Showing posts with label Nurul. Show all posts
Showing posts with label Nurul. Show all posts

Sunday, 23 February 2014

Pencacai Nong Chik mengadu kat Polis sebab Nurul Izzah cabar Nong Chik debat..


Budak-budak biasanya kalau dia orang bergaduh atau bertengkar dengan kawan-kawannya bila dah nak kalah, diaorang pasti akan mengadu kepada Ibu atau Bapanya..

Biasanya diaorang akan kata "Mak!! tengok abang ni..." atau "Bapak!! tengok abang ni..."

Itu kalau diaorang bergaduh dengan abang diaorang.. kalau dengan kawan dia orang.. nama kawan diaorang akan disebut..

Nampaknya tiada bezanya tindakan budak-budak itu dengan pencacai Nong Chik ini..

"Polis!!! Tengok Nurul Izzah ni... dia cabar Nong Chik debat".. Kah.. Kah.. Kah...

Untuk menyelamatkan pemimpin mereka dari ditimpa malu besar, kerana takut untuk berhadapan dengan Nurul Izzah dalam 'Debat Perdana' yang telah dipromosikan melalui kain rentang yang digantung merata tempat disekitar Lembah Pantai, pencacai-pencacai Nong Chik telah melaporkan kepada Polis.

Kononnya menurut mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Provokasi apa benda entah...

Ini laporan dari The Malaysian Insider..

Umno Lembah Pantai mendakwa Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar sebagai cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut.

Menurut Setiausaha Penyelaras BN Lembah Pantai, Datuk Haji Mohamad Sazali Kamilan, walaupun berkali-kali Raja Nong Chik telah menjawabnya secara terbuka kepada media beliau tidak menerima jemputan tersebut, pihak pembangkang masih lagi menggantung kain rentang dan poster program tersebut.

“Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah beberapa kali menjawab pertanyaan media berhubung debat ini.

“Bagaimanapun, Ahli Parlimen Lembah Pantai masih berdegil dan terus memperbesar-besarkan perkara ini dengan menggantung banner dan poster mengajak rakyat hadir sedangkan majlis debat ini tidak pun mendapat persetujuan secara bertulis,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.

Mohamad Sazali juga mempertikaikan samada program tersebut mendapat persetujuan daripada pihak berkuasa.

“Seperkara lagi, adakah pihak penganjur mendapat permit kelulusan mengadakan majlis debat ini tanpa persetujuan sebelah pihak termasuk permit menggantung poster atau banner program tersebut?” tambah beliau.

Dalam kenyataan media itu juga, lampiran laporan polis bertarikh 22 Februari disertakan dimana Ketua Penerangan Umno Lembah Pantai Datuk Ibrahim Tambi Chik dalam laporannya mengatakan:

“Saya yang melaporkan ini berpendapat Nurul Izzah telah dengan sengaja melakukan provokasi dan fitnah yang merosakkan nama baik, maruah dan reputasi Datuk Raja Nong Chik sebagai seorang yang mungkir janji.

“Sedangkan Datuk Raja Nong Chik tidak pernah bersetuju dengannya.”

Pada 13 Februari lalu, Nurul Izzah menyerahkan jemputan rasmi debat kepada Raja Nong Chik tentang program debat yang dijadualkan berlangsung hari ini.





Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR dalam jemputan itu berkata, debat tersebut adalah ruang untuk beliau menjawab segala persoalan serta tuduhan yang dibuat Ketua Umno Bahagian Lembah Pantai itu ~ The Malaysian Insider

Saturday, 30 March 2013

Gagal sediakan Manifesto, UMNO akan edar video seks Nurul Izzah..


Menjelang pilihanraya umum yang ke 13 ini, sebagai sebuah parti yang punya pengalaman memerintah negara ini selama lebih 50 tahun, UMNO/BN sepatutnya mampu menghadapi dan menangkis setiap isu yang dibangkitkan Pakatan Rakyat.

Dalam lain ayat.. hujah ditentang dengan hujah yang dibentangkan bersama-sama fakta untuk menyokong hujah mereka, bukannya sekadar bersandarkan kepada ayat untuk memperbodohkan Bangsa Malaysia.

Tetapi.. oleh kerana UMNO/BN menurut Tun Mahathir hanya dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh, maka mereka tidak mampu untuk menentang hujah dengan hujah.. ya lah.. dah bodo mana nak berani berhujah, nanti kena gelak pulak..

Bagi menghadapi Pilihanraya ke 13 ini Pakatan Rakyat telah membentangkan Manifesto mereka namun UMNO/BN hingga kini tiada sebarang Manifesto.. mungkin kerana agenda mereka hanyalah memperbodohkan rakyat untuk merompak harta negara saja, jadi ianya tak perlu dihebabkan kepada rakyat.

Gagal menyediakan manifetso untuk dijadikan bandingan oleh rakyat dengan Manifesto Pakatan Rakyat.. UMNO akan mengeluarkan video lucah pula..

Kali ini menurut Saifuddin Nasution, dua video lucah yang kononnya dibintangi Nurul Izzah dan satu lagi video pula dibintangi oleh MB Selangor, Tan Sri Khalid akan diedarkan sedikit masa lagi..

Saifuddin: Nurul Izzah, Khalid to be implicated in videos

Lembah Pantai MP Nurul Izzah Anwar and Selangor Menteri Besar Abdul Khalid Ibrahim are among PKR leaders who stand to be implicated in new videos that may be released by Umno agents in the future, claims PKR secretary-general Saifuddin Nasution.

Saifuddin claimed that he had been shown "teasers" of the videos featuring Opposition Leader Anwar and his daughter Nurul Izzah (right) in Kuala Lumpur "two or three days ago".

He said that Umno agents used the videos as a warning to him, but Saifuddin said PKR is unfazed by the threats, as such things have become"bred and butter" issues for the party over the last 14 years.

Meanwhile, he said sources have informed him that a video on Khalid is also being "manufactured".

However, according to Saifuddin, the videos do not appear convincing. "We ask them (Umno) to debate, they refuse. We ask put up manifestos, they are busy releasing videos," he said, lamenting on the political culture of targeting the integrity of opposition leaders ~ Malaysiakini

Orang minta Manifesto.. diaorang sibuk nak keluarkan video lucah..

Jadi... Jika anda mahu negara ini menuju Negara Lucah Undilah UMNO/BN!!

Monday, 4 March 2013

Pencacai UMNO gantung kain rentang berbaur lucah untuk malukan Nurul Izzah..

24 Februari yang lalu , Nong Chik telah dicabar oleh Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar untuk berdebat dalam satu 'Debat Perdana' di Lembah Pantai.

Sebagaimana yang dijangka Nong Chik juga yang menyerlahkan sikap penakutnya bila tidak muncul hingga berakhir waktu program debat tersebut dijalankan.

Pencacai-pencacainya yang sememangnya tahu akan keupayaan Nong Chik yang tidak punya kemampuan untuk berdebat dengan Nurul Izzah berusaha sedaya upaya untuk menutup malu beliau.

Pada sebelah petang sebelum debat tersebut dijangkakan bermula, mereka telah membuat satu laporan Polis terhadap cabaran debat oleh Nurul Izzah itu..

Dakwa mereka Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar cuba mencetus provokasi apabila berdegil untuk meneruskan program “Debat Perdana” walaupun Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin telah pun menolak pelawaan tersebut ~ sila baca di SINI untuk sepenuhnya.

Oleh kerana cabaran Nurul Izzah itu telah menyebabkan kemaluan menimpa Nong Chik, pencacai-pencacainya tidak berdiam diri..

Mereka cuba memalukan Nurul Izzah pula dengan menggantung kain rentang di bawah ini di sebuah jejantas..


Friday, 15 February 2013

Kenapa Macai UMNO turunkan banner Nurul Izzah?


Semasa Pilihanraya Umum yang lalu, banner Nurul Izzah paling kurang kelihatan.. bukan kerana peruntukan untuk membuatnya kurang..

Tetapi semakin banyak yang dinaikkan semakin banyak yang hilang..

Sebabnya dikhabarkan ramai yang mengambilnya untuk disimpan sebagai kenangan, sebab dia cantik..

Kali ini belumpun pilihanraya, banner Nurul Izzah telah diturunkan.. tetapi bukan diturunkan oleh orang ramai yang meminatinya tetapi oleh maca-macai UMNO...

Kenapa agaknya? 

Petang semalam semasa saya memandu di Jalan Maarof menghala ke Damansara saya telah berhenti di lampu isyarat berhampiran Masjid Saidina Abu Bakar As-Siddiq kerana lampu merah.

Sementara menanti lampu isyarat bertukar hijau, saya berhasrat mengambil gambar banner-banner yang tergantung di pagar masjid termasuklah banner ucapan Selamat Hari Wilayah dari YB Nurul Izzah Anwar dan banner dari menterinya YB Dato Raja Nong Chik.

Saya berhasrat untuk bercerita pada teman-teman bahawa banner YB Menteri boleh berganding mesra dengan banner YB Nurul Izzah dalam sama-sama menjunjung semangat setiakawan dan demokrasi di tanahair tercinta ini.

Walaupun saya tahu hampir kesemua banner YB Nurul Izzah di kawasan Parlimen yang dimenanginya, yang turut digantung sederet dengan banner promosi jualan kereta dan banner tawaran kemasukan ke tadika, diturunkan.

Saya merancang untuk memetik segera button pada kamera telefon bimbit sebelum lampu bertukar ke hijau.

Rupanya perancangan Allah lagi Maha Hebat.

Tidak semena-mena dengan pantasnya datang seorang lelaki bermotorsikal turun dari motorsikalnya terus menuju ke banner YB Nurul Izzah dan menurunkannya! Saya terkedu!

Tidak sempat saya mengambil gambar gandingan banner-banner itu. Saya hanya sempat mengambil gambar lelaki itu dari kejauhan setelah beliau meletakkan banner yang diturunkan itu ke dalam bakul motorsikalnya.

Saya meneruskan perjalanan dengan hati yang geram kepada para pencuri banner yang tidak sabar-sabar menunggu Raya Korban.

Banner yang dicuri sebagai tempat hamparan untuk bergelumang bersama daging korban..


Rakan FB Nurul Izzah