Showing posts with label Bunuh. Show all posts
Showing posts with label Bunuh. Show all posts

Friday, 7 March 2014

Dituduh sokong penjenayah bunuh Polis.. Ini jawapan ADUN Seberang Jaya..


Segalanya bermula bila Blogger Pro UMNO, MiM atau Dr. Novandri mengulas mengenai satu 'Tweet' dari ADUN Seberang Jaya, Dr. Afif Bahardin.

Dalam artikel yang lebih kepada satu nasihat itu Dr. Novandri telah mengulas mengenai 'Tweet' tersebut yang mana ianya berbunyi " Penjenayah bunuh polis itu tidak menghairankan, tetapi bila polis yang sepatutnya menegakkan undang - undang membunuh tahanan, itu masalah "

Dr. Novandri menyatakan kenyataan Dr. Afif itu mungkin akan disalah ertikan oleh rakyat dan beliau juga yang terpaksa 'bersilat' menjawab terutamanya part '..membunuh tahanan...' kerana ianya boleh menimbulkan persepsi negatif terhadap pihak polis..

Lalu Dr. Novandri menasiahti Dr. Afif, katanya "Seperti twitter MiM, adalah lebih elok untuk Dr Afif bertweet menyatakan simpati beliau kepada arwah dan keluarga polis yang terkorban untuk menjaga keselamatan rakyat Malaysia.

"Beliau mungkin sudah berbuat demikian tetapi tiada ruginya untuk beliau bersimpati sahaja and just stick with the sympathy dan tidak mencampuradukkannya dengan isu lain.

Tambah Dr. Novandri lagi "Dan walau pun berlainan ideologi politik, MiM respect Dr Afif ini. Mungkin beliau boleh beri ulasan beliau. MiM bersikap terbuka." tulis Dr. Novandri di ( SINI )

Memang benar dan betul apa yang dinyatakan oleh Dr. Novandri itu jadi kita terimalah dengan hati yang terbuka...

Malangnya walaupun Dr. Novandri atau MiM memperlihatkan sikap proffesional dalam hal ini, artikel yang disiarkannya itu telah digunakan oleh lain-lain macai untuk menyerang Dr. Afif..

Ada yang nak terajang tulang cenonenggengnya, biar dia cerdik sikit.. kononnya..


Ada yang kelihatan seperti tak faham Bahasa Malaysia walaupun menulis dalam Bahasa Malaysia dengan menganggap kenyataan Dr. Afif itu satu kenyataan yang kurang ajar..

Dan lebih bodoh lagi kenyataan yang jelas bersifat umum itu dituduhnya sebagai menyokong tindakan penjenayah yang membunuh anggota Polis di Kelang..


Dan ada juga menganggap kenyataan Dr. Afif itu sebagai satu kenyataan untuk membodek Guan Eng.

Padahal hakikatnya ialah Dr. Afif dipilih sebagai ADUN  Seberang Jaya oleh rakyat bukannya oleh Guan Eng dan namanya telah dipersetujui untuk diletakkan sebagai Calon pada PRU13 lalu oleh PKR Cabang Permatang Pauh.

Lantikannnya sebagai EXCO pula adalah berdasarkan kuota dan kredibiliti yang ada padanya sebagai bekas Dr. dan juga ADUN Seberang Jaya..

Tak ada kena mengena langsung dengan Guan Eng... dia bodek atau tidak Guan Eng itu, masa depannya sebagai ADUN terletak ditangan rakyat dan Allah S.W.T..


Mungkin kerana mereka dah ketandusan isu untuk dimainkan maka mereka menterjemahkan ayat tersebut sehingga menampakkan seolah-olah Dr.Afif menyokong penjenayah membunuh Polis..

Maka tak hairanlah jika yang berbangsa Melayu sendiri kurang memahami Bahasa Malaysia apatah lagi yang bukan berbangsa Melayu yang menyokong UMNO/BN..

Kerana kurang memahami maksud sebenar mereka akan membuat satu laporan Polis mengenai 'Tweet' Dr. Afif itu..


Dan berikut adalah kenyataan media Dr. Afif mengenai perkara ini..

MENJAWAB DAKWAAN UMNO YANG MENUDUH SAYA MENGHINA POLIS

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd yang telah terkorban ketika menjalankan tugas demi menjaga keselamatan rakyat. Saya sekeluarga memanjatkan doa kepada Allah SWT semoga Allahyarham ditempatkan bersama mereka yang soleh dan semoga Allahyarham mendapat ganjaran syahid. Keberanian Allahyarham dan mereka yang lain yang sanggup mengorbankan diri demi keselamatan rakyat wajib menjadi contoh kepada para para petugas keselamatan di seluruh negara.

Saya difahamkan bahawa tweet saya semalam telah disalah erti sebagai tidak menghormati pengorbanan pihak polis dan juga keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam. Saya merasa sedih kerana tweet tersebut telah dipintal secara jahat oleh pihak UMNO-Barisan Nasional untuk memperlihatkan saya sebagai musuh kepada pihak Polis dan sekaligus sebagai seorang yang tidak menghormati sensitiviti keluarga mangsa.

Sebagai seorang ADUN Seberang Jaya dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang adalah tanggungjawab saya untuk bekerjasama dengan pihak Polis demi kesejahteraan para penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang. Saya tidak akan sesekali memperlekeh peranan pihak Polis dan pihak berkuasa lainnya yang sentiasa bekerjasama dengan saya demi keselamatan penduduk Seberang Jaya dan Pulau Pinang.

Tuduhan ini merupakan permainan politik jijik yang sebenarnya cuba menjadi keluarga Allahyarham Korporal Raja Aizam bin Raja Mohd sebagai alat politik untuk menyerang saya. Tweet saya sebenarnya dengan jelas tidak merujuk kepada sesiapa apatah lagi kepada mangsa yang sudah terkorban bertungkus lumus mempertahankan negara.

Manakala itu saya tidak akan berganjak dari prinsip saya bahawa Kementerian Dalam Negeri serta pihak berkuasa yang lainnya mesti memberi perhatian yang sewajarnya kepada kes-kes kematian dalam tahanan. Merujuk kepada laporan SUARAM kematian dalam tahanan dari tahun 2003 sehingga 2008 berjumlah 1531 orang. Sementara itu, sehingga 18 Julai 2013, kes kematian dalam tahanan berjumlah 13 orang. Saya tegas berpendirian semua ini harus dihentikan. Suatu penyelesaian tegas harus dilaksanakan sejajar dengan jaminan yang diperuntukkan oleh Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan dan Deklarasi Hak Asasi Sejagat.

Saya dengan rendah hati memohon seluruh rakyat Malaysia untuk menjunjung semangat Karamah Insaniah, melewati batas kaum dan agama selari dengan Quran, Surah An-Nisaa ayat 58:

"Dan apabila kamu ingin menghukum di kalangan manusia, hukumlah dengan seadil-adilnya."

Sekian, terima kasih

Dr Afif Bahardin
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Pulau Pinang
ADUN Seberang Jaya

Saturday, 27 July 2013

Kenapa perlu bunuh Guru Besar SK Seri Pristana ini?


Keadilan untuk Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana,Saujana Utama ,Sungai Buloh,Selangor.Mengapa mahu bunuh guru besar ini?Kesalahan beliau bukannya membunuh orang.Hanya masalah teknikal,berkaitan tempat makan untuk budak-budak.Jangan hukum guru besar ini atas dasar marah,hukum berdasarkan setelah siasatan dibuat dan memang beliau"cuai". Ambil tindakan ikut Perintah AM kerajaan,bukannya dendam dan marah.
 
 
KUALA LUMPUR - Guru Besar Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Saujana Utama, Sungai Buloh, semalam membuat laporan polis selepas menerima ugutan bunuh berikutan isu penggunaan bilik persalinan sebagai tempat makan di sekolah itu untuk pelajar bukan Islam, dua hari lepas.
   
Mohd Nasir Mohd Noor, 57,  berkata laporan polis itu dibuat bagi melindungi dirinya yang menerima ugutan bunuh dan cacian daripada beberapa pihak termasuk melalui akaun Facebooknya.
   
"Dua hari lepas, setelah gambar itu tersebar, saya menerima panggilan talefon kira-kira 10 pagi dari seorang lelaki yang mendakwa dia dari badan bukan kerajaan (NGO).
   
"Selain memaki hamun saya dan menghamburkan kata-kata kesat, dia juga mengeluarkan perkataan 'If I meet you, i will kill you' (Jika saya jumpa awak, saya akan bunuh awak)," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu dengan ditemani enam anggota Badan Kebajikan Guru sekolah itu di pondok Polis Saujana Utama dekat sini.
     
Sebelum ini, akhbar melaporkan bilik persalinan di sekolah itu digunakan sebagai kantin sementara bagi 28 pelajar bukan Islam sepanjang Ramadan ini.
 
Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan yang mengadakan lawatan ke sekolah itu kelmarin berkata, isu lokasi kantin sementara yang didakwa kurang sesuai di sekolah itu, tiada kena mengena dengan isu agama dan bangsa.
   
Mengulas isu itu, Mohd Nasir berkata beliau kesal dengan usaha yang mahu menjatuhkan nama baiknya dan sekolah itu, yang baru dibuka tiga tahun lepas itu.
   
"Sebelum ini memang tidak ada aduan daripada  ibu bapa mengenai isu bilik persalinan ini kerana mereka faham masalah kantin di sekolah ini yang dalam proses ubah suai bagi menampung kira-kira 600 pelajar sedangkan sekolah ini mempunyai 1,300 pelajar," katanya.
   
Ekoran isu itu, beliau kini bercuti selepas diarahkan berehat untuk sementara waktu bagi meredakan keadaan.
   
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Junaidi Bujang mengesahkan menerima laporan daripada Mohd Nasir berhubung tohmahan terhadap dirinya berhubung isu itu.

Polis buka kertas siasatan kes ugut bunuh guru besar.

Polis sudah  membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 507 Kanun Siksaan kerana ugutan jenayah selepas Guru Besar Sekolah Kebangsaan (SK) Seri Pristana tampil membuat laporan polis.Ketua Polis Daerah Sungai Buloh ,Superintendan Junaidi Bujang menyatakan pihak polis kini sedang menyiasat kes berkenaan selepas guru terbabit membuat laporan polis.

Wednesday, 20 March 2013

Gambar Bunuh Polis Dengan Kejam Adalah Palsu



Oleh WTKO

Gambar ini adalah palsu.

Sebelum ini video kerat jari dan sembelih adalah palsu. Selepas itu tersebar pula gambar anggota polis dirobek anggota seperti gambar di atas. Sedang gambar sebenar adalah gambar kemalangan yang tidak dikenalpasti secara terperinci. Lihat gambar asalnya di bawah!!





Accident victims or....
..victims of wild animals or....
...he killed?
 
Oleh itu adalah dinasihatkan kepada semua pembaca untuk meneliti maklumat yang disebarkan supaya kita tidak mudah membuat rumusan pada perkara yang kita tak tahu.

Kepada blogger pula jangan mudah copy dan paste mana-mana bahan atas sifat nak mendahului yang lain sedangkan kadang kala kita terlepas pandang pada maklumat yang kita ambil.



✿*~ Kalau suka entry ni, sila tekan LIKE ye... dan terima kasih kerana membaca ~*✿

Friday, 8 March 2013

Panas: Artis Yasin diugut bunuh kerana sokong Pakatan +video

GARA-gara sebuah video nyanyian bertajuk “Reformasi” yang dimuat naik ke laman YouTube, penyanyi dan komposer, Yasin Sulaiman, 39, diugut dengan ancaman bunuh oleh dua individu melalui laman berkenaan.






# sila like "pakatan rakyat supporters"




Komen yang berbunyi, “Yassin ni patut dibunuh jer.. “ dan “Aku kalau jumpa si Yassin ni kat luar comfirm aku pijak-pijak kepala dia sampai lumat” didapati dibuat pada awal malam semalam selepas kira-kira dua minggu video itu dimuat naik.

Yasin berkata, ugutan bunuh yang diterima melalui video lagunya itu membuktikan ada pihak tidak bertanggungjawab dan menyalahgunakan medium sosial tersebut.

“Perselisihan pendapat adalah perkara biasa dan sebelum ini saya pernah menerima pelbagai pandangan negatif. Namun ugutan bunuh adalah perkara serius.

“Saya tidak pasti sejauh mana seriusnya ugutan yang dibuat itu, namun saya tidak akan berdiam diri jika ia berterusan selepas ini,” katanya kepada Sinar Harian ketika ditemui di pejabatnya di Kota Damansara, semalam.

Justeru itu, Yasin memberi amaran kepada pengunjung laman sosial agar tidak sewenang-wenangnya meninggalkan komen berunsur ugutan dan fitnah terhadapnya sebelum dia mengambil tindakan undang-undang.

“Sekiranya saya silap dalam penulisan, kita boleh dialog, boleh mengkritik dengan platform yang betul. Bukan dengan ugut-mengugut begini.

“Saya harap individu terbabit berhentilah daripada melakukan perkara begini kepada sesiapa pun. Kebebasan bersuara perlu digunakan untuk kebaikan bukan untuk mengugut dan mencaci orang lain,” katanya kesal dengan perkara itu.


~sumber sini



pen buruk online




Thursday, 21 February 2013

Ini dia SMS ugut bunuh PSY - Gangnam Style

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Th
you"

TASEK GELUGOR - Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Abdul Rahim Hanafi mengakui wujud ugutan jenayah terhadap penyanyi Korea Selatan, Park Jae Sang atau Psy ketika hadir ke negeri ini minggu lepas.





# sila like "pakatan rakyat supporters"

Ugutan bunuhditerima melalui SMS oleh pengurusnya, Dan menjadi penyebab penyanyi itu tidak hadir bersama pemimpin Barisan Nasional dalam acara ‘yee sang’ pada Rumah Terbuka 1Malaysia Tahun Baru Cina di padang Kolej Han Chiang, Isnin lepas.

SMS itu berbunyi: 'We have received some serious death threats that have said they will stop Psy at all cost in airport and hotel in Penang. Please inform the government to please be vigilant. The show will go on. Please Help. Thank You”.

“SMS itu dipanjangkan kepada kita pada jam 8.30 malam 10 Februari lalu sehari sebelum kedatangan Psy ke negeri ini dan kita mengambil tindakan segera dengan meletakkan 11 pegawai untuk mengawasi keselamatan dirinya sepanjang berada di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai pengesahan wujudnya ugutan bunuh itu sepertimana yang didakwa Pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, Teng Chang Yeow.

Dakwaan itu bagaimanapun dinafikan oleh Ketua Menteri, Lim Guang Eng dan menganggap ia kenyataan berbaur politik dan boleh mencetus polemik kerana menggambarkan negeri ini tidak selamat dikunjungi.

Abdul Rahim berkata, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti individu terlibat dalam kes berkenaan.

“Kita sedang kumpul maklumat dan menjalankan siasatan untuk kenal pasti mereka yang terlibat dan saya percaya kita akan mampu selesaikannya,” katanya.
--BREAK --

#hahhaha sus sangat ke nak detect siapa penghantar SMS? Kalau dari Malaysia sudah tentu semua nombor telefon bimbit kena daftar. Kalau dari luar pun aku percaya boleh pat maklumat kalau berdaftar. Yang aku musykil kenapa dapat ancaman bunuh tak dibatalkan sahaja persembahan tu? OK sambung baca ..


Sementara itu mengulas kes dua tahanan, Hamzani Harun, 37, dan Hisham Abdul Rahman, 39, yang masih gagal dikesan selepas meloloskan diri ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth, 7 Januari lalu beliau berkata gerakan memburu mereka masih diteruskan.

“Berdasarkan maklumat diterima, mereka dikatakan bersembunyi di beberapa kawasan bagi mengelak ditahan polis dan tidak lagi berada di sekitar daerah Permatang Pauh, tempat persembunyian sebelumnya.

“Kita meneruskan Operasi Kesan Gelugor melalui kerjasama dengan kontinjen-kontinjen di negeri lain bagi menjejaki mereka kerana percaya mereka berada di negara ini lagi kerana tidak mempunyai akses untuk melepasi sempadan negara,” katanya.


--BREAK JAP--

#sikit punya lama daaa .. tapi aku percaya polis memang cekap. Kau orang jangan gelak pulak. OK sambung baca lagi ..

Dua tahanan itu meloloskan diri bersama tujuh tahanan lain ketika dibawa ke Mahkamah Butterworth.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, pihaknya telah mengenal pasti beberapa lagi anggota sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak dan menunggu masa untuk menahan mereka.


# OK, sekian, apa komen korang mengenai isu SMS ni? Aku pula tertanya-tanya siapa yang menaja PSY - Gangnam Styel ni. Apakah benar si dia ini?


sumber sini





Saturday, 16 February 2013

Terkini: Cubaan Bunuh Diri @ Najib Razak.



Gua dah nasihatkan Najib Razak siang tadi, sebelum apa2 hal tampal dulu muka dia dengan kulit babi 14 inci..., sebab sebelum nih bila LGE suruh rakyat penang pakai baju merah, kuning, hijau untuk berhimpun nonton persembahan PSY-CNY, Najib kata ianya politik.

Lu orang tau kenapa gua suruh dia tampal muka dengan kulit babi 14 inci, sebabnya kerana tampalan itulah membolehkan si Najib Razak masih berdiri dengan gagahnya sambil ulang pertanyaan "Are You Ready For BN" sebanyak 4 kali berturut2 sambil mendengar jawapan "NO" daripada rakyat Penang sebanyak 4 kali jugak.

Jikalau Najib tak dengar cakap dan nasihat gua, sorakan jawapan "NO" yang pertama jer... gua berani kompom kerat kepala Mahadeath Kutty putus 44..., si Najib Razak pasti tumbang kena stroke tahap 10 beb... hahahaha...!!!!

Tambahan pulak yang meramaikan majlis tu adalah kaum Cina, apabila di ulang pertanyaan sebanyak 4 kali.., Najib sudah buat biggggg... kesilapan beb... (ntah mana punya penasihat yang dia gunakan... memang bodoh... adakah penasihat Yahudi Apco... atau punahsihat Mahadeath Kutty... wakakaka...)

Bagi kaum Cina nombor 4 adalah nombor mati... maka mengikut tafsiran fengshui ularmak MCA... Sahibush Walsemakcibai Chua Soi Lek jawapan "NO" itu membawa maksud... "Pergi MATI laaa.. sama luuu..."...

Akibat tafsiran fengshui Chua Soi Lek itu, maka.... pagi2 buta macam ini..., Najib Razak dah menyusahkan warga Putrajaya dan anggota penyelamat apabila tiba2 dia buat hal nak terjun bangunan la pulakkkkk.... hahahaha..., apabila ditanya kenapa... jawapannyaaaa....

No.... No.... No.... malunya... malunya.... !!!!

Maka itulah sebabnya mengapa gambar ini merayau2 dalam FB... dan dirembat oleh gua buat menjadi bahan mengutuk Najib Razak PM Malaysia yang terpaling BANGANG dalam sejarah Malaysia.... hahaha...!!!!

Tiada yang lebih BANGANG melainkan Najib Razak seorang... hahahaha....!!!!