar mengadakan interaksi dengan komuniti setempat serta mendapatkan membalas mengenai insiden itu daripada wakil AMK Cabang Bukit Mertajam, Mohd. Ikhwan Nasser Mohamad Nasser.


Hadir sama, Lee Khai Loon (Ketua Penerangan AMK Malaysia) dan Dr. Afif Baharudin (Ketua AMK Pulau Pinang) lapor Blogger Pembela Guan Eng di SINI

Sebenarnya kalau nak dianggap sebagai 'Provokasi Purba' tu.. taklah purba sangat.. sebabnya insiden seperti ini telah berlaku sekitar tahun 1945 pihak British telah melakukannya bagi mencetuskan pergaduhan antara kaum di Tanah Melayu dan hasilnya rusuhan kaum telah tercetus di Batu Kikir, Negeri Sembilan.

Dimana pihak British secara sembunyi telah mengarahkan seorang agennya, orang Tionghua, menyembelih seekor babi dan mencampakkannya ke dalam sebuah masjid di kampung dekat Batu Kikir.

Sebaik sahaja hari cerah, berita itu pun segera tersebar. Orang Melayu merasa amat marah di atas perbuatan yang merupakan satu pencemaran ke atas agama Islam dan penghinaan kepada orang Melayu.

Maka sekumpulan anggota parang panjang dari Juasih menyerbu ke sebuah kampung Tionghua di Batu Kikir.

Kerana menyangkakan orang Tionghua menghina agama Islam dan bangsa Melayu, mereka memarang semua orang yang mereka jumpai, tidak kira tua, muda, lelaki, wanita dan kanak-kanak.

Perkara ini telah diceritakan oleh Abdullah CD (Pengerusi PKM) melalui tulisannya didalam Memoir Abdullah C.D. Bahagian Pertama: Zaman Pergerakan Sehingga 1948, diterbitkan SIRD, 2005.

Cerita penuh yang tak ditulis dalam buku sejarah ni silalah baca di ( SINI )

Saturday, 27 July 2013

Katanya Lambang Parti Politik Tak Boleh Diletakkan Dalam Masjid Semasa Kempen.. Tapi Ni Apa Bendanya?

Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu.

Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) Datuk Mohd Rozali Salleh berkata arahan itu bagi memastikan masjid dan surau tidak disalah guna untuk berkempen.

Masjid dan surau adalah tempat ibadah dan kita tidak ingin rumah Allah ini digunakan untuk tujuan politik mana-mana parti, katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat.

Beliau turut mengingatkan parti-parti yang bertanding, khususnya umat Islam agar menghormati bulan Ramadan ketika berkempen pada pilihan raya kecil itu.

Elakkan kempen yang berunsur fitnah dan mengumpat, nasihat beliau - Lapor Bernama pada 10 Julai lalu..

Katanya.. "Mereka yang berkenaan diingatkan agar tidak meletak sebarang lambang parti politik di masjid dan surau di Kuala Besut sepanjang Pilihan Raya Kecil bagi kerusi dewan undangan negeri (Dun) itu."

Tapi.. ni apa bendanya?

Sticker atau pelekat "Keluargaku Pengundi BN" dilekatkan dalam sebuah surau di Kuala Besut..


Beranikah Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu mengambil tindakan terhadap UMNO/BN?

Atau UMNO/BN buat tak apa... cuma PAS/PR saja tak boleh?


Jika amaran atau nasihat oleh Pesuruhjaya Hal Ehwal Agama dan Adat Melayu Terengganu itu pun UMNO/BN langgar maka tak hairanlah jika fatwa Mufti pun peserta Miss Malaysia berani pertikaikan.. sila baca di ( SINI )

Saturday, 30 March 2013

GAMBAR CIUM DALAM MASJID GOMBAK

MasyaAllah...apa nak jadi ni. Terkejut penulis semalam ketika pergi ke Masjid Zaid Haritsah Gombak berdekatan Pasar Gombak, terpandang satu risalah yang diletakkan dalam masjid tersebut. Penulis sangat terkejut bila ternampak gambar lelaki bercium sesama lelaki. Macamana gambar macam ni boleh disebarkan dalam masjid. Niat nak berdakwah memang bagus tetapi kenapa mesti letakkan gambar macam ini? Baru-baru ini puak-puak UMNO bising katanya risalah Selangor Kini dari kerajaan Negeri Selangor tiap minggu diedar di masjid-masjid. Tapi bagi penulis tiada salahnya sebab cerita di dalamnya  berkisar usaha kerajaan negeri membangunkan Selangor.
Tapi risalah yang penulis tengok dalam masjid ni lain macam. Bila dibaca, barulah faham. Risalah ni seakan risalah dari puak UMNO sebab banyak mengutuk LGBT kemudian gambar pemimpin Pakatan rakyat menghadiri satu majlis kematian bukan Islam. Bahasa kutukan  seperti bahasa puak-puak UMNO. Inilah yang dikatakan baling batu sembunyi tangan. Sanggupkah puak UMNO mengakui mereka yang mengedarkan risalah gambar cium ini?

Wednesday, 20 March 2013

Ramainya yang hadir demo ‘Anwar dalang Lahad Datu’ depan Masjid Negara nie..


Cubaan mengaitkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai dalang krisis keselamatan di Lahad Datu, Sabah secara terbuka bermula dengan himpunan di Masjid Negara tengahari tadi.

Siri jelajah ‘Anwar Dalang Lahad Datu’ anjuran badan bukan kerajaan (NGO) berhaluan kanan itu bermatlamat meyakinkan orang awam supaya menolak Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum (PRU) 13 kerana menjadi punca pencerobohan ‘Sultan Sulu’ di Lahad Datu.


Antara NGO terbabit Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (Tibai) serta Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

Selain Anwar, beberapa pemimpin Pakatan termasuk Naib Presiden PKR Tian Chua juga dibidas kerana kenyataannya mengaitkan Umno dengan insiden tembakan antara anggota keselamatan dengan kumpulan penceroboh.

“Kita takkan biarkan Tian Chua berkuasa…lepas PRU kita humban dia dalam longkang,” laung Mursyidul Am Tibai Zahid Mat Arip dihadapan kira-kira 100 orang selepas menunaikan solat Jumaat.


Menjadikan lori sebagai pentas bergerak untuk ceramah, nyanyian lagu ‘Negaraku’ serta bendera Jalur Gemilang turut diagihkan kepada umum.

Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali ketika berucap mendesak supaya segera diwujudkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai isu Lahad Datu.

Katanya, semua pihak termasuk anggota keselamatan dan pembangkang perlu dipanggil membantu siasatan.

Himpunan itu berakhir sejam kemudian selepas Presiden Jati Datuk Dr Hasan Ali mengetuai doa memohon keselamatan rakyat di Lahad Datu serta buat wira negara yang gugur mempertahankan negara.

Orang ramai juga dilihat meninggalkan perkarangan masjid tanpa sebarang provokasi sambil diperhatikan kira-kira 20 anggota polis yang mengawal keadaan termasuk lalu lintas ~ Free Malaysia Today..


Kesimpulannya.. himpunan ini adalah himpunan sekumpulan manusia yang cuba menangguk di air keruh.. sedangkan punca pencerobohan di Lahad Datu itu ialah IC yang telah diberikan kepada PATI dari Filipina oleh pemimpin UMNO yang gila untuk kekal berkuasa suatu masa dulu...

Berapa orang yang hadir??.. kiralah pada gambar di bawah ni..


Video yang mendedahkan tentang puak mana yang telah membawa masuk PATI dari Sulu ke Sabah suatu masa dulu untuk mengekalkan kuasa sila lihat di SINI..

Thursday, 21 February 2013

Kalau Pengerusi Masjid ini PAS,sudah tentu dituduh derhaka kepada Sultan Perak

Kalau perkara ini berlaku kepada ahli PAS dan Pengerusinya pula orang PAS,sudah tentu isu ini dimainkan tiap-tiap malam oleh media arus Perdana dan Suratkhabar.Tapi Pengerusinya didakwa Ketua UMNO cawangan . Semuanya diam saja.

 Surat tuduhan palsu dan tanpa peluang membela diri di atas ditujukan kepada IMAM Abdul Kadir Yaacob.Surat pemecatan Imam Abdul Kadir Yaacob  daripada menjadi  Imam Surau Diri Jumaat atau kini Masjid  Taman Yayasan,Kamunting,dalam Parlimen Bukit Gantang. Surat ditandatangani  Pengerusi Pembinaan  atau Pengerusi Surau Diri Jumaat  ,Abdul Hamid bin  Saad .Pengerusi Surau ini didakwa Ketua UMNO Cawangan  Taman Yayasan,Bahagian Bukit Gantang. Didakwa sumber rujukan pula daripada  YB Rosli Husein,Ketua UMNO Bukit Gantang.
Surat daripada MAIPk  notis pemecatan yang tidak mengikut prosedur dan undang-undang. Surat daripada  Ketua Penolong Pengarah,Bahagian Pengurusan Masjid Haji Saiful Azizi bin Abdul Manap yang menjelaskan pemecatan Pegawai Masjid hanya atas perkenan DYTM Raja Muda,Raja Nazrin  Shah ,Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat  Melayu Perak. 
Notis meminta Imam Abdul Kadir Yaacob bertugas seperti biasa.

Thursday, 31 January 2013

Masjid negara melimpah peserta HKR