Showing posts with label Walaupun. Show all posts
Showing posts with label Walaupun. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Husam akui BN tetap perintah Terengganu walaupun PAS menang PRK Kuala Besut..


Sebelum ini ada satu analisa yang mengatakan jika PAS menang sekalipun dan menjadikan jumlah ADUN 16 BN 16 PR, Mat Said akan kekal sebagai MB Terengganu.

Ini disebabkan oleh jika berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat.

Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan.

Bagaimanapun, Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood , sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

Bila Sultan akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri... sudah tentulah Mat Said akan kekal jadi MB.. analisa penuh sila baca di ( SINI )

Kali ini Husam pula mengakui PAS tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN)..

BN Tetap Perintah Terengganu - Husam 

BESUT: PAS mengakui parti itu tidak akan berupaya membentuk kerajaan di Terengganu walaupun mempunyai jumlah kerusi yang sama banyak dengan Barisan Nasional (BN) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN). 

Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa berkata, sasaran parti itu untuk mewujudkan 'DUN tergantung' 16:16 tidak akan menggugat penguasaan BN di negeri ini. 

"Barisan Nasional tidak perlu bimbang, mereka tetap akan kekal berkuasa (di Terengganu)," katanya pada sidang media di markas parti itu di Kampung Baharu di sini, Khamis. 

Pada pilihan raya kecil DUN Kuala Besut, PAS meletakkan matlamat untuk mewujudkan situasi 'DUN tergantung' 16:16 iaitu BN dan pakatan pembangkang mempunyai bilangan kerusi sama banyak di DUN. 

DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi yang menyaksikan BN menguasai 17 kerusi manakala pakatan pembangkang memiliki 15 kerusi (PAS 14, PKR satu) selepas PRU-13 lalu. 

Menurut Husam, sasaran PAS menerusi moto '16:16 Terengganu Baru' bertujuan memastikan rakyat di negeri ini mendapat lebih manfaat daripada kerajaan menerusi sistem politik baru. 

"Apabila berlakunya jumlah kerusi sama banyak dalam DUN, kerajaan negeri tidak boleh membuat keputusan sesuka hati. 

"BN perlu duduk berbincang bersama-sama PAS sebelum meluluskan sesuatu dalam DUN," katanya. 

Selain itu Husam yang juga Pengarah Pilihan PAS bagi pilihan raya kecil DUN Kuala Besut berkata, parti itu juga menyediakan pelan komprehensif jangka panjang meliputi aspek ekonomi dan pembangunan sosial di Terengganu. 

"Rasuah dan politik wang yang hanya memberi manfaat kepada segelintir pihak akan berakhir. 

"Rakyat akan diberi pembelaan yang sewajarnya...jadi undilah calon PAS iaitu Che Long (Endut @ Azlan Yusof)," katanya. 

Sementara itu, mengulas mengenai isu pemberian tanah kepada empat pemimpin BN termasuk Datuk Seri Idris Jusoh, Husam memuji sikap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said yang terbuka mengenai isu itu. 

"Kami hormati kejujuran Ahmad. Penganugerahan tanah itu memang betul dari segi undang-undang tapi salah dari segi moral. 

"Bagus bagi Ahmad untuk respon isu ini dengan cepat, tapi kita lihat Idris masih membisu," katanya ~ mStar

Tapi.. Kerajaan Perpaduang kan boleh diwujudkan??

Saturday, 29 June 2013

Walaupun jumlah ADUN Terengganu seri, Mat Said akan kekal sebagai MB.. ini sebabnya..


Persoalan yang mula bermain di minda ramai pemerhati politik sekarang adalah situasi yang bakal terjadi di Terengganu, di mana jumlah Adun mewakili BN dan PR hampir sama.

Dengan pemergian Adun Kuala Besut dari BN, Allahyarham Dr A Rahman Mokhtar semalam, maka BN hilang buat sementara satu kerusi dan ini menimbulkan sebarang kemungkinan dalam politik Terengganu dan pentadbiran negeri.

Dalam PRU13 pada 5 Mei lalu, Dr A Rahman menang dengan majoriti 2,434 undi, mengalahkan calon Pas, Napisah Ismail. Bagi seluruh Terengganu, BN menang 17 kerusi Dun, sementara PR menang 15 kerusi.

Kini, kedudukannya ialah 16 bagi BN, cuma satu di atas PR. Apabila pilihan raya kecil (PRK) diadakan bagi Dun Kuala Besut, kedudukan BN, jika ia menang, adalah masih 17 dan PR 15. Tetapi jika PR merampas Kuala Besut, kedudukannya ialah 16-16.

Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Dr Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood berkata, ditakdirkan BN dan PR mempunyai kerusi sama banyak nanti, kuasa untuk menentukan tampuk pentadbiran negeri terletak kepada sultan.

Berdasarkan Perlembagaan negeri, bagindalah yang akan menentukan wakil BN atau PR akan dilantik sebagai menteri besar.

“Kalau berlaku 16 BN 16 PR, yang mempunyai kuasa tentukan menteri besar adalah sultan. Sultan boleh melantik (menteri besar) yang difikirkan sesuai, berdasarkan pandangan baginda dan sokongan majoriti rakyat. Kedua-dua parti (BN dan PR) boleh mencalonkan wakil masing-masing untuk jawatan menteri besar, tetapi keputusan bergantung kepada budi bicara sultan,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, sultan akan mendapatkan nasihat dan pandangan perdana menteri dan pemimpin-pemimpin politik di Terengganu.

“Memandangkan pilihan raya umum baru sahaja berlangsung, dan melihat kepada majoriti lebih 2,400 yang dimenangi BN, saya rasa BN akan kekal.

“Tapi jika berlaku perubahan undi, sesuatu akan berlaku di Terengganu. Kejadian seperti ini tidak pernah terjadi (di negara ini),” katanya ~ SinarHarian

Bila Sultan akan mendapatkan pandangan Perdana Menteri... sudah tentulah Mat Said akan kekal jadi MB.. takkanlah Najib nak lantik Haji Hadi kot??